Menonton video ini membuatkan saya marah. Marah kepada yang tahu tetapi buat-buat tidak tahu. Saya menahan air mata ini dari tumpah kerana kejahilan manusia. Kejahilan yang tidak pernah berhenti dan sentiasa datang mengerumuni hidup kita selagi kita tidak sedar untuk nyahkan dari hidup kita.
Saya melihat dunia ini semakin sakit dan tenat. Bila-bila masa sahaja akan meletus dek kerana kekaburan kebaikan di atas dunia. Saya melihat kegelapan itu di mana-mana sahaja. Baik di bumi Sunway mahupun di tanah air Muar. Pernah saya berfikir apabila seseorang menceritakan sesuatu kepada saya dengan kenyataan,
"Umat akhir zaman ini semakin tenat. Umat akhir zaman ini terkumpulnya umat-umat terdahulu."
Saya meratapi wajah bersihnya dengan harapan dia melanjutkan ceritanya.
"Cuba kita renung, umat Nabi Lut yang homoseksual ada pada zaman sekarang. Umat Nabi Musa yang kemegahannya melampaui batas sehingga menyatakan dirinya tuhan ada pada umat sekarang ini. Umat Nabi Musa yang dahulunya membunuh anak lelaki sahaja. Umat arab jahiliyyah yang hanya membunuh anak perempuan sahaja kini ada pada umat kita. Tidakkah kita berfikir? Semuanya ada pada zaman ini. Bunuh anak, dah kira dah. Lelaki ke perempuan ke, dibunuh begitu sahaja. Dulu homoseksual antara lelaki jer, sekarang macam-macam LGBT"
Aku terdiam. Ya, membenarkan katanya yang cukup menusuk hati. Memanah tepat pada hati seorang umat zaman kini. Saya melihat ramai manusia tidak sedar akan hakikat ini. Kita semakin jauh dari Allah. Semakin jauh dengan alQuran. Semakin banyak dosa-dosa kita lakukan tetapi kita tidak sedar. Astaghfirullah.
Saya kira kerja-kerja melebarkan sayap kebaikan masih belum utuh. Kasihan pada mereka yang jauh dari Allah. Saya kira umat kini mencmbahkan kecintaan mereka pada dunia. Mewujudkan tuhan-tuhan kecil dalam hati. Astaghfirullah. Apa tuhan-tuhan kecil itu wahai sahabat? Dunia, duit, internet, wanita di mana sahaja yang dapat menyingkirkan Allah di hati kita. Check hati kita balik. Check diri kita balik. Bila dengar azan, apa yang kita buat pada masa itu? Kita dengarkah Syurga itu memanggil kita? Kita dengarkah bahawa Allah nak beri kita rahmat yang besar ini?
Alahai manusia yang sering melengahkan...kadangkala saya juga terkategorikan sebagai golongan ini seringkali tenggelam dalam kemasyukkan dunia. Indah dibuai 'syurga' di hadapan mata. Kita mahu menjadi golongan yang mana, sayang sekalian? Golongan yamin atau golongan syimal?
Golongan Yamin!!!
"Al-Quran ini menjadi panduan-panduan yag membuka hati manusia dan menjadi hidayah petunjuk serta membawa rahmat bagi mereka yang meyakini kebenarannya," alJaathiyah 45:20
Teringat di kala rutin harian kami adik-beradik di rumah, umi selalu sangat menekankan bacaan alQuran. Selepas maghrib kami ialah tilawah alQuran. Setiap hati. Tiada yang tertinggal. Umi sangat mementingkan tarbiyah alQuran terhadap kami. Umi akan pastikan masuk darjah satu mesti dah baca alQuran. Alhamdulillah. Selalu sahaja akan berlumba dengan adik-beradik yang lain untuk khatam awal. Kelakar. Ada tu nak habis cepat, baca sekaligus lapan muka surat. Kerenah adik beradik yang saling berlumba dengan kebaikan. Bagi budak-baudak kecil, lapan muka surat itu sudah cukup banyak bagi mereka. Benarkan? Hihihi.
Kalau saya perhatikan, setiap orang daripada adik beradik saya, pasti ada masuk pertandingan alQuran sama ada hafazan dan tilawah. Dua orang hafazan, dua orang tilawah. Bestnya. Tapi yang paling lama bertahan adik kecil saya. Hafazan daripada tadika sampai darjah enam. Umi kata bacaanya jelas, mungkin antara faktor dia terpilih ke pertandingan itu. Saya pula tahu kutuk dia jer. Tak baiknya kakak. Hihihi. Sepatutnya bagilah semangat kat adik sikit. Kan? Harapnya dia teruskan hafazan. Saya teringin benar dia menjadi sayap perjuangan dakwah nanti. Adik-adik saya pun yang lain. Harapnya mereka juga antara generasi harapan yang terpilih oleh ALLAh untuk sebarkan kebaikan juga. InsyALLAH.
Tidak sah kalau saya tidak selitkan sedikit cerita dalam penulisan saya. Hmm.
Saya gembira melihat mereka gembira dengan kebaikan insyALLAH.
Inspirasi daripada umi.
Love from ALLAH.
No comments:
Post a Comment