Hi, semua!
Saya ada tabiat.
Buang tebiat ke hape boodak nih? Kadang-kadang dan selalu lihat kembali album lama. Tup..tup terjumpa gambar semasa MUFY
Games.
Saya and the geng telah mendaftarkan diri untuk
netball. Tak pernah-pernah wakil sekolah, tetiba nak masuk kan. Memang tak laa kan..
Tetapi yang paling menarik tuh, kami terdiri daripada geng Muslimah satu-satunya.
Alhamdulillah berkat latihan tak seberapa,
coach pun tarakk, kami menggondol naib johan! Alhamdulillah. Bukan nak riak, tetapi nak menunjukkan pada semua geng Muslimah pun boleh berjaya. Saya kalau bab main-main ni tak boleh kompromi. Penat-tekak-teriak-semangat!
Kami berpegang pada kepercayaan terhadap diri sendiri dan tali dengan Allah.
Ini sungguh serius.
La tafarraqu
Kami tidak mahu berpecah walau apa sahaja yang terjadi. Bertahanlah dan bersabarlah kami bergaya di atas padang.
Reserved player pun taraak.
Alkisah, bermula perjalanan kami sebagai pemain bola jaring. Bergaya tahap kelasi-bulan beraksi. Ini sungguh serius dan kami tidak berhenti bermain sampailah masuk ke
FINALE!
Macam-macam peristiwa. Sahabat seperjuangan saya, kena pijak kaki sampai jari kuku berdarah. Kena tolak sampai terjatuh. Kena hadang dengan keganasan yang berlaku. Tapi kami tetap tsiqoh pada Allah. Bersabarlah. Allah akan beri kemenangan.
Pada masa ini, saya rasa benar-benar macam nak pergi berjihad. Eh? Memperjuangkan kebolehan Muslimah juga boleh menonjol dalam acara lomba ini. A
la-ala Indonesia gitu. Hewh.
Saya yang melutut kecewa pada saa akhir.
Tidak berhenti bermain sampai saya rasa,
Ya Allah berilah kekuatan kepada kami bertahan hingga ke akhirnya. Tetapi saya yang rasa putus asa pada peringkat
FINALE. Saya terlalu penat. Apatah lagi saya menjadi GK (Goal Keeper) kepada GS (Goal shooter) dan GA (Goal Attack) yang sangat tinggi dan sangat berpengalaman dalam bola keranjang.
Habis saya kena terajang dalam
court. Ganas betul kaka-kakak ini bermain. Macam main
basketball ada jugak.
Ingatkan sayup dayu sampai ke petang, rupanya hujan lebat di tengah hari.
Saya tak dapat mempertahankan kedudukan saya. Sudah bertukar tempat dengan sahabat saya kepada GD (Goal Defence). Tetapi, rezeki kami sampai di sini. '
Ala kulli hal, masuk juga
grand finale.
Sahabat yang menyokong kerana Allah
Saya sangat terharu ramai yang menyokong ketika
grand finale. Ramai yang mengelilingi
court netball. Bagi kata-kata semangat. Bagi kata-kata sokongan. Bagi air. Bagi air lagi. Bagi tepukan hebat. Ada yang bertakbir.
Fuh...
Saya tidak keseorangan. Dari hujung
court saya memandang satu persatu wajah sahabat saya. Saya kena teruskan.
Ini betul-betul perang pemikiran, jiwa dan fizikal.
Begitulah juga kehidupan.
Memang penat nak harungi semua ujian. Lelah. Payah, sisters. But..
Whoever strives for something, gets it.
Harungi hidup dengan penuh matlamat. Menggila nak dapatkan sesuatu. Beri diri sendiri peluang untuk menyentuh pelangi. walau jauh lagi untuk menyentuhnya, tetapi keep running, sisters.
Sampai di tujuanmu.
Kan, Allah pernah cakap kat kita semua,
"Allah takkan mengecewakan kita. sesiapa yang bersabar, Jannahlah untuknya."
Believe it, Allah listens your du'a.
Kalau rasa keseorangan carilah sahabat. Sahabat yang sangat sayang padamu. Sahabat yang ingin sama-sama masuk Jannah denganmu.
Bukankah itu kebahagiaan yang hakiki?
Anda hebat.