Wednesday, January 04, 2012

KetentuanMU

Harap-harap yang membaca dapat membuka fikiran. Bukan mahu bercerita pasal nikah jer, tapi kadang-kadang suka untuk saya kongsi pengalaman dan isi fikiran yang saya faham daripada pengalaman orang lain.

Jodoh. Takdir. Pilihan. Istikharah.

Memang selalunya kita akan memilih yang baik-baik. Ikut tarbiyah. Ikut usrah. Pakai labuh-labuh. Pejam-pejam mata (eyh, tundukkan pandangan...). Hebat di medan perjuangan dakwah. Namun ingatlah, baiknya itu bukan diukur perjalanan hidup dia sebelum itu. Ketahuilah ramai lagi manusia yang berebut untuk menjadi ikhwah dan akhawat. Hem? Maksudnya...?

Cerita ukhti

"Dulu ana pernah couple. Jahilnya waktu itu. Calling. Gembira. SMS. Gembira. Tapi jarang keluar bertemu. Sampailah satu hari ana berjumpa dengan tarbiyah. Di situlah titik tolak semuanya berubah. Ana cuba explain baik-baik dengan dia. Ya, mengambil masa juga untuk beri kefahaman. Sampai satu masa itu ana cakap, kalau ada jodoh antara kita tentu tidak ke mana. Lepas itu, ana terus tidak berhubung. Lama sangat. Tiba-tiba akhir tahun pengajian, mak call. Ada orang masuk minang. Ana cakap, ok. Mak tanya lagi, setuju tak? Ana tak fikir panjang, ana terus cakap setuju."

"Hah, anti tak tanya siapa ke?"

"Tak. Lepas kata setuju baru tanya siapa... Rupa-rupanya Allah hantar dia sekali lagi kepada ana."

Senyum.

"Dia orang ikut tarbiyah ke?"

"Tak."

"Alhamdulillah, segalanya bermula selepas pernikahan"

So sweet!!!

Ada juga beberapa akhawat yang share pengalaman dengan saya yang jahil ni. Walaupun pada permulaan dia tiada usrah yang rasmi, tapi mulakan dulu usrah family. *Kita berdua. Kof..kof...* Jangan dok menunggu durian yang sedap jatuh dari langit terus makan. Tak. Kita usahakan dahulu. Mana mungkin takdir Allah itu tepat buat kita dan malah sayap perjuangan dakwahnya lebih hebat daripada kita suatu hari nanti. Jangan menilai orang melalui perjalnan hidup dia sebelum ini. Benar bait bicara akhawat. Siapa lagi yang akan membawa ke jalan tarbiyah kalau bukan kita, jika dia benar-benar datangi kepada kita?

KetentuanMU bukan kuasaku untuk mengatasinya.

:)

Dulu mak pun pernah cakap, kalau kita duduk dengan geng kita jer, tak berkembanglah.

Pernah seorang ukhti ni cakap, kalau duduk dengan geng-geng usrah jer, berkepit sentiasa 24 jam, tapi jarang menyentuh orang-orang yang free hair, yang hebat kehidupan sosial... Jadi, siapa lagi akan membimbing mereka. Itu merupakan cabaran yang sangat hebat buat saya. Saya sukar untuk mendekati mereka. Ukhti itu kata lagi, jangan mencemarkan nama baik tarbiyah jika semata-mata nak ikut prinsip diri sendiri. Ingin bergaul dengan orang-orang soleh. Tetapi orang-orang yang tidak mendekati agama kita terus tinggalkan. Memang sentap bila dengar ayat itu. SENTAP okeh! Jadi, macam mana nak berubah kepada yang lebih baik ni??? *kuis-kuis kaki.

‎"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang-orang yang


sentiasa menegakkan (kebenaran) kerana Allah; menjadi saksi dengan adil.


Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong


kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat


kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha 


Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (QS Al Maidah : 8) 

No comments: