Friday, July 26, 2013

Puisi Dasar Pemalas

Memetik jari

Memandang lama

Skrin baru

Kepala dilentok

Kiri kanan

Mata berkelip

Bibir kunci

Fikiran kosong

Hati resah

Apa yang gembira?

Apa yang sedih?

Senyap

Tangan menggeliat

Dasar pemalas

AlQuran tak dibuka

Sejadah tak dihampar

Tazkirah tak didengar

Manusia tak bertegur

Mengeluh berat

Itu

Berat dosa

Dasar pemalas

Friday, July 19, 2013

Hipokrit

Hipokrit.

Satu perkataan yang boleh membawa kepada dua jalan. Jalan taqwa atau fasiq.

"Weh, apa yang kau faham tentang hipokrit?"

"Hipokrit itu hipokrit la. Berpura-pura."

"Negatif ke positif?"

"Kalau kau sebut je perkataan 'H.I.P.O.K.R.I.T.' kau rasa negatif ke positif?"

"Entah.  Kau rasa?" Mengangkat bahu.

"Aku tanya kau."

"Eh. Sekarang ni siapa yang tanya siapa?" Sengih kambing tak mandi sebulan.

"Ok la. Bagi aku, negatif. Ye lah. Berpura-pura menjadi watak orang lain. Kalau kau sebenarnya tak pakai tudung, tiba-tiba kat sekolah kau pakai tudung. Hipokrit la tuh."

"Hello, excuse me. Something wrong with the sentence. Hmm."

"Let me speak!"

"No. Jangan ulangi sejarah itu yang ada dalam youtube tu ye!" Haha. Kami gelak. "Entah la. Bila aku fikir hipokrit ada dua sisi. Satu negatif dan satu lagi positif. Hipokrit membuat kebaikan dan taat perintah Allah, tak salah kan? Kan?"

Senyap.

"Aku tanya kau ni."

"Aku berfikir ni hoi. Hipokrit membuat kebaikan? Maksud kau?"

"Kalau aku ni seseorang yang tak pakai tudung kat luar rumah macam kau cakap tadi, tak salah kalau aku pakai tudung di sekolah. Walaupun aku rasa itu hipokrit dengan memakai tudung di sekolah, tapi lama-lama akan menjadi kebiasaan pakai tudung di luar sekolah juga. Ya, lama-lama akan rasa kekok kalau tak bertudung."

"Bukan rasa kekok, cik adik. Tapi Allah dah campakkan sifat malu dalam diri kau. Kau rasa diri beriman tak sekarang?" 

Err.

"Maksud aku, kau dah rasa kekok nak buat dosa ni. Allah sayang kat kau. Bila Allah campakkan rasa malu dalam hati, Allah nak kau merasakan Allah sayang kat kau. Allah tak nak kau buat dosa free sepanjang hari. Allah nak kita ni bersihkan diri daripada dosa. Allah beri kita syurga. Kita nak apa lagi, kan?"

"Betul la kata kau."

"Tapi kau lagi betul. Allah mengilhamkan kau dengan pemikiran super saiya tahap gaban!"

"Tadi berfikir juga. Kalau kita nak berhijrah, memang kita kene hipokrit dulu. Lama-lama akan jadi kebiasaan. Macam kau ada cakap tadi, 'kalau kau sebenarnya tak pakai tudung, tiba-tiba kat sekolah kau pakai tudung', salah statement tu. Sebenarnya memang fitrah Allah nak kita tutup aurat dan pakai tudung, Tiba-tiba kita buka tudung. Itu yang dinamakan hipokrit. 

Hipokrit kepada Allah."

Ah, sentap ayat tuh.


Thursday, July 18, 2013

"Bro, apa hal?"

Dia.

Sekejap keluar. Sekejap masuk. Sekejap duduk. Sekejap berlari.

Aku.

Pening. Bunyi bising pintu. Sekejap dibuka. Sekejap ditutup.

"Bro, apa hal?"

"Bro kemendanya. Aku gegel okeh." Kami ketawa.

Memandang matanya. Letih.

"Lega rasanya."

"Lega?"

"Buang air tadi. Sakit perut yang amat. Macam nak beranak pun ada."

"Alhamdulillah." Senyum.

"Alhamdulillah. Lega hilang semua sakit perut bagai."

"Ye la, bro! Macam nak buang karat jahiliyah. Kan ada slogan, 'babai jahiliyah'. Perit hati kita menanggung kesakitan jahiliyah tu. Tsk..tsk... "

Senyap.

"Tapi lepas kita kene berus dawai dalam usrah, pergi konferens akhawat ikhwah dan kene plak dengan yang ikhlas kerana Allah, aku rasa aku tak patut hidup kat dunia kalau aku terus maksiat kepada Allah.

Allah tak redha.

Aku terkesan bila kakak besar ada berpesan. Sesungguhnya Allah amat mencintai mereka yang sering bertaubat dan mereka yang membersihkan diri."

"Legalah orang yang sudah bebas dari jahiliyah."

"Owh, aku masih belum lega lagi. Sekarang juga aku pergi solat!"

Bangun dari bangku besi dengan jayanya. Jam 1.50pm.


Tadi aku pergi solat Zuhur, tak nak ikut plak. Hipokrit!!!!!

Wednesday, July 17, 2013

Cinta di Laman Buku

Cinta di laman buku

Cinta alam maya

Jaga syariat di luar

Katanya tidak mengapa kalau di alam maya

Tak dengar suara lenggok lentok perempuan

Tak merenung mata berkaca permata

Tak bersentuhan kulit zass elektrik

Haram katanya kalau lakukan semua itu

Tapi hati siapa yang tahu

Allah tahu!


Kita kata cinta Allah

Tapi hati kita pada dunia

p/s penampar lempang ultraman!

Friday, July 12, 2013

Update: Bulan Bahagia buat Dua Jiwa

bulan syawal nanti bulan bahagia

indahkan, dua jiwa akan disatukan

dalam satu ikatan suci



Aha, tahniah buat sahabat sepermainan sekolah! Beberapa jemputan sudah.

p/s men are leading. Score 3:1. CoME ON girls! This is for batch spm08 sisme.

And not to forget Ex-classmate SKSJ. Wah, dulu kecik-kecik main sama-sama, tak sangka kawen dulu. Alahai.

MABRUK ALF!

Thursday, July 11, 2013

Jiwa

Allah mengindahkan Ramadan

untuk hambaNya.

Jiwainya

dengan taubat.

Tuesday, July 09, 2013

Happy

happy Ramadhan


Ramadhan KarEEm


Allahu akram



be the best "abid

beat the rest with "amal and goodness

Monday, July 08, 2013

Cengkaman rapuh

Bila kau bicara

Semua tutup telinga

Bila kau membuka mata

Bertempiaran lari manusia

Bila kau menadah jari

Tangan mereka dikepit ketat

Jangan biar kata nafsu

Kejar mereka bisik syaitan

Lantas kau ingin mencengkam

Kau tak daya

Mereka punya alQuran

Hati mereka milik Allah

Cita mereka syurga

Masakan kau mampu

Wahai dunia durjana perosak ummat

Saturday, July 06, 2013

Takungan cahaya

hutan itu kehijauan
diam zikir pada Tuhan
bunyian makhlukMu
kembali tenang jiwaku

tetapkan sahaja
aku di rimba
jauh cacamarba dunia
keringnya fantasi jaya
dicemuh galau usia

entah aku wujud
di gua hidayah
berjinjit takungan cahaya

Friday, July 05, 2013

Coklat

Saya tak pernah tahu dia suka coklat.

Sehinggalah satu hari saya menghadiahkan semua orang coklat.

Dialah yang paling teruja.

"Coklat? Mana? Mana?"

Senyuman dia tak dapat disangkal lagi kebahagiaan yang terpancar.

Sekali makan 3 bar coklat.

Bila habis, dia tercari-cari lagi.

Saya menghulurkan yang masih berbaki di tangan saya.

"Nah, untuk awak."

Dia senyum. Matanya kelihatan serba salah.

Perkiraannya mungkin, mahu ambil atau tidak.

"Terima kasih. Kalau kau ungkit benda ni, kau jangan salahkan aku."

Saya terima pernyataan itu tanpa sebarang kata-kata. Malas mungkin. Sikapnya yang suka mengusik itu saya biasakan. Setiap kali program, dialah yang paling semua orang tunggu-tunggukan untuk mengusik semua orang.

"Saya tak banyak bawa coklat. Maaf juga."

Menggaru kepala yang tidak gatal.

Mereka memasang mata dan telinga. Saya memandang semua orang. Kenapa senyap?

Ah, saya malu! Saya menghilangkan diri dalam bilik 'termenung'.

Ntah apa yang mereka bualkan sekarang.

Keluar.

Selamba.

"Jom solat. Jom solat. Lambat nanti jangan salahkan saya."

"Weh, kau ni." Jelingan mata seorang sahabat berhampiran telinga saya. Dia senyum.

Mungkin nanti mereka dengar khabar gembira?

Terkadang datang program, bukan niat nak jadi fasilitator. Terkdang nak jumpa dia je. Hah? Astaghfirullah. Betulkan niat. Betukan niat. Betulkan niat.

Satu hari saya dengar khabar. Dia akan ke Australia. Exchange program under Monash University.

Persoaalan dan kata hati bermain-main. Dia akan tinggalkan saya dalam masa dua bulan lagi. Kenapa?

Kali pertama saya mendengar khabar daripada Dr. Bazilah juga merangkap Pengurus Kem Motivasi Cemerlang, saya tak keruan.

Hati saya debar-debar.

Kenapa sampai begitu sekali kegelisahan kau?

Saya teringat tarbiyah bertahun-tahun. Takkan begitu sahaja kau sudah lupakan? Anak-anak didikmu (mutarabbi)? Mereka memerlukan kata-kata semangat dan kasih sayang daripadamu. Cucu-cucumu (Mutarabbi kepada mutarabbi)? Menghilang mereka, mana kau cari ganti?

Jaga keikhlasan. Jaga amal.

Agar nanti Allah tak meninggalkan aku kerana aku melebihkan yang lain daripada Dia.

Dia yang Satu. Bukan seribu.

"Hana, Allah itu ada pada sangkaan hambaNYA. Baik kita padaNYA, Dia lagi la akan memberi kebaikan yang melimpah ruah kepada kita. Baiknya kita padaNYA, Dia akan memberi ilham yang tepat pada nukilan hati. Baiknya kita padaNYA, Dia akan mengizinkan perkara baik buat kita. Walaupun pada mata kita tidak baik." Kata kilatan murobbi suatu ketika dulu saya putus cinta.

Saya jahil dulu. Merindui pada yang tak pasti.

Ya Rasulullah saw! Setiap saat, usahamu ingin mendidik ummatmu menjadi ummat terbaik.

Malah merindui pada sesiapa yang merinduimu, ya Rasulullah!

Ya Allah, besarnya kasih Muhammad kepada ummatnya. Besarnya kasihMu tehadap kami hamba-hambaMu. Aku bermonolog kembali. Kenapa sering aku melebihkan cinta tak pasti? Ampunilah aku, ya Allah.

Merasa berdosa. Itu melampau, Hana! Jeritan batinku berulang kali menggertak seluruh jiwa dan tubuh.

Beginilah perempuan. Berendam air mata sorang-sorang. Dipendamnya hati tidak beritahu sesiapa.

Ingin memujuk hati pada yang pasti.

"Assalamualaikum, Hana. Saya nak jumpa Hana sebentar. Kita jumpa di bilik saya." Dr. Bazilah ceria bersahaja dalam gagang telefon itu.

"Hana, bagaimana?"

"Apa ni Doc.? Kenapa sekarang?" Getar suara mungkin haru.

"Rezeki masing-masing akan datang pada masa yang tepat dan tempat yang tepat juga. Mahu terima?"

Keluar dari bilik Dr. Bazilah. Meluru ke bilik air.

Yahoo! Saya terkinja-kinja.

Bukan nak sujud syukur. Haish.

Saya akan ke Australia.

Saya bukan anak orang senang dan bukan senang nak dapat ke Australia. Dengan jaminan Dr. Bazilah, pasti mak suka saya ke sana.

"Mak, chek akan ke Australia!"

"Wah, bagus chek na. Belajar sana jangan main-main. Ada peluang jenguk negara orang, ceduk ilmu dan pengalaman seluasnya. Tak lama lagi chek grad dah. Chek kena matang. Rasional dalam membuat keputusan. Nak kahwin, nak kerja nanti senang."

"Yelah, mak. Ni chek nak tanya. Tak pernah-pernah mak sebut pasai kahwin? Awat mak?" Mengusik mak. Aku ketawa kecil.

"Tak da lah. Ada kawan chek ni, telefon mak semalam. Tanya pasai chek. Chek sekrang ni ada sesiapa ka?"

Diakah? Atau orang lain? Saya sudah bergenang air mata. Berani-berani call mak saya. Tapi siapa? Orang mana? Orang perempuan memang begini. Semua persoalan ada dalam hati. Bukan nak bertanya. Malu kunun-kunun.

"Kalau ikutkan, chek tak dak sesiapa."

"Hana. Dalam membuat keputusan sebegini. Kita kena tawakal kepada Allah tahap tertinggi na. Bukan sehari dua kita hidup dengan dia. Bukan sebarangan orang kita nak hidup bersama. Hati kita. Hati keluarga. Tanggungjawab juga kena jaga. Solat. Puasa kita. Pergaulan kita. Dengan pensyarah. Dengan kawan-kawan chek. Ingat, rahmat Allah luas. Tak dak siapa boleh tembus langit rahmat Allah, melainkan izin Allah. Mak tak paksa chek buat keputusan ini secepatnya. Terpulanglah chek macam mana."

"Mak, berani dia call mak."

"Nak jadi laki orang. Macam tu lah." Kami gelak bersama. Menghilang gusar yang sedikit.

Seharian saya berdoa bersungguh. Menyambung kembali istikharah yang saya buat selama ini. Penantian ini akan berakhir?

Kali pertama mendengar nama, tenang sudah berbisik pada hati. Bukan sekali dua. Banyak kali.

Ketika saya  personal computer  di ruangan perpustakaan ala-ala santai di tepi pantai, seorang lelaki berlalu  di sebelah saya.

Beberapa gula-gula coklat terjatuh di atas lantai. Beg dia terkoyak di bahagian bawah. Kecil tapi cukup menjatuhkan semua gula-gula yang dia ada.

"Excuse me. Your chocolates." Saya mengutip semua yang ada.

Dia memaling. "Terima kasih.".

La. Melayu rupanya.

"Nu'man." Dia menundukkan kepala.

"Hana." Senyum.

Itu kenangan sudah. Dua tahun lalu.

Kini dia depan mata. Bising ramai orang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Bukan berseorangan ke Australia. Tetapi dia, Nu'man b Ahmad bersama.

Bertekad kembali membawa segulung ijazah.

Ada rezeki sambung hingga tertinggi.

Kata dia, "Kalau nak menggapai awan, kita kena usaha seperti nak daki langit ketujuh."

"Langit ketujuh?"

"Setahun sudah aku usha kau. Susah. Mak kau. Dr. Bazilah. Abang kau, Hanan. Tapi baru hari itu aku menguatkan kata hati dan membulatkan tekad."

"Selepas peristiwa saya tawarkan awak coklat tu ke?"



Senyum.







Thursday, July 04, 2013

Ubi Kayu

Ya Allah! Satu hari saya terkejut.

Ketika itu saya mahu membuang sampah di belakang rumah. Oh. Belakang rumah saya ada kebun. Yang paling unik, pokok buah pulasan. Hanya di Johor ditemui. Bila ditayang pada sahabat dari Kelantan, mereka kata Wow, tak pernah tahu pun selama aku hidup. Nikmat di kebun belakang rumah.

Sambung kembali.

Saya terkejut. Kenapa pokok ubi rosak-macam-ada-orang-cabut? Dah tak keruan.

Gelabah.

Persoalan.

Ada orang curi? Ada orang lapar? Mungkin ada orang-nak-buat-kenduri-tak-cukup-bajet?

Eh. Syuh prasangkaan sebegitu rupa.

Saya berlari takut kunun-kunun ke dalam rumah.

Calling my mom! Ya Allah, please save us from any difficulties!

"Hah, khinzir tuh,"

=.=

Saya sangka orang. Rupanya binatang.

Nampak tak pentingnya tabayyun? Nak tuduh orang macam-macam tetapi akhir sekali bukan manusia yang kerjakan.

Saya kembali ke pokok ubi yang sudah tumbang berbatang-batang. Sedih.

Saya sangka ubi kayu yang sepatutnya enak dimakan kami sekeluarga itu rezeki kami, tetapi rezeki khinzir itu.

Saya tebas satu persatu-satu. Mengalihkan batangnya ke tepi. Laluan utama ke kebun terganggu dengan pokok-pokok itu.

Saya mengutip yang berbaki.

***

Kusangka panas hingga ke petang tetapi hujan di tengah hari. Kusangka rezeki ubi kayu itu nanti dimakan kami, rupanya rezeki si khinzir tadi.

Belum tentu usaha yang kita usahakan milik kita. Mungkin juga boleh dimusnahkan sekelip mata oleh faktor lain.

Belum tentu impian menggunung tinggi itu akan kita gapai suatu hari nanti. Kalau tidak diiringi usaha yang kuat dan berstrategi.

Kita tanam.

Dia membesar. Dia meninggi. Dia menjulang ke langit. Lama bukan sekejap.

Buntang mata. Usaha dimusnahkan.

Begitu juga Islam. Kita usaha. Kita bina. Kita terdidik. Kita mendidik.

Jangan sampai sikap kita yang 'hipokrit' dan musuh Islam yang kita tak sedar, berjaya memusnahkan harapan.

Bukan harapan individu. Tetapi harapan ummat.

#SaveMesirSyriaPalestin

Tuesday, July 02, 2013

Kem Tunas Potensi Batch II 2013

Pengalaman hujung minggu yang menerujakan saya. Alhamdulillah. Sememangnya banyak yang ingin saya ceritakan penglibatan saya bersama Mujahadah Agro Camp T&C. Tetapi pengalaman baru-baru ini membuatkan saya teruja untuk berubah kepada yang lebih baik lagi.

Ukhuwah mereka.

Kem Tunas Potensi Yayasan Peneraju Batch 2 terdiri daripada 43 orang dan salah seorang daripada mereka itu kurang daya penglihatan. Dia itu Harziah. Sebaya saya. Semangatnya kuat. Tegas dalam apa pun penglibatan. Nak terlibat dalam semua aktiviti. Ada diantara mereka, mereka juga kuat dan termotivasi melihat kekuatan yang hadir pada Harziah. Tidak mudah mengalah. Malah melihat itu bukan penghalang atau kelemahan, sebaliknya kekuatan. Satu lagi, saya teruja dia membaca melalui pendengarannya. Sahabatnya membaca, dia mendengar lalu menghafal surah alMukminun itu. Sepanjang program dia orang yang terkedepan.

Ella, Dolores, Clare, dan Crista mereka non-muslim. Orang Sabah Sarawak. Tetapi akhlak mereka cukup mengharukan saya.

Crista tercedera.

Ella serba salah.

Ella ke hadapan, lalu memberitahu semua, "Saya minta maaf. Kami semua yang menyebabkan kau cedera. Minta maaf ya." Maaf itu diulang kembali. Lembutnya hati Ella.

Ella menjaga hati semua orang. Ceria. Cheer up us every time you speak. So sweet.
Dan Ella pernah bertanya, "Kenapa mereka sembahyang asing-asing? Lelaki dan perempuan."
Amira sahabatnya bertanya kembali, "Kenapa?"
Ella tersenyum lalu menunduk. "Mana la tahu kalau..."

Amirah bersemangat menceritakan peristiwa indah itu pada saya. Abigail pula, eyh silap-silap. Abigail Asrina   teruja yang Ella akan sama-sama puasa dengan sahabat Muslim yang lain. Ya, Ramadhan kali ini. Ella tak sabar katanya. Mungkin ini kali pertama dia akan berpuasa. Makanya, sahabat Muslim perlu menyokongnya bukan sahaja dari kata-kata malah doanya.

Owh.

Satu peristiwa sebelum berakhir, saya geli hati. Clare kuat mengusik dengan sahabat lelaki yang lain. Then Ella memanggil Clare.

"Clare, kenapa kau di sana? Sudah pandai ya, Clare..."

Saya tersenyum. Allah. Dia dekat dengan kehidupan Islam.

Mata saya pun bergetar.

Satu lagi peritiwa yang membuatkan hati saya bergetar. Quranic drilling. Mata saya cukup bergetar jika ada yang menyeru-nyeru nama Allah dengan laungan dan suara yang bergetar. Doanya.

"Ya Allah, jauhilah aku daripada maksiat. Ya Allah dekatkan aku denganmu ya Allah. Ya Allah..!" Doanya pendek tapi cukup mencarik kegelapan hati ini sedikit demi sedikit.

Suara itu saya rindu. Bait itu saya rindu. Laungan demi laungan itu saya rindu.

Ok sebak.

Pulau Beracun itu memukau malam terakhir.

Pulau beracun itu menggantikan sesi hati ke hati. Basah baju. Basah tekak. Basah sekeping kain kerudung. Harapan demi harapan diluahkan. Impian tertinggi dinyatakan.

Saya mendengar luahan itu pun saya sudah sebak. Belum kena marah dan provokasi lagi.

Malam itu saya mendengar. Kesusahan kehidupan mereka. Mereka bukan orang senang. Belajar jauh daripada keluarga. Ada daripada kecil sudah berniaga. Sejak sekolah rendah lagi. Keliling kampung. Ayahnya sudah meninggal dunia. Kuatnya dia. Kekuatan yang dia bina itu, jadilah dia sekarang ini.

Ada yang baru 6 tahun kembali kepada fitrah Islam. Katanya, tiada siapa yang mengajak keluarga mereka memeluk Islam. Ini semua hasil inisiatif sendiri. Hanya satu. Suara azan itu yang memanggil hati mereka kembali kepada Allah. Laungan demi laungan. Hati mereka bergetar. Inikah jalannya? Ya, mereka membenarkan semua itu.

Ada kisah mak sakit. Dia satu-satunya harapan keluarga.

Ada yang dia anak yang pertama dalam adik-beradik masuk universiti.

Ya Allah, malam itu malam muhasabah aku. Aku terfikir, ada lagi orang yang susah sebegini. Kenapa aku tidak sedar? Bila orang yang pernah hidup susah begini hadir menjadi sahabat kita, tentu kita tersa akan kehadirannya.

MAC menjadi saksi.

Ya, saksi pertemuan dengan insan sehebat mereka. Ikhlas menuntut ilmu. Gagah memperkasa cita-cita.

Semoga pertemuan kita bukan sia-sia malah salah satu pencetus semangat untuk hidup terus di muka bumi Tuhan :)