Friday, June 06, 2014

dosa yang terapung

Ketika ini kami membuat satu aktiviti membersihkan kolam hati. Kami menulis semua perkara dan peristiwa terburuk yang pernah dilakukan. Kemudian, diminta untuk mencarik hingga kecil untuk membuang semua perkara negatif!

Datang satu kakak kamera, cepat-cepat tangkap gambar.

Seorang adik menghulur tangan.

"Kak, ini dosa yang sudah terapung."

Rasa nak menangis di hadapan dia. Tahan sikit. Tahan sikit. Adik, moga dosa terapung itu hilang dan terbang meninggalkan kita jauh.

Jauh.

Dekat di hati hanya pahala dan kebajikan.

dulu dan semalam

Semalam kami bertentang mata. Lama. Senyumannya masih seperti dulu. Gayanya masih seperti dulu. Renungannya menggugah kerinduan ini.

Harapannya setiap kali bertemu dulu hingga sekarang,
Nikah cepat ea..
Nanti kita datang..
Cepat-cepat tau..

Harapan murobbiyah saya yang pertama dahulu.
Ukht, aku rindu akan kata-katamu. Kata-kata segar. Kata-kata iman. Kata-kata lembut. Kata-kata basah.

#murobbiyyah

langakah aku dulu

Kau nampak aku hipokrit,
Aku tengah berperang
dengan jiwa,
temui aku depan-depan
kalau kau nak adili aku.

sekianterimakasihselamatkanbudakini
08052014

mata

Saya lihat ramai orang yang berjaya, bernikah awal.

hodoh si jelita

Tak semua kau kata buruk itu buruk bagi aku. Tak semua aku kata cantik itu cantik bagi kau.

Kau tahu, yang paling maha cantik ialah keindahan budi pekerti.

 Pandanglah semua wanita dengan kecantikannya. Walau ada terpalit kehodohan, cantik itu perlu kau cari.

Sebanyak banyak kecantikannya yang ada pada dirinya, sebanyak itulah Allah akan limpahkan keberkatan, rahmat juga keindahan buat dirinya.

Kau jaga diri kau. Kau jaga Allah dalam hati kau. Kau jaga iman kau. Tentu kau bahagia.

#bahagiatakterungkap

karat

Manusia.

Bagi aku manusia boleh jadi orang lain.
Hati aku karat. Aku nak hati bersih.

Aku tiru perangai orang hati bersih.
Mula-mula jalan senget macam ketam.
Rasa goyah. Rasa tak jujur pada diri.

Tapi akhirnya aku akan mula biasa.
Biasa dengan perangai baik.

Memang ketidakjujuran itu akan berlaku
pada saat kau berhijrah. Percayalah.
Bukan orang lain dapat mengubah kau.
Tapi kau pegang dada kau. Hati kau.

ironi

Kau kepelikan melihat
Dia dan dia dan dia

Halus keningnya
Mulus kulitnya
Gemalai bunyinya
Ironi
Garau nadanya

Sama
Dia dan kau
Manusia

kerana

Apabila pertemuan kerana Allah, pasti bersahabat lama. Kalau berpisahnya kerana Allah pasti jumpa kembali di Syurga.

1jam

Tak semua kau akan tahu
Bila satu jam
Kau bimbit tangannya

Tak semua kau akan tahu
Bila satu jam
Kau bertentang matanya

Tak semua kau akan tahu
Bila satu jam
Kau diam di hadapannya

Tak semua kau akan tahu.