Tuesday, May 24, 2016

Tanah Haramain 1

Allah bagi rezeki kepada saya untuk sampai ke Tanah Haramain. Allah mudahkan urusan dan perjalanan sebelum sampai ke tarikh tersebut tidak sampai sebulan. MasyaAllah Allahu akbar. Rasa macam kelam kabut. Tetapi sebab sudah niat 2 tahun lepas, Allah mudahkan juga niat untuk sampai ke Tanah Haramain tahun 2016.

Mula-mula tu rasa berat sahaja nak pergi sebab fikir duit kahwin. Duit kahwin tiada kalau terus buat umrah ni. Tapi saya selalu pujuk hati agar ada rezeki Allah akan bagi sebab kita belanja buat kebaikan. Jadi, alhamdulillah sangat-sangat. Nak pergi umrah hari tu ada beberapa orang mulia sedeqah duit kepada saya dan adik saya. Jadi saya hanya belanjakan duit itu sahaja sepanjang saya di sana.

Hari bertolak 24 Januari 2016 - Happy Birthday ummi ke-58.

Rasa macam-maca dalam hati. Solat hajat banyak kali sebelum bertolak agar urusan saya dan adik saya dipermudahkan. Kami bertolak lebih kurang jam 8 pagi dan menjejak kaki ke KLIA jam 11.30 pagi. Terus menilik telefon bimbit untuk menghubungi ustaz daripada Al-Fajr Travel. Alhamdulillah. Terus bergegas naik ke tingkat 5 dan berkumpul di kawasan huruf K,L. Jumpa ahli jemaah yang akan pergi bersama. Alhamdulillah. Ada yang bawa anak-anak. Ada yang mak sahaja. Ada yang bawa diri sahaja. Ada yang bawa mak ayah dan mak saudara sahaja.

Rasa sebak sangat bila Mama, Hazirah, Wan datang. Hazirah menangis. Saya tak tahu nak cakap apa. Saya cuma berdoa moga aku menjadi lebih baik dari hari ini bila aku pulang nanti. Moga dosa aku diampuni bila aku pulang nanti. Moga aku lebih bertakwa bila aku pulang nanti. Dua tahun sudah aku kumpul duit untuk umrah. Moga duit aku kumpul ini ada keberkatan untuk aku menunaikan umrah.

Selepas check-in, dapat passport bagai, tiba masa umi abah, ain, anis pergi meninggalkan kami. Rasa macam kat asrama kena tinggal. So tiadalah sebak sangat. Haha. Saat melangkah untuk ke tren comel ke bangunan lagi satu, bertemu dengan satu pasangan. Mokcik dan anaknya dari Terengganu. Berkenalan. Pot pet sepanjang tren. Saya duduk belakang Naqib je. Konon-konon malu. Haha.

Saat masuk ke pesawat Flynas, gembira alhamdulillah. Ada seorang orther dan seorang pakcik ni duduk satu baris dengan kami. Naqib dengan bro ni kemain mesra sampai mesra adik abang sampai Madinah dan Makkah juga. Dan saya rasa disisihkan. Sobs sobs.

bersambung..
Moga catatan ini tidak mematikan aku untuk terus merindu dan berharap untuk bertandang ke Tanah Haramain lagi.

No comments: