Projek #100 Puisi

#1 Aku Lupa Aku Murobbiyyah

Aku meneruskan kehidupan. Biasa.
Pengabaian jiwa telah berlaku.
I love you
Aku berhijrah
Kejayaan bukan milik kita seandai
Allah tidak kita kenali. Bukan
kerana kita tidak tahu 
iman kita ragu-ragu.

Apabila cinta dunia memuaskan
Kita sudah tidak peduli yang lain
Ibu bapa, agama itu
Kita letak tepi

Tapi kita bukan kita yang dahulu
apabila Allah beri akal yang lebih

Kita bukan kita yang dahulu
apabila Allah beri nikmat lebih
Kejayaan bukan milik kita seandai
Allah tidak kita kenali. Bukan
kerana kita tidak tahu 
iman kita ragu-ragu.
Apabila cinta dunia memuaskan
Kita sudah tidak peduli yang lain
Ibu bapa, agama itu
Kita letak tepi

Tapi kita bukan kita yang dahulu
apabila Allah beri akal yang lebih

Kita bukan kita yang dahulu
apabila Allah beri nikmat lebih
Apabila cinta dunia memuaskan
Kita sudah tidak peduli yang lain
Ibu bapa, agama itu
Kita letak tepi
Tapi kita bukan kita yang dahulu
apabila Allah beri akal yang lebih

Kita bukan kita yang dahulu
apabila Allah beri nikmat lebih
Tapi kita bukan kita yang dahulu
apabila Allah beri akal yang lebih
Kita bukan kita yang dahulu
apabila Allah beri nikmat lebih
Kita bukan kita yang dahulu
apabila Allah beri nikmat lebih




Hanya biasa.
Tiada luar biasa.

alQuran hanya dibuka sekali sehari.
Tak banyak.
Satu mukasurat.
Itupun kalau rajin.

Terkejut. 1 pesanan ringkas.

Akak, jom berbulatan gumbira. Rindu.

Aku merenung. Aku meraung.


Aku lupa aku murobbiyyah.


Mereka dahaga. Mereka mahu berpaut.


Lantas aku perlu mencantas halangan

Sahut iman. Sahut taqwa.

#2 I Love You


Berulang kali

Aku memaknakan
Aku sungguh

Pernah begini

Selepas ungkap rasa cinta
Kita menjauh

Aku menyesal ungkap rasa cinta


#3 Hijrah Dia


Dulu aku bodoh

Tiada ilmu
Hadiri kelas
Jumpa cikgu
Aku ada ilmu
Sekarang aku pandai

Aku berhijrah

Dulu aku berhijab
Gerbang rambut
Sekarang berhijab
Tutup
Sederhana
Taat
Moga hatiku tetap taat padaNya

Dulu aku ada 'couple'

Mainan perasaaan
Gila perempuan ini
Bila berpisah
Mengajar aku
Bergantung padaNya

Hijrah dia

Sama dengan aku
Aku sayang dia

#4 Kerana ragu-ragu


Kejayaan bukan milik kita seandai
Allah tidak kita kenali. Bukan
kerana kita tidak tahu 
iman kita ragu-ragu.

Apabila cinta dunia memuaskan
Kita sudah tidak peduli yang lain
Ibu bapa, agama itu
Kita letak tepi

Tapi kita bukan kita yang dahulu
apabila Allah beri akal yang lebih

Kita bukan kita yang dahulu
apabila Allah beri nikmat lebih



#5 Sekenit itu ada dalam jiwa

Tuhan, tika jiwa ini sakit
Aku lemah
Tuhan, tika hati ini gering
Aku putus asa

Namun ada sekenit berjiwa besar
Memujuk rayu agar kuat
Sekenit itu ada dalam jiwa

#6 Rezeki
Semua itu rezeki daripada Allah.

Allah yang berhak atas kau

Syukur dan redha

Kau tidak boleh mengubah sejarah yang telah lalu,

tapi

kau boleh perbaiki masa lalu dengan menghargai waktu sekarang.

Rasa malu dengan dunia?

Dengan Allah bagaimana?

ujian atau kafarah?

menangis tiada guna

bersembunyi tiada guna.

Syukur dan redha.

Benar 
Ujian Allah itu kecil di dunia.

Apa benar kau redha?

Buktinya apa?

Gembira atas semua pemberianNya.

Tiada ungkitan,

adanya motivasi.

Terus bangkit membakar semangat.

menuntun perjuangan hingga akhirnya.

#7 Dasar Pemalas

Memetik jari

Memandang lama

Skrin baru

Kepala dilentok

Kiri kanan

Mata berkelip

Bibir kunci

Fikiran kosong

Hati resah

Apa yang gembira?

Apa yang sedih?

Senyap
Tangan menggeliat

Dasar pemalas

AlQuran tak dibuka

Sejadah tak dihampar

Tazkirah tak didengar

Manusia tak bertegur

Mengeluh berat

Itu

Berat dosa

Dasar pemalas

#8 Cinta di Laman Buku
Cinta di laman buku

Cinta alam maya

Jaga syariat di luar

Katanya tidak mengapa kalau di alam maya

Tak dengar suara lenggok lentok perempuan

Tak merenung mata berkaca permata

Tak bersentuhan kulit zass elektrik

Haram katanya kalau lakukan semua itu

Tapi hati siapa yang tahu

Allah tahu!

Kita kata cinta Allah

Tapi hati kita pada dunia

#9 Jiwa
Allah mengindahkan Ramadan

untuk hambaNya.

Jiwainya

dengan taubat.

#10 Cengkaman rapuh
Bila kau bicara

Semua tutup telinga

Bila kau membuka mata

Bertempiaran lari manusia

Bila kau menadah jari

Tangan mereka dikepit ketat

Jangan biar kata nafsu

Kejar mereka bisik syaitan

Lantas kau ingin mencengkam

Kau tak daya

Mereka punya alQuran

Hati mereka milik Allah

Cita mereka syurga

Masakan kau mampu

Wahai dunia durjana perosak ummat

#11 Takungan cahaya
hutan itu kehijauan
diam zikir pada Tuhan
bunyian makhlukMu
kembali tenang jiwaku

tetapkan sahaja
aku di rimba
jauh cacamarba dunia
keringnya fantasi jaya
dicemuh galau usia

entah aku wujud
di gua hidayah
berjinjit takungan cahaya

No comments: