Tuesday, September 06, 2011

payung yang awak pinjamkan

ketika kaki melangkah laju menuju ke monash
hati tak berhenti menangis
tangan tak berhenti bergerak
ayunan demi ayunan yang menghidupkan
apa yang rasa kekurangan diri ini
boleh sahaja diungkapkan rasa syukur
kekurangan itu menjadi tali pergantungan dengan Allah semakin utuh
tangisan demi tangisan
tak berhenti kupersoal
kerana duniakah?
kerana Tuhankah?
atau kerana mengeluh putus asa?
tangisan itu suci jika berpayungkan kesyukuran
bersih berpayungkan kesabaran
apatah lagi tenang berpayungkan keredhaan
oh Tuhan!

nukilan berkarat 6 september 2011
ZAINAB IS CRYINGvsZAINAB WISHES A GOOD DAY

No comments: