Friday, February 20, 2009

SABARLAH !!!

SALAMUN ALAIKUM to all readers !
Topik yang ingin dikupas hari ini ialah SABAR.
Ungkapan 'Sabar merupakan sebahagian daripada IMAN'seringkali kita dengar di corong telinga. Sabar juga adalah jalan yang terbaik sebelum kejayaan berada di dalam kejayaan atau meneyelesaikan sebahagian masalah yang kita hadapi. Sebelum KEJAYAAN itu berjaya digapai oleh kita, pelbagai ujian & rintangan , jatuh & bangun kita dilihat oleh ALLAH TAALA. Bagaimana usaha kita untuk mencapai kejayaan itu? ALLAH MAHA MELIHAT setiap usaha hamba-hambaNya.

"Hai orang2 yang beriman! Minta tolonglah kamu dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah bersama dengan orang2 yang sabar" ~surah alBaqarah: ayat 153~

Ada seorang sahabat saya(W), nak jadikan cerita...
Setiap ujian dan peperiksaan selalunya dia memperoleh 3A atau 4A semasa tahun PMR. Dia tidak berputus asa. Dia yakin Allah akan membantunya.
DI SEKOLAH
"Eh, W! Nak pi mana?"tanya S
"Nak jumpa cikgu sekejap,"sambil memegang buku di tangan.
Setiap hari di sekolah begitulah rutinnya. Keluar, masuk, keluar, masuk!
Bila tak de cikgu, she took an opportunity to enter my class. She would did her revision with us.
DI DORM
(pukul 2 pagi)
"W, aku dah ngantuk ni. Aku masuk tidur ye?"aku menguap tak tahan nak gian tidur,hehe...
W tahan sampai 3-4pagi x tidur-tidur. Memang mata burung tut... betullah.

Sampailah trial...keputusan tetap macam tu juga. Tapi saya lihat dia mmg tekun dan dia faham setiap kali kami study bersama. Dia pernah juga merungut, KENAPA? Setiap kali itulah nasihat2 yg b'manfaat jdkan dirinya sebagai hiburan.
Saat keputusan PMR keluar. ALHAMDULILLAH! Dia mendapat 8A tetapi ada satu subjek tercicir. Namun, dengan berkat kesabaran doanya dimakbulkan oleh ALLAH!

Yakinlah pada ALLAH dan sabarlah setiap dugaanNYA~

No comments: