Friday, November 17, 2017

Pertama Kali Bertentang Mata

Masa hari pertama kahwin pada 29 Julai 2017 memang nak sentuh baju cik abang pun takut.

Malu.. segan.. semua ada. Al-maklumlah, pertama kali duduk dekat. 
Pertama kali nak pandang mata. Pertama kali duduk sebelah. 
Pertama kali, nak berborak mesra. Cewah.
.


Sesi fotografi kami tidaklah semesra pasangan lain yang dah ada keyakinan untuk mesra di hadapan kamera. Rasa kaku ja gambaq. Duduk jauh-jauh. Nak pandang pun takut-takut.

Apabila dikenang kembali, boleh gelak sama-sama. Hehehe.

Tapi, itulah nikmat.
Nikmat yang Allah bagi.
.

Pada awal perkahwinan, saya dilontarkan satu soalan oleh cik abang.

“Alyaa, pernah couple ke dulu?”

“Tak pernah.”

“Alhamdulillah. Abang pun tak pernah. Itulah nikmat yang Allah bagi kepada kita berdua. Syukur alhamdulillah”

Allahurobbi. Nikmat itu selalu sangat disebut oleh cik abang. 
Punyalah nak menyatakan rasa bersyukur tu.

Jujurnya, saya memang tidak pernah couple. Setakat suka-suka gitu ada laaa. 
Dia pun sama. Fitrah manusia ada perasaan suka-suka ni. 
Benar-benar saya titipkan rasa bersyukur kepada Allah 
dan yakin benar tentang,

Orang baik untuk orang baik.
Kita jaga Allah, Allah jaga kita.

Maka, 
adik-adikku, nak tak kita dapat nikmat sebegini? 

Yang mana adiklah satu-satunya wanita yang dia pertama kali cinta.
Yang mana adiklah wanita pertama yang dia sayang.
Yang mana adiklah wanita  pertama yang dia kasih.

Istimewa kan?

#istimewakandirimu #dirimuberharga #wanitasolehah 

Friday, November 10, 2017

Kenapa Ikut Tarbiyah?

SEBAB KITA RASA KITA TAK BAIKLAH KITA IKUT TARBIYAH.

Kalau orang lain dah rasa baik, dia berdiam diri dan tak ikut tarbiyah. Kalau kita seharusnya rasa lain daripada mereka, Sebab kita banyak dosalah kita ikut tarbiyah. Improve diri jadi lebih baik. Ada semangat nak orang lain jadi baik jugak.

#jomjadibaik #jadisolehah


Friday, November 03, 2017

Menerima Risikan Si Dia

Semasa saya menerima risikan daripada pihak ketiga untuk mengetahui saya ni dah berpunya ka belum, masa itu saya benar-benar pasrah, tak kahwin tak pa lah.

Serius. Pasrah betul.

Sebab masa itu baru sahaja kecewa dengan calon sebelum itu.
Tapi Alhamdulillah ala kulli hal.
.


Saya sentiasa bercakap pada diri, 
takpa kalau aku tak kahwin. 

Kita tengok Maryam. Siapa Maryam di mata Allah? 
Sehingga Allah angkat menjadi bidadari syurga. 
Malah dilantik menjadi antara barisan penghulu bidadari.

Beliau tidak berkahwin. Malah tidak pernah disentuh oleh lelaki ajnabi. 
Tetapi Allah tetap angkat menjadi penghulu bidadari syurga. Allahu akbar.
.

Allah nak pilih kita masuk syurga bukan sebab orang ni kahwin ka tidak.
Tetapi Allah pilih kita masuk syurga atas dasar iman dan taqwa.
.

Cakap senanglaaaa..
Hmmmm.. memang senang cakap..

Tapi dengan bercakaplah kita baru tahu.. baru faham.. baru sedaq..
.


Moga kita sama-sama jadi baik.
Insya-Allah.

Friday, October 27, 2017

Momen Manih Giteww





Saja abadikan kenangan itu di sini.
Moga tak hilang.
#momenmanih


Friday, October 20, 2017

Kenapa Sayang Dah Tak Nangis Dah?

"Dulu masa awal-awal kahwin kenapa sayang selalu menangis? Sekarang perasan tak sayang dah tak menangis?"

"Perasan.."

"Kenapa sekarang tak menangis dah?"

"Kenapa abang?" Seolah dah tahu dah jawapan itu ada pada abang. Sebab itu tanya balik kepada abang. Hihi.

"Sebab sayang semakin keras hati."

Mak aih sentapnya. Tapi betullah tu. Hati semakin keras.

Dulu masa awal kahwin, hati tisu. Sekarang hati batu. Haih, kehidupan ini sangat memenatkan. Rasa nak pergi tepi pantai. Rasa nak pergi panjat gunung. Rasa nak abseiling. Rasa nak buat aktiviti luar yang adventure dan memenatkan tapi gembira. Sambil-sambil terapi hati.

HATI AKU NI DAH MATI KE SAMPAI TAK DAPAT NAK NANGIS?

#bynajihahdaud #takpesalaheja #loveyou


T.T

8 Tanda Hati Mati
----------------------

1. suka menolak kebenaran

2. tidak beriman kepada Allah dan Rasul-Nya
- merasa sia-sia ibadah

3. mempersendakan hukum hakam Allah

4. seronok lakukan kemungkaran/dosa

5. seronok lihat orang lain menderita

6. sakit hati lihat orang lain bahagia

7. tidak percaya hari pembalasan
- seolah-olah tidak akan mati akan datang ni

8. tidak percaya syurga dan neraka

MACAM MANA NAK HIDUPKAN HATI YANG MATI NI?

Ada 4 tips nak hidupkan balik..

1. Sentiasa bertaubat 73:20

- Macam mana taubat tu?
   + tinggalkan maksiat
   + sesal
   + tidak mengulangi
   + mengembalikan yang hak
   + tunaikan fardhu kembali selama mana yang pernah ditinggalkan
 
2. Didik diri dengan sifat tenang
   > banyak baca al-Quran
   > banyak bersenam
   > kawal pemakanan (banyakkan ambil daging putih seperti ikan)
   > elak makanan segera
   > banyak ambil buah-buahan
   > rajin tengok ikan dalam akuarium
   > nangis
   > cerita dan mendengar cerita (bukan mengumpat atau mengeluh)
   > mandi air suam
   > kongsi masalah dengan orang lain
   > peluk bayi
   > urut

3. Didik diri sifat redha
    Terima dengan tenang dan senang anad qada Allah taala

4. Hiasi diri dengan sifat malu
    Bukan malu tak bertempat.
    Ada dua jenis malu.
    Malu yang terpuji dan malu tercela.

Jom jadi baik sama-sama.
Selalu check-up hati.

   
#malusebahagiandaripadaiman #wanitaseindahhiasandunia #wanitasolehah #hatitisuhatiorangberiman #bukanhatitisutengokdrama247 #samasamajadibaik #jom

Friday, October 13, 2017

Kenapa Kahwin?

Kenapa aku kahwin?

Aku kahwin ni sebab apa eh?

Apa matlamat aku kahwin?

Soalan maut yang kena jawab dengan cik abang setelah kami bernikah. Semasa menerima soalan ini, saya berdiam agak lama dan meminta masa untuk menjawab soalan ini.

Boleh sahaja jawab, “Kita kahwin sebab Allah dan Rasul-Nya.”

Itu sahaja ke? Belum cukup lagi. Cuba fikir dan fikir, kenapa orang yang kahwin tu kahwin? Terlalu banyak sebab dan sangat subjektif jawapan kepada soalan ini.

Jawapan saya;
1. Saya kahwin sebab Allah dan Rasul-Nya
2. Saya kahwin sebab ingin melahirkan generasi penerus kepada dakwah dan tarbiyah
3. Saya kahwin sebab saya ingin mengislahkan diri untuk menjadi semakin baik dan baik

Sentiasa revise and revise dan revise.
Mungkin ada penambahan dan penambaikan daripada matlamat tersebut sepanjang perkahwinan hangpa..

Ini baru matlamat sahaja.
Senarai aktiviti atau agenda menuju kepada matlamat tersebut belum lagi.

Haaaa, hangpa semua pulak, kenapa?




#matlamatmenujukejayaan #hayyalalfalah #keluargabahagia #insyaAllah

Saturday, October 07, 2017

Ada Sebab Mengapa Allah bagi Al-Quran kepada Kita





               ↱→→→↷                           ↶←←←↰
MASA LALU    MASA SEKARANG     MASA AKAN DATANG

                                         ↓↓
                     
                         PEMIMPIN

Allah beri alQuran kepada kita yang tak diberikan kepada umat lain. Al-Quran ini sangat relevan sepanjang zaman sejak Nabi Adam sehingga ke hari ini. 

Diceritakan di dalamnya tentang peristiwa dahulu bersama keangkuhan manusia, kesombongan manusia, kejelekan manusia malah diceritakan juga ketaqwaan hamba, keperibadian hamba dan ketundukan hamba.

Ada juga di dalamnya diceritakan kepada kita akan penciptaan langit dan bumi, berkisar kehidupan kepimpinan sama ada kepada diri sendiri, rumahtangga, masyarakat malah kepada kepimpinan alami. Allah menceritakan banyak peristiwa yang boleh berlaku saat ini dan Allah memimpini dan membimbingi kita bagaimana menghadapi sesuatu itu.

Ada juga Allah menceritakan tentang peristiwa masa hadapan dan perkara ghaib. Adanya hari qiamat. Adanya penciptaan jin, malaikat dan syaitan. Malah segalanya yang Allah cipta itu Allah ceritakan kepada hambanya. Syurga.. neraka.. dosa.. pahala.. Benar sekali kita keterbatasan dalam melihat semua perkara itu menggunakan mata fizikal kita.

Itulah istimewanya kita.

Allah ceritakan masa lalu dan masa hadapan juga perkara gahib yang orang lain tidak diceritakan. Hebatnya umat masa kini Allah bekalkan peristiwa masa lalu untuk kita ambil pengajaran dan belajar daripada peristiwa lalu untuk membentuk kepimpinan di masa kini. Hebatnya umat masa kini Allah telah ceritakan apa yang bakal berlaku di masa hadapan.. malah kehidupan selepas kematian turut Allah rekodkan dalam al-Quran. Untuk apa? Untuk kita berjaga-jaga dan awas-awasi perilaku kita ketika menghirup nikmat di atas muka bumi Allah ini. Untuk kita merancang strategi ke hadapan bagaimana untuk kita hidup pada masa akan datang ini. Untuk kita maju ke hadapan dalam memperbaiki kehidupan kita pada masa kini.


Allah janji keampunan dan ketenangan

kepada orang-orang beriman dan bertaqwa kepada Allah.

Moga Allah limpahkan kurniaan dan rahmat buat kita semua dalam mempinin diri, keluarga, masyarakat dan alami. 

insya-Allah.

Friday, October 06, 2017

Majlis Tunang Kami 2016

Alhamdulillah.
Saya bersyukur kedua-dua pihak keluarga sangat memahami dalam bab majlis tunang pada 25 Disember 2016. Kehadiran pihak sebelah sana hanya 2 keluarga dan pihak sebelah sini 1 keluarga. Jumlah 13 orang sahaja.
.
Majlis yang sangat sederhana dan insyaAllah moganya ada barokah daripada Allah taala.
Kami bertunang 7 bulan sebelum majlis. Kami tidak menguar-uarkan kepada umum.
Masing-masing pakat terkejut apabila saya mengumumkan pada bulan Ramadhan tentang majlis walimatulurus kami. Hihi bukan sengaja tidak menjemput dan menghebahkan tentang majlis tunang, tetapi kami ingin menjaga barokahnya.
.
Macam mana boleh buat majlis tunang sebegitu?


Selalu-selalulah berborak dengan keluarga tentang majlis impian kita. Majlis tunang bagaimana. Majlis nikah bagaimana. Majlis kahwin macam mana. Borak juga macam mana majlis yang barokah.
Walaupun belum jumpa calon yang sesuai lagi. Hihi.
InsyaAllah.
Allahlah tempat kita meminta segala-galanya.

Cacat akan Keyakinan

Dalam mengejar kekayaan dunia, duit berkepuk-kepuk, duit bertimbun-timbun dan wang berjuta-juta, kita sering lupa dalam mengejar kekayaan jiwa, akhlak malah mardhatillah.

Kita ini yang hidup di zaman ini tidak lagi hidup seperti mana para sahabat dahulu hidup. Bagaimana mereka seringkali mendahulukan Allah sebelum mendahulukan dunia. Duit, wang dan harta mereka tetap berkepuk-kepuk dan bertimbun-timbun.

Maka, apa yang kecacatan yang kita alami?

Kita cacat akan keyakinan.

Keyakinan akan rezeki yang telah Allah uruskan. Masakan, kita masih sibuk-sibuk menguruskan urusan Allah sedangkan Allah telah urus segala-galanya sebelum bumi ini lagi dicipta.

Allah telah bentangkan seluas-luas rezeki buat kita. Rezeki makanan, pakaian, tempat tinggal, kenderaan, pasangan, kesihatan, kerehatan, ketenangan, anak-anak dan bermacam-macam rezeki yang Allah kurniakan.

Di mana syukur kita saat ini?

Wednesday, October 19, 2016

Dengan Membaca Marah Mengendur. Ye ke?

Saya pernah rasa marah.

Kebetulan pada waktu itu saya memegang
buku tentang akhlak Rasulullah saw.

Baca helai demi helai. Marah pun mengendur.
Allah. Betapa khilafnya manusia ini di hadapan Tuhan.

+ Maka, perbaikilah sikap dengan memperbanyak
membaca tentang kisah Rasulullah saw.

Secara automatiknya akan muhasabah diri dan akan
menjentik hati kita berazam untuk menjadi lebih baik lagi.

InsyAllah.
Ameen.

Bukan Sekadar Komen, Tapi..

Pemimpin bukan datangnya semulajadi.
Diasah. Diberi tauladan. Dinasihati.
Akhirnya menjadi seperti apa yang diteladaninya.
.
.
Dan ya, untuk menjadikan orang lain pemimpin
bukan hanya sekadar komen ya, tidak. bukan sekadar
komen buruk, tak cantik, tak sedap, tak bagus.
.
.
Saya ulang, bukan sekadar komen.

Jadi, bagaimana yang cantik itu, bagaimana yang sedap itu,
bagaimana yang bagus itu.. silakan memberi tauladan ya
ibu-ibu dan bapak-bapak.
.
.
Saya ulang, sila beri tauladan.


#sekianterimakasih
#kepadayangberhormatbosbesar

Topik Perbualan Kita

Kelmarin saya duduk sebelah meja sekumpulan anak muda.

Mereka datang dari pelbagai negara. Saya kenalpasti mereka
dari Malaysia, Indonesia dan Korea. Topik perbincangan mereka
ialah perbezaan pendidikan di negara lain. Bagaimana mereka
memuji orang yang bijak tetapi tidak melalui sistem peperiksaan
dan saling berkongsi bagaimana mahu menjadi yang terbaik dalam
pendidikan.
.
.
Topik mereka bukan program tv, makanan sedap, baju beli kat mana,
orang sana sini.

Topik perbualan menunjukkan tahap kematangan seseorang.

#inpirasianakmuda

Till Jannah, Nur Hidayah

Satu kelas duduk bersama. Mengantuk bersama. Cubit bersama. Menangis bersama. Marah bersama. Menegur bersama. Belajar bersama. Menghadapi baik buruk saya. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa saya dengan kalian itu bagaimana.
.
.
Mereka ini orang kuat saya semasa saya SPM dahulu. Teruk perangai saya. Merekalah inspirasi saya untuk bersabar dan mengucap kata-kata yang baik. Merekalah inspirasi saya untuk belajar dan terus belajar untuk menjadi baik.
.
.

Kepada Nur Hidayah Mohd Jamil,
Barakallahulakuma wajamaa bainakuma bilkhayr.
Semoga bahteramu SAKINAH, MAWADDAH wa RAHMAH.
Doakan kami pulak. Love you. Mmmmuahh.

Terima kasih menerima kite seadanya. Awak tetap sabar. Sabar. Dan terus sabar.

*Boleh menangis ni menaip panjang-panjang*

Sangat beruntung zaujuki. Terima kasih juga mendengar luahan hati kita dulu-dulu daripada sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara. Terima kasih jadi sahabat dunia akhirat.

Kalau awak masuk syurga dulu, jangan lupa cari kita. Panggil ya nama Alyaa Sakinah Abd Razak. Kalau tak jumpa kita, tolong cari kita ya sampai kita jumpa. Sampai kita berdua jumpa.. di syurga nanti.

#habukmatabanyakpulakmalamni
#berbaktidibumisarawak
#tilljannah
#jauhdimatadekatdihati
#iloveyou

KE MANA UMUR MUDAMU DIHABISKAN?

Semalam saya menemui beberapa adik yang kelihatan 'rock'.
Sangkaanku meleset sungguh jauh sekali tentang pengetahuan
mereka terhadap alQuran.
.
.
Ni dah tahap boleh jadi ustazah mengaji nihhhh!
Makhraj sempurna. Pengetahuan tajweed.. pergh mantopp.
Sungguh mereka ini jiwa pemuda yang mana dalamnya ada
1000 daya tenaga dan masa. Mereka ini mampu menjangkau
pemikiran seluas bumi dan lautan.
 .
.
Sayanglah sekiranya mereka ini disia-siakan ke tempat yang
kurang mengembangkan potensi dan kebaikan yang mereka ada.
Maka, jangan sampai nanti Tuhan dah tanya kita,

KE MANA UMUR MUDAMU DIHABISKAN?
.
.
Waktu itulah baru nak merayu pada Allah supaya kembalikan
kita ke dunia. Terlambat sudah.

T.T

WHY YOU SHOULD DATE A GUY WHO CLIMBS MOUNTAINS

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
TAKEN HERE --> PURE EXPLORE

Nota: Kadang-kadang pengalaman yang kita lalui
boleh membentuk keperibadian kita. Moga apa yang kita
gemar lakukan, bicarakan, fikirkan dan rasakan, Allah juga suka.

Pesan seorang adik kepadaku, kita kena buat sesuatu apa yang Allah suka. 
Bukan ikut hawa nafsu suka. Sayang adik-adik solehah muslehah.

Bahu dan Lantai

Saat rasa sempit, saat itu kita memerlukan 
bahu dan telinga untuk kita bercerita dan meluahkan. 
Tapi kita cari-cari, eh tak jumpa pula orang yang sesuai.

Bila kita tak jumpa bahu itu, kita masih ada
lantai untuk kita bersujud untuk kita sandarkan
semua kesempitan kita.
.
.
#girlstalk #hatiperempuan
#rasarapuhtapikenakuat
#bestronggirl #loveyourself

6 tips bersangka baik dari Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani.



6 tips bersangka baik dari Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani.


#1 Jika engkau bertemu dengan SESEORANG, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
“Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku”.

#2 Jika bertemu ANAK.KECIL, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
“Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku”.

#3 Jika bertemu orang TUA, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
“Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku.”

#4 Jika bertemu dengan seorang yang BERILMU, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
“Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku.”

#5 Jika bertemu dengan seorang yang BODOH, maka katakanlah (dalam hatimu) :
“Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku.”

#6 Jika bertemu dengan orang KAFIR, maka katakanlah (dalam hatimu) :
“Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

Tuesday, May 24, 2016

Tanah Haramain 1

Allah bagi rezeki kepada saya untuk sampai ke Tanah Haramain. Allah mudahkan urusan dan perjalanan sebelum sampai ke tarikh tersebut tidak sampai sebulan. MasyaAllah Allahu akbar. Rasa macam kelam kabut. Tetapi sebab sudah niat 2 tahun lepas, Allah mudahkan juga niat untuk sampai ke Tanah Haramain tahun 2016.

Mula-mula tu rasa berat sahaja nak pergi sebab fikir duit kahwin. Duit kahwin tiada kalau terus buat umrah ni. Tapi saya selalu pujuk hati agar ada rezeki Allah akan bagi sebab kita belanja buat kebaikan. Jadi, alhamdulillah sangat-sangat. Nak pergi umrah hari tu ada beberapa orang mulia sedeqah duit kepada saya dan adik saya. Jadi saya hanya belanjakan duit itu sahaja sepanjang saya di sana.

Hari bertolak 24 Januari 2016 - Happy Birthday ummi ke-58.

Rasa macam-maca dalam hati. Solat hajat banyak kali sebelum bertolak agar urusan saya dan adik saya dipermudahkan. Kami bertolak lebih kurang jam 8 pagi dan menjejak kaki ke KLIA jam 11.30 pagi. Terus menilik telefon bimbit untuk menghubungi ustaz daripada Al-Fajr Travel. Alhamdulillah. Terus bergegas naik ke tingkat 5 dan berkumpul di kawasan huruf K,L. Jumpa ahli jemaah yang akan pergi bersama. Alhamdulillah. Ada yang bawa anak-anak. Ada yang mak sahaja. Ada yang bawa diri sahaja. Ada yang bawa mak ayah dan mak saudara sahaja.

Rasa sebak sangat bila Mama, Hazirah, Wan datang. Hazirah menangis. Saya tak tahu nak cakap apa. Saya cuma berdoa moga aku menjadi lebih baik dari hari ini bila aku pulang nanti. Moga dosa aku diampuni bila aku pulang nanti. Moga aku lebih bertakwa bila aku pulang nanti. Dua tahun sudah aku kumpul duit untuk umrah. Moga duit aku kumpul ini ada keberkatan untuk aku menunaikan umrah.

Selepas check-in, dapat passport bagai, tiba masa umi abah, ain, anis pergi meninggalkan kami. Rasa macam kat asrama kena tinggal. So tiadalah sebak sangat. Haha. Saat melangkah untuk ke tren comel ke bangunan lagi satu, bertemu dengan satu pasangan. Mokcik dan anaknya dari Terengganu. Berkenalan. Pot pet sepanjang tren. Saya duduk belakang Naqib je. Konon-konon malu. Haha.

Saat masuk ke pesawat Flynas, gembira alhamdulillah. Ada seorang orther dan seorang pakcik ni duduk satu baris dengan kami. Naqib dengan bro ni kemain mesra sampai mesra adik abang sampai Madinah dan Makkah juga. Dan saya rasa disisihkan. Sobs sobs.

bersambung..
Moga catatan ini tidak mematikan aku untuk terus merindu dan berharap untuk bertandang ke Tanah Haramain lagi.

Monday, November 16, 2015

Wahai jiwa

Wahai jiwa
Kembalilah kepada Allah dengan tenang

Wahai jiwa
Berkejarlah kepada Allah dengan segera

Moga nanti kautidak menyesal

Redha

Kena redha dengan dunia
Kena ikhlas dengan amal

Mana mungkin kauseru kebaikan
Syurga itu kaupasti dapatkan

Bila tiba hari hisab
Kau akan tatap
Amalmu

Ke nerakakah
Ke syurgakah