Dulu semasa ramadhan saya dengan adik saya selalu main pondok-pondok.
Saya paling suka pondok saya. Dulu kan ada sofa yang sekeping-sekeping tu kan. Saya susun elok-elok buat rumah. Satu bahagian dapurnya. Satu bahagian yang lain bilik tidur. Buat atapnya. Tengok balik dari jauh. Eyh bilik airnya mane? Ekeke saya tergelak. Saya ambil lagi kusyen banyak-banyak. Kalau tak cukup, ambil bantal tidur. Ramadhan yang sungguh bermakna setiap tahun saya.
Saya paling suka pondok saya. Dulu kan ada sofa yang sekeping-sekeping tu kan. Saya susun elok-elok buat rumah. Satu bahagian dapurnya. Satu bahagian yang lain bilik tidur. Buat atapnya. Tengok balik dari jauh. Eyh bilik airnya mane? Ekeke saya tergelak. Saya ambil lagi kusyen banyak-banyak. Kalau tak cukup, ambil bantal tidur. Ramadhan yang sungguh bermakna setiap tahun saya.
::Gambar Hiasan::
Membina daya imaginasi. Sampai satu tahap saya tak sabar nak tunggu Ramadhan, sebab satu waktu itu sahaja saya dapat bermain pondok-pondok. Kalau balik kampung pun, main ting-ting dan panjat pokok kelapa dan rambutan. Tak de lah nak main pondok-pondok :P
Membina daya kreativiti. Saya nak berterusan membina daya kreativiti. Tidak mahu terus tenggelam. Saya harus bijak belajar daripada pengalaman orang lain. Saya selalu memerhatikan manusia yang hebat.
"Eh, dia ada dalam kereta?" monolog dalam hati.
"Nak pergi mana awak? Berbuka ya?"
"Haah, nak berbuka sama dengan dia."
Saya senyum. Saya berfikir. Mudahnya Allah memudahkan urusannya. Membina generasi harapan. Bagaimana dia urus dakwah bilhal, saya perhatikan. Mudahnya Allah memudahkan urusannya. Ramah dengan ramai manusia di luar. Saya teruja memerhatikan dia. Saya cemburu. Kenapa dia ada kereta, saya tak da? Kenapa dia ramah, saya rasa saya gagal. Kenapa dia boleh belanja ramai orang, sedangkan saya kurang mampu?
Semua itu alasan. Sedangkan Allah beri banyak nikmat. Teruskan sahaja positif dengan ALLAH. Berdoalah dengan Allah. Teruskan usahamu dekat dengan ALLAH. Teruskan bercinta dengan Allah. allah akan mudahkan urusan lain.
Terkadang Allah mahu menguji hatimu.
Kau masih belum bersedia. Hati kau masih di dunia penuh fitnah. Hati kau cinta manusia yang akan sementara. Hati kau masih terpaut pada janji dunia. Ke mana kau menghilang wahai cinta hakiki? Ke mana kau hati yang ikhlas? Hati yang dahagakan ilmu? Hati yang tertegaknya kerana Allah semata-mata? Hati yang menangis kerana Allah? Hati yang dahagakan rahmat Allah? Hati yang berlapang dada dengan dugaan? Hati yang sabar dengan ujian? Hati yang syukur dengan nikmat? Hati yang sentiasa muhasabaha cintanya kepada Tuhan? Hati yang sentiasa bertaut dengan Tuhan? Hati yang manis apabila memandangnya? Hati yang ceria apabila menyentuhnya? Hati yang bisa menggegarkan iman kepada lebih gah lagi? Hati yang indah apabila terukir senyuman tarbiyah atasnya?
#Allahurabbi.
No comments:
Post a Comment