Showing posts with label cerita dia. Show all posts
Showing posts with label cerita dia. Show all posts

Monday, September 12, 2011

mataku menatap matamu (aww!)

Juraian air mata menandakan rindu
::bahuku bahumu::
Tiada ungkapan patah bicara
Tidak banyak dibualkan
Namun tatapan matamu cukup bagiku
Kau hadir kau hilang
Kami terasa kehilanganmu
Kehadiranmu umpama air hujan
Membasahi bumi Sunway yang kontang
Sukar melepaskan tatapan matamu
Indah...
Namun hati terusik bila kau memaling
Lalu berlalu pergi
Aku berkata, "Sudahlah...."
Selagi perkataan itu diulang
Tiada tanda untuk berhenti juraian itu
Owh Tuhan!
Tabahkan hati ini!
Tabahkan hatinya!
Luruskan kami di atas jalan dakwahmu...
Izinkan kami bersatu dalam rahmatMU.

nukilan sisispan rindu (c)
12 September 2011

Thursday, February 03, 2011

lagi cerita dia



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

bertemu lagi. saya menulis bila saya ada masa lapang. ada yang komen. cerita ini membuatkan dia teringat pada seseorang. saya cuma jadikan kisah ini sebagai inspirasi. kepada yang membaca. jadikan ini motivasi. kalau bagi anda ini bukan motivasi, sekadar pengajaran yang baik pun OK. =)

****

nak bawa ke mana, mad?

ibu, kita ikhtiar mana yang boleh.

hari pertama dikeluarkan, mereka ke pusat rawatan islam swasta di ibu negara. jauhnya nak merantau ke sana dengan keadaan abah sebegitu. muka abah tenang jer. hati aku yang perit. aku nak abah sembuh cepat-cepat. adik-adik ditinggal dengan mak su. mak su satu-satunya saudara yang dipercayai ibu. saudara yang lain bagai tidak mahi membantu. berani mereka buat 'dono' dengan 'family' aku. aku bagi pelempang satu-satu 'karang'. panas!!

ikhtiar ke sana bagai ribut melanda. tiada apa boleh dibuat. tiada perubahan pada abah.

berpatah balik ke hospital lama. walau tiada kepakaran, mereka kata boleh usahakan. tarikh telah ditetapkan untuk membuat daging dan otot yang telah berjangkit dengan virus sudah pun tiba. aku berdebar menunggu dengan ibu. ibulah yang paling risau. ibu berdoalah ibu. moga-moga rintihanmu itu TUHAN dengar.

berejam menunggu. ahmad dan ibu membaca yaa sin. mereka berharap segalnya berjalan lancar. sesekali ahmad tersengguk membaca ulangan yang entah ke berapa yaa siin itu. dia berharap akan keajaiban. ibu sudah terlena disisinya.

ahmad menjerit sekuat-kuatnya. aaaaaaaaahhhhhhh!!! di dalam hati. tiada siapa yang tahu peritnya hidup tanpa bantuan sesiapa. duit simpanan ibu untuk menunaikan haji sudah habis. duit simpanan ahmad juga. iperut diikat. tiada siapa pun tahu. berpuasa setiap hari. demi ALLAH. hanya ALLAH yang tahu. semua itu untuk biaya abah. abah...

teeeettt. tanda sudah habis pembedahan. ya ALLAH!!!

beberapa manusia keluar daripada bilik pembedahan yang ada dua pintu gedabak! beberapa orang doktorberwajah kelat. penat barangkali. peduli apa aku. ibu terjaga. membuka mata seluas padang bila melihat 1 doktor menghampiri kami.

ahmad, puan. saya perlu bawa kalian ke bilik saya untuk berbincang.

baik,dokter. tak boleh ke bincang kat sini. dah lah jauh bilik dokter yang 'wangi' tuh.

eeeeettt, bub. pintu ditutup.

alhamdulillah. pembedahan berjaya. tapi maaf, kami terbuang daging yang elok.

PALA HOTAK HG!!! ibu menepuk-nepuk ahmad.

Hang ingat ini bapak hang ke hape? ya ALLLAH....aku panas. aku panas. aku panas.

ahmad terduduk. dia istighfar. rasa dia melempang sahaja doktor 'baik hati' itu. ke mana hatimu ini ahmad. akhlak pekertimu kini ke mana ahmad. ibu pasrah. sudah terjadi. ibu redha. ibu redha. ibu redha.

rawatan susulan abah jalani. sesekali kata sakit. dia memegang kakinya. cekeding sahaja. kami bawa ke pusat rawatan islam juga. biarlah kami bersusah sedikit.

kalau di hospital mana-mana. nurse dan doktor sudah cam dengan batik hijau aku. mana taknya, jarang aku tukar.
tak sempat. tidur setakat tidur kat surau jer. ibu lagi kesian. korang ingat aku tak kesian kat ibu ke? dia yang paling banyak berkorban. saudara tak mengaku saudara. aku benci betul. bila susah mula cari alasan tak mahu tolong. bila senang, mula nak negndeng-ngendeng.



baru hari ini aku sedar siapa aku. aku bukan sesiapa. aku hamba kerdil. tiada apa-apa. hidup dipegang oleh ALLAH. sekarang aku sengkek. aku hanya ada berapa kerat jer dalam bank. aku sedih. selepas ini aku perlu balik ke kampus walau sudah lewat beberapa minggu aku berjanji untuk pulang. ibu, sabarlah.


anakmu berjihad kini.


cerita dia lagi.

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

kalau saya baca cerita sebelum ini, nampaknya bosan bukan. saya baca pun macam biasa-biasa. saya cuma bertatih dalam bidang bercerita ini. saya minat . saya pun ada cita-cita mahu menjadi seorang tukang cerita. cerita yang menjadi pengajaran kepada semua orang. bukan hanya sampah. tapi pengalaman untuk dikongsi bersama. ngeh88

****

kisah semalam

dia terus solat tahajud. khusyuk sangat. dia merintih pada Tuhan. dia mahu semuanya baik untuk dia. dia tidak mahu sedih-sedih. dia mahu jadi kuat. supermuslim yang hebat!!!

tut.tut.tut. ini bukan kentut ye. ini bunyi 'handset'. ada panggilan masuk. siapa punye88? tu dia. Blackberry!!!

assalamualaikum. baik. saya segera.
baru nak relek. ada patients collapse pulak. aku kene segera. kalau tak habislah aku nak kena jawab dengan HOD(Head of Department).

Dr F segera bersiap-siap. dia terlihat kelibat Ahmad. mahu sahaja ditegur. tapi tidak mengapalah. aku kena berlari sepantas cheetah. biarlah orang nak kata apa. aku ni kan jaguh pecut dulu.angkat bakul nampak!

ahmad masih berfikir tentang abah. dia meneruskan solat-solat sunat yang lain sehinggalah waktu subuh tiba. SUBUH??? SUBUH??? sekejap lagi pukul 7. yes! mesti dah boleh masuk.

tik tok tik tok. PUKUL 7! dia yang masih berbatik hijau berkopiah putih melangkah ke kaunter. nampaknya dia dibenarkan masuk pukul 8. abah apakah kau sedang merintih sakit? aku yang terasa pedihnya. dia duduk menuggu di hadapan kaunter. eyh, ibu ada. alhamdulillah.

ya ALLAH, ahmad. ada sini nak? bila sampai?

pagi tadi ibu. ibu jangan risau. lepas ni kita kena jumpa doktor. kita bincang dengan doktor ye.

kita memang ada appointment dengan doktor hari ini. pukul 8am.

ahmad urut dada. bukan tanda sakit ke apa. cuma rasa lega. tapi debar-debarlah. doktor? haish. lelaki ke perempuan? eyh asal aku tertanya-tanya. istighfar mad!!!

tangannya memegang erat ibu. ibu pun sama memegang erat tangannya.

bila masa itu tiba...pum pam pum pam dengan doktor yang sweet tu. Dr J. namanya Jaymilah. panggil dr J. dr kata hospital ini tiada kepakaran dalam virus berjangkit ini. hospital selayang ada kepakaran ini. cuma kalau dirujuk sana pun mereka kata yang sama. apa2 pu kaki kena potong. APA???? kena potong.

Oh NO88!!!! tak mungkin. hangpa tak da cara lain ka??!! mahu sahaja dia teriak satu hospital. dia tidak mahu menerima keputusan doktor itu.

ibu, lepas ni kita hantar abah ke hospital lain. kita rujuk dulu Hospital Selayang.

****
continued.