Sunday, September 08, 2013

Peristiwa yang tak perlu dipercayakan

Hari ini ada usrah. Lepas maghrib nanti. Bukan tak mahu singgah rumah sewa yang-jauhnya-35-minit-kalau-jalan-kaki terlebih dahulu. Tetapi lebih mudah untuk membuat satu kerja sahaja. Walaupun tidak membersihkan diri, dengan bedak cap mawar-ros-merah dapat menyegarkan kembali tenaga yang dihabiskan seharian.



Busuk-busuk akhawat juga.

Hari ini datang awal ke Sunway College. Berjalan kaki daripada Monash University. Tak jauh. Hanya 15 minit. Kalau pelajar di sekitar bandar Sunway ni, dah biasa bersusah-susah begini. Bukan tiada kemampuan, tetapi belajar untuk hidup bersederhana. Bak kata Hadirah, Bersyukur apa yang kita ada.

Maksimakan manfaat apa yang kita miliki.

Bila dah berlecah badan, hanya satu sahaja niat di hati. Bangku! Duduk sebentar. Kipaskan muka yang sedang mencurahkan bakti membasahkan wajah dengan air sakti. Sejuk. Bila lihat ke luar jendela bangunan Sunway College, hujan renyai-renyai. Permulaan rahmat. Wah, hujan! Seronoknya. Amboi, 'eksaited'nya dia! Tapi...tapi..tapi...boleh ketiduran lagi (baca: dengan nada Indonesia). Ya Allah, selamatkanlah aku daripada tertidur. Ameen. Ameen kan cepat!

Bila hujan membawa rahmat.

Rahmat itu suatu nikmat. Lalu membuka helaian alQuran. Tenang. Hafalan diteruskan. Masih berbaki banyak ayat lagi dalam surah alBalad untuk dipakukan di dalam memori. Bacaan masih diteruskan hingga minit yang kelima. Minit yang kelima. Ya. Tiba-tiba, blekp! Nak tahu apa yang terjadi? Sabar dulu.

Gelap. Apakah ini?

Ini dugaan yang sungguh besar. Apabila mata tertutup tanpa memetik suis. Automatik. Dahi dijatuhkan perlahan-perlahan hingga ke tapak tangan. Nikmat. Inilah nikmat dalamnya ada rahmat. Oho.

Saat menikmati nikmat itu, tiba-tiba! Suatu tubuh datang merapati meja yang diduduki. Seorang pemuda. Berkopiah hitam. Berbaju hijau. Duduk di meja yang sama tetapi di hujung penjuru sana.

Tuk tuk. Tuk tuk.

Bunyi apa tu? Rupanya pemuda tadi mengetuk meja. Terus terbangun mengangkat wajah yang sedang berpinar mata. Memandangnya berkali-kali. Tertanya di hati. Macam mana boleh tertidur tadi? Aku tak ingat macam mana! Aku tak ingat. Eh, siapa lelaki ini? Siapa ni? Seiras seseorang.

Buat apa di sini? Dia bersuara. Garau suara seorang pemuda.

Lama ternanti. Berfikir. Tunggu kawan! Owh Allah. Kenapa dengan dia ni? Terus dia bangun terus mengucap, bangun. Dah nak maghrib. Terus berlalu pergi. Siapa dia ini? Tak sempat kutanyakan nama persis dalam filem 'Ketika Cinta Bertasbih'. Bila terfikir, aku tidak semulia wanita dalam kisah Nabi Musa dan kisah 'KCB' itu. Tidak layak barangkali.



Ingat lagi kisah wanita dengan Nabi Musa itu? Nak dengar? Kalau mahu tahu, baca ya. Bukan dengar. Betulkan? Memang kamu sedang membaca kali. Ok. Ketika Nabi Musa tiba di negeri Madyan, terlihat dua wanita. Bersama mereka, ternakan mereka. Di hadapan mereka itu ada segerombolan lelaki yang sedang merebut sumber air untuk ternakan masing-masing. Maka, apakah ada peluang itu wanita tersebut untuk merebut sama? Sabar. Lalu Nabi Musa menghulur bantuan. Mengambil air. Supaya ternakan itu sihat. Supaya 2 wanita itu segera menunaikan alas tanggungjawab daripada beban ayahnya yang sedang sakit ketika itu.

Hebat bukan?

Jadi, ada lagi ke pemuda seperti itu di zaman ini? Saya kira. Seperti tiada. Namun, pemuda yang saya ceritakan tadi, persis juga Nabi Musa. Sifat Qawiyul Amin. Kuat dan amanah. Kuat dari pegangan agama dan amanah dalam menjaga syariat Islam di Sunway College. Sebab tak nak ada orang tidur waktu Maghrib. Ehem. Siapa pemuda itu?

Saya tertanya hingga masa berginjak ke setahun lamanya.

Lalu kami bertemu kembali apabila dia berada di Majlis Gathering Pelajar Tajaan Biasiswa-yang-tak-perlu-namakan-kot. Bajet hot. Pfft budak ini. Dia...

Sebelum gathering itu, saya mendapat satu email daripada pensyarah saya atau saya panggil dia 'cikgu'. Cikgu email kepada saya tak panjang. Pendek cuma. Yang mengatakan ada orang itu... tak perlu saya ceritakan di sini. Barangkali malu. Segan. Ahh!

Biodata pendek diserahkan kepada saya. Saya ada perasaaan yang bercampur baur. Melihat foto wajah sekecil itu, saya cam. Dialah pemuda yang saya jumpa setahun lalu. Setahun lalu. Saya tak buka banyak kali. Sekali cuma. Malu mungkin. Pemuda sehebat Nabi Musa mahu me***** wanita marhaen ini. Nak gosok mata, memang dah realiti ada fail tersebut depan mata. Pandang kiri pandang kanan. Perasaan ini. Perasaan ini.

Cikgu datang gathering itu. Senyum lebar cikgu. Cikgu menunjukkan, itulah pemudanya. Bahu dipeluk erat. Saya rasa nak menitiskan air mata. Hanya dari jauh. Dia jadi MC pada hari berkenaan. Berbaju hijau dan berkopiah hitam. Seperti kali pertama saya jumpa dia. Kali pertama.

Cikgu menceritakan segalanya kepadaku. Tentang dia dengan saya. Kali pertama sehinggalah hari ini. Dia sudah beristikharah banyak kali. Sejak kali pertama bertemu. Baru hari ini cikgu kata, dia ada kekuatan untuk serius me***** saya. Gila. Setahun istikharah! Ketentuan Tuhan. Cepat lambat. Allah beri keputusan. Allah jua segala kekuatan. Pada pemuda berjiwa besar.

Ingin sekali lagi saya tanyakan nama buat kali pertama apabila saya bertemu dengannya. "Namanya siapa!" Tentu dia menjawab pendek sekali. Atau mungkin tak menjawab langsung. Malu berkali-kali. Tak nak! Dah lah bangun orang kejutkan. Muka serabai. Tudung senget benget. Tiba-tiba nak tanya nama. Tak naklah. Kalau tak jawab, lagilah malu berkali-kali.

Sekali cuma peristiwa itu saya dipertemukan.

*Sila baca tajuk entri ini lagi sekali. Sekian terima kasih.