Friday, March 15, 2013

Politik itu pembangunan akhlak

Sebelum itu apa maksud politik?

"Politik Islam (bahasa Arab: سياسي إسلامي) adalah Politik di dalam bahasa Arab dikenal dengan istilah siyasah. Oleh sebab itu, di dalam buku-buku para ulama dikenal istilah siyasah syar’iyyah. Dalam Al Muhith, siyasah berakar kata sâsa - yasûsu. Dalam kalimat Sasa addawaba yasusuha siyasatan bererti Qama ‘alaiha wa radlaha wa adabbaha (mengurusinya, melatihnya, dan mendidiknya). Bila dikatakan sasa al amra ertinya dabbarahu (mengurusi / mengatur perkara). Bererti secara ringkas maksud Politik Islam adalah pengurusan atas segala urusan seluruh umat Islam." 

Monolog orang

Saat kaki ini melangkah ke bandaraya, terlihat ramai manusia di sana-sini. Kadang-kadang aku menunduk menahan pandangan daripada memberi peluang kepada penglihatanku untuk berbicara. Aku diam.

Saat aku ingin berehat di sebuah bangku, terdapat kanak-kanak kecil sedang berjalan beriring tangan. Lelaki dan perempuan. Tiada ibu bapa di sisi. Tiada kakak atau abang kelihatannya. Lagaknya seperti orang dewasa. Singgah sebentar di KFC untuk membeli makanan bersama.

Aku melepaskan perasaan dengan penuh kecewa. Saat aku melewati sebuah restoran standard 'Five star' aku terlihat sepasang anak muda lelaki sedang bergelak ketawa. Aku cuba mengamati, kenapa? Astaghfirullah. Mereka melihat gambar-gambar perempuan seksi di laman sesawang. Di tempat umum???

Hmmm...

Fikirku ingin membeli air minuman.

Singgah sebentar di gerai buku. Mataku tertancap pada berita akhabar muka hadapan. Bayi dijumpai. Lagi??? Itu baru di akhbar. Kalau yang tidak di akhbar? Malah sehari juga beratus bayi lahir dan ditinggalkan tanpa belas kasihan. Kenapa hal ini berlaku di Malaysia?

Benar.

Ummat sekarang ini, semua jenis umat ada di zaman ini. Ummat Nabi Lut yang homoseks. Pengikut-pengikut Firaun yang membunuh bayi lelaki. Orang Arab Jahiliyyah yang membunuh bayi perempuan.

Salah siapa?

Panjang perbincangan dan kepincangan yang dikemukakan. Daripada kecil, kanak-kanak ini juga telah membuat esei di sekolah. Cara-cara membanteras jenayah. Cara-cara berdisiplin. Manfaat membaca buku. Manfaat aktiviti perkhemahan. Cara-cara membanteras gejala sosial.

Tetapi kalau sudah masuk telinga kiri kelar telinga kanan, apa lagi cara yang boleh kita lakukan untuk membentuk masyarakat Islami?

Politik yang dasarnya pemikiran ad-dunya. Pengurusan ummat yang masih jauh lagi menggarap pemikiran Islami apatah lagi membudayakan budaya Islami.

Politik itu sebahagian dari dakwah

 Kita tidak boleh mengkesampingkan politik dalam dakwah. Perjuangan yang tidak akan pernah terhenti sehingga tertegaknya kalimah Allah di atas muka bumi ini. Masih belum cukup seandainya perjuangan itu hanya seorang sahaja yang berkorban. Bukan calang-calang korban malah mempertaruhkan nyawa dan harta.

Pemuda yang hebat itu bukan sekelip mata muncul tiba-tiba di ruangan masyarakat. Malah pemuda hebat itu belajar dan terus belajar akan syariat Allah. Tapisan Allah itu sentiasa berjalan dari setiap masa. Tentera Allah itu terpilih atas dasar mereka memilih diri mereka untuk menjadi tentera Allah.

Sungguh jalan ini sememangnya panjang.

Tahapan dakwah itu ada 4.

Pertama: Mihwar Tanzhimi 
Gerakan yang memerlukan individu yang jelas qawiyul amin sebagai paksi mengerakkan perjalanan dakwah. Jadi, proses pembinaan dan pengkaderan harus dilaksanakan untuk mencetak manusia sibghatullah (celupan Allah). Proses pembinaan karakter peribadi muslim ini memang membutuhkan waktu yang panjang. Ilmu dan praktikal Islami itu menadi budaya dirinya.


Lihat sejarah Rasulullah saw. Bagaimana mungkin Rasulullah menyampaikan dakwah itu tanpa pertemuan (liqo) dengan mutarabbinya? Bagaimana mungkin tiba-tiba Mus'ab Umair diutus ke Madinah untuk menjadi duta dakwah di sana tanpa liqo dengan Rasulullah saw? Bagaimana mungkin tiba-tiba setahun selepas tibanya Mus'ab Umair di Madinah datang 72 orang kepada Rasulullah untuk membuat perjanjian Hudaibiyah?

Itu dinamakan sistem pengkaderan.

Tersentap juga diri ini bila Mus'ab Umair boleh mengrekrut seramai 72 mujahidin dan mujahidaat dalam masa setahun. 2 orang setahun pun terasa berat.


Kedua: Mihwar Sya’bi
Pembangunan akar masyarakat yang Islami. Semunya mengikut syariat Allah. Adab-adab  sosial dan budaya Islami yang mengindahkan masyarakat Islami. Bermula dari 'Baitul Muslim' sehinggalah terbentuknya masyarakat Muslim. Bermula perwatakan di rumah sehinggalah pergaulan di luar rumah haruslah bersikap seperti Rasulullah anjurkan. Dari soal makan minum sampailah urusan hutang piutang.

Kekuatan aqidah itu tunjang utama. Bagaimana masyarakat itu mengutamakan Allah dalam segala hal hatta sebesar zarah sekalipun? Huh, berat pertanyaan ini. Selanjutnya, terhasillah masyarakat muslim yang profesional dalam mengindahkan apa-apa pekerjaan sekalipun, dengan budaya Islam.

Komited dalam tunjang 'Islamlah segala-galanya'.

Ketiga: Mihwar Muassasi
Gerakan dakwah itu seharusnya menyelusuri dalam setiap institusi dan pekerjaan hatta tukang cuci tandas. medan dakwah dalam tahapan ini rumit kerana meibatkan institusi besar termasuklah ekonomi, politik dan sosial. Tahapan ini mampu mengemban pengislahan masyrakat seluruhnya dan berupaya memperluas jaringan dakwah di mana-mana. Formal kan ayat?

Harus bagaimana aku ingin menyampaikan kepadamu?

Kalau nak ikutkan logiknya, tahapan ini sudah nampak tanda-tanda membangun negara Islam.


Keempat: Mihwar Daulah

Negara Islam yang diwujudkan oleh orang-orang yang berpemikiran Islam. Setiap sistem yang dijalankan termasuklah undang-undang negara semuanya bertunjang Islam. Semuanya mengikut undang-undang Allah. Bebas dan bersih sebagaimana Rasulullah saw ajari kita dahulu. 

Politik itu dakwah.

Rasulullah menyediakan perlebagaan yang adil kepada semua rakyat termasuklah rakyat 'zimmi'(bukan Islam yang berlindung atau menetap di negra Islam). Undang-undang Islam. 


Walau banyak jamaah atau kumpulan memperjuangkan Islam, jangan jadikan jurang itu sebagai masalah untuk kita berinteraksi dan bekerjasama dalam hal-hal sosial. Ummat ini membutuhkan pemuda yang basah dengan jiwa yang dekat dengan Allah. 

Terkadang itu saya pernah memerhatikan, boleh sahaja bersahaja dengan ikhwah atau akhawat berlainan jamaah, tetapi sesama jamaah sikap kita berlainan. Saya masih mencari rasionalnya di mana.

Politik itu indah kerana politik itu sebahagian dari dakwah.

Politik dalam dakwah ada dua; liqo/usrah/halaqah dan realiti politik.



Kata Aristotle,
Politik itu pembangunan akhlak. 

Kita semua berpolitik. Yeah.





2 comments:

sea_lavender said...

dunia smakin akhir zaman.moga kita terus dktkn diri dgn perkara2 yg baik. pilih politik yg terbaik dlm membangunkn agama, bangsa dan negara.

Unknown said...

ya kakak. politik itu merahmati sebagaimana Rasulullah saw bawa kepada amdinah dan Makkah! Dan generasi seterusnya insyALLAH!