Wednesday, November 04, 2015

Selalu kuloretkan
Catatan tarbiyah
Atas lembaran ini

Bukan suka aku loret dan berbangga
Tapi kerana aku gembira
Dengan perjuangan ini

Moga satu hari nanti
Allah makbulkan
Hasratku tulis
Buku

Saturday, September 26, 2015

Mereka, Allah santuni untuk aku.
Membawa kepda niat aku untuk berhijrah.

Satu. Aku tidak mahu berhasad dengki. Bagaimana aku berhasad dengki sedangkan aku ingin berjuang untuk syurga.

Dua. Aku belajar untuk berkorban. Bagaimana aku tidak berkorban sedangkan cinta untuk aku dapatkan perlu aku korbankan masa, tenaga dan harta benda.

Tiga. Aku belajar untuk infaq. Aku tidak patut kedekut. Untuk apa aku kedekut? Hanya membawa kepada sikap mementingkan diri sendiri.

Aku belajar tentang kehidupan seirang adik yang baru menginjak 16 tahun.

Kak, sejak saya telah meninfakkan diri di jalan Allah,  saya sanggup berkorban sedikit di dunia ni.

Adik. Terima kasih atas pengajaranmu. Aku rindu orang yang berjihad seperti dirimu.

Thursday, May 21, 2015

Kisah Aku dan Mereka


Kisah aku dan mereka

Perjalanan dakwah dan tarbiyah ini sungguh panjang. Sungguh melesukan. Sungguh menuntut pengorbanan melalui harta, masa dan tenaga. Tetapi semua itu ditolak tepi demi redha Allah dan RasulNya. 

"Kalau tak mahu bersusah-susah, nak berkorban pun payah" -Quoted, 2014-

Kehidupan dalam lingkungan tarbiyah memberikan aku akan kesedaran ketuhanan dan kehambaan. Kesedaran akan kembalinya aku kepada Allah satu hari nanti dalam keadaan terbaik. Maka Tarbiyah itu satu sumber kekuatan yang akan saling menguatkan, berpesan malah saling takaful apabila masing-masing memerlukan bantuan. Mereka adalah sahabat aku.

"(Itulah dia kesudahan kehidupan dunia), dan sebaliknya Allah menyeru manusia ke tempat kediaman yang selamat sentosa, dan Dia sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) ke jalan yang betul lurus (yang selamat itu)." (Surah Yunus 10: 25)

Aku bukan lahir sama ayah dan sama ibu dengan mereka. Tapi kerena mereka sahabat solehah, aku sanggup berkasih dengan mereka dan sama-sama berjanji berusaha menegakkan Islam dalam diri sendiri dan ummat yang memerlukan. 

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Dan perpisahan itu mengerikan buat aku. Adanya mereka di hadapan mataku cukup mengingatkan aku kepada Allah. Cukuplah aku menenung matanya. Cukuplah hanya satu perkataan yang terkeluar daripada mulut mereka, untuk aku merasai kebersamaan Allah dalam ukhuwah ini.

Allah.
Temukan aku dengan mereka di syurga nanti.
Sungguh.
Aku nak bertemu mereka di syurga.
JannahMu, Allah.