Sunday, April 08, 2012

zikir cinta dan fikir kematian

benar.

lewat usia kini, perbualan cinta menjadi zikir harian. ya, memang rimas mendengar cinta, nikah dan etc etc etc. kadang-kadang hati tak menentu arah mendengar topik ini. aah,,,suka dan selalu sahaja cakap kat hati, "cukuplah, sudahlah...". Muslimah begitu mudah terasa apabila menyentuh bab ini. ya, selalu bercerita tentang mujahadah masing-masing. tapi there is no progress. sudahlah sudah...la la la.


Memang tidak dinafikan, hati pun ada minat. Tapi saya belajar untuk menyimpan dan hanya orang yang saya percaya, saya cerita. Saya harap orang itu menjaganya. Berharap orang itu begini begitu. Berharap semuanya dipermudahkan. Tapi semua itu berlaku atas izin Allah. Atas izin Allah.


"Anti kene tsabat dengan janji anti.." Saya senyum dan tekad.

Tapi sorot kehidupan kini, bila tenggelamnya kita dengan cerita cinta antara dua benua, tidak timbul pula soal kematian yang pasti. Kematian, satu kepastian. Anda kahwin pun mati, tak kahwin pun mati. Anda bijak pun mati, anda tak bijak pun mati. Tapi itulah manusia yang melupakan kematian. Hari demi hari dan saat demi saat malaikat sentiasa mencatit amalam kita. Janganlah meremehkan soal akhirat kerana Allah kata, sekecil-kecil amalan walau seberat zarah, akan Allah persoalkan. Ya Allah...aku memohon akan kemudahan dalam jalan tarbiyah ini.


Bila terfikir kematian, sorot jalan tarbiyah ini akan terlibat sama. Kerana apa? Ya, mengenangkan manusia yang masih melupakan Tuhan dan masih jauh dengan Islam as the way of life. Aku mahu semua orang dapat nikmat tarbiyah. Di mana Allah merahmati mereka yang sentiasa tekun menghadiri majlis ilmu. Bukan mahu merebut manusia-manusia yang baik itu, tetapi mereka yang meminta nasihat dan kewajipan kita untuk memberi nasihat. Bukankah itu ada dalilnya sahabat?

Masih berfikir dan zikir tentang tarbiyah. Tabiyah itu cinta dan jalan ini terhenti apabila datangnya kematian menjemput kita untuk bertemu denganNYA. 


Menaiki bas.

Balik kampung. Bertemu sahabat lama yang tidak berapa cam muka yang dah lain nih. Haha. Aku kenai dia, dia dok kenai aku. Hokeh. Fine. Tapi yang penting, pertemuan yang sangat lama selepas darjah 6 itu menjadi sejarah. Hoho. Memanglah muka dah lain kot. Pakai specticles. Ala-ala matang :p *mesti ada orang yang cakap, itupun nak cerita kat sini ke? Haha. Biarlah, kot-kot dia ada baca, kira menghargai dia juga lah kan.


Itu bukan intisari menaiki bas. Nak bercerita lain. Apabila ingin mengelak borak lama dengan dia sebab dia itu enche adam, saya borak pulak dengan akak kat sebelah saya. Haha. Ingat orang KL...tapi tak sangka kowt, orang indonesia dari Tanah Jawa, kampung asal saya juga. peace yaw! Tak sangka dalam diam-diam,  adiknya bijak pandai. dalam umurnya mahu masuk 14 tahun, adiknya sudah siap untuk ke universiti. Badannya tegap, gagah perkasa, dan memang tak nampaklah umur sebegitu muda. Dari umur 3 tahun sudah tadika. 4 tahun sudah masuk darjah satu. bayangkan umur 13 tahun sudah habis pengajian di SMA (sekolah menengah atas). Bijak dalam usaha menacri ilmu. Saya terinspirasi pula. Janganlah kita memandang rendah kakak cleaner di universiti atau di mana pun kita berjumpa dengan mereka, pasti ada sesuatu yang ALLAH tetapkan untuk mereka menjadi mulia :)

Akhirnya saya bertanya tentang solat segala. Alhamdulillah. Moga dia terus istiqamah solat dan menjaga imannya :) Katanya, solat itu waktu rehat kita. Kalau tak berdirilah kamu 12 jam bekerja tanpa henti. Penatnya orang mencari rezki.


Soal mencari rezeki ni, huhu, baru terasa bila ada orang balik bekerja atau belajar, janganlah kita soalkan balik apa yang dia buat tadi. Haha. rasa nak tampar jer orang tanya soal itu. Tengah tension2, terus bertambah dengan stress nak jawab soalan dia. Hilang mood. Bukalah cerita lain atau hidangkanlah air. Biar dia berehat dulu. Haha. Praktis praktis praktis.

Lalu aku menyoal diriku

Sudah cukup amalmu?

Berjumpa dengan kekasihKU

Aku masih belum siap hias diriku

Dengan keindahan yang KAU suka

Masih belajar akan kehidupan

Agar kain putih yang menyelubungiku nanti

KAU sambut dengan redha meredhai

No comments: