Sunday, May 27, 2012

Study Week bukan WEAK.

Isu study week.

Malas atau rajin.

Saya nak jadi rajin. Rajin seperti dulu. Rajin di mana disertakan doa dan tawakal yang sangat tinggi kepada Allah. Dulu saya nerd. Sekarang tak lagi. Tapi saya nak jadi nerd balik. Rindunya waktu dulu. * Ada ke orang nerd dia mengaku dia itu nerd. Not so sure. Hihihi.

Isu study week ni, macam-macam dugaan dilalui semua orang. Apabila Allah mendatangkan masa lapang sahaja, itulah antara bahaya kepada semua orang termasuk saya. Sebab boleh terjerumus kepada perkara sia-sia atau bermanfaat. Masa planning ni sangat lah penting plus dengan komitmen. Semua itu di bawah tajuk disiplin.

Jangan la plak, masa lapang ni dihabiskan berangan! Berangan nak kahwin la, berangan nak pergi cuti-cuti jalan-jalan nanti la, berangan nak shopping perabis duit nanti...Hahaha. Macam-macam kan. Tapi sebagai muslim, ada Allah. Allahlah sebaik-baik perlindungan. Kita kene minta dengan Allah agar dijauhkan dengan bisikan syaitan yang direjam itu. Kita kene berDISIPLIN agar kita selalu isi masa lapang kita dengan perkara manfaat. DISIPLIN memperbaiki diri kita to be a better muslim. Percayalah disiplin diri itu mula dibentuk melalui penjagaan waktu solat kita :) Allah kata, Allah akan bantu bila kita tolong agamanya. Ada Allah nyatakan dalam surah Muhammad ayat 7. Ayat ni kawan saya pernah bagi time saya form 5. Sekarang saya baru nak belajar ayat ni. Ah, terima kasih sahabatku ^^.

Makanya, ayuh kita teruskan menggali ilmu agar kita ini tidak menjadi golongan tercicir malah menjadi salah satu daripada golongan pelopor ilmu dunia. ^^,

Yok, bakar semangat kita dengan semangat yang Allah kobarkan di dalam alQuran!
Allah kata, orang yang menuntut ilmu ini Allah naikkan satu darjat di sisi ALLAH. Maksudnya, lebih dekat dengan ALLAH. Yang paling penting, IKHLAS. InsyALLAH ^^,

#yangditulispada27Mei2012tapitaksiarkanpunsekianharapmaklum

Tambahan.

Makin sunyi. Hazirah peneman. Ella peneman. Masih stay coolioo. Semalam punya cerita, kami penuhkan satu kelas untuk study bersama. Sekarang tidak lagi. Sobs sobs bak kata cik Zahrah.

Well, everyone now are graduating. Congratulation!!

Friday, May 25, 2012

alQuran itu petunjuk kita




Menonton video ini membuatkan saya marah. Marah kepada yang tahu tetapi buat-buat tidak tahu. Saya menahan air mata ini dari tumpah kerana kejahilan manusia. Kejahilan yang tidak pernah berhenti dan sentiasa datang mengerumuni hidup kita selagi kita tidak sedar untuk nyahkan dari hidup kita.

Saya melihat dunia ini semakin sakit dan tenat. Bila-bila masa sahaja akan meletus dek kerana kekaburan kebaikan di atas dunia. Saya melihat kegelapan itu di mana-mana sahaja. Baik di bumi Sunway mahupun di tanah air Muar. Pernah saya berfikir apabila seseorang menceritakan sesuatu kepada saya dengan kenyataan,

"Umat akhir zaman ini semakin tenat. Umat akhir zaman ini terkumpulnya umat-umat terdahulu."

Saya meratapi wajah bersihnya dengan harapan dia melanjutkan ceritanya.

"Cuba kita renung, umat Nabi Lut yang homoseksual ada pada zaman sekarang. Umat Nabi Musa yang kemegahannya melampaui batas sehingga menyatakan dirinya tuhan ada pada umat sekarang ini. Umat Nabi Musa yang dahulunya membunuh anak lelaki sahaja. Umat arab jahiliyyah yang hanya membunuh anak perempuan sahaja kini ada pada umat kita. Tidakkah kita berfikir? Semuanya ada pada zaman ini. Bunuh anak, dah kira dah. Lelaki ke perempuan ke, dibunuh begitu sahaja. Dulu homoseksual antara lelaki jer, sekarang macam-macam LGBT"

Aku terdiam. Ya, membenarkan katanya yang cukup menusuk hati. Memanah tepat pada hati seorang umat zaman kini. Saya melihat ramai manusia tidak sedar akan hakikat ini. Kita semakin jauh dari Allah. Semakin jauh dengan alQuran. Semakin banyak dosa-dosa kita lakukan tetapi kita tidak sedar. Astaghfirullah.

Saya kira kerja-kerja melebarkan sayap kebaikan masih belum utuh. Kasihan pada mereka yang jauh dari Allah. Saya kira umat kini mencmbahkan kecintaan mereka pada dunia. Mewujudkan tuhan-tuhan kecil dalam hati. Astaghfirullah. Apa tuhan-tuhan kecil itu wahai sahabat? Dunia, duit, internet, wanita di mana sahaja yang dapat menyingkirkan Allah di hati kita. Check hati kita balik. Check diri kita balik. Bila dengar azan, apa yang kita buat pada masa itu? Kita dengarkah Syurga itu memanggil kita? Kita dengarkah bahawa Allah nak beri kita rahmat yang besar ini?

Alahai manusia yang sering melengahkan...kadangkala saya juga terkategorikan sebagai golongan ini seringkali tenggelam dalam kemasyukkan dunia. Indah dibuai 'syurga' di hadapan mata. Kita mahu menjadi golongan yang mana, sayang sekalian? Golongan yamin atau golongan syimal?

Golongan Yamin!!!

"Al-Quran ini menjadi panduan-panduan yag membuka hati manusia dan menjadi hidayah petunjuk serta membawa rahmat bagi mereka yang meyakini kebenarannya," alJaathiyah 45:20

Teringat di kala rutin harian kami adik-beradik di rumah, umi selalu sangat menekankan bacaan alQuran. Selepas maghrib kami ialah tilawah alQuran. Setiap hati. Tiada yang tertinggal. Umi sangat mementingkan tarbiyah alQuran terhadap kami. Umi akan pastikan masuk darjah satu mesti dah baca alQuran. Alhamdulillah. Selalu sahaja akan berlumba dengan adik-beradik yang lain untuk khatam awal. Kelakar. Ada tu nak  habis cepat, baca sekaligus lapan muka surat. Kerenah adik beradik yang saling berlumba  dengan kebaikan. Bagi budak-baudak kecil, lapan muka surat itu sudah cukup banyak bagi mereka. Benarkan? Hihihi.

Kalau saya perhatikan, setiap orang daripada adik beradik saya, pasti ada masuk pertandingan alQuran sama ada hafazan dan tilawah. Dua orang hafazan, dua orang tilawah. Bestnya. Tapi yang paling lama bertahan adik kecil saya. Hafazan daripada tadika sampai darjah enam. Umi kata bacaanya jelas, mungkin antara faktor dia terpilih ke pertandingan itu. Saya pula tahu kutuk dia jer. Tak baiknya kakak. Hihihi. Sepatutnya bagilah semangat kat adik sikit. Kan? Harapnya dia teruskan hafazan. Saya teringin benar dia menjadi sayap perjuangan dakwah nanti. Adik-adik saya pun yang lain. Harapnya mereka juga antara generasi harapan yang terpilih oleh ALLAh untuk sebarkan kebaikan juga. InsyALLAH.

Tidak sah kalau saya tidak selitkan sedikit cerita dalam penulisan saya. Hmm.
Saya gembira melihat mereka gembira dengan kebaikan insyALLAH.

Inspirasi daripada umi.
Love from ALLAH.

Thursday, May 24, 2012

Suara tidak terkeluar dari sini

Aku belajar daripada seseorang erti kehidupan dan kepentingan ilmu. Menyatakan hak dia sebagai seorang  muslimah dan seorang mujahidah. Jarang kudengar suara-suara semangat menyerbu gudang ilmu. Yang nampak kelibat fizikal yang berlarian mencari kudrat untuk menimba dan teruskan menimba ilmu. Jarang kudengar kini laungan semangat motivasi yang sering ku hadir suatu ketika dahulu. Walau tidak banyak namun itu menjadi semangat untukku teruskan perjuangan menimba ilmu di atas bumi ini.

Kadangkala aku berlarian di dalam gudang ilmu itu. Namun tidak tahu arah tujuku. Pandangan mata jatuh ke lantai itu. Kala sepi aku asyik termenung dan bertanya, ke mana arah tujuku. Aku tiada matlamat hidup? Mustahil kau tidak tahu wahai diriku. Sudah banyak kau belajar. Tapi apa yang kau amalkan.

Syaitan-syaitan itu membisik lagi. Kau buat je lah. Asalkan dapat markah. Kau bukak fb lama-lama sikit, release tension. Cuba kau usha profile dia, kot-kot dapat maklumat terbaru. Eh, makanlah lagi, tak cukup tadi makan. Cuba kau pakai cantik-cantik sikit, baru orang nampak kau smart. Gilalah semua bisikan itu.

Semua itu perancangan licik syaitan yang mahu jatuhkan semangat kita sebagai seorang hamba Allah. Syaitan punya banyak cara untuk tipu kita. Kita juga perlu ada banyak lagi cara dan daya kekuatan utntuk atasi syaitan durjana itu. Aku perlu kuat! Aku tidak mengalah! Kenapa kau mahu kacau aku? Pergi kau syaitan dari sini! Aku mahu bahagia dengan Allah <3

Sebagai muslim, aku harus sentiasa mengingankan diri bahawa aku punya ALLAH untuk bergantung semua pengharapan. Aku punya Allah untuk melindungi aku dari sebarang bahaya. Aku punya Allah untuk membantuku berperang dengan hawa nafsu. Aku punya Allah untuk kuat dalam hadapi kehidupan yang penuh dengan tipu daya. Sebagai muslim aku harus bersedia menentang musuh-musuh diri dan Islam. Sebagai seorang muslim, aku juga seorang pejuang!

Diri ini masih merindukan program motivasi yang dianjurkan di sekolah dahulu. Mahu kembali ke zaman itu bolehkah?

Terkadang aku ditegur, aku membuat kerja dengan semangat bukan atas dasar kefahaman. BOleh tunjur ajarkan? Kerana aku ini masih bayi dalam meniti alam dewasa. Terkadang juga aku perasan aku sebegitu rupa. Boleh tunjuk ajarkan? Bagaimana kefahaman itu? Persoalan yang tentu sukar dijawab. Kerana pantulan amalan kita itu menunjukkan hati kita bagaimana. Pantulan iman atau pantulan semata-mata?

Tuesday, May 15, 2012

Tarbiyah: Prioriti

"Enti bawa berapa adik?" sambil mahu beramah mesra.

"Dua orang jer"

"Alhamdulillah..." tersenyum

"Enti pula?"

"Dalam 24 orang." tegasnya.

"MASYA ALLAH ya ukhti!!!" hamek kau terkejut bukan kepalang!

Saya masih dilanda kejelesan yang tinggi. Melihat kejernihan pengislahan masyarakat yang begitu didambakan sahabat saya itu. Kemampuan yang luar biasa yang dia mampu bebani. Allah! Saya tertunduk segan. Tersenyum pada masa yang sama semangat membara membakar jiwa-jiwa jundullah (tentera Allah)! Saya kene rajin bekerja lagi nih. Seimbang dunia akhirat. Saya masih lagi berat sebelah.

Salah penimbang atau salah menimbang?

Bukan mahu mempersoalkan kesalahan. Tetapi hal tersebut tetap salah jika prioriti kita sendiri tidak seimbang. Itu tidak adil! Bak kata Sailormoon..Saya sengaja menulis tentang ini agar saya ingat, saya berazam untuk cemerlang dan gemilang dalam study!

Biar kita kalah dalam kepuasan penat lelah kita, bukan kalah dalam tipu daya sendiri.

Saya tersentap. Mungkin keihklasan saya teruji. Masih belum terlambat untuk menjernihkan niat untuk menimba ilmu. Jadi, usahalah Sakinah!

Amal kita itu menjadi tanda prioriti kita ke mana...

Jadi, perancangan-perancangan yang hebat perlu mantap dan pelaksanaan juga perlu dilaksanakan! Jangan kamu jadi orang yang suka berangan tanpa cita-cita! :) Ayuh kita mulakan langkah baru!

  • Susun jadual
  • Kreatif dalam menyelesaikan pertembungan yang mendatangkan masalah
  • Elak bersama dengan orang yang bermasalah dan menganggu gerak kerja kita
  • Berdoa diberi kekuatan menghadapi sesuatu musykilah
  • Tawakal kepada Allah

Friday, May 11, 2012

Warna Ceria


Bagaimana mungkin kita mencintai Allah SWT dan ingin mendekati-Nya jika kita tidak mengenal-Nya dengan baik? Semakin kita mengenal seseorang dan mendapati banyak perwatakannya yang begitu baik, semakin kita mencintainya. Allah SWT tidak dapat dibandingkan dengan apa- apapun, bahkan kita perlu lebih mengenal Allah SWT berbanding yang lain. Kita perlu jatuh cinta dengan pencipta kita. Mulakan dengan nama-Nya Al-Waduud (Yang Maha Pencinta – The Ever-Loving). Cinta Allah SWT pada kita tak bersyarat. Kerana cinta-Nya, Dia tetap memberi rezeki kepada kita walaupun kita melanggar perintah-Nya. Mintalah kepada Allah SWT dengan 99 nama-Nya yang mulia.

Jika kita ingin mendekati Allah SWT, mintalah kepada-Nya dengan nama-Nya Al-Qareeb (Yang Maha Dekat) dan mintalah Dia membawa kita mendekati-Nya. Dengan nama-Nya Al-Waduud, mintalah agar Dia lebih mencintai kita dan menjadikan kita lebih mencintai-Nya. Begitulah seharusnya. Kita kadangkala berfikir terlalu berat dan terlupa bahawa jika kita memohon perlindungan-Nya, pasti Dia akan memudahkan urusan kita.

“Apabila Allah SWT mencintai seseorang, Dia akan memanggil Jibril dan memberitahu bahawa Allah SWT mencintai si fulan maka cintailah dia. Jibril AS lalu mencintainya, kemudian Jibril AS mengundang kepada seluruh penghuni langit dan memberitahu bahawa Allah SWT mencintai si Fulan, maka kamu semua mesti mencintai si fulan. Para penghuni langit pun mencintainya. Setelah itu diletakkan kecintaan padanya di kalangan penghuni bumi.” (HR Abu Hurairah)

LINK daripada Paksi.net

From LOVE of Allah

Thursday, May 10, 2012

Diuji kata-kata dan tulisan

Setiap kali begitulah.
Allah terus menguji apa yang saya katakan atau menulis.

Mahu give up.
Tapi give up itu bukan ciri-ciri Muslim.
Bukan juga ciri-ciri penghuni SYURGA.

Allah.
Kuatkanlah aku.

Jadi begitulah.
Mengharungi hidup dengan saki baki kebaikan.

Saya sedang diuji.
Walau tak banyak, walau tak besar,
Saya rasa benda itu sangat BESAR dan sangat BANYAK!

Ok.

Hidup sebagai saintis ni, tak pernah saya terfikir sampai ke tahap ini.
Memang benar, hidup sebagai seorang saintis ini boleh botak kepala di tengah-tengah.
Haha.

Bak kata Monash,,,
My life, My sudy, My future, My monash!
Hokeh find. Memang terasa jadi hamba monash.

Sebab itulah kene belajar teraturkan hidup.
Baru rasa okeh dan lapang.

Monash ajar kami berdisiplin.
Terima kasih monash!

Sunday, May 06, 2012

Nikah sokmo...

Orang sana nikah. Orang sini mikah. Kawan sana nikah. Kawan sini nikah.

Ya Allah, aku salah jejak ke ruangan mana nih?
Mengapa semua nikah awal? Muda kot dah nikah dah.
Cepat benar keputusan yang mereka bawa.
Benarkah aku masih di ruangan ini?
Mengapa mereka kelihatan pelik ye?

Ataukah aku yang ketinggalan?

Ya, Sakinah!

Rupa-rupanya saya semakin tua.

Dah tak lama dah tuh nak mati pula. Tetiba masuk topik lain. Huhu. Memang benar. Tak sedar pun nak masuk 21 tahun. Kawan-kawan dah nak nikah. Saya dikelilingi khabar-khabar gembira buat bakal isteri solehah mahupun bakal suami yang soleh.

Oho!

Saya sudah semakin tua. Rupanya saya orang tua yang tak sedar diri. Beginilah agaknya apabila akhawat masih lagi risau dirinya masih belum disunting padahal kawan-kawan sebaya sudahpun memiliki qurratu a'yun. Cahaya mata.

Woa!

Mabruk ya ukhti! Kepada Kakak Senior (ehem) Nurul Afidah Mahdom dan bakal zauj,,,
berbahagialah kalian di pentas syurga kerana kalian akan melaksanakan dan menyempurnakan sebahagian daripada agama ISLAM.

Mabruk!

Ada lagi senior-senior tua setahun daripada sekolah rendah nak nikah, tapi saya tak ingat mereka. Tapi saya ingat Kak Afidah! Kak Afidah...haish sudah lama tidak bertukar cerita, tiba-tiba bertukar cerita nak nikah dah. Apa-apa pun mabruk ukhti!

Saturday, May 05, 2012

my Heart

..is sick.

Mm yeah, not well for time being. Need a heal from Allah.
Ya Allah, you said that you will me the suitable situation what i need from you.
I want be to be stronger, You give bigger problems...
Allah want me to handle it properly and become stronger then.

Sad.
But this reminds me, when Abu Bakar sad, Rasulullah advise wisely that Allah is with us!
Don't be sad my dear. You will come out the solution as fast as possible you can make taubah!

Maybe Allah give me a bigger test because of my kifarah?
:(
Allah please forgive me.
I'm weak.
I don't have any strength to face all sort of things...

I want to be happy.
But how I would be happy when my dosa is still not yet forgiven :(

Allah...
Allah..
You hear my voice.
You hear my heart.
Please guide me to the best!


Tuesday, May 01, 2012

Waktu itu terbatas

Waktu itu telah disumpah oleh Allah!

Wal a'sr.


Berkali-kali diulang manusia. Di titian majlis ilmu. Malah di dalam solat. Namun, sedarkah kita kita masih dalam kerugian. Kerugian yang teramat apabila Allah kata, sesungguhnya manusia itu rugi. Tetapi tidak kepada orang yang beriman. Orang itu bercita-cita mencapai taqwa. Kepercayaan dan kebergantungan kepada Allah itu sangat tinggi. Malah orangnya tenang-tenang bila menyerahkan sesuatu urusan itu kepada ALLAH. Sesusah mana pun hidup dia, tidak sesekali dia berputus daripada rahmat Allah. Masih meneruskan ibadah yang hebat demi mempertahankan iman daripada terjerumusnya dia ke lembah dosa. 

Maka tindak tanduknya tentulah kerana Allah. Maka Allah berkata lagi, tiadalah kerugian buat orang yang mengerjakan kebajikan. Tidaklah Allah akan mensia-siakan amal kebajikan seseorang itu lelaki mahupun perempuan. Malah Allah mengganjarinya dengan kebajikan dan rahmat Allah yang Maha Luas! Pandangannya terhadap sesuatu pasti hadir dengan pandangan kasih sayang. Maka pandangan itu pasti berteman dengan senyuman yang manis. Menenangkan hati-hati manusia yang berserabut. Kerana apa? Kerana wajahnya itu terpancar sinar iman. Manis.


Berpesan-pesan kepada kebenaran! Tidaklah kering hatinya apabila hidupnya sentiasa memberi. Kerana dia percaya dan yakin konsep tawakkal kepada Allah. What you give, you will get back! Tidak terdetik di hati seseorang muslim itu apabila dia memberi, dia rugi. Tidak. Kerana dia percaya bahawa Allah itu Maha Baik! Nak dipermudahkan urusan? Pernah saya dinasihatkan untuk sentiasa bersedeqah dan berinfaq. Tidak kisahlah dari segi harta mahupun masa. Ya, saya pernah rasa lapang hati yang selapang-lapangnya! Allahuakbar. Betapa gembiranya hati manusia itu apabila Allah itu memudahkan urusan kita pada hari tersebut.

Allah berkata lagi bahawa orang yang tidak rugi itu ialah orang-orang yang berpesan-pesan kepada kesabaran. Kepada siapa lagi kita bergantung harap selain Allah. Kalau tidak kerana manisnya syurga, aku berusaha memperbaiki diri agar bersabar dengan karenah dunia. Kerana apa lagi? Kerana sabar itu buah syurga. Kenapa Allah highlite sabar ye, sahabat? Kerana sabar itu merangkumi keseluruhan aspek kehidupan. Sabar menuntut ilmu. Sabar memujuk orang. Sabar berbicara dengan orang yang kasar. Sabar dalam bermuamalat. Sabar dlaam mengurus rumah tangga. Sabar dalam mendidik diri menjadi super muslim!

Maka waktu itu sagat terbatas. Hanya orang yang tahu menghargai akan menghargai. Seperti manusia yang mandapat bunga. Jika dia tahu cara-cara menjaga bunga, tentu bunga dia segar-bugar dalam jangka waktu yang sungguh lama. 

Maka susunlah waktumu dengan sempurna. Adakan waktu yag fleksibel agar kita tidak menjadi keruan jika aktiviti kecemasan yang dilakukan tidak selari dengan jadual kita. Susun juga jadual hidupmu mengikut prioriti. Prioriti ini untuk saya bicarkaan terlalu subjektif. Tetapi pernah saya bertanya kepada seorang sahabat saya tentang prioriti. Dia berkata, dakwah is the number one for me, yang kedua baru datangnya family dan yang ketiga ialah kerjaya! Jadi apa-apa pun dia lakukan, dia akan sandarkan kepada prioriti hidupnya itu kepada 3 perkara tadi.

Wallaua'lam.

Ana Sakinah