Friday, July 22, 2011

Jujur dengan aku!




IKHLAS have a strong relationship to ASSIDDIQ.

Apa itu ikhlas?
Ikhlas itu menjagadiri daripada perhatian makhluk.

Apa itu assiddiq?
Assiddiq itu menjaga diri daripada perhatian nafsu.

Susahkan menjaga keikhlasan. Tapi ada orang kata senang sahaja.
Amalkan 4 perkara:
1) Ingat kebaikan orang lain terhadap kita.
2) Lupakan keburukan orang lain terhadap kita.
3) Ingat keburukan kita terhadap orang lain.
4) Lupakan kebaikan kita terhadap orang lain.

Teori nampak mudah, namun dari segi praktikal/amalan kita bagaimana?

Kita kata kita masih ikhlas bersedekah, namun kita merungut pula duit kita semakin sedikit... Tak cukup duit la nak buat belanja makan, tak de duit nak beli buku...

Kita kata kita ikhlas memberi nasihat kepada orang lain, namun kita merungut yang rimas dicari orang...

Kita kata kita ikhlas dalam belajar, namun kita merungut bila assignment berlambak...

Kita kata kita ikhlas birrul walidain, namun kita mengeluh kita penat...

"Wahai aku yang baik, jangan putus asa! Kukuhkan bala tenteramu! Tolonglah lumpuhkan dan benamkan aku yang jahat dengan jet pejuang hasil cintakan ALLAH! Wahai aku yang jahat, dengarlah bisikan iman jauh dalam lubuk hati ini...Sila angkat bendera puti dan berambus selamanya! Ya, inilah pertarungan aku dalam menundukkan nafsu! Inilah hijrahku!!!"

Mahu dengar satu kisah MUKHLIS???

::Saidina Khalid al Walid r.a merupakan seorang tokoh hebat dalam medan peperangan dan telahpun dilantik sebagai Panglima Perang sebelum zaman pemerintahan Saidina Umar al Khattab. Sememangnya kepercayaan masyarakat Islam pada waktu tersebut amat tinggi terhadap kebolehan dan kehebatan Saidina Khalid al Walid r.a.

Namun apa yang memeranjatkan, setelah takhta khalifah diwariskan kepada Saidina Umar al Khattab r.a, beliau bertindak memecat Saidina Khalid al Walid dengan menggantikan Abu Ubaidah r.a untuk jawatan tersebut. Tindakan ini amat mengecewakan kebanyakan orang ramai dan menimbulkan perasaan tidak puas hati.

Walau bagaimanapun, Saidina Khalid al Walid r.a menerima keputusan tersebut dengan tenang dan berterusan taat terhadap kepimpinan Saidina Umar al Khattab r.a.

Hikmah Saidina Umar menurunkan pangkat Khalid dan digantikan dengan Abu Ubaidah antaranya ialah agar ia mampu menyedarkan ummat Islam bahawa penyerahan diri dalam setiap perkara walaupun dalam soal peperangan hanya kepada Allah s.w t. Kebimbangan Umar terhadap ummat Islam yang keterlaluan mengagung-agungkan Saidina Khalid al Walid r.a menyebabkan beliau melucutkan jawatan Saidina Khalid al Walid r.a.

Hikmah peristiwa di atas juga adalah menggambarkan bagaimana seorang yang ikhlas dalam mentaati Allah taala, Saidina Khalid al Walid r.a yang tidak kecewa dengan tindakan Saidina Umar r.a, kerana beliau meyakini bahawa beliau pergi berperang bukan untuk habuan dunia, tetapi untuk habuan akhirat, bukannya mengharapkan habuan pangkat di dunia::

*dipetik daripada saudara irhafiz.blogspot

Habuan apa lagi yang dirindui para mujahidin? Tentunya syurga!!!

Kenapa lagi mahu bersedih? Sedangkan Allah melihat uaha kita! Ikhlaslah segalanya kerana ALLAH. Kita ini masih mempunyai tanggungjawab yang besar!!! Membangunkan ummat yang kini bergelimpangan dan kering dengan embun zikrullah dan juga perjuangan jihad fi sabilillah!

Sekali lagi kita semua diingatkan bahawa amal yang sedikit tapi nilainya berpanjangan ialah DAKWAH dan INFAQ! Modalnya terlalu sedikit tetapi berpanjangan insyALLAH. Lihat sahaja usaha dakwah Rasulullah, sehingga ke saat hari ini masih cukup terasa kemanisannya. SUBHANALLAH!

AYUH BANGKIT!!!

AYUH BANGKIT!!!

AYUH BANGKIT!!!

2 comments:

Abu Zarim Mohamad said...

insayAllah,,,moga di beri kekuatan utk teruskan perjuangan,,,

Unknown said...

syukran!