Saturday, July 28, 2012

Jangan Sia-siakan Emas

Kau pergi mana tadi?

Korek emas. Kau nak?

Kat mana? (Mata bersinar-sinar dengan harapan boleh jadi jutawan)

Masjid.

Kenapa? (Muka mula berkerut.)

Sebab emas itu datang daripada Allah. Jutawan kebaikan :)

Ramadhan datang dan pergi. Adakah saya pun mahu bertemu denganya kemudian berlalu pergi tanpa memanfaatkannya. Haish. Bosan. Bosan dengan kehidupan yang penuh dengan rungutan demi rungutan. Padahal rungutan itu datang, apabila saya sendiri tidak bersyukur. Padahal rungutan itu datang kerana diri sendiri yang menjadi masalah. Bukan orang lain. Bukan persekitaran.

Kita boleh kata aku nak ubah masyarakat. Aku nak ubah manusia-manusia yang kurang bertamadun sekarang ni. Aku nak ubah masyarakat ke arah kebaikan. Hello??? What's that man?

Kau siapa nak ubah-ubah orang? Kau ada kuasa pula nak ubah-ubah orang?

No man!!

There's something wrong in you when you said that. [Ketuk kepala... toink yonk yonk]

Dan apabila kita merasa diri kita sebegitu, kita sendiri sepatutnya mengubah diri kita terlebih dahulu. Periksa mutabaah ibadah. Semak taqwa kita bagaimana sekarang. Macam mana nak semak taqwa kita? Taqwa kita boleh dilihat ketika kita duduk berseorangan dan ketika kita menggauli orang lain.

Jadi, saya rasa, saya masih jahil lagi. Belum cukup. Belum cukup lagi usaha untuk mencintai ALLAH. Saban hari rasa kering. Ahh..gelisah, mundar mandir..pusing.

Hehe. Nasihat untuk saya ialah, buat apalah kau fikir banyak-banyak pasal diri kau. Kau fikir masalah ummat tu lagi bagus. Secara tak langsung kau boleh perbaiki hubungan kau dengan ALLAH. Yelah nak bersosial dengan manusia ni kene banyak kebergantungan kita dengan ALLAH. Iman di hati. Gerak tubuh badan. Gerak bibir. Bicara yang dibicarakan. Lirikan mata. Tangan dan kaki.

Banyak kali dah nasihat ni untuk saya. Cuma saya lambat sangat ambil tindakan. Saya lambat belajar. Bila diulang banyak kali baru saya faham. Kadang-kadang terfikir juga, mungkin kerana belum terhantuk lagi dengan satu-satu peristiwa saya belum belajar. Tapi kau kena sentiasa berjaga-jaga. Kau selalu abaikan iman di hati. Lihat dalam ayat alQuran menyentap kan?

Kenapa kau perkatakan tapi kau tak amal?

Allah kata celaka dengan golongan tuh. Aduhh. Aku belajar nih. Aku belajar nih. Aku kena hari-hari baca ayat tuh. Supaya aku ingat nanti. Agar aku tak lupa yang aku bertuhankan Allah. Bukan yang lain.

Monday, July 23, 2012

Terminal Iman

Masa ketibaan tren 10 minit lagi. Pastikan perjalanan iman anda selamat. Jazakumullah khairan kathira.

Tulisan merah itu dibaca dan diulang berkali dengan penukaran minit-minit yang berlalu. Masih duduk di situ. Termenung. Memandang teman-teman. Melanguk ke arah pekerja-pekerja yang sibuk membaiki terminal itu. Ditegur seorang lelaki sepet bercermin mata.


"Sudah berapa lama?"

"Baru jer sampai."

"Saya nak kerjakan masa?"

Hati pun bertanya, "Kerjakan masa? Maksud dia kejar masa agaknya"



"Owh. Dari mana?"

"Saya dari Macau. You ada tisu tak? Basahlah cermin mata saya."

"Maaf, saya tiada." Senyum.



Ahh, teringat pertanyaan seorang sahabat ketika menunggunya di satu terminal. 
"Sudah habis satu juz alQuran?"


Owh tidak! Berhentilah daripada berbicara dengan lelaki itu. Tertunduk sebentar. Semua itu dugaan. Mungkin dugaan dakwah kepada non-muslim. Mungkin juga daripada lelaki ajnabi. Saya moderate person. Not much to talk but give any help if they need anything.


Allah menyediakan banyak sangat terminal iman kita. Daripada terminal harian kepada terminal tahunan. Syoknya terminal-terminal itu. Kali ini kita berada di terminal tahunan iaitu Ramadhan. Ramadhan itu terminal yang ternanti bagi mukminin yang suka berpesta! Bukan pesta ala-ala cap-orang-kampung, tapi pesta ini pesta global sehingga makhluk langit turut meraikannya! 


Tren itu akan membawa kita ke alam iman di mana di siulah perlatihan kita mempergahkan lagi kuasa keimanan kita. Bukan calang-calang perlatihan yang Allah beri! Dengan puasa, taraweh, solat malam, menahan marah, sedeqah, dan macam-macam lagi... Ganjaran yang Allah janjikan diuar-uarkan serata dunia!!! 


Manusia suka apa yang nafsu suka. Nafsu tidak boleh dihapuskan tetapi dijinakkan. Maka perlatihan apakah yang dapat menjinakkan nafsu? Berbuatlah apa yang telah disyariatkan kepada kita.


Puasa, Sedeqah, Amal soleh, Taraweh, Solat Malam...
bebanilah nafsu itu dengan kebaikan sampai satu saat kita bermalas-malasan untuk bermaksiat.


Ingat wahai diri,
[Ramadhan] (Ingatlah) ketika dua malaikat mencatat (perbuatannya) yang satu duduk di sebelah kanan dan yang lain di sebelah kiri. alQaf 50:17.

Cerita malaikat ada di kiri dan kanan kita bukan cerita main-main atau cerita sekadar kisah Abu dan Ali main di tepian tapi ini khabar daripada Allah! Setia menemani mencatat dan mencatit amal perbuatan kita.

Astaghfirullahal 'azim.


Friday, July 20, 2012

Rindu Tuhan

Aku luluhkan hati ini
Pada dunia
Mengeluh bagai kerasukan
Akan dunia
Pincang segala noda
Godaan dunia
Bila hati mati
Ditelan nafsu

Nafas berjuta kali pun
Belum dapat membalas cinta
Merasa jari jemari setiap hari
Belum cukup balasan cinta

Bila gersang
Dengarlah kata jiwa
Seorang muslihah
Eksplorasi jiwa tenang
Cabar gentar solehah
Beribu duri muncul
Tepislah dengan kelembutan
Agar penasaran tidak melukakan

Santunan lantunan Kalamullah
Bertandang ingin memaut jiwa
Meninggalkan kerinduan
Menyuburkan cinta Tuhan

[i][l][h][a][m]
2.53pm 20 Julai 2012
Ramadhan Kareem!

Thursday, July 19, 2012

Ramadhan Kareem

Tahun lepas kami keluar mencari mangsa sehari sebelum Ramadhan. Agak nakal di situ. Tapi luar biasa hebat! Kami ke satu taman. Pagi hari lagi. Ramai beriadah. Bawa kawan-kawan. Bawa makanan. Bawa keluarga. Ada phostoshoot. Ada film shoot lagi. seronok melihat ramainya orang di situ.

Kami ke sana nak edarkan artikel tentang Ramadhan. Percuma. Bukan salesgirl okeh :P

"Assalamualaikum." Kami menyapa. Semua mengelak. Senjata ada di tangan. Buku bagai. Kertas bagai. Cepat-cepat kami grab mereka. Alih tumpuan.

"Ramadhan Kareem." separuh menjerit excited nak Ramadhan. Lalu kami menghulurkan sesuatu kepada mereka. Kami dekati semua lapisan masyarakat. Yang tua yang muda yang kanak-kanak yang muka suspicious. "PERCUMA!! Ambillah share dengan keluarga yang lain." senyum terukir dibibir mereka. Ahh gembiranya mereka. Esok puasa!!!

Kami keliling taman itu. Puas menebar kertas-kertas itu. Hah, sesiapa yang nak buat pun boleh. Hari jumaat lagi esok. Boleh je edarkan di masjid-masjid. Di kedai makan pun boleh. Di kawasan perumahan dan kampus universiti pun boleh. Di mana-mana ada manusia di situ subjek anda.

Tetapi ketahui terlebih dahulu apa yang terkandung dalam artikel atau buku yang mahu diberi. Lebih mudah untuk kita menerangkan sesuatu kepada mereka yang menerima.

Ramadhan datang lagi! Ala-ala tora sedikit.

"Ah Chai jom makan bersama kami!"

"I boleh join ke?"

"Boleh ma. You punya dinner juga kan?"

Berjalan menuju ke kafe.

"You puasa tak laparkah?"

"Mestilah rasa lapar Ah Chai. Tetapi lapar tu hilang I betul-betul niat kerana Allah."

"Niat itu apa?"

"Niat tu macam intend la. We have purpose because of Allah. As you devote 100% to God, anything you do  is easy meh. Tak percaya you boleh buatla."

"I tak tahan lapar lah."

"Boleh belajar." Senyum.

Dari Abu Hurairah ra dari rasulullah SAW yang bersabda : “Apabila tibanya bulan ramadhan maka dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka serta dibelenggu para syaitan” (hadith riwayat Bukhari no. 1899 dan Muslim no. 1079).

Pintunya semakin hampir... Sudahkah kita warm up engine? 



Tuesday, July 17, 2012

INTEL kali ini Awesome!

Pagi yang setia menemani hari-hari cintaku yang ALLAH beri. Segar mekar di minda. Bawaku berlari dalam ketenangan. *Dah lama tidak bermadah puisi. Semuanya datang dalam hati. Eyh macam pantun pulak. Okeh2. Next point. AMARAN: ini bahasa tak formal. dan lebih kurang diari jugaklah. so, jangan amek ayat-ayat post kali ini masuk dalam exam pulak ye!!!

INTEL2012

Ni my buddies!!! SENYUM!!! Yang kat belakang muka ala-ala berjanggut semua tuh abaikan :p

Mesti dak-dak ni tak bersabar tunggu post ini kan? Kan? Ngaku je lah. Haha. Tadelah. Yelah walau sorang dua orang je daripada ex-sisme yang baca, tapi saya menghargai pembacaan anda. Senyum :)

Bermula kisah 13 Julai 2012. Catatan perjalanan hidup saya di Selandar berjumpa dengan cikgu-cikgu di bilik guru. Stesen paling lama di stesen Cikgu Syuhada. Haha. Segala cerita terbongkar di situ. Gosip-gosip korang-korang semua ada di tangan kami. Kejamnya ayat. Tak de la. Dalam bahasa lembut, update khabar hangpa semua. Acecece. Ramai dah graduate. Ramai juga dah tunang. Ramai juga nak nikah. Tahun ni ada. Tahun depan ada. Kelakar. Tapi yang paling pergh sekali dulu, cikgu ada cerita ada senior sekolah daripada degree terus buat PhD. Respek lah abang tu. Dah tak ingat dah nama abang tu. Senyum :)

Kemudian, dalam pukul 3 petang kami ada sesi dengan budak-budak tingkatan 4. Budak-budak ni ada kursus kepimpinan sistem rumah. Cikgu Huda ambil kesempatan kami untuk polish budak-budak ni. Hebat hey la senior-senior yang datang. Dari oversea turun sekolah kot. Hebat hey lagi sekali !! Pengalaman hebat dikongsi bersama. Cerita Kak Sheri, cerita Kak Shishi, cerita Abang Besi, cerita Abang Omar. Cerita Omar la paling penjang sebab asyik tanya definisi. Kehkehkeh. Tak de la Omar. Gurau-gurau.

Then ice breaking form 5 dijalankan selepas maghrib dan diikuti LDK1 hebat hey! Jap tunjuk gambar sikit.Sebelum tu ada pengisian daripada dak besi.

Happening gak budak-budak ni punye cheers! Tahniah ye! Group sape ni? Kemal ya?
Next day, 14 Julai 2012. Berkumpul di DG. Ada sesi pembentangan laluan ke universiti.Awesome hebat hey la semua orang. Paling saya tertarik diploma. Rasa nak amek plak diploma. Sebab laluan ke degree tu agak mudah dan boleh high skor. Ramai yang membentangnya. Dak Sheri dan Shishi UIA, dak Omar and the geng oversea, dak Afif dan Kemal diploma, dak Wan Zai matriks,,, Siapa lagi ye? Semua cerita best2! Pengalaman dan amanat-amanat semua bertabur di situ demi hadek-hadek! Panjang nasihat mereka! Namun itu juga motivasi saya! Then ada sesi laluan ke universiti dan kos yang diminati. Sesi ni dibuat dalam bentuk stesen. Best! Saya banyak menyebuk kat stesen orang lain. Macam orang kehilangan arah pun ada jugak. Hihi. 
 
Stesen oversea paling ramai!!! YEah. Bukak sampai 3 stesen kot diorang ni. Jeles2...



Tu dia fasi kita!!!

Lagi malam tu ada interview. Pakat mula-mula semua fasi kene pakai baju formal, kemeja baju kurung bagai. Last-last kami ja yang pakat pakai lawa-lawa. Dak laki? Jangan harap la. Nah ini buktinya...


Serius ketika interview budak-budak nih...
Ni Sheri dan Jijah. sebelah sana Faiz dan Alin 

Naz pun ada? Haah. Dia ada kenduri maghrib tu. Datang sekejap. Walau datang sekejap, terbaik lah Naz!!!

Ok setakat ni jela. Ha? Nak cerita lagi?

JAp. Owh, esok 15 Julai 2012 ada explorace. Budak geng ada upload kat fb. Silakanlah rajin semak gambau2 tu ye! Explorace budak geng kata tak de objektif. Saya garu-garu kepala kejap. Sebenarnya ada. Objektif dia, seronok! CP paling best bila kene amek daun dalam baldi yang ada banyak banyak-banyak-banyak sangat katak. masyaAllah! Mane diorang cekau tu, kene tanya dak-dak laki lah. Tengah malam diorang cari. Lepas tu ada CP kat padang kene ambil gambar ikut arahan. Gaya lemau la, gaya badang la, gaya baru nak melabur la...adeyh. Macam-macam. Pastu ada CP kene buat esei semua perkataan huruf depan dia sama. Paling tak tahan gelak cerita Jepun. Ayat yang paling ingat bila dak Idin bacakan esei tu, Jepun jerit, "Jangan, jangan jangan!" Dua kali pulak tu dialog tuh. Ada tu pulak dia sebut memanjang nama orang. Tak ingat nama orang tu macam mane, lebih kurang ginilah, jamilah, jamil, jemain, jamal, jumpa jijah,jaki, jaman. Nak menghabiskan 50 perkataan tuh, diorang buat mudah mudah. Ada tu pulak, ahmad anak abu. abu anak arif. arif atok ahmad. abu ada anak. anaknya ahmad, ajmal, abdul, aisyah, aminah...arif atok kepada ahmad, ajmal, abdul, aisyah, aminah..Hahaha. Macam-macam diorang ni. Adeyh. Oke lah.

Best. Gonna miss you guys! Hebat hey!
Apa-apa pun memang best!

Wednesday, July 11, 2012

Never Quit



Saya tertarik dengan kata-kata ini. There's no other reason to live. Kalau betul-betul kita letak Allah di hati kita, kita takkan kecewa apa yang Allah campakkan kepada kita. Benar, benar, benar sakinah! Don't quit before you give an effort on it. Kadang kita selalu kecewa dengan sikap sahabat kita. Selalu merungut. Selalu mengeluh. Selalu berharap begitu dan begini. Selalu berharap dia sentiasa bercakap dengan kita. Selalu ambil berat pasal kita. Tapi semua perkara itu reflect kepada diri sendiri sebenarnya. Aku sebenarnya kurang mengambil berat tentang mereka. Macam manalah aku harap orang nak baik dengan aku kalau aku tak baik ngan mereka-mereka semua itu. Rasanya previous ayat macam tak kene jer. Apa dia ye??? Anda perasan?

Mengharap kebaikan dibalas dengan kebaikan. Oho, itu tidak ikhlas namanya. Ye, saya akui saya ada sisi-sisi yang kurang dalam bersahabat. Selalu mengharap kebaikan manusia lain tanpa berharap diri sendiri memberi lebih banyak daripada mereka.

Tapi, kadang-kadang tu penat asyik memberi. Kenapa sangat kurang orang lain memberi untuk aku? Bersyukurlah, sayang. Allah itu adil. Lihat diri kita, perbaiki dan bersyukur. Moga-moga Allah tetapkan hati ini bersama orang-orang mukmin yang lain. Bak kata sahabat saya, carilah alQuran untuk medidik hati kita supaya lebih ikhlas dan dalam pada masa yang sama mendidik emosi.

Anak-anak? I've learn many things.

COMMUNICATION is very very very important! Mendidik anak hebat? Hebatkan diri anda terlebih dahulu. Mahu anak cemerlang? Cemerlangkanlah diri anda terlebih dahulu. Ya, sebab tuh saya kene struggle study. Struggle juga membina akhlak islamiyah. Biar anak-anak saya ada contoh nanti. Kita selalu berkomunikasi daripada anak kecik-kecik lagi. Kenapa kita jarang komunikasi bila dah besar panjang?

Dia kan dah besar. Patutnya paham le.
Do'nt be prejudice to your children. They need love and talk to communicate their desire and musykilah. Very pity you know. So, be tolerate what they wish. :) So, talk to them slowly and gently...

Apa yang saya belajar, remaja yang dah besar-besar ni kene sangat banyak tanya mereka. Kehidupan mereka. Cita-cita. Faham cita-cita dan kehendak impian mereka dengan menyediakan ruangan itu. Ruangan positif dan membina cita-cita ke arah lebih besar. Bukan sekadar memperkecilkan impian mereka tapi memperbesarkan cita-cita mereka supaya mereka ini menjadi generasi yang bermatlamat!!! Mereka generasi tunjuk tauladan bukan bahan bebelan. Mereka menjadi baik akan datang juga akan memberi kebaikan kepada kita. Karenah mereka tu layankan je la dengan kesabaran. Kesabaran itulah yang akan mengagumi mereka satu hari nanti. Percayalah. Seperti ibu bapa Sultan Muhammad al Fateh. Berjaya merealisasikan impian menjadikannya pemimpin ummat. alhamdulillah.

Saya uhuk, masih dalam proses melihat tumbesaran adik-adik saya. Tempat saya buat eksperimen. Eh,,,tak. Tempat saya praktikal. Moga-moga praktikal yang bagus- bagus itu nanti dapat melekat dalam diri nanti dan akan datang. Walau tak banyak saya tulis tentang pendidikan anak-anak (tarbiyatul aulad) ni, tapi saya harap sedikit perkongsian ni kita bersama-sama dapat amalkan. Kan? Betul tak?

Thursday, July 05, 2012

Perjuangan Bukan Sekadar Ini

Kala ku merintih
Kala ku penat
Bait-bait cintaMu
Menyapa hati
Tak keruan kusedar
Hati ini jauh 
Masih belum tertambat
Di jambatan JANNAH

Bacakan aku
Bait-bait itu lagi
Aku lemah
Bacakan aku
Per kata sulaman itu
Agar aku mengerti
Perjuangan bukan sekadar ini

Hamburkan aku
Dengan semangat perjuangan
Campakkan aku
Kata-kata yang penuh berapi
Aku mudah tergelincir
Saat kau hilang di pandanganku

Aku rindu bibirmu memuji-muji ALLAH
Aku terkenang saat kau lafazkan itu
Bertawakkallah kepada ALLAH...
Aku tangis di sisi 
Saat genting 
Tika menghayun kaki ke gelanggang
Perjuangan

Allah,
Limpahilah rahmat kepada sahabat-sahabatku.
Terima kasih ya ALLAH,
Kau yang mendatangkan segala kebaikan
Kau yang mendatangkan segala teguran
Semuanya termaktub
Dalam kitab perjalanan hidupku