Ya Allah! Satu hari saya terkejut.
Ketika itu saya mahu membuang sampah di belakang rumah. Oh. Belakang rumah saya ada kebun. Yang paling unik, pokok buah pulasan. Hanya di Johor ditemui. Bila ditayang pada sahabat dari Kelantan, mereka kata Wow, tak pernah tahu pun selama aku hidup. Nikmat di kebun belakang rumah.
Sambung kembali.
Saya terkejut. Kenapa pokok ubi rosak-macam-ada-orang-cabut? Dah tak keruan.
Gelabah.
Persoalan.
Ada orang curi? Ada orang lapar? Mungkin ada orang-nak-buat-kenduri-tak-cukup-bajet?
Eh. Syuh prasangkaan sebegitu rupa.
Saya berlari takut kunun-kunun ke dalam rumah.
Calling my mom! Ya Allah, please save us from any difficulties!
"Hah, khinzir tuh,"
=.=
Saya sangka orang. Rupanya binatang.
Nampak tak pentingnya tabayyun? Nak tuduh orang macam-macam tetapi akhir sekali bukan manusia yang kerjakan.
Saya kembali ke pokok ubi yang sudah tumbang berbatang-batang. Sedih.
Saya sangka ubi kayu yang sepatutnya enak dimakan kami sekeluarga itu rezeki kami, tetapi rezeki khinzir itu.
Saya tebas satu persatu-satu. Mengalihkan batangnya ke tepi. Laluan utama ke kebun terganggu dengan pokok-pokok itu.
Saya mengutip yang berbaki.
***
Kusangka panas hingga ke petang tetapi hujan di tengah hari. Kusangka rezeki ubi kayu itu nanti dimakan kami, rupanya rezeki si khinzir tadi.
Belum tentu usaha yang kita usahakan milik kita. Mungkin juga boleh dimusnahkan sekelip mata oleh faktor lain.
Belum tentu impian menggunung tinggi itu akan kita gapai suatu hari nanti. Kalau tidak diiringi usaha yang kuat dan berstrategi.
Kita tanam.
Dia membesar. Dia meninggi. Dia menjulang ke langit. Lama bukan sekejap.
Buntang mata. Usaha dimusnahkan.
Begitu juga Islam. Kita usaha. Kita bina. Kita terdidik. Kita mendidik.
Jangan sampai sikap kita yang 'hipokrit' dan musuh Islam yang kita tak sedar, berjaya memusnahkan harapan.
Bukan harapan individu. Tetapi harapan ummat.
#SaveMesirSyriaPalestin

No comments:
Post a Comment