Showing posts with label cerpen. Show all posts
Showing posts with label cerpen. Show all posts

Friday, July 05, 2013

Coklat

Saya tak pernah tahu dia suka coklat.

Sehinggalah satu hari saya menghadiahkan semua orang coklat.

Dialah yang paling teruja.

"Coklat? Mana? Mana?"

Senyuman dia tak dapat disangkal lagi kebahagiaan yang terpancar.

Sekali makan 3 bar coklat.

Bila habis, dia tercari-cari lagi.

Saya menghulurkan yang masih berbaki di tangan saya.

"Nah, untuk awak."

Dia senyum. Matanya kelihatan serba salah.

Perkiraannya mungkin, mahu ambil atau tidak.

"Terima kasih. Kalau kau ungkit benda ni, kau jangan salahkan aku."

Saya terima pernyataan itu tanpa sebarang kata-kata. Malas mungkin. Sikapnya yang suka mengusik itu saya biasakan. Setiap kali program, dialah yang paling semua orang tunggu-tunggukan untuk mengusik semua orang.

"Saya tak banyak bawa coklat. Maaf juga."

Menggaru kepala yang tidak gatal.

Mereka memasang mata dan telinga. Saya memandang semua orang. Kenapa senyap?

Ah, saya malu! Saya menghilangkan diri dalam bilik 'termenung'.

Ntah apa yang mereka bualkan sekarang.

Keluar.

Selamba.

"Jom solat. Jom solat. Lambat nanti jangan salahkan saya."

"Weh, kau ni." Jelingan mata seorang sahabat berhampiran telinga saya. Dia senyum.

Mungkin nanti mereka dengar khabar gembira?

Terkadang datang program, bukan niat nak jadi fasilitator. Terkdang nak jumpa dia je. Hah? Astaghfirullah. Betulkan niat. Betukan niat. Betulkan niat.

Satu hari saya dengar khabar. Dia akan ke Australia. Exchange program under Monash University.

Persoaalan dan kata hati bermain-main. Dia akan tinggalkan saya dalam masa dua bulan lagi. Kenapa?

Kali pertama saya mendengar khabar daripada Dr. Bazilah juga merangkap Pengurus Kem Motivasi Cemerlang, saya tak keruan.

Hati saya debar-debar.

Kenapa sampai begitu sekali kegelisahan kau?

Saya teringat tarbiyah bertahun-tahun. Takkan begitu sahaja kau sudah lupakan? Anak-anak didikmu (mutarabbi)? Mereka memerlukan kata-kata semangat dan kasih sayang daripadamu. Cucu-cucumu (Mutarabbi kepada mutarabbi)? Menghilang mereka, mana kau cari ganti?

Jaga keikhlasan. Jaga amal.

Agar nanti Allah tak meninggalkan aku kerana aku melebihkan yang lain daripada Dia.

Dia yang Satu. Bukan seribu.

"Hana, Allah itu ada pada sangkaan hambaNYA. Baik kita padaNYA, Dia lagi la akan memberi kebaikan yang melimpah ruah kepada kita. Baiknya kita padaNYA, Dia akan memberi ilham yang tepat pada nukilan hati. Baiknya kita padaNYA, Dia akan mengizinkan perkara baik buat kita. Walaupun pada mata kita tidak baik." Kata kilatan murobbi suatu ketika dulu saya putus cinta.

Saya jahil dulu. Merindui pada yang tak pasti.

Ya Rasulullah saw! Setiap saat, usahamu ingin mendidik ummatmu menjadi ummat terbaik.

Malah merindui pada sesiapa yang merinduimu, ya Rasulullah!

Ya Allah, besarnya kasih Muhammad kepada ummatnya. Besarnya kasihMu tehadap kami hamba-hambaMu. Aku bermonolog kembali. Kenapa sering aku melebihkan cinta tak pasti? Ampunilah aku, ya Allah.

Merasa berdosa. Itu melampau, Hana! Jeritan batinku berulang kali menggertak seluruh jiwa dan tubuh.

Beginilah perempuan. Berendam air mata sorang-sorang. Dipendamnya hati tidak beritahu sesiapa.

Ingin memujuk hati pada yang pasti.

"Assalamualaikum, Hana. Saya nak jumpa Hana sebentar. Kita jumpa di bilik saya." Dr. Bazilah ceria bersahaja dalam gagang telefon itu.

"Hana, bagaimana?"

"Apa ni Doc.? Kenapa sekarang?" Getar suara mungkin haru.

"Rezeki masing-masing akan datang pada masa yang tepat dan tempat yang tepat juga. Mahu terima?"

Keluar dari bilik Dr. Bazilah. Meluru ke bilik air.

Yahoo! Saya terkinja-kinja.

Bukan nak sujud syukur. Haish.

Saya akan ke Australia.

Saya bukan anak orang senang dan bukan senang nak dapat ke Australia. Dengan jaminan Dr. Bazilah, pasti mak suka saya ke sana.

"Mak, chek akan ke Australia!"

"Wah, bagus chek na. Belajar sana jangan main-main. Ada peluang jenguk negara orang, ceduk ilmu dan pengalaman seluasnya. Tak lama lagi chek grad dah. Chek kena matang. Rasional dalam membuat keputusan. Nak kahwin, nak kerja nanti senang."

"Yelah, mak. Ni chek nak tanya. Tak pernah-pernah mak sebut pasai kahwin? Awat mak?" Mengusik mak. Aku ketawa kecil.

"Tak da lah. Ada kawan chek ni, telefon mak semalam. Tanya pasai chek. Chek sekrang ni ada sesiapa ka?"

Diakah? Atau orang lain? Saya sudah bergenang air mata. Berani-berani call mak saya. Tapi siapa? Orang mana? Orang perempuan memang begini. Semua persoalan ada dalam hati. Bukan nak bertanya. Malu kunun-kunun.

"Kalau ikutkan, chek tak dak sesiapa."

"Hana. Dalam membuat keputusan sebegini. Kita kena tawakal kepada Allah tahap tertinggi na. Bukan sehari dua kita hidup dengan dia. Bukan sebarangan orang kita nak hidup bersama. Hati kita. Hati keluarga. Tanggungjawab juga kena jaga. Solat. Puasa kita. Pergaulan kita. Dengan pensyarah. Dengan kawan-kawan chek. Ingat, rahmat Allah luas. Tak dak siapa boleh tembus langit rahmat Allah, melainkan izin Allah. Mak tak paksa chek buat keputusan ini secepatnya. Terpulanglah chek macam mana."

"Mak, berani dia call mak."

"Nak jadi laki orang. Macam tu lah." Kami gelak bersama. Menghilang gusar yang sedikit.

Seharian saya berdoa bersungguh. Menyambung kembali istikharah yang saya buat selama ini. Penantian ini akan berakhir?

Kali pertama mendengar nama, tenang sudah berbisik pada hati. Bukan sekali dua. Banyak kali.

Ketika saya  personal computer  di ruangan perpustakaan ala-ala santai di tepi pantai, seorang lelaki berlalu  di sebelah saya.

Beberapa gula-gula coklat terjatuh di atas lantai. Beg dia terkoyak di bahagian bawah. Kecil tapi cukup menjatuhkan semua gula-gula yang dia ada.

"Excuse me. Your chocolates." Saya mengutip semua yang ada.

Dia memaling. "Terima kasih.".

La. Melayu rupanya.

"Nu'man." Dia menundukkan kepala.

"Hana." Senyum.

Itu kenangan sudah. Dua tahun lalu.

Kini dia depan mata. Bising ramai orang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Bukan berseorangan ke Australia. Tetapi dia, Nu'man b Ahmad bersama.

Bertekad kembali membawa segulung ijazah.

Ada rezeki sambung hingga tertinggi.

Kata dia, "Kalau nak menggapai awan, kita kena usaha seperti nak daki langit ketujuh."

"Langit ketujuh?"

"Setahun sudah aku usha kau. Susah. Mak kau. Dr. Bazilah. Abang kau, Hanan. Tapi baru hari itu aku menguatkan kata hati dan membulatkan tekad."

"Selepas peristiwa saya tawarkan awak coklat tu ke?"



Senyum.







Wednesday, January 19, 2011

konflik EGO

alhamdulillah.
sudah lama tidak menghupdate. setakat ni sudah 66 hari secara tidak sedar kami, kita dan awak sudah menghabiskan cuti. awak di sana tengah buat apa lah ye? sebelum examination bermula dulu pun ada planning nak buat apa cuti2 kali ini. ada planning menjadi. ada planning tertangguh. saya nak planning tertangguh itu berjalan.

planning menjadi :
1) bekerja (menjadi wanita korporat yang berjaya dan masih dalam proses ye*)
2) belajar memasak (walaupun bukan belajar resipi itu sendiri, at least saya pandai nak golekkan ayam guna sudip besi. saya belajar cara nak potong tomato dengan betul. saya belajar nak kupas kentang dengan efektif dan cepat. saya belajar juga tips2 memasak untuk orang lain. tapi potong sayur masih fail. potong ayam plus bersihkan ayam masih fail. *macam sampah jer saya cerita semua ini*)
saya cuma beritahu agar kamu semua di luar sana baik nisaak wa rijal, belajarlah memasak. senang hidup nnt. tambah ilmu.

*ALLAH kata, ALLAH akan tinggikan darjat orang yang mencari ilmu. ibarat jihad di jalan ALLAH*

JOM MEMASAK

sudah masuk bab memasak pula. *_*
jom kita bercerita sambil mengambil ibrah.

tang tung tang tung...terdengar bunyi godek2 sudip di dapur. alamak, dia tengah memasak ini. malas la pula aku nak ke dapur. paksakan diri juga. HIYAAK!! habis aku tendang semua setan2 yang mengelilingi aku.

"khadijah, buat apa tu?"
"hah, hana. tolong yang kupas kentang dan kopek ikan bilis"
"OKE!!!"
tik tok tik tok...
7 minit kemudian

"hana, baru dapat ini jeRRRRRRRRRRRRRRR!"
"lek la. baru nak belajau masak nih"
"hana, kena belajar kupas kopek dengan cepat. kang x pasal2 x sedap nnt. orang perempuan, time2 gini sudah pandai masak. lagi orang johor. kalau orang kata orang johor, kita mesti tahu memasak."

aku tertunduk diam. aku mengenangkan aku masih lampi dalam memasak. *ikut kamus hidup aku, lampi itu bermaksud, lambat pickup* x semena-mena air mata berjujuran keluar tapi invisible. menangis dalam hati jer.

PEH,,,sensitif la ko hana. dia baru jer kutuk ko sikit.
ko ingat aku ni sensitif sangat la. mana ada aku sensitif.
cerminlah diri ko tuh. ta na mengaku konon. hampeh la lu. cuba ko ingat balik. ko dah la malas tolong mak kat dapur. tambah2 bila mak tegur sikit ko lari masuk dalam bilik. tu namanya ego tinggi. ko paham tak?
err. betulke aku ni berkaki ego yang sangat tinggi tahap apa aku x tahu la en.

hana berperang dengan perasaannya. dia sekilas memandang khadijah. rasanya mahu sahaja dia tampar diri dia yang sungguh rendah berbanding dengan KD (khadijah).

KD, aku tahu kau memang sangat rajin. aku sungguh kagum dengan kau. bantulah aku KD. aku masih memerlukan sokongan kawan dalam mengkritik perangai aku ntah hape2 ni. selalu sahaja aku meminta pendapat kau.
"salah ke aku buat tadi?"
"betulkan aku"
"aku yang silap. apa patut aku buat selepas ini?"
"ajarkan aku"

SENIN bengi 2011
aku nak didik nafsu aku yang ego tinggi kepada tahap rendah.
aku cuba untuk menyayangi orang di sekeliling aku. hana, kau perlu ikhlas dalam setiap amal perbuatan kau. hana, KD sangat ikhlas dalam segala perbuatannya. tengoklah dirinya. dampingi dia. kau akan memahami dia. ye, benar. aku sungguh terkesan orang2 yang ikhlas di sekeliling aku. mereka sangat pemurah. pemurah dengan senyuman. pemurah dengan ilmu. pemurah dengan nasihat. pemurah dengan teguran. ya, pemurah dengan teguran. kadang2 aku sendiri menangis selepas ditegur kau yang aku sendiri anggap kau marah pada aku, padahal aku silap sebenarnya.

kalau kau nak tahu KD, aku sangat sayang ngan kau. saat kita mangan2, ngombe2 bersama, semua itu menjadi kenangan. setiap kali aku berjauhan dengan kau, aku rindu. kau ikhlas. kau kawan dengan semua orang. aku nak jadi kau. tapi aku tak mampu. kerana aku tahu, aku bukan kau. tapi aku cuba tiru gaya kau.

kau nak tahu, satu malam yang aku merajuk itu. aku tutup pintu bilik. aku biarkan kau seorang di luar bilik. aku menangis. aku sedih bila kau kata, "nasib baik aku bukan satu bilik dgn ko". hina ke aku kalau aku satu bilik dgn kau? aku pun fikir balik kata2 kau. lama aku fikir. berhari2 lamanya. akhirnya aku dapat satu solusi. solusi itu datangnya drp alQuran. ALLAH kata ALLAH mencipta pelbagai bangsa dan puak agar kau mengenali antara satu sama lain. sekarang baru aku faham, kenapa ALLAH cipta kau dan aku. ALLAH nak kita saling melengkapi. aku belajar hidup kau. kau belajar hidup aku. kita akan lebih mengenali mungkin dalam hati kau kau x berapa suka aku.

penat lah kalau fikir benda ni dalam2.
KAU dan AKU dalam cinta!
aku ingin cinta kau dengan cinta ukhuwah.
kau bimbing aku. aku bimbing kau.
kita sama2 membimbing.

________________________________________*****_______________________________________

"assalam..." hana mengetuk pintu rumah.
KD cepat2 menutup pintu buku diari hana.
"eyh,hana dah balik. penatnya dia"
"x delah. biasalah kita kan wanita bekerjaya."
"eyh diari bersepah pulak" selamba jer hana berbicara.
"err,hana, tadi terbaca"
"it's ok my dear. x kesah pun. x byk kisah peribadi dicoret."

hana berlalu masuk dalam bilik. dia menghempas badannya ke atas katil yang empuk. diarinya itu dipeluk erat. dia lega kerana luahan hati dia sudah dibaca oleh KD. dia tersenyum. kali ini dia mahu jadi orang yang pemurah. hana tersenyum gembira. kali ini dia mahu jadi orang yang senyum sentiasa.

KD, terduduk di atas sofa. dia berfikir lama. dia termenung. ah...aku adalah aku. kau adalah kau. KD senyum.

hah, best cerita di atas.
saya bukan apa. cuma cerita di atas banyak berlaku ketika diri ada konflik. biasalah, bila hormon nak kahwin meningkat, macam2 perangai nak diubah. lagi usia nak mencecah 20. ok,kawan2. hee. coretan hidup untuk menjadi pengajaran.

coretan akhir.
apa2 mintalah dari ALLAH. kerana DIA yang memegang hidup kita!

Monday, September 27, 2010

TAUTAN HATI


puas kurayu, puas kuseru,
jawapanmu tetap yang dulu,
oh,sukarnya mengajakmu

namun, kasihku padamu cukup padu,
lantaran itu, aku akan terus menyerumu,
pada yang Satu

kugenggam kukuh suatu azimat,
'kita hanya penyeru, bukan penghukum'
Ya ALLAH, kuharap bantuanMU
mengiringiku.

seru dan terus menyeru,
itu tugas rasulMu
akan kuteruskan semampuku,
hingga ke hujung waktu.

-monolog Asiah Yusra-


dia menjeling ke arah jam. sudah beberapa jam jari-jemarinya asyik membelek helaian demi helaian. khusyuk dalam cinta barangkali. sesekali dia mengulangkaji pelajaran memandangkan peperiksaan akhir akan menjelang. namun, dia meneruskan pembacaan. sepanjang pembacaan dia berfikir dan terfikir. sesekali memuhasabah diri yang terpalit penuh noda.
' aku cemburu dengan baitul muslim yang didirikan dr mustakim dan srikandi hidupnya, dr asrar. aku cemburu melihat keluarganya begitu sempurna. sempurna dengan ajaran islam yang sarat dengan peradaban yang dianjurkan Rasulullah s.a.w,' monolog hatinya.

dia teringin hidup dalam kekayaan. kekayaan yang didambakan oleh para hambaNYA yang bertekad menghidupkan baitul muslim. kekayaan yang bisa menjanjikan Jannatullah. kekayaan budi, kekayaan kasih sayang, kekayaan maghfiratullah... kerdilnya hambaMU yang hina ini.

dia membaca dengan penuh penghayatan puisi di atas. penuh rasa cinta. bahagia. bahagia dalam mengejar cintaMU. mengejar tanpa lelah dan tanpa balasan duniawi. dia kagum dengan keperibadian Asiah Yusra. dia bertekad mahu menghidupkan roh perjuangan seperti Asiah Yusra juga. dia merenung diri.

'aku tidak layak untuk menjadi da'e. apakah ini jalan yang terbaik untukku? mampukah aku memikul tugas sebesar ini dalam menegakkan Kalamullah di atas muka bumi ini? layakkah aku? aku kurang thiqoh dalam amalanku. aku kurang istiqamah dalam amalanku. aku kurang berakhlak apabila berhadapan dengan mereka. aku kurang membantu ummat ketika roh mereka gersang dengan kebenaran dan siraman iman. aku kurang pandai jika nak dibandingkan dengan mereka...'bisikan demi bisikan mengusik kalbunya.
'sampai bilakah kamu ingin menjadi begini?'
'sampai ketenangan bertapak di hati'
'bukankah ujian ALLAH itu sentiasa datang dekat'
'hmm'

puteriku, tetaplah atas jalan dakwahmu,
akan ada dalam kalangan umatku
segolongan umat yang muncul berpegang pada kebenaran.
mereka tidak disusahkan oleh seiapa
yang mengacuhkan mereka
sampai datang perintah ALLAH,
mereka tetap seperti itu.

indah kalam Rasul Junjungan,
mengajar erti perjuangan,
perlukan keteguhan azam,
istiqamah, tetap pendirian,
jangan mudah terhalang,
janji ALLAH pasti datang.

dia berhenti seketika. menghayati maksud tersirat dan tersurat istiqamah.
"semoga kita istiqamah dalam beramal" begitulah dia teringat satu pesanan ukht yang sangat istimewa dalam hidupnya.

Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya,
Rasul bermadah lagi,
satu janji, satu aspirasi,
Islam takkan dapat ditandingi,
cuma yang belum pasti,
adakah kita tinggi peribadi?
untuk memikul amanah suci,
bagi merebut pandangan Ilahi,
sebagai jillul Quran tersendiri.

Allahlah yang maha kaya, sedangkan kamu orang yang berkehendak (pada-Nya), dan jika kamu berpaling necaya Dia akan menggantikan(kamu) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan seperti kamu ini.

Ayat Allah cukup menggetarkan
Dia tidak teragak-agak membuat tapisan,
buat hambaNYA yang bermalas-malasan,
senantiasa mencipta alasan,
liat dengan dakwah dan peningkatan,
mahu diketuk berterusan,
tidak menjadi penggeraknya iman,
cinta ALLAH dibuat khayalan,
bimbang kelak diri akan terbuang,
daripada jalan dakwah, penuh ujian,
dibiarkan ALLAH dengan keasyikan,
tertipu dengan jalan kehancuran.

dia merenung lagi bait2 cinta ini. subur dengan curahan iman. basah dengan siraman zikrullah. dia meneruskan pembacaan lagi yang dinukilkan seorang ibu kepada serikandi dakwahnya.

ketahuilah wahai puteriku,
Allah memelihara jalanNYA,
agar disusuri hati yang bersih,
sarat ketaqwaan,
merindui wajahNYA,
jua keredhaan,
itulah jiwa insan penjuang,
bimbangilah sayangku,
daripada memiliki,
jiwa munafik,
bertopengkan ketaatan.

hatinya tertambat dengan bait cinta yang diungkapkan oleh Dr Asrar untuk puterinya Asiah Yusra. Ya Allah bimbinglah aku ke jalanMU! dia merintih dalam hatinya. dia bergerak ke dapur menyiapkan hidangan tengah hari untuk adik2nya yang akan pulang dari sekolah tidak lama lagi. dia meletakkan satu jam untuk menyiapkan keperluan jasadiyah seseorang manusia. kata sahabatnya, 'ikhlas penting dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan agar beroleh pandangan dariNYA'. dia tersenyum meleret mengenangka ukhuah yang terjalin dengan para sahbatnya. kurang dengan kata2 yang mengungatkan ALLAH. kurang dengan qudwah hasanah seperti yang dianjurkan alQuran dan Rasulullah. dia akan cuba memperbaiki ukhuwah itu. insALLAH!!!

p/s HIDUP KERANA KASIH-NYA
BERNAFAS KERANA CINTA-NYA
senyum sokmo!!!

Thursday, June 03, 2010

Fikiran Mujahidah 2


Kisah Anggun Mulia tidak berakhir di situ sahaja. Mengapa? Cerita kehidupannya masih panjang. Masih memerlukan daya kekuatan yang luar biasa untuk menempuhinya. Anggun Mulia akhirnya terlelap bersama sendu tawa bersama abinya.

"Abi,aku merinduimu juga"

Lalalalalalala, ringtone mobile phone berbunyi dengan alunan Maher Zain, He'll always Be There. Dia ala2 mamai seketika. Owh,umi.

"Asslamkum,umi. Haah, umi, mulia ada sempadan Johor ni. Dalam 1-2 Jam sampai la ni. Sabar,ya umi."

Dia merasakan umi sudah tertunggu-tunggu kedatangannya. Umi, bersabarlah mengahadapi ujian ini walaupun ketiadaan abi. Abi pasti menunggu kita di syurga. Ya, Syurga Allah. Dia yakin benar akan janji ALLAH terhadap hamba2Nya yang berjihad di jalanNya. Abi sudah lama meniggalkan keluarga Anggun Mulia. Hampir 5 tahun lamanya. Abi sudah lama menyeludup ke Ghaza, Palestin. Sebagai seorang doktor yang berkobarkan semangat jihad, semangat junduALLAH, abi bersama sekumpulan sukarelawan Malaysia bersepakat untuk ke Palestin. Abi tidak tahan dengan serangan2 yang bertubi2 ke atas saudara2nya di sana. Atas nama ALLAH, dia berjuang mempertahankan hak2 Islam.

"Ayang, abi akan bertolak ke sana dalam seminggu lagi. Ayang, ingat pesanan abi selama ini. Perbincangan yang membawa keputusan ini. Perbincangan yang diharapkan membawa kemaslahatan keluarga kita. Ayang setuju dan rela dengan perjuangan abi ke sana. Ayang doakan abi sepanjang abi ke sana,"kata Hassan kepada qurratulain, Amnah.

"Umi, faham perjuangan abi. InsALLAH doakan umi juga di sini. Umi akan bertanggungjawab sepenuhnya andai abi..." lantas Hassan memeluk qurratulainnya, zaujah fiddunya wal akhirah. Amnah tenggelam dalam sedu malamnya. Amnah bersyukur dapat berbakti pada zauj yang mempunyai semangat jihad yang tinggi.

Dalam satu bilik yang lain pula, Anggun Mulia tenang apabila abi memberitahu bahawa dia akan bejihad di Palestin. Abangnya, Aminnaim sudah pun menemui janji ALLAH. Setahun sudah akhi meninggalkan mereka. Dia memandang ke langit ilahi. Malam penuh barakah. Dia tidak terkejut andai abi mahu mengikuti jejak akhi. Sudah 3 tahun akhi tidak pulang ke Malaysia kerana menuntut ilmu di Jordan dalam ilmu perubatan. Akhirnya hasrat untuk membantu saudaranya di Palestin kini mengorbankan nyawanya dek kerana kerakusan Yahudi Laknatullah...

"Akhi, aku merindui para syuhada'. Aku merindui kata2mu dahulu. Aku merindui orang2 yang soleh. Aku merindui suara alunan kalamullah seorang mujahid."

Anggun Mulia lena dibuai indah bersama akhi yang membawanya ke sebuah taman yang saat indah. Indahnya mimpi malam itu.

Kepalanya tersengguk, owh aku bermimpi rupanya. Aku tersenyum bermimpikan kenangan lalu. Saat2 indah bersama akhi dan abi. Alhamdulillah sampai JB. Yeah, JB ku, aku juga merinduimu. whoaaa!! Umi, mana dikau, ratu hatiku, pujaan hatiku, permaisuriku, buah hatiku...panjangnya penat menaip. hu88

"UMI, Mulia dah sampai!!" Jerit dalam hatinya. Riangnya tidak terkata apabila memeluk tubuh seerat simpulan kasihMU, uminya.

Umi pula tidak jemu2 berjuang sebagai salah seorang aktivis Aman Pelstin di sekitar Johor. Umi bagaikan Siti Nurhaliza, dijemput ke sana ke sini menyampaikan ceramah. Wah, umi sepertyi artis sudah. Namun umi tetap besederhana. Jilbab labuhnya itu membuatkan dia juga mahu sepertinya. Umi tidak pernah mengeluh. Anggun Mulia menatap mata umi. Sungguh seorang mujahidah yang tenang. Walaupun kelihatan tua daripada usianya, umi tetap cergas. Keramahan umi tidak pernah lekang sehingga tiba di rumah. Pelbagai hadis dan kalamullah yang disampaikan kepada Anggun Mulia. Isu2 negara seperti pembangunan rakyat, kerajaan, pekerja swasta, semua ditimbulakan. Ingin membuka mata seorang mujahidah kecil agaknya. Anggun Mulia turut serta dalam perbincangan itu. Otaknya ligat berfikir dan terus berhujah bersama umi. Petang itu dia bahagia. Sebahagia puteri kahwin dengan anak raja. Eh, merepeklah kau. Maksudnya yang sebenar, sebahagia ALLAH kurniakan perasaan bahagia kepada orang2 yang beriman dan bertaqwa.

"Ya Allah, jika kami tidak terpilih untuk berjuang di medan perang dan gadaian jiwa, berilah kami peluang untuk bersusah-payah di medan ilmu agar menjadi saham penting di hari perhitungan. Usah dibiarkan kami terus lalai dalam dakapan palsu duniawi"(fedtri yahya,2010)


[Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepada kamu sehinggalh kamu mengikuti agama mereka.
al-Baqarah 110]

“Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.”
[Al-Israa' 17: 7]

“Dan telah Kami nyatakan kepada Bani Israil di dalam Kitab itu: “Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau”
[al-Israa' 17: 4]

Janji ALLAH...
“Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat keras serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (untuk menyerang dan mengusir kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang benar-benar berlaku”
[al-Israa' 17: 5]

*abes sudah
*jadikan iktibar
*be the best of ummah!!!

~ASAR~

Wednesday, June 02, 2010

Fikiran Mujahidah

Anggun Mulia, indah pada nama. kalau dalam bahasa arabnya, Jamilatul Izzah.Oleh kerana, ibunya suka menonton kisah2 pejuang melayu, dia meletakkan satu2nya anak perempuan dengan nama itu.Secantik rupa, setegas tutur kata. Kehidupannya seperti orang biasa namun sebaik sahabat yang pernah dijumpai di kampusnya. Seperti insan lain, dia menamatkan kertas imtihannya pada hari itu dengan ucapan alhamdulillah. Dia teruskan melangkah untuk bersedia dengan perjuangan seterusnya. Pulang ke rumah!! Perjuangan yang harus dia mengotakan janji pada uminya.Hampir2 sahaja dia mengeluh kerana dia tidak berkesempatan untuk mengemaskan barangnya sebelum imtihannya tamat. Petang itu dia menyegerakan pergerakannya setelah tiba di bilik.

Banyaknya barang aku. Kalau ada adik aku nih...ha, senang hidup. Sian kat adik selalu kena buli dengan aku. Umi kata, kalau ada aku di rumah, suara dek su(adik bongsu) mesti jerit sana jerit sini. Kalau tiada aku di rumah, sunyi sahaja. Adik2... bersyukurlah dapat kakak kau macam ni. Fuhh...

Dia meninggalkan kampusnya dengan,"bismillahitawakkaltu ala ALLAH". Setiap kali kakinya melangkah, pasti otaknya ligat berfikir. Anak yang cergas barangkali. Ketika dalam perjalanan menuju ke pondok bas, dia terpandang pada beberapa lelaki berkulit gelap, ala2 african. Mungkin mereka Islam, menuju ke masjid agaknya. Dia bersangka baik dengan apa yang dia temui. PUP!!! Alamak, terlupa cucuk duit.

Haih! Singgit sahaja aku ada. Macam mana nak beli tiket???
Anggun Mulia, bersabar ya. ALLAH suruh kau berusaha. Nak bagi pahala lebih. Kau nak tak???
Uhh...mestilah nak. Hu99

Dia bermonolog di dalam hati. Angin panas menderu dirinya. Anggun Mulia membetulkan baju labuhnya yang ditiup angin. Dia tidak berasa selesa bila angin terlalu kuat menerpa dirinya. Namun, dia percaya ada hikmahnya. Sedangkan pada zaman Rasulullah juga dahulu hidup dengan suasana yang lebih dahsyat, lebih panas daripada yang dirasai di sini. Anggun beristighfar. Segala puji bagi ALLAH, ALLAH permudahkan perjalanannya. Berdekatan dengan pondok bas itu, ada bank. Yes!!! Ooopps...alhamdulillah.

Perjalanannya pada petang itu masih panjang. Menggunakan qudrat yang masih ada, tenaga jiwa pemuda, eh, pemudi dia mengangkat barang2nya ke hulu ke hilir. Rasa macam nak patah bahu. Biasalah, bila masa untuk balik ke kampung halaman, baginya inilah salah satu ujian sabar buat dirinya. Apakan daya, kekuatan itu milik ALLAH, dia hanya mampu berdoa untuk diberi kekuatan itu tanpa mengeluh sehingga tiba di baitun nanti.

Sampai di bukit jalil,,,Panas terik. Nak turun dari bas, waduhh kok ramei yang serbu.
"balik mana, dek?"
"balik mana, bang?"
"balik mana, kak?"
Aku terasa macam artis pula. Merasa la juga better than never.
"Balik JB!!"
"meh adek"

Aku nak cari surau, dia pergi tariknya aku. Tak delah tarik tangan, tarik guna mulut. Dah dia ajak tak kan aku buat bodoh. Berperi la sikit. Eh, x abes ayat,,,berperikemanusiaan. hormat orang lain,anggun mulia.

SURAU...solat qasar+jama'. Alhamdulillah lega di hatinya dapat selesaikan solatnya. Daripada tadi suara kat sebelah surau memanggil2.."kuih2!!!".
Dia bersyukur kerana suara itu tidak menganggu solatnya tadi. Makcik2 kat dalam surau ni menyampuk2...

"bising, kuih2!!"

"alahai,makcik. dia pun mencari makan. makcik pun jgnlah mengata2 dalam surau"

Hampir sahaja dia menegur makcik2 dengan ayat2 atas ini. Tapi dia masih belum punya kekuatan itu. Dia masih mencari2 kekurangan dirinya.

Rezeki datang bergolek di tengah terik. Anggun mulia ketika kakinya melangkah keluar, dia terpandang ada makanan yang byk. Dia baru sahaja teringatkan dia tidak menjamah pun untuk 'lunch'. PAP!! Dia terpandang burger. Wah!! Banyaknya. Memang kegemarannya, pantang kalau ternampak burger. Pada mulanya makcik itu berkata,
"rm2.50 dek."
Anggun pun menghulurkan rm3. Dek kerana muka ala2 suci,
"x pe dek. rm2 pun cukup. adek budak sekolah lagi."

Dia hanya mampu mengucap alhamdulillah. Riak wajahnya kelihatan tenang ketika melangkah pergi dari gerai itu. Di dalam hatinya melonjak gembira. Tetapi dia tidak lupa mengucap akad jual beli. "saya beli""saya jual". Sudah cukup syaratnya!!!

Jam menunjukkan jam 3.30petang. Seorang wanita datang menuju Anggun Mulia.Rambutnya gerbang ditiup angin.

"Ish, kata pukul 3.30. Datang awal la. Janji kena tepati!!!" sambil memandang Anggun Mulia sedang senyum padanya.

Terdiam kakak itu dek kerana senyuman yang dilemparkan Anggun Mulia.

"Yang ko nak marah2 apa hal."

Mahu sahaja dia cakap sebegitu pada kakak itu. Tapi dia tahu mesti ada hikmahnya. Kalau marah2 pun tiada gunanya. Nama pun manusia. Dikurniakan pelbagai perasaan. Itulah uniknya manusia. Hanya yang bijak sahaja dapat mengatasi emosi itu. Bila janji Tuhan itu diyakini, dia tidak ragui lagi. Akhirnya dia pulang ke rumah dengan mudahnya...

Anggun Mulia menatap mushaf AlQuran yang berada dalam gengamannya. Dia membaca. Dia mentadabbur. Hati semakin kuat rindunya pada umi dan adik2. Hatinya dirudung mendung. Mendung yang tidak mungkin hilang hanya selepas mengingati ALLAH. ALLAH, penenang jiwa. Air matanya menitis, suaranya terketar2 ketika membaca al-Quran. Dia teringatkan saudara2nya yang kini sedang berjuang untuk Palestin. Seramai 16 syahid dalam konvoi kemanusiaan itu. Dia tertunduk apabila berita itu sampai padanya.

"ayuh teman, kita berada dalam barisan tarbiyyah..moga nanti, akan lahir generasi seterusnya seperti barisan pertama didikan Rasulullah..kecil jumlahnya, tapi berkualiti sepenuhnya"(syafiyyah,2010)


"kerana mereka berjuang untuk saudara kita"(fahmi,2010)


"Hari ini ada sahaja yang berjuang di meja-meja peperiksaan, ada yang di demonstrasi jalanan, ada yang masih di melawan di perairan, apa pun.. perjuangan kita adalah kerana Rabbul 'Alamin dan niat setiap dari kita yang akan menjadi penilaian dalam amalan. Allahuma unsurna fil imtihan, wa unsur ikhwanuna fil ghazzah wa unsur 'alaihim" (ammar,2010)


"antara kemahuan aktivis Malaysia: Kami ke sana untuk berjihad, kami rela ditawan Israel untuk berapa lama pun, asalkan tujuan asal untuk hantar bantuan ke Gaza dapat direalisasikan. Bukannya dihantar pulang. Pulang bererti 'kalah'.."(fedtri,2010)

"khaibar2 ya yahud.. jaisyu muhammad saufa ya'ud!!!"(fahmi,2010)

"BISMILLAHIRAHMANIRAHIM Ya Allah sebagaimana Kau pernah menghantar burung² ababil untuk menghancurkan tentera bergajah Musrikin. Maka kami memohon padamu ya Allah, turunkanlah bantuan-Mu kali ini kepada org² Islam di Palestin,hancurkanlah rejim zionis sedahsyat-dahsyatnya.."(afifah,2010)


"LaknatuLLah
yahudi israel!...mAy ALLAH wIlL bE Save
PALESTiNE...lET we aLWAYS
pRAy fOR
pALESTINe..AAMIiN" (syamsunur,2010)

Kami semua bermohon kepadaMU ya ALLAH. Semoga engkau permudahkan perjuangan mereka.
Anggun Mulia menitiskan air matanya. Tidak tertahan. Kami semua bersuara. Agar doa dimakbulkan, agar satu dunia membuka mata dan melihat Palestin.

*Cerpen pendek karya x seberapa kerana spontan menulis
*semoga menjadi iktibar. Tidak sedikit,banyak.
*rekaan semata2

ASAR,2010

Saturday, June 27, 2009

dialog....best giler..yok join!!!

SALAM ALAIK TO ALL READERS, FRIENDS, SISTERS N BROTHERS N.....
ADA SESUATU MENARIK YANG INGIN ALYAA KONGSI DI SINI...

A: kak nk cite kt akak somethin' leh
B: blh3
A: bru A thu bile da dok luar ni
A: mcm2 leh jdi
A: agk sukr dok kt luar
A: kdg2 kite memerlukn sokongan tuk jdi kuat
A: bukn kdg2, mmg kene pon an?
A: mne2 A pi ade je x kene ngn mte A
A: x yah g jauh2
A: dlm kolej A sndiri pon
A: cam peluk2 tu jdi kebiasaan
A: A y nmpk ni x tw nak wt cm ne
A: dorg da senior
A: bg akak kan
A: cmnne?
B: pergaulan bebas eh..
B: tu baru dlm kolej..yg peluk2..
B: cmne nk hadapi..
B: first,mmg kita xleh nk b'hdpn ngan bnd tu srg2
B: nnt kita hanya akan makin lemah sbb salahkan diri kita xmampu wt ap2
B: sbb tu banyak persatuan Islam yg ada kt mana2 kampus akan cuba sedaya upaya utk concore mpp
B: supaya dapat kawal suasana kampus
B: awk kena terlibat sama dgn drg
B: at least ada sumbangan walaupun sikit
B: x semestinya kita yg kena jadi ketua
B: sekadar tolong pemimpin pelajar tu pun dah memadai
B: Allah saw takkan tengok pada hasil, tapi pada usaha
B: dan bukan juga pada bilangan usaha tetapi pada keikhlasan kita
B: tu je la yg akak dpt bg pun
B: sbb setakat tu je pangalaman akak
B: tp bg kes2 yg awk kenal org yg terlibat
B: gunakan personal approach
B: bukan terus tegur
B: tapi bina hubungan sampai drg rasa kagum dengan ajaran Islam
B: dan org yg m'amalkannya
A: tul la pe y akak bitw sume tu
A: pbm sendiri pon try nak conquer orientasi
A: kitorg wt step by step
B: bgs la cm2
B: tapi bile awk da msk S college, awk kena tumpukan p'islahan kt situ plak..

AGAK MENARIK DILOG YANG DIBENTANGKAN DI ATAS,,,
HOPEFULLY KORANG DAPAT SESUATU DARIPADA DIALOG DI ATAS,,,
SEBAGAI MANUSIA KITA BANYAK KEKURANGAN,,,
BAK KATA SALAH SEORANG SAHABAT SAYA DI KOLEJ,
NAKKAN DUNIA, KITA MEMERLUKAN ILMU,
NAKKAN AKHIRAT, KITA MEMERLUKAN ILMU,
KALAU KITA NAKKAN PADA KEDUA-DUANYA,
KITA MEMERLUKAN ILMU...
JADI USAHALAH...JADILAH YANG TERBAIK...!!!

Friday, June 05, 2009

Boleh saya tengok my baby?

Renungkanlah...

"Nurse,boleh saya tengok bayi saya?"

ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dengan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyuman meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu,diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuannya.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal,sesuatu yang cukup menggembirakan si ibu.

Masa terus berlalu...Pulang dari sekolah suatu tengahari,anak yang tiada cuping telinga itu kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan.

"Mereka kata saya cacat," katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan muncul sebagai pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga,si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk.

Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. Ayah kanak-kanak itu tidak mahu anaknya terus merasa rendah diri dengan keadaan diri yang cacat.

"Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma," kata pakar bedah.

Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban. Setahun berlalu...

"Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan," kata si ayah.

Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang. Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajarannya. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

"Sebelum berangkat ke luar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali.

"Tak mungkin," balas si ayah.

"Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan.Tunggulah,masanya akan tiba."

"Bila?" tanya si anak.

"Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk.

Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya. Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya,perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku. Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

"Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke telinga anaknya.

"Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat,dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya...tanyalah pada sesiapa pun kenalannya."

P/s:Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati.
Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui.
Selagi ibu kita ada di dunia ini, ciumlah dia, ciumlah tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah SYURGA DI BAWAH KAKI IBU, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya masih ada,curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya, 'I LOVE U MOM'.

Saturday, May 16, 2009

"HadiAH bUAt IbU...."


Untukmu Ibu


dihantar oleh: nurpalestina

Editor: ar-ruhul JADEED


“Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?”, marah ibu. Along hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun. “Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah?”, leter ibu lagi. Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu. “Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!” Jerkah ibu. Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar. Si ibu semakin bengang. “ Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakitkan, sekarang nah, rasakan!” Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah Along menjerit kesakitan. “Sakit bu…sakit….maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi….Bu, jangan pukul bu…sakit bu…” Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi. “Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?” Balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu. “Bu…ampunkan Along bu…bukan Along yang mulakan…bukan Along….bu, sakit bu..!!”, rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih.



Along memaut kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya. Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari. Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya. Malam itu, Along berjaga sepanjang malam. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya.



Tapi kali ini marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya. Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah. Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang. Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini. Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya. Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi. Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya. Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini. Along merebahkan badannya. Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap. Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya.



Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di wajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu. Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat keputusan yang corot dalam SPM. Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap juga. Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu. Itupun acuh tidak acuh sahaja.



Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ. Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu. Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu. Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka.

“ Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?” tanya Atih kehairanan.

Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu. Sementara Along disebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang telinganya.

“Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?”

“ Eh jangan, nanti dulu. Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye!”, si ibu bersuara lembut. Along menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan.

‘anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya…’ bisik hati kecil Along.

“Kak Ngah dengan Alang nak balik ke ibu?”, soalnya lagi masih belum berganjak dari dapur.

Si ibu mengangguk sambil tersenyum. Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan.

“Oooo patutlah ibu masak lauk banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik, ibu tak masak macam ni pun?”.

Along terkejut mendengar soalan Atih. Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya. “Along kan hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali ja!”, terang si ibu.

“Tapi, ibu tak penah masak lauk macam ni dekat Along pun..”, soal Atih lagi.


Dahinya sedikit berkerut dek kehairanan. Along mula terasa sebak. Dia mengakui kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya.

“Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas.” , arah ibu. Dia tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan. Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along. Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya. Apa yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya.



Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah. Matanya terpaku pada sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung bermanik.


‘Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni….’ Dia bermonolog sendiri.

Along melangkah masuk ke dalam kedai itu. Sedang dia membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia segera menoleh. Rupa-rupanya itu Fariz, sahabatnya.

“La…kau ke, apa kau buat kat sini?”, tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan Fariz. “Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa kat sini?”, soalnya pula.

“Aku tak de buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok baju ni. Aku ingat nak kasi mak aku!”, jelas Along jujur.

“waa…bagus la kau ni Azam. Kalau kau nak beli aku bagi less 50%. Macammana?”

Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu.

“Betul ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!”, Along meminta kepastian.

“Untuk kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!”, balas Fariz meyakinkannya.

“Tapi aku kena beli minggu depan la. Aku tak cukup duit sekarang ni.”

Cerita Along agak keseganan. Fariz hanya menepuk mahunya sambil tersenyum.

“Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit.” Kata Fariz .

Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi.

“Dekat kau ada berapa ringgit sekarang ni?”, soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu. Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu.

“Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak pe lah, aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!”, pesan Along bersungguh-sungguh.


Fariz hanya mengangguk senyum.
Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh. Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah. Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi. Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja. Tanpa berlengah dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah ayahnya.

“Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?”, soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya daripada menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan.

“Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pulak, bila lapar nak balik rumah!”, leter ibu lagi.

Along hanya diam. Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka selamber seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati.


“Along ni teruk tau. Suka buat ibu susah hati. Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua tu.” Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM.

Along mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil jalan untuk membisu sahaja.


“Along! Kalau tak suka belajar, berhenti je la. Buat je kerja lain yang berfaedah daripada menghabiskan duit ibu", sampuk Alang, adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh.

Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar. Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu. Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya. Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru. Hatinya pula jadi tidak keruan memikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab, pasti ibu akan semakin membencinya. Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu bermula esok.



Seperti yang dinekadkan, pagi itu selesai solat subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa beg sekolah berisi pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu. Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari justeru dia terpaksa berbohong agar ibu tidak bimbang dengan tindakannya itu. Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar untuk mencari pekerjaan.



Nasib menyebelahinya, tengah hari itu, dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal dengan upah lima belas ringgit sehari, dia sudah rasa bersyukur dan gembira. Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membeli jubah untuk ibu. Hari ini hari ke empat Along keluar daripada rumah. Si ibu sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga berasa agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh setiap kali terpandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain. Seperti selalu, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya. Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma.


“Azam, kalau aku tanya kau jangan marah k!”, soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu.

“Macam serius jer bunyinya Abang Joe?” Along kehairanan.

“Sebenarnya, kau lari dari rumah kan?” Along tersedak mendengar soalan itu.

Nasi yang disuap ke dalam mulut tersembur keluar. Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan. Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air.

“Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?” Tanya Abang Joe lagi cuba menduga. Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak. Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih.

“Azam, kau ada cita-cita tak…ataupun impian ker…?” Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi.

“Ada” jawab Along pendek

“Kau nak jadi apa besar nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku…atau….”

Along menggeleng-gelengkan kepala. “semua tak…Cuma satu je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya.”

Jawab Along disusuli ketawanya. Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab soalannya itu.

“Ala, gurau ja la Abang Joe. Sebenarnya….saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan…saya….saya nak jadi anak yang soleh!”.

Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas didengari telinga Abang Joe. Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya. Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah. Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing. Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir. Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi.

“Abang Joe, hari ni, saya nak balik rumah ...terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari ni”, ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel.

Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk. Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga. Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak.

“Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu, saya hadiahkan untuk Abang Joe.” Kata Along lagi.

“Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?”, soal Abang Joe.

Dia risau kalau-kalau Along menyalah anggap tentang soalannya tadi. Along hanya senyum memandangnya.

“Tak apa, saya bagi kat Abang Joe. Abang Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju.”

Balasnya dengan tenang. Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan pergi jauh.



Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana, tanpa berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut.

“ Hey Azam, mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari rumah ke?”, soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu.

Along hanya tersengeh menampakkan giginya. “Zam, mak kau marah kau lagi ke? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk si Malik tu?”

“Tak pe lah, perkara dah berlalu….lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni", terang Along dengan tenang.

“Kau jadi mangsa. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah", kata Fariz lagi.

“Tak apa lah Riz, aku tak nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah.”

“Zam..kau ni…..”

“Aku ok, lagipun aku sayang dekat ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat kisah lama tu.” Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu.

“Aku nak beli jubah ni Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, k!”, pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu.

“No problem…tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?” , soal Fariz ingin tahu.

“Aku kerja kat bengkel Abang Joe. Jadi pembantu dia", terang Along.

“Abang Joe mana ni?”

“Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!”, jelas Along dengan panjang lebar.

Fariz mengangguk .

“Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?”

“Hari ni la…” balas Along.

“Ooo hari lahir ibu kau hari ni ek?”

“Bukan, minggu depan…”

“Habis?. Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?”, soal Fariz lagi.

“Aku rasa hari ni je yang yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi.”



Jawabnya sambil mengukir senyum. Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu. Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu. Motosikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II. Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang cuba mengelak daripada melanggar seekor kucing hilang kawalan dan terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak. Akibat perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar yang dipakai mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya, Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu dan dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu. Dia menahan kesakitan dan berharap agar Allah memberinya kekuatan. Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu. Darah semakin membuak-buak keluar dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat. Dalam keparahan itu, Along melihat kelibat orang–orang yang sangat dikenalinya sedang berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul seorang wanita.



Dia tahu, wanita itu adalah ibunya. Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat itu. Along gembira. Itu kucupan daripada ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih digenggamannya itu.


“Ha..hadiah….untuk….ibu………” ucapnya sambil berusaha mengukir senyuman.

Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintainya. Si ibu begitu sebak dan sedih. Si anak dipeluknya sambil dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi. Pandangan Along semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya. Selesai upacara pengebumian, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah, Alang dan Atih. Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca.


‘Buat ibu yang sangat dikasihi, ampunkanlah salah silap along selama ini. Andai along melukakan hati ibu, along pinta sejuta kemaafan. Terimalah maaf along bu..Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu, Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu… dan terimalah hadiah ini…..UNTUKMU IBU!’ Kad itu dilipat dan dicium.


Air mata yang bermanik mula berjurai membasahi pipi. Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan. Sedang melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus mendekati wanita tua itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya selama ini.

“Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami. Dia sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan … dia jugak cakap, ibunya seorang perempuan gila…” cerita Fariz dengan nada sebak.

Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik.

“Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz?” Soalnya dengan sedu sedan. “Sebab…..dia tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa dulu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang…walaupun dia disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula....” Terang Fariz lagi.


Dia berasa puas kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu. Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Terasa seluruh anggota badannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap derhaka.

Thursday, April 09, 2009

kisah doktor n mat rempit di jalanan...

Sebagai seorang doktor yang tugasnya menyelamatkan nyawa manusia,tentulah saya merasa bangga dengan profesion saya ini. Sememangnya inilah cita-cita sebenar saya selama ini. Etika dan sikap profesionalisme sering saya amalkan. Apatah lagi saya juga seorang pensyarah di Pusat Pengajian Perubatan di salah sebuah universiti terkemuka. Saya sering menanamkan dan menekankan aspek insaniah dalam diri bakal-bakal doctor yang merupakan pelajar saya.

Suatu hari yang ditakdirkan Allah, saya di ajar tentang suatu nilai yang saya terlupa oleh seorang mat rempit. Saya menoleh jam loceng saya. "Ah….baru 3am dan saya baru terlena hanya 2jam sahaja." Tapi,apakan daya kerana tugas,saya terus mencuci muka dan terus menggapai kunci kereta saya. Inilah rutin seorang doltor yang kita kenali sebagai `on call`.Setelah memecut kenderaan saya,akhirnya saya tiba di bilik kecemasan.

Ada satu kes kemalangan. Seorang penunggang cedera parah dan pemboncengnya meninggal dunia di tempat kejadian."Tolong doktor..Tolong selamatkan kawan saya," rayu seorang lelaki muda berseluar jean yang koyak dibahagian lututnya. Inilah trend pakaian mat rempit. Setelah 4 jam dibilik pembedahan,mangsa berjaya diselamatkan dan kaki kanannya terpaksa dipotong.

Entah mengapa hari itu,terlintas bisikan syaitan dalam hati saya yang menyatakan`you deserve to get it`. Astaghfirualallahal azim, sebagai seorang doktor,saya tidak harus meletakkan prejudis saya sebagai prioriti dalam merawat pesakit. Melihat pesakit saya dari sudut siapa dia sebenarnya adalah salah. Hal ini kerana, dalam merawat dan meyelamatkan pesakit,nyawa setiap manusia begitu bernilai walaupun pada pandangan kita atau sesiapa,dia bukanlah apa-apa.

Keesokan harinya,saya pulang dari hospital agak lewat malam. Kepenatan benar-benar menyebabkan saya tidak sabar untuk tiba di rumah."Ah….lampu merah pula!!" Maka saya terus menekan pedal brek dan menunggu giliran sambil mata saya tertumpu pada suatu peristiwa yang menarik.

Saya melihat seorang lelaki yang koyak jeannya dilutut menunggang dengan laju melanggar lampu merah tanpa rasa bersalah. Dalam hati saya berdetik "sah mat rempit lagi. Tak ada kerja lain ke selain menyusahkan orang lain." Tiba-tiba saya melihat pemuda itu berhenti,menongkat motornya dan berjalan kedepan.Saya benar-benar malu pada diri saya sendiri melihat pemuda itu mengambil bangkai kucing yang saya kira baru saja dilanggar petang tadi,mengalihkannya ke tepi jalan agar tidak dipijak hina oleh kenderaan lain.

"Allahuakbar."Saya benar-benar tersedak dengan bisikan hati kecil sendiri. Saya rasakan diri ini sangant mulia apabila menyelamatkan nyawa manusia,tapi tidak terlintas dan tidak sanggup membela bangkai binatang itu padahal ia juga suatu nyawa yang harus dihargai dan dimuliakan. Sedangkan dia seorang mat rempit yang mungkin tidak menghargai nyawanya sendiri boleh meletakkan nilai harga nyawa seekor binatang pada aras yang tinggi.

Sesungguhnya Tuhan sedang mengajar saya sesuatu.Sesungguhnya saya telah belajar sesuatu dari seorang mat rempit. Kemuliaan seseorang itu bukan terletak pada berapa besar dan tingginya jasa dan sumbangan pada sesuatu tetapi dinilai dari berapa besar seseorang itu mengerti makna kewujudan sesuatu dan menghargai.

Ini bukan kisah yang memberi pengajaran bahawa kita juga boleh menjadi mulia walaupun seorang mat rempit,lantas menanam cita-cita untuk menjadi kaki rempit. Namun cerita ini membawa pengajaran bahawa kita tidak boleh terlalu berbangga dengan diri sendiri dan membiarkan prejudis membezakan diri kita dengan golongan lain.


Sikap prejudis akan mengurangkan etika dan meruntuhkan sikap profesinalisme yang ada dalam diri kita..

ana ambil dr blog sahabat ana~
salam ukhuwah min ana~