Tuesday, January 31, 2012

Jaulah once again to Selandar

Alhamdulillah. Nice to meet you my dear friends, Siti Shafiqah Sharif and Sharina Farhana Nor Sa'ari. When we meet there's a thing we will story together --> our old schooldays. Miss them rite? I'll visit SBPIS once again and again. No tired. I know where I stood years ago. Gave me 1000 story from there.

Will i meet you again my dear friends? I do not know but insyALLAH. Thanks to you my dear Sheri, let me to sleep overnight in your house. Haha. Will miss the moment we chat for hours~ Thank you for giving me to know your family. (dia baca ke blog ni?)

Paling tidak boleh lupa bila berborak dengan cikgu zamir. Ada jer cerita nak bercerita. Cerita pasal silat. Cerita pasal pengakap. Haha. Fun to have your time my dear teacher!



__________________________

But the important point is, we can talk about the musykilah kabir among our juniors rite now. I'm very worried. All seniors are worried. Nowadays, there's nothing to give the best qudwah. Every person afraid to correct them right. I know that every school nowadays have this problem too. But this time, this is the hot topic for my seniors to talk about.

But I think, we have always approach them and do attend programmes together.

Bak kata orang adakan tautan hati.

Kita berusaha dan merancang tetapi Allahlah yang menetukan dan sebaik-baik perancang~

Saturday, January 28, 2012

masa mencantas tajam!

"Masa itu ibarat emas"

"eh, mana boleh. Salah tu. Mana boleh kita samakan masa dengan emas,"jawab dengan yakin.

"Kenapa,ya,"teruja ingin mendengarnya.

Masa tidak boleh diumpamakan dengan emas. Apatah lagi dengan wang. Emas kita masih boleh membelinya dengan wang ringgit. Sedangkan masa tidak ternilai harganya jika nak dibandingkan dengan emas. Masa itu ibarat pedang. Itu dipetik daripada pepatah Arab. Kebanyakan setuju dengan petikan ini.

'Jika kita tidak mencantasnya, dia akan mencantas kita'

Nak diceritakan di sini, andai kita tidak mengatasi masa, masa akan melewati kita. Tidak sesekali berpatah kembali untuk diri kita. Apa2 pun sekarang ini, ambil peluang yang kini menunggu di hadapan kita. Jangan bertangguh! Jangan bertangguh! Jangan bertangguh!

Ayuh teruskan perjuangan ke hadapan. Jangan hanya berangan2. Buktikan cita2 itu dengan berusaha sekarang.


'andai aku tersungkur,

pimpinlah aku,teman,

andai aku mengalah,

menangkan tangan aku

dengan inspirasi alQuran,

andai aku mengeluh,

berilah satu tamparan

daripada ayatNYA,

andai aku hilang,

maka carilah aku dalam cahaya.

andai aku pejam mata,

bukakanlah ia dengan bismillah,

andai aku tidur,

kejutkanlah aku dengan air SATU BALDI! <-- serius.


Thursday, January 26, 2012

berterima kasih




::seek ALLAH before too late::

aku baru sahaja keluar dari perpustakaan universiti, seorang rakan menegurku.

"weyh, aku pokai laa sekarang. lapar ni. tak tahu nak minta tolong siapa." mukanya begini  =(

"laa kenapa tak cari aku daripada tadi. sudah jam berapa ini?" tanganku terus meraba2 beg dompet di dalam beg sandangku. taraaa,pink gitu beg dompet aku.

"nah, pergi buat belanja"

dia terus amek terus berlalu sahaja dari situ tanpa mengucapkan sepatah kata pun. ISK budak ni. lepuk kang~ mungkin dia tergesa2. lapar sangat kot. aku cuba bersangka baik.

aku berada di taman universiti. tadi di perpustakaan terlalu sejuk. hampir sahaja 'syahid' di situ. jadi, lebih aku keluar mencari angin sakinah. acececece. aku mula semak satu persatu kerja tutorial yang dititpkan oleh seorang pensyarah yang sangat aku kagumi. detik demi detik berlalu. tiba2...JENG!!! *bunyi piano yang menyeramkan*

"weyh, aku sudah gelabah ini. bagaimana ini? kunci loker sudah hilang. TIDAK!!"

"relaks. cuba ingat mana kau letak. dalam beg dah cari? dalam beg dompet mungkin?"dia asyik mengelengkan kepala menandakan tiada.

"apa kata kau cuba jumpa management. mungkin itu jalan terbaik."

"ye tak ye." dia berlalu begitu sahaja. dalam hati geram. begitu sahaja dia kata. pergh...tak pe2. mungkin dia gelabah sangat kot. berbaik sangka.

hari sudah lewat petang. kelas pun sudah. solat asar pun sudah. alhamdulillah. nak balik. yeay!!

(^^)__________________________

habis cerita. eyh apa cerita kat atas ni. merepek jela.
ok2. bertenang. cuba bayangkan kamu semua jadi 'aku' dalam cerita di atas. apakah perasaan yang kamu akan hadapi. geramkah? sakitkah? tentu~

cerita di atas sekadar rekaan. ok. tiada kena mengena dengan sesiapa pun.

ye, benar kita akan geram jika kita diperlakukan demikian. itu baru hablumminannas (hubungan sesama manusia). tetapi ingatlah ALLAH. jika kita ada perlakuan seperti itu,,,takut2 akan mengundang kemurkaan ALLAH. jika kita tidak jaga hubungan dengan ALLAH, takut-takut ALLAH akan berjauhan dengan kita.

saat kita susah kita cari ALLAH. kita mengadu. saat kita mendapatkan apa yang kita mahukan, kita langsung tidak ingat akan ALLAH. kita tidak bersyukur di saat itu.

Firman Allah:

وَإِذْ تََأذَّ َ ن رَبُّ ُ كمْ َلئِنْ شَ َ كرْتُمْ َلَأزِيدَنَّ ُ كمْ وََلئِنْ َ كَفرْتُمْ إِنَّ عَ َ ذابِي َلشَدِيدٌ

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu
bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi
sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.
(Surah Ibrahim 14: Ayat 7)

ALLAH itu maha baik~
Dia terus memberi walaupun hambaNYA ada yang tidak bersyukur atas nikmat dan kurniaan.

::Terima Kasih Ya ALLAH::

tarikh nak POST: 2 Disember 2010

maka ucapan terima kasih itu penting sekali dalam persahabatan. kalau kita tidak berterima kasih dengan manusia, apatah lagi dengan Tuhan.

Wednesday, January 25, 2012

Alangkah Lucunya Negeri Ini


Pertama kali menonton cerita ini pasti kurang faham apa yang ingin disampaikan. Makanya perlu ditonton sehingga habis. Kemudia kembalikan maksud cerita ini dengan realiti kehidupanmu.

Siapa yang pencopet sebenarnya?
Apakah kita perlu mengutuk diri sendiri dengan membiarkan itu berlaku?

Dakwah dan kamu.

Tuesday, January 24, 2012

Huh, ape nih?

Haa, ada orang tak faham. Mula-mula nak buat tajuk dance, k-pop, korea and all stuff, tetapi ada orang tak faham pula. Mengapa kau buat tajuk itu? Apa yang kau nak tulis?

Ok, semua tuh tak de kaitan. Cuma rasa nak menari k-pop songs itu sebagai senamrobik. Tetapi rasa kelakar. Rasa kurang sesuai untuk dibuat di kem-kem kepimpinan islam. Ok, ada orang gelak. Memang tak sesuai la maksudnya itu :)

Menari sebagai satu senaman. Saya ni buat sembunyi-sembunyilah. Tapi best dapat keluarkan peluh mencurah-curah walaupun itu hanyalah tarian zapin yang lembut. Berlatih banyak kali pasti keluarkan peluh. Berlatih ramai-ramai. Bestnya. Saya tahu pasti dalam kalangan kamu semua ada yang suka menari. Tidak perlulah tipu saya. Haha (gelak guling).

Fine, bukan nak cerita menari ni best. Cuma nak bercerita menari ini bagus untuk bersenam. Allah suka mukmin yang kuat bukan yang lemah. 

-Jadi, menari ini sebagai salah satu wadah untuk kita bergerak aktif. Cergas dan ceria. Senyum :)
-Dengan adanya lagu, otak akan merangsang untuk cerdas. Adanya pergerakan akan merangsang badan untuk bekerja mengeluarkan peluh.
- Pembentukan gerakan tarian, merangsang kita untuk berfikir secara kreatif.
- Beramai-ramai akan mengeratkan ukhuwah. *Boleh jadi salah satu aktiviti dakwah. Cuma lagu itu perlu ditukar kepada lebih islamik yang rancak agar suasana dapat membangkitkan iman. Peace \^^/

Berusaha berjaya!!!

Thursday, January 19, 2012

:::kehidupan kita apabila kita tahu waktu kematian kita:::

25:43-44
Sudahkah engkau (Muhammad) melihat orang yang menjadikan keinginannya sebagai Tuhannya? apakah engkau akan menjadi pelindungnya?

Atau apakah engkau mengira bahawa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami? mereka itu hanyalah seperti haiwan ternak bahkan lebih sesat jalannya.


Seorang pesakit datang jumpa tok guru"Guru, saya bosan hidup. Rumah tangga kacau bilau.. Usaha xmenjadi. Saya ingin mati."

Tok guru tersenyum, "Oh, kamu sakit. Dan penyakitmu pasti boleh sembuh."

"Tidak Guru, tidak. Saya tidak ingin hidup," tolak pesakit itu..

"Baiklah. Ambil racun ini. Minum setengah botol malam ini, bakinya besok minum jam 6. Jam 8 malam kau akan mati dgn tenang."

Pesakit itu bingung. Setiap tok guru yg ia datangi selalu memberikannya semangat hidup. Tapi yg ini lain.. malah menawarkan racun untuk ia mati...

Sampai di rumah, ia minum setengah botol racun. Ia amik keputusan makan malam dgn keluarga di restoran yg sudah lama die tak pernah lakukan. Utk meninggalkan kenangan manis, ia pun bersenda gurau dgn riang. Sebelum tidur, ia mencium istrinya dan berbisik, "Sayang, aku mencintaimu."

Esoknya bangun tidur, ia membuka tingkap bilik & melihat ke luar. Tiupan angin pagi menyegarkan tubuhnya. Dan ia tergoda utk jalan pagi.

Pulang ke rumah, istrinya masih tidur. Ia pun membuat 2 cawan kopi. Satu utk dirinya, satu utk istrinya...

Isterinya merasa pelik "Sayang, apa yg terjadi? Selama ini, mungkin aku salah. Maafkan aku ya?"

Di pejabat, ia menegur setiap orang. Stafnya pun bingung, "Hari ini, Bos kita pelik ya?" Ia menjadi lebih tenang, berlapang dada terhadap pendapat yang berbeza. Ia mula menikmatinya..

Pulang jam 5 petang, ternyata isterinya menunggunya. Si isteri menciumnya, "Sayang, sekali lagi mohon maaf, kalau selama ini aku selalu menyusahkanmu." Anak-anak pun berani bermanjaan kembali padanya.

Tiba-tiba, ia merasa hidup begitu indah. Ia membatalkan niatnya utk bunuh diri. Tetapi bagaimana dgn racun yg sudah ia minum?

Bergegas ia mendatangi tok guru "Buang saja botol itu. Isinya air biasa. Kau sudah sembuh. Bila kau hidup dgn kesedaran bahawa maut dapat menjemputmu bila-bila saja, maka kau akan menikmati setiap detik kehidupan. Leburkan egomu. Bersyukurlah! Itulah rahsia kehidupan. Itulah kunci kebahagiaan, jalan menuju ketenangan...

Wednesday, January 18, 2012

senyum :)

Kalau boleh nak senyum sampai ke telinga.

Melihat wajahnya yang suka akan senyuman.

Tetapi suka berselindung perasaan di sebalik senyuman.

Menceriakan mereka di sekeliling.

Dalam diam, dirimu pasti tersenyum.

Apatah lagi ceria bercakap dengan orang lain.

Segarang-garangmu umpama rimau malaya

Namun senyuman itu mampu mencairkan hatiku.

Dari keras kepada kelembutan.

*buat sahabat yang menginspirasi saya! <3

Monday, January 16, 2012

I want nobody but...

Saya bukanlah penulis puitis. Bahkan saya hanya menulis untuk kebaikan diri. Peringatan diri sendiri. Selalu sahaja jenguk-jenguk kembali tulisan lama. Sejak lepas SPM hingga saat ini, jari ini tidak pernah ingin berhenti menulis walaupun kadang-kadang ada simpang koma di pertengahan jalan. Alhamdulillah kerana Allah memberi ILHAM untuk menulis. Macam-macam pengalaman terakam. Macam-macam pemikiran tertulis. Macam-macam perkongsian dikongsi. Kelakar. Kadang kala tidak percaya, itukah kita dahulu? Mungkin satu saat, anak-anak saya pula membaca. Kiranya blog ini dibuat khas juga buat bakal anak-anak saya.

"Ni blog umi zaman remaja dulu-dulu."

Tet.

OK. Memang merapu. Tulisan diatas. Tapi sebagai mukadimah saya, perasaan + pemikiran spontan semasa menulis. SO, nak cerita satu cerita. Kem Induksi Fasilitator. Niat, nak tulis semalam. Tapi dah laloq. Taq sedaq apa dah.

Memang penat giler. Kalau boleh setiap masa tu ade je game nak kene main. Tapi paling penat buat aktiviti yang memerlukan tenaga gelak. Fine, itu perlu diubah, ye cik sakinah! *Fighting! Tapi best giler. Antara game yang memenatkan ialah, game explorace yang diperlukan tenaga yang sangat banyak sebab perlu main 3 explorace dalam masa 3 jam setengah. Ya Allah, hanya Allah jer yang tahu. Main sebeginilah memerlukan kebijaksanaan dan keperluan tenaga yang cukup.

Saya masih mencari diri. Sumpah, saya masih belum mengenal diri. Waktu Induksi aritu, saya banyak berfikir. Berfikir.

Saya masih dalam proses pembentukan ke arah pembaikan yang lebih matang. I need to be serious. Mungkin kegelisahan di hati saya juga berpunca daripada gelak yang sangat banyak. Hmm. teringat satu peristiwa di sekolah. Saya orang yang pantang, bila ade orang tasmi' hafalan, orang tu tersasul masuk surah lain. Lepas tu mesti terdengar suara orang terkekek. Orang iu adalah saya. Tapi, time giliran saya untuk tasmi' surah, hamek kau, lupe daripada ayat first. Time ni la saya teringat, satu hadis mengatakan, ketawa itu menggelapkan hati. Saya terkedu. Murobbiyah saya kata, jangan ketawakan orang lain. Tengok apa dah jadi. Pergi hafal dulu. Saya dah sedih dah. So, kene jadi TOUGH la lepas nih.

Yang paling penting mujahadah melawan ketawa dan istiqamah apa yang telah dilakukan!

Kita mampu untuk merancang tetapi Allahlah sebaik-baik perancang! =)

*I want nobody but Allah!

Friday, January 13, 2012

Pakar Inspirasi!

"Jangan jadi pakar motivasi.
Kerana orang akan datang kepadamu jika mereka ada masalah sahaja.
Jadilah pakar inspirasi.
Maka akan ramai orang suka mendekatimu tidak kira mereka susah mahupun senang."

Saya sendiri sukar menafsirkan ayat ini.
Sungguh pada pandangan saya, pakar inspirasi itu jiwanya sangat dekat dengan Allah. Tenang. Menjaga tutur kata apatah lagi tindakan yang memberi kesan kepada orang lain.

Bagi saya, pakar inspirasi hati saya ialah Rasulullah saw ALYAA IS IN A GOOD MOOD


sungguh terinspirasi.
Subahanallah!

~Kemulian seorang yg menghafaz al-Quran.

Dr Yusuf al-Somadi (doktor bius) bercakap berkenaan pesakit,
"Syeikh Nidal seorang pemuda dalam umur 35 tahun, seorang imam masjid dan menghafaz al-quran keseluruhannya, dia masuk ke bilik operasi di Hospital Kerajaan al-Basyir di Jordan dan aku sendiri yg membiuskannya untuk menjalankan operasi pembedahan. Lihatlah kepadanya selepas selesai operasi dan dia masih di bawah kesan ubat bius tanpa sedikit pun sedar. Pastinya kamu mendengar dalam video itu suara aku dan aku cuba mengejutkannya. Allah Maha Besar." Subhanallah.~
 

Wednesday, January 11, 2012

Berani Gagal, ada berani?

Tiada siapa suka kan kegagalan. Tiada yang selesa ditimpa kegagalan. Ia menyakitkan.  Ada frasa berbunyi “ siapa yang gagal merancang, dia merancang untuk gagal”. Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan saya, bila mengatakan bahawa manusia itu seharusnya merasai kegagalan. Oleh itu amat penting untuk anda membaca buah fikiran saya ini sehingga kesimpulan terakhir agar mendapatkan secara tepat maksud sebanar penulisan saya ini.

Mengapa manusia harus mengalami kegagalan? Setiap manusia harus mengalami kegagalan dalam hidup, sekurang-kurangya sekali. Itu pandangan saya. Namun apa yang penting ditekankan dalam penulisan ini adalah mengekalkan mentaliti dan sikap seorang juara pada masa  menghadapi kegagalan apabila ia menguji. Berjuanglah untuk menang, andai sekali kamu tidak hidup sebagai juara, kamu tetap hidup sebagai pejuang.

Pada masa kecil,  saya merupakan kanak-kanak yang mekar awal ( early bloomer). Saya ditawarkan belajar di sekolah berasrama penuh selepas  peperiksaan UPSR (peperiksaan awam sekolah rendah) dan masih cemerlang dalam PMR (peperiksaan awam menengah rendah). Selepas SPM (O level) saya melanjutkan pelajaran ke sebuah universiti di UK dalam BSc Physics. Pengajian tersebut mengambil masa 3 tahun. Dugaan hidup saya bermula di sini. Saya pulang ke Malaysia selepas 2 tahun pengajian. Alasannya kerana saya tidak lulus semua subjek tahun kedua dan harus menambah 1 tahun lagi pengajian (extend) atas saranan pihak universiti. Saya diarahkan  pulang oleh penaja selepas rayuan untuk pengajian lanjutan tersebut ditolak.

Dalam keadaan yang sangat menekan itu, saya lebih banyak mengisi masa lapang dengan mendekatkan diri kepadaNya. Membaca al-quran, muhasabah diri dan banyak lagi untuk menguatkan hati ini sambil berendam air mata. Dalam masa 8 bulan, saya bakal memulakan semula tahun pertama saya di IPTA pada umur 23 tahun. Keadaan itu bakal memeranjatkan bakal rakan-rakan saya di university nanti. Jadi saya harus benar-benar kuat untuk menghadapi semua itu. Dalam masa ‘rehat’ selama 8 bulan itu, saya juga banyak menghabiskan masa dengan membaca buku-buku motivasi.

Kerja saya kini berganda. Pertama saya perlukan semangat untuk membina semula keyakinan diri. Yang kedua mengatur strategi pembelajaran yang lebih berkesan. Tanpa langkah pertama, saya sedar saya takkan mampu melakukan langkah kedua. Keyakinan diri adalah aspek utama kejayaan seseorang individu. Saya membaca buku-buku meningkatkan keyakinan diri dan cara-cara berkesan untuk berjaya dalam lapangan akademik.

Saya mahu lakukan yang terbaik dalam peluang kedua ini. Di Malaysia saya mengambil jurusan BSc Mathematics With Education. Oleh sebab saya belajar fizik di UK, saya masih perlu bekerja keras kerana matematik dengan fizik adalah 2 perkara yang sangat berbeza skopnya. Saya menghadapi pelbagai cabaran belajar matematik terutama statistik yang telah saya tinggalkan selama hampir 3 tahun selepas tamat A level.

Pada masa ini, saya melakukan muhasabah atau refleksi terhadap keberkesanan teknik belajar dengan lebih kerap daripada sebelum ini. Saya menilai kefahaman saya seawal pencapaian latihan kerja rumah yang saya buat. Setiap kali selesai membuat latihan, saya akan terus memeriksa jawapan supaya saya tidak akan membawa kesalahfahaman saya pada tajuk seterusnya. Saya dapati, saya tidak perlu mengambil masa terlalu lama memahami tajuk seterusnya seandainya saya sudah benar-benar memahami tajuk sebelumnya dengan cara begini. Jadi ulangkaji pun lebih produktif. Parameter keberkesanan teknik belajar itu dinilai berdasarkan keputusan ujian saya. Jika keputusan tidak mencapai sasaran minimum saya, saya kira teknik itu tidak berkesan. Kebiasaannya saya akan bersedih, kemudian berdoa memohon petunjukNya dan membaiki teknik belajar saya.

Pada masa semester pertama saya, saya mendapat tugasan esei bagi subjek penulisan ilmiah bahasa melayu. Esei tersebut panjangnya 15 hingga 20 muka surat dan dihantar pada minggu ke-12. Saya menyasarkan untuk menyiapkannya pada minggu ke-10. Pada minggu ke-10 progres penulisan saya mencapai 80% dan boleh dihantar pada minggu tersebut saya kira. Tetapi apa yang berlaku, dokumen tersebut rosak (detected as corrupted) yang tidak saya sedar sejak bila. Saya pergi kepada backup,  pun rosak. Ini bukan masalah komputer, tapi fail tersebut memang corrupted. Saya hanya ada 2 minggu sahaja lagi. Pada masa itu saya Cuma ada 2 pilihan. Pilihan pertama tulis semula, jadi harus secepat mungkin sebab masa terlalu suntuk. Pilihan kedua, bertenang seketika dan berbincang dengan pensyarah, meminta belas ehsan daripadanya dan idea daripadanya kalau-kalau ada  cara menyelematkan dokumen saya itu dan tidak perlu menulis semula.

Tiada perubahan pada jadual hantar tugasan. Tetap 2 minggu dari sekarang, hari Isnin waktu kuliah, jam 2 petang. Beliau menyarankan saya ke pusat ICT.  Staf di pusat  ICT juga tidak dapat membantu selain menyarankan saya menulis semula sahaja. Dalam 2 minggu tersebut saya memberi tempoh ‘bertenang’ pada diri hanya 4 hari. Selepas segala idea menyelamatkan penulisan idea saya tidak ditemui, saya mula menulis semula pada hari ke-lima. Ini bermakna segala usaha saya selama 10 minggu bermula daripada mencari bahan di perpustakaan, di internet dan semuanya, dan kemudian menulis semula esei dengan panjang 15 muka surat dilakukan dalam masa seminggu lebih sedikit. Minggu ke-10 adalah minggu kebiasaan semua tugasan dihantar dan saya juga menyiapkan 2 lagi penulisan ilmiah lain dan tugasan matematik pada ketika itu.

Pencarian semula maklumat bagi bahan esei juga menyebabkan saya terpaksa pulang ke kampung di Melaka kerana kebanyakan bahan saya dapat daripada perpustakaan negeri. Pada masa yang amat menekan itu adik perempuan saya berkata, “ Allah sedang menguji keikhlasan akak. Mungkin Allah mahu nilai jihad akak di sini. Kata-kata dan perbuatan yang lahir daripada hati yang berjihad insyaAllah akan terkesan pada hati orang lain. Mana tahu penulisan akak boleh memberi kesan nanti.”

Saya diam sahaja. Kepala berat fikir pelbagai perkara yang harus ditangani. Saya berfikir dan berkata-kata, tidak cukup lagi kah ya Allah ujian buat menilai keyakinanku padaMu? Aku sudah mula belajar menerima ketentuan yang dulu, yang ini ada lagi. Aku penat. Apa pula yang aku perlu belajar selain sabar? Aku sudah sabar, tapi masih belum cukup mungkin. Ya sabar itu tiada had nya. Unlimited. Aku melalui sahaja semua ini sambil yakin mungkin ada pelajaran yang aku dapat.
Akhirnya kutemui jawapan itu. Allah mahu mengajarkan ku kemahiran yang belum aku punya atau masih lemah.

Kebolehan bekerja dengan baik dalam keadaan tertekan. Di situ aku belajar ketenangan. Dan dengan ketenangan akal mampu berfikir waras, kemudian menghasilkan kerja yang baik. Dalam keadaan yang mendesak, saya  jadi lebih fokus. Seluruh tumpuan akal ini hanya pada isi penulisan sambil tangan menaip tangkas. Belajar untuk berfikir dan bertindak dengan cepat dan tepat. Dan ketenangan itu diraih dengan mengingati Allah. Pada waktu-waktu tertekan sebegini, doa adalah teman sejati. Dialah senjata. Memohon kemudahan urusan daripadaNya. Pelajaran terpenting dalam hidup saya, berdoa dalam setiap usaha agar diberikan kemudahan dan beroleh keberhasilan.  Selepas tragedi itu, saya menyimpan backup kerja-kerja kursus pada sekurang-kurangya 3 tempat termasuk online.  Serik.

 Solat hajat dan istikharah sahabat setia yang menemani malam-malam tempoh ini. Setiap yang kita niatkan pasti ada ujian  bagi memastikan kita benar-benar mahu apa yang diniatkan itu. Cabaran pasti ada untuk menguji kekuatan keinginan itu. Untuk semester pertama ini saya sasarkan 4.00 tetapi saya hanya dapat 3.64. Bagi subjek bahasa Malaysia tadi saya dapat B+, tidak mencapai target asal, A. Semester pertama ini cukup penting buat saya. Keputusan ini keputusan pertama saya selepas satu fasa kegagalan. Jika keputusan semester ini baik, saya yakin usaha dan strategi saya juga baik untuk meneruskan 7 lagi semester mendatang yang lebih mencabar nanti. Jika saya masih tidak mampu cemerlang, saya mungkin akan hilang keyakinan diri untuk selamanya setelah segala usaha dicurahkan. Alhamdulillah keyakinan diri meningkat semula. Segalanya dari Allah. Kekuatan dariNya.

Saya hampir menamatkan pengajian 4 tahun saya. Bagi latihan mengajar yang saya lalui,  saya ditempatkan di sebuah sekolah berasrama penuh dan mengajar matematik moden di 2 buah kelas tingkatan 4. Sememangnya matematik moden lebih mudah daripada matematik tambahan, tetapi masih terdapat pelajar yang tidak menunjukkan pencapaian yang baik dalam peperiksaan pertengahan tahun. Saya mula mengambil kelas-kelas tersebut selepas peperiksaan pertengahan tahun dan mengajar selama 14 minggu.

Pencapaian bagi salah satu kelas yang saya ajar berjulat 97 hingga 32. Selebihnya, majoriti mendapat markah antara 50 hingga 60. Pertama sekali, saya senyum bila melihat markah tersebut dan berkata dalam hati, “ Honeymoon year ya…”  Penanda aras bagi sekolah berasrama penuh adalah A+ bagi semua subjek, dan saya mengambil ini cabaran buat saya.
Lakukan yang TERBAIK dalam setiap usaha kamu. Jangan sesekali RANCANG untuk gagal, tapi hadapilah kegagalan dengan bijak. Jadilah bijak, walaupun kamu baru sahaja gagal.


Sepanjang pengajaran saya yang bermula pada Mei, saya menggunapakai pelbagai kaedah pengajaran. Adakala saya hanya bercakap dan menerangkan, adakala saya gunakan pembelajaran berkumpulan. Ada juga saya bawa mereka keluar. Saya memberikan mereka kerja rumah. Bagi mereka yang lemah, berdasarkan markah peperiksaan, saya membuat analisis yang lebih serius terhadap kerja rumah mereka dan cara mereka respons soalan dalam kelas. Saya bertujuan mengenalpasti kelemahan mereka dan apa yang mereka perlukan.

Kita harus melalukan sesuatu usaha pada tahap TERBAIK yang mampu dilakukan kerana hanya selepas melakukan yang terbaik sahaja seseorang mampu menilai usaha tersebut berkesan atau tidak , mengikut konteks. Dengan mengetahui cara mana yang lebih berkesan, kaedah mana yang lebih baik, kita akan berstrategi dengan lebih bijak (smart working) pada masa akan datang.

Oleh sebab saya pernah melalui kegagalan, saya manfaatkan pengalaman tersebut bagi menangani kelemahan pelajar-pelajar saya yang gagal dengan lebih berkesan. Dari segi psikologi dan motivasi, apa yang mereka perlukan. Dari segi strategi belajar pula, mana yang harus diperbaiki. Saya mengaggap semua pelajar berasrama penuh berpotensi untuk mendapat A+ dalam matematik moden dan semua A+ dalam SPM. Namun mereka perlu ditunjukkan di mana kelemahan  mereka. Apa puncanya, dan bagaimana cara berkesan menangani punca tersebut. Oleh itu saya mengambil langkah merancang pengajaran saya untuk selesai awal sedikit, dan mengisi minit-minit terakhir dengan sesi perkongsian. Saya berkongsi kata-kata motivasi yang saya timba sewaktu saya bersedih kerana gagal dahulu. Saya memilih kata-kata yang memberi  kesan bermakna pada saya dan saya amalkan. Di samping itu, saya berkongsi juga senarai do’s and don’ts untuk cemerlang dalam subjek saya itu. Don’t only work hard, but work smart. Learn from your mistakes and weaknesses. Change your technique if you need to. Don’t learn by hard, learn by heart. Then only you’ll see the beauty of the knowledge.

Saya sudah berada pada minggu ke-10 semasa ujian bulan Ogos. Pada masa itu, saya telah menghabiskan sukatan pelajaran. Saya merancang mempunyai sekurang-kurangya 2 minggu untuk ulangkaji bersama mereka dan mereka akan menyambung ulangkaji dengan guru asal selepas hari raya untuk peperiksaan akhir tahun. Berdasarkan analisis markah yang dibuat, saya dapati para pelajar yang mendapat markah yang tinggi adalah golongan yang kerap berjumpa saya dan mendapatkan bimbingan secara personal. Bukan kerana kehebatan saya, tetapi kehebatan sistem bimbingan(coaching)  itu. Melalui bimbingan, pembimbing dapat mengenalpasti kelemahan pelajar dan memberi  bantuan terus kepada apa yang mereka perlukan. Shooting right to the cause.  Oleh sebab kuasa bimbingan itu, saya mengambil langkah membentuk 4 kumpulan pelajar ‘terpilih’ yang memerlukan bantuan intensif dan setiap kumpulan terdiri daripada 3 hingga 5 orang. Setiap kumpulan mendapat tusyen secara personal dengan saya seminggu sekali dan 1 jam setiap sesi.

Buat saya, langkah ini sangat membantu saya mengenalpasti kemahiran yang masih tidak dikuasai oleh pelajar-pelajar ini. Dalam sesi ini, saya beritahu dengan jujur apa yang penting mereka sepatutnya mesti ingat dan mahir. Adakala saya keras, kerana saya perlu berkeras .

Saya berasa satu kepuasan apabila terdapat pelajar yang menulis nota kepada saya sempena perpisahan saya, “ Saya tidak sangka boleh dapat A+ dengan belajar sama cikgu hanya pada 1 malam”.

Sepanjang latihan mengajar, saya tinggal di rumah warden. Jadi pelajar tersebut datang ke rumah saya selepas kelas persediaan meminta ajarkannya matematik moden. Saya tidak mengajar kelasnya jadi tiada gambaran kasar akan tahap kefahamannya. Lagi pula, dia mengatakan tidak tahu apa yang mahu dipelajari , di mana mahu mula, sedangkan ujian besok dan harus belajar 4 topik.

Saya mengambil tempoh bertenang seketika. Pada masa terakhir begini, mengajar dan membaca tidak produktif langsung. Kami mungkin tidak akan tidur langsung sepanjang malam, dan belum tentu pula boleh cemerlang. Mengorbankan tidur bukan pilihan sama sekali. Alternatifnya, saya harus mencari kelemahannya. Saya mula memberi arahan, “ Ok, pertama. Buat 5 soalan bagi setiap topik daripada latihan topikal  masteri. Lepas siap 1 topik, tanda jawapan. Kamu perlu tahu mana kamu silap dan mana yang betul dari awal supaya kamu tidak terus membawa fahaman salah yang kamu anggap betul bagi tajuk seterusnya. Pastikan kamu buat pembetulan bagi jawapan yang salah. Buat sampai dapat jawapan betul. Jangan buat soalan topik seterusnya sampai kamu siap dengan betul semua 5 soalan topik yang lebih  awal. “

Bersama pelajar itu juga ada dua lagi pelajar lain yang buat soalan yang sama pada malam itu. Kadang-kadang mereka berbincang sesama sendiri dan hanya merujuk kepada saya bila mereka semua tidak tahu sahaja. Apabila saya telah menerangkan kepada seorang pelajar, biasanya saya memintanya menerangkan semula kepada kawan lagi seorang. Membantunya lebih faham dan menjimatkan masa. Pada masa tersebut, saya menerangkan soalan yang lain kepada pelajar ketiga.

Saya dalam bilik guru bersama cikgu lain pada malam sebelum ujian matematik moden itu. Pada waktu itu masa kelas persediaan bermula 9.30 hingga 11 malam selepas tarawih. Seorang pelajar datang berjumpa saya, seperti sudah jangka saya di situ, “ Cikgu, saya masih tak faham banyak benda”. “ Apa yang kamu tak jelas lagi?”, soal saya. Dia jawab, “ Saya tak tahu apa yang saya tak tahu.” Seperti biasa, “ Ok, kamu buat soalan ini, kalau tak boleh jawab, tanya saya. Nanti saya terangkan”. Semasa dia cuba menjawab soalan tersebut, saya sambung kerja saya dan berhenti untuk menerangkan sahaja. Saya tidak boleh membuang masa membiarkan kerja saya terbengkalai. Saya mengajar kelasnya. Pelajar tersebut mendapat A+ dengan 1 kesalahan cuai. Dia menulis nota kepada saya, “ Cikgu berjaya menukar persepsi saya terhadap subjek ini.”

Saya mahu menangis terharu. Itulah apa yang saya mahukan, lebih daripada A+. Pada saya, berusaha kea rah A+ adalah hanya satu medium atau pintu untuk memahami  ilmu itu. Destinasi sebenar adalah rasa kecintaan terhadap ilmu dan menjadi orang berilmu. Seorang pelajar mungkin boleh mendapat A+ dengan latihan yang banyak. Tetapi bagaimana saya mahu bertahan dengan hanya ‘ teknik paksaan’, hanya memberikan latihan dan kerja rumah yang banyak, di mana pada masa yang sama mereka menghadapi 9 hingga 11 subjek dan semuanya harus A+. Therefore, get their heart. Motivation. Once they love the knowledge, studying is not a burden. Get their heart, they’ll give their brain.

Guru fizik saya di sekolah dan pensyarah fizik saya semasa A level merupakan inspirasi saya. Mereka adalah insan-insan yang impaktif buat saya. A great educator inspires, and they really are. Sewaktu saya di UK, apabila orang bertanya jurusan saya, ramai yang berkata,” beraninya, tak takut ke kalau gagal, atau kamu dah bersedia dengan satu kehidupan kerja keras, atau kamu memang pandai.” Seorang jiran saya semasa tahun pertama berkata, “ Pada saya orang fizik ini semuanya gila.” Mungkin juga, saya agak bersetuju di situ. Tetapi itulah seperti yang orang kata, kalau cinta dah bertapak, kamu tidak kisah menyerahkan diri walaupun perjalanan itu mungkin panjang. Adakah saya putus asa belajar selepas gagal? Tidak! Kerana cinta itu sudah bertapak dan saya bahagia hidup bersama buku-buku.

Satu nota lain yang saya terima berbunyi,” Subjek ini lah yang pertama sekali saya dapat A+ sepanjang tingkatan 4 ini” dan “ Cikgu buatkan saya rasa betul-betul mahu dapat A+ untuk akhir tahun.”


Pada hari-hari terakhir saya di sekolah saya berkata kepada pelajar saya. “ Setakat ini saya kira agak banyak latihan yang kamu dah buat. Ada yang tahap kesusahan SPM, ada yang lebih susah. Saya mahu kamu lebih bersedia bila jawab peperiksaan dan kurang risau sebab dah pernah jawab soalan lebih susah. Bila kamu sudah melalui satu perkara yang susah, perkara lain akan jadi lebih mudah dan hati kamu lebih tenang. Bila kamu sudah buat soalan yang susah juga, ilmu sebelum itu  akan lebih mudah kamu ingat.

Kalau kamu belajar pendidikan macam saya, ada 6 aras kefahaman. Kita sekarang baru aras kedua kalau kamu nak tahu. Sekarang saya mahu uji kamu hingga aras 6. Ini bukan untuk SPM, tapi ilmu untuk kehidupan.”

Bagi soalan aras 1 hingga 6 ini, saya tidak mengharap terlalu tinggi mereka mampu jawab. Tapi saya tetap gembira sebab  bagi setiap aras, sekurang-kurangya terdapat seorang pelajar yang dapat jawab soalan tersebut.

Saya juga berkata kepada pelajar saya pada hari terkahir kelas,” Setiap manusia harus mengalami kegagalan dalam hidup sekurang-kuranya sekali. Jika tidak dapat jawab soalan latihan atau kerja rumah juga boleh dianggap 1 kegagalan. Siapa sungguh-sungguh pasti dapat. Kadang-kadang kita hanya berjaya selepas berkali-kali gagal. Gagal ada kebaikannya, sebab kamu berpengalaman, cara mana yang berkesan, mana yang tidak. Cuma kalau gagal dalam SPM ada risiko, iaitu masa hadapan. Tapi gagal dalam kerja rumah tiada risiko. Sekarang kamu pilih, kamu mahu gagal berisiko atau tiada risiko. Jangan gagal dalam SPM sebab kamu tak pernah gagal sebelum itu sebab kamu tak pernah cuba buat kerja rumah dan latihan. Kesimpulannya sila lah buat latihan dan kerja rumah."

wAllahu a’lam

Sumber: Mubarokah Musafirah (her story) dan Productive Muslim (pictures).

Monday, January 09, 2012

Persoalannya bukan kehebatan berdakwah

Persoalannya bukan kehebatan berdakwah.

Tetapi hubungan kita dengan Allah.

Mengingati dengan banyaknya sampai tak terkira.
Taajub yang menaajubkan.
Redha.
Pengorbanan.
Ketakutan.
Pengharapan.
Taat.

al Ankabut 29:2 Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan  "Kami telah beriman." dan mereka tidak diuji.




Jagalah hubungan dengan Allah, nescaya Allah jagakan hubungan kita dengan manusia

Senyap. Kunci bicara. Mata berlarian mencuri pandangan tenang. Otak bercubitan mengeluarkan rasa kesakitan (baca: berfikir). Aduh, syahdunya ayat! Okeh. Fine.

p/s satu ayat untuk awak dan peringatan untuk saya :)
      andai diri awak tidak tenang kerana peristiwa itu, maka kembalikan pada Allah.
      kalau mungkin awak tahu di mana silapnya, maka perbaikilah.
      bukan membiarkan.
     

Saturday, January 07, 2012

Wahai anak!




Kepada Allah-lah kamu kembali. Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. (Hud 11:4)


-Kalau hari ni anak-anak nampak agama itu kecil, itulah adalah tanggungjawab ibubapa untuk menampakkan besar-

Be Stronger!


Obey Allah and obey the messenger
anNisa' 4:59

nak senang bersama-sama jugaaaak!

Gelak sama-sama. Bergurau sama-sama. Makan sama-sama. Senyum sama-sama. Sindir sinis sama-sama. Tidur sebantal lagi. Nikmat berkawan, hebat gilerrrrr! Study sama-sama. Berjaya sama-sama. Belanja kawan sama-sama. Shopping sama-sama. Berjalan sama-sama. Berlumba sama-sama. Best woa!

Tapi apa guna kalau semua tu kita boleh sama-sama tapi solat kita jarang bersama.

Saya sedih taw awak. Sebab saya teringat Rasulullah marah siapa yang tak solat jamaah kat masjid (ditujukan khas untuk kaum inche adam...). Tapi solat jamaah kan bagus. Kenapa kita perlu solat sorang-sorang sedangkan ada lagi kawan-kawan yang memerlukan khidmat kita untuk bercakap, "Jom solat jamaah!"

Just 3 words to say!

JOM SOLAT JAMAAH!!! (jay es jay!)

Haah, saya tahu juga solat jamaah tu sgt bagus malah berkali lipat ganda dia punya kebaikan. Bukan setakat pahala kita dapat taw. Solat jamaah pun boleh mengeratkan silaturrahim. Seriusly. Salam bersalaman, cium pipi. *Okeh, blushing. Bukan setakat salam dan ukhuwah yang kita dapat, malah lebih lagi. Boleh sampaikan ilmu even 1 ayat pun ok.

"Tadi saya terbaca ayat tentang syurga. Syurga itu indah dan Allah macam nak kasi tahu kita yang syurga ni hanya layak untuk hambaNYA diredhai."

*****senyap*****

OK. mungkin rasa tak cukup 1 ayat. panjangkanlah lagi. atau bak kata saintis, spesifikkan!

"Allah suka orang yang saling meminta maaf dan memaafkan."

*****senyum*****

OK. buat ayat yang mudah-mudah jer. moga sampai terus di hati.

Kita boleh senang-senang di dunia, tapi nak senang bersama-sama jugaaaakk untuk akhirat!!!

Wednesday, January 04, 2012

KetentuanMU

Harap-harap yang membaca dapat membuka fikiran. Bukan mahu bercerita pasal nikah jer, tapi kadang-kadang suka untuk saya kongsi pengalaman dan isi fikiran yang saya faham daripada pengalaman orang lain.

Jodoh. Takdir. Pilihan. Istikharah.

Memang selalunya kita akan memilih yang baik-baik. Ikut tarbiyah. Ikut usrah. Pakai labuh-labuh. Pejam-pejam mata (eyh, tundukkan pandangan...). Hebat di medan perjuangan dakwah. Namun ingatlah, baiknya itu bukan diukur perjalanan hidup dia sebelum itu. Ketahuilah ramai lagi manusia yang berebut untuk menjadi ikhwah dan akhawat. Hem? Maksudnya...?

Cerita ukhti

"Dulu ana pernah couple. Jahilnya waktu itu. Calling. Gembira. SMS. Gembira. Tapi jarang keluar bertemu. Sampailah satu hari ana berjumpa dengan tarbiyah. Di situlah titik tolak semuanya berubah. Ana cuba explain baik-baik dengan dia. Ya, mengambil masa juga untuk beri kefahaman. Sampai satu masa itu ana cakap, kalau ada jodoh antara kita tentu tidak ke mana. Lepas itu, ana terus tidak berhubung. Lama sangat. Tiba-tiba akhir tahun pengajian, mak call. Ada orang masuk minang. Ana cakap, ok. Mak tanya lagi, setuju tak? Ana tak fikir panjang, ana terus cakap setuju."

"Hah, anti tak tanya siapa ke?"

"Tak. Lepas kata setuju baru tanya siapa... Rupa-rupanya Allah hantar dia sekali lagi kepada ana."

Senyum.

"Dia orang ikut tarbiyah ke?"

"Tak."

"Alhamdulillah, segalanya bermula selepas pernikahan"

So sweet!!!

Ada juga beberapa akhawat yang share pengalaman dengan saya yang jahil ni. Walaupun pada permulaan dia tiada usrah yang rasmi, tapi mulakan dulu usrah family. *Kita berdua. Kof..kof...* Jangan dok menunggu durian yang sedap jatuh dari langit terus makan. Tak. Kita usahakan dahulu. Mana mungkin takdir Allah itu tepat buat kita dan malah sayap perjuangan dakwahnya lebih hebat daripada kita suatu hari nanti. Jangan menilai orang melalui perjalnan hidup dia sebelum ini. Benar bait bicara akhawat. Siapa lagi yang akan membawa ke jalan tarbiyah kalau bukan kita, jika dia benar-benar datangi kepada kita?

KetentuanMU bukan kuasaku untuk mengatasinya.

:)

Dulu mak pun pernah cakap, kalau kita duduk dengan geng kita jer, tak berkembanglah.

Pernah seorang ukhti ni cakap, kalau duduk dengan geng-geng usrah jer, berkepit sentiasa 24 jam, tapi jarang menyentuh orang-orang yang free hair, yang hebat kehidupan sosial... Jadi, siapa lagi akan membimbing mereka. Itu merupakan cabaran yang sangat hebat buat saya. Saya sukar untuk mendekati mereka. Ukhti itu kata lagi, jangan mencemarkan nama baik tarbiyah jika semata-mata nak ikut prinsip diri sendiri. Ingin bergaul dengan orang-orang soleh. Tetapi orang-orang yang tidak mendekati agama kita terus tinggalkan. Memang sentap bila dengar ayat itu. SENTAP okeh! Jadi, macam mana nak berubah kepada yang lebih baik ni??? *kuis-kuis kaki.

‎"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang-orang yang


sentiasa menegakkan (kebenaran) kerana Allah; menjadi saksi dengan adil.


Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong


kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat


kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha 


Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (QS Al Maidah : 8) 

Monday, January 02, 2012

cerita pernikahan tahun baru 2012

Subahanallah indahnya cerita-cerita akhawat yang menikah. Hehe. Memang indah jika bersederhana dan mengikut sunnah Rasulullah.


Malam sebelum nikah, saya bertanya kepada ukhti. "Macam mana akak boleh bertemu?" (Hehe, mengendeng lebih). "Owh, em, akak dipertemukan." Huh, dahsyat BM akak ni. Tak pernah kenal pun akh tu. Tetapi dengan istikharah yang Allah beri, ukhti itu kata, banyak perkara dipermudahkan Allah sampailah saat ini. Akh itu sangat-sangatlah menghargai ukhti. Ukhti tu kata gembira sangat kerana dia menghargai ukti itu. Kenapa?

Sejak sudah ada perancangan hadapan, akh itu tak pernah pun balas sms. Call lagilah. Sangatlah menjaga pergaulan. ^^ Pernah sekali itu, family akh nak datang rumah, ukhti tu tanya je pun, "Dah sampai mana dah?" Last-last adik kepada akh tu yang membalas. Kalau ada program apa-apa yang memerlukan mereka sebagai ajk, kawan-kawan yang lain pula tolong balaskan kalau ada text masing-masing. Sweetnye.

Ok fine. Jenuh bercerita.

Tapi time akad nikah tu paling seriau. Hehe. Orang yang kat belakang pulak seriau. Tapi paling sedih time ada lafaz sakinah. Ibu Ukhti menangis. Saya tak boleh tengok orang menangis. Aduh. Ok. Sabar ok! Cover sikit! (ok, gelak..) Johor memang ada lafaz sakinah, lafaz macam nak penyerahan tanggungjawab kepada pengantin lelaki untuk menjaga anak perempuan mereka. T.T sedih tak tertanggung. Mak nanti orang jumpa mak lagi lah!!! Tu kata-kata hati saya (wakil pengantin perempuan) hehe.

Tapi alhamdulillah segalanya selesai.

Jom ikut sunnah! Tiada pelamin. Melayan tetamu. Bersederhana dari segi perbelanjaan. Tidak bertabarruj. Menjaga pergaulan semasa tunang. Itu pengantin punyer cerita...

*Jaulah gembira ke Johor! Rombongan beberapa buah kereta, terbaik punyer! Lepas tuh berangan nak rehlah plak...hehe. Jom!!! (muka bersemangat!)