Tuesday, July 06, 2010

seorang hamba yang berSYUKUR


kuingin bicara satu kisah yang bisa membuat hati hamba bergetar. cerita yang mungkin memberi seribu satu erti buat para hamba ALLAH di sekalian alam.

kisah ini kupetik daripada sedutan program merawat hati di oasis astro. sungguh, keyakinannya amat mantap. semantap para muttaqin dan mujahidin di atas jalan ALLAH.

seorang hamba ALLAH mengalami kecacatan di sebuah pesantren. lumpuh satu badan yang membuatkan dia tidak boleh bergerak seperti orang lain. tetapi kecacatan yang dia alami itu tidak sedikit pun menggusarkan hatinya untuk beribadah sesempurna seperti orang lain.

apabila ditanya,
apakah sukar untuk menunaikan ibadah seperti ini?

jawabnya,
ALLAH memberi kesukaran kita di dunia,
tetapi saya yakin akan kesenangan yang akan diberi di akhirat kelak.

apabila ditanya,
apakah cita2mu?

jawabnya,
cita2ku, aku ingin mempunyai anak yang bergelar ulamak

semua yang mendengar jawapan itu terkejut. bagaimana mungkin seorang yang lumpuh mempunyai anak?

jawabnya,
semua ketentuan jodoh itu di tangan ALLAH.

lihatlah wahai saudaraku, betapa yakinnya dia akan ketentuan ALLAH. betapa mantapnya akan iman terhadap ALLAH. tiada yang mustahil baginya. ALLAH itu MAHA KUASA!

kemudian datang seorang psantri (pelajar pesantren wanita) menyatakan akan kesanggupannya untuk menikah bersama hamba ALLAH yang lumpuh itu?

apabila ditanya,
mengapakah kamu memilih dia,adik? kamu sanggup menikahi dia?

jawabnya,
saya akan menjaganya di dunia,
di akhirat kelak ALLAH pasti akan menjaga saya.

alhamdulillah dengan biiznillah, dengan izin ALLAH mereka sekarang ini dikurnikan seorang anak. betapa hebatnya ALLAH. apa2pun semuanya kita kembali kepada ALLAH.
masyaALLAH, betapa indahnya iman itu. jalan yang dipilih itu benar2 membuatkan hatinya tunduk pada ALLAH semata2. inilah yang dinamakan syukur. syukur seorang hamba terhadap taqdir hidupnya. masyALLAH!

Tuesday, June 22, 2010

SYUC 2009/2010


Salam to all readers!semoga hari ini lebih baik daripada semalam.semoga setiapa saat anda sedar bahawa anda sentiasa berada dalam pengawasanNYA.hari ini dan semalam dan punya semalam seudah banyak dan jauh menjelajah alam maya. maklumlah cuti, saya mengambil kesempatan untuk mengunjungi 'tempat2' menarik.tidak kurangnya saya singgah sebentar di blog rakan2 saya.

saya begitu kagum dengan penulisan mereka.apa tidaknya,mereka menulis secara spontan dan apa yg tersirat di hati.tampak ketulusan yg benar2 lahir dr buku hati.saya kagum.saya tidaklah pandai menulis,mungkin kurang membaca agaknya.dalam pemerhatian saya, saya hanya tahu menulis pengalaman sendiri,,,mencoret kenangan bak kata orang.mungkin juga saya kurang menyelami perasaan dan situasi yang saya ingin menceritakan.tidak mengapalah,saya masih dalam proses belajar untuk menjadi penulis yang terbaik walaupun masih merangkak2.

ORIENTASI MUFY JULY2009 di Sunway Uni College
kenangan yang saya tidak pernah lupakan.pertemuan demi pertemuan.ketika saat kaki ini melangkah dari kereta dan menjejakkan langkah yang yang pertama di bumi sunway, saya berbisik di hati(rahsia,mana boleh bagitahu!).bermacam2 persoalan saya lontarkan di benak pemikiran.jeng2!

langkahku bermula dgn pertemuan kita2 semua di satu bilik khas bersama Pn Hafizah n d geng.dahlah lambat.buat hal pulak tuh dlm bilik tuh. adeyh!

orang pertama saya kenal di bilik itu ialah YANI,,,
"awaklah orang pertama yang saya kenal,,,saya nak jadi kawan awak sampai bila2"

ladidaladidaladidaladida!

masuk dewan.nak tahu orang kedua saya kenal siapa?orang itu ialah ZAID
"awak ambil jurusan doktor rupanya"

bersurai.petang itu saya n family pergi ke SUNWAY MEDICAL CENTRE.setelah beberapa jam kemudian,keputusan darah keluar.*salah saya juga,x buat awal2*

petang itu,ada briefing hostel.saya x sangka saya jumpa, siapa? tahu x? dialah Asyraf Farique.
"x sangka ko pun ada"

pertemuan singkat itu,saya menceritakan pada umi.hu99.umi suka saya masuk sini.umi dah x jauh hati.umi kata umi lapang dah.dulu umi kata umi jauh hati bila masuk technology park malaysia college.akak duduk tersorok bilik ujung.tapi kan akak selesa,umi.tapi umi dah ok dah bila saya dapat bilik yang ok2 je.perjalanan di TPM mengajar saya banyak pengajaran.x pe,nnt saya ceritakan.

SYUC akan saya gegarkan.hebat je bunyinya.saya dulu terasa tidak pandai.tidak pandai bawa diri sampaikan ada orang kata,
"ngengadalah ko ni"

banyak kali dimalukan.huh,saya yang salah.mereka pulak tegur saya terus terang.saya agak tidak boleh terima.saya menangis.saya rasa dah tak nak dah keluar bilik.x nak dah nak pergi kolej.biasalah dalam proses mematangkan diri,banyak cabaran.banyak cabaran yang kita terpaksa tempuhi. bila hati sedih saya sudah tidak kisah apa yang terjadi seterusnya.kadang2 terasa down bila mula memikul amanah dalam satu organisasi.saya menangis kerana tidak kuat.tapi tidak guna juga kalau tidak menjalankan amanah yang sepatutnya.jadi jom hayati lagu ini sambil menenangkan hati. NAWAITU,membuatkan saya terfikir.

banyak pengajaran boleh diambil bila melalui proses menggilapkan bakat memimpin ini.banyak juga kita perlu belajar walaupun prosesnya sama sahaja ketika bersekolah dulu.

pengajarannya:
  • kalau nak merancang aktiviti, beritahu organisasi dan yang paling penting beritahu penasihat terlebih dahulu.
  • merancang dengan teliti dengan kerjasama member committee yang lain.jangan pakai buat keputusan sendiri.
  • perancangan dan paperwork mestilah siap 2/1 bulan sebelum pelaksanaan. promosi aktiviti sekurang2nya 3/4minggu sebelum.ini yang dikatakan promosi terancang.
  • kalau kerjasama dgn kelab lain,buat perbincangan bersama.jangan hanya dengan ketua vs ketua.kdg2 anak2 buah perlu tahu juga.
  • buat satu medium yang memudahkan perbincangan/pemakluman aktiviti kepada semua mmber society, for instance,yahoo group.
  • ketika aktiviti berlangsung,semua member yang terlibat perlu ada kerjasama 100%. contoh situasi, ketika sedang membuat jualan, ada 2 orang sedang bertugas.tiba2 datang seorang mamat arab,,,ada masalah nak memulangkan wang baki.yang berurusan ketika itu dgn mamat arab itu seorang sahaja.mengambil masa juga.seorang lg tuh jangan dok melongo.jangan buat bodo jer bila nmpk situasi begitu 'eventhough' mmber yang bertugas itu berlainan jantina. *sabar99*
  • laporan mesti diserahkan / dimaklumkan kepada penasihat 'society'
Yang paling penting,apa2 yang berlaku pun mesti maklumkan kepada penasihat.
*credit to hazirah anak pak cik nordin*

yang paling penting peristiwa kita jalani seharian kita perlu mengambil ibrah.tidak sedikit ambillah banyak.ok!

saya rindu kawan2 saya di SYUC dulu.
lagu khas untuk korang.

ASAR2010

Friday, June 11, 2010

only 5 minutes

one of them is me
which one?
find it by self, k?
Salam to all readers...so, fun along this weekdays. enjoyed? of course lah, only english in my life *hesitate sound*. OK! should be thankful to ALLAH, i'm here with cik naura auni.
Anggun mulia,
masih di sini meneruskan perjuangan yang tidak pernah dia terfikir,
namun keberadaan dia di sini, di sisi cik naura auni semuanya adalah ketetapan ALLAH. Betul x cik naura auni? hu99.

learn ENGLISH, eating ENGLISH, sleep ENGLISH, drink ENGLISH, speak ENGLISH, you have no time to be relax (ms Lopez,2010)

Baik,,,semoga kesungguhan aku kali ini ALLAH redha. semoga setiap kali ini hayunan kaki ini melangkah diredhai ALLAH. semoga dakwat2 pen dan hayunan jari jemari ini berjuang dalam keredhaan ALLAH. semoga ALLAH membantu anggun mulia kali ini.

doakan saya,,,
17jun- speaking test
19jun-writing,reading and listening tests

no grammar mistakes(ms lopez,2010)
free grammar mistakes(ms lopez,2010)
developed your vocab(ms lopez,2010)

semoga kalian mendoakan kami di sini ketika mengambil peperiksaan IELTS.

regards~
ANGGUN MULIA