Seminggu sebelum peperiksaan. Kehilangan. Orang itu orang yang sangat disayangi. Orang yang setiap malam memberinya semangat. Setiap keadaan. Bertanya khabar. Tika saat di negeri mana pun beliau, pasti menghubungi anaknya di sini.
Sahabat saya kehilangan seorang bapa.
Kami semua ralat. Terkejut. Menangis.
Kami semua ralat. Terkejut. Menangis.
Ralat kerana tidak dapat menghubungi sahabat saya untuk membantunya pulang ke halamannya secepat mungkin. Semuanya terjadi kerana Allah yang susun.
Sahabat saya dari Seremban pula yang membantunya pulang ke kampung halaman. Semuanya telah diatur Allah. Kami di sini hanya mampu berdoa sehinggalah jam 11 pagi dapat berita ayahnya telah kembali ke rahmatullah.
Catatan sahabat saya mengatakan dia harus kuat. Kuat luar biasa untuk ibunya dan adik-adiknya.
Pesan ayahnya, jaga adik hang. Ayah risau.
Kami tahu tengah hari itu lalu bergegas ke Kedah. 5 jam perjalanan. Walaupun sejam lambat, semuanya telah selamat alhamdulillah.
Hikmah kehilangan ialah menghargai.
Kehilangan itu kerinduan.
Kehilangan itu indah. Sebab kita lebih banyak mendoakannya. Kita lebih banyak terinspirasi daripada kehilangan. Kita lebih menggerakkan naluri hati untuk lebih bersikap berhati-hati kerana kematian itu dekat. Fikir kita.
Fikir kita mungkin sebuah kekecewaan terselit.
Sahabat,
percayalah Allah telah aturkan segalanya. Hang terima dengan redha. Hang rasa nak sepak je semua orang. Hakikat tak kan? Sebab hang percaya semua ini aturan Allah.
Kehilangan itu menjadikan kita lebih solehah. Sebab Allah kata, doa anak solehah itu diterima Allah. Hang lebih taat kepada Allah. Dalam setiap sujud. Hang berdoa. Dalam setiap bangun malammu, tidak terlepas namanya untuk didoakan.
Hang kata hang sayang sangat pada ayah. Hang dapat buktikan dengan semangat hang. Hang lebih kuat daripada sahabat yang lain. Hang tidak suka nampak kawan hang lemah. Hang pun senyum lalu mengusap kepala atau bahu. Terima kasih.
Kehilangan itu membentuk kedekatan kita dengan Allah. Lebih dekat. Tak kan mampu orang lain mampu mengubahnya hatta mengusik jentik hubungan itu.
Kita kena taat dan patuh pada ayat Allah.
Sesungguhnya kita datang daripadaNYA dan kita akan kembali kepadaNYA
Dia menunggumu di pintu SYURGA.
No comments:
Post a Comment