salam alaik kepada semua pembaca. apa2 yang berlaku semua kehendak ALLAH. kepadaNYA jua kita kembali. entry kali ini saya republish balik. semoga ada kebaikan.*maaf, mungkin bahasa yang digunakan sedikit kasar*
___________________________________________________________________--
Sejak akhir2 ini aku asyik dgn games yg ada dlm mobile phone ni. Entah apa yg best sgt sampai aku pun khusyuk main. Games yg paling aku tergilakan sekarang ini ialah game kriket.Bukan main seronok lagi bila akulah the highest mark dan dapatkan kalahkan adika aku. Hahaha...Semua ini gara2 adik akulah yang mengajak aku main dengan game ini. Tengoklah apa sudah jadi sekarang? Gian lak.
Nak cerita pasal game ini lah,semalam punya semalam, maksudnya kelmarin lah, aku adalah terbaca "Mengapa Yahudi Bijak?". Sebelum ini aku pernah juga membaca kenyataan drp seorang doktor ini tetapi aku buat2 x kisah sgt. Sekarang inilah baru aku ambil kisah. Games yg mereka ajarkan kpd anak2 mereka dan games yg dititkberatkan oleh pihak sekolah ialah memanah, menembak dan dart. Itu baru antaranya...belum disenaraikan lagi secara keseluruhan. Kenapa mereka mahu anak2 mereka mahir dalam games ini? Games ini dapat menajamkan otak dan mengasah kemahiran menfokuskan kepada sesuatu kerja. Pendek kata, apa2 kerja boleh buat kerja boleh dgn fokus 100% dengan latihan games sebegini.
Ada apa pada kita? Games ciptaan yahudi mampu meletakkan kita tersasar jauh dengan kelekaan duniawi. Itu agenda mereka...menghancurkan ummat Islam. Tapi bagi aku bila main kriket game ini boleh mengasah sikit la kepala otak aku ini. Mana tidaknya kene fokus betul2 baru boleh menang. TAPI AWAS, jangan sampai tahap gian itu muncul di benak korang. Apabila kita membicarakan cerita game yg aku main ini, ada juga hikmahnya. Membuatkan aku berfikir jauh juga lah. Nak tahu apa yang aku dapat semasa aku main benda alah ini?
Mestilah korang nak tahu juga...Jangan buat x tahu pula. Cam adalah perasaan eager nak tahu something. Mula2 bila aku main, aku x dapat pukul.
"ish, asal x dapat ni???" aku agak marah. Bukan apa, geram je. -_-
lama2 main tu dapat lak the highest mark. Memanglah kadang2 kita tewas pada awal permainan, mungkin ada sesuatu yang lebih pada penghujung permainan. Sama juga dengan perjuangan. jangan mudah mengalah. Mungkin kita kurang sedia. Strategi salah langkah ke...x pun niat sudah lari. macam di padang trek lumba lari la pula. Abaikan. Maksudnya di sini ialah kita kenelah bawa banyak bersabar dalam apa jua pekerjaan. Dalam ayat AL-QURAN banyak yang menceritakan ttg kesabaran ini. Antaranya:
surah al-Baqarah ayat 153,
' wahai orang2 yang beriman! Mohonlah pertolongan ALLAH dengan sabar dan solat.
Sungguh Allah bersama orang2 yang sabar'.
Kesimpulannya, buatlah apa sahaja yg kamu suka asalkan yang boleh mendatangkan manfaat dan niat kerana ALLAH. ^_^
SENYUM ITU PENAWAR KEDUKAAN DAN PENYERI WAJAH~
No comments:
Post a Comment