Kita hari-hari makan. Kita hari-hari minum. Kita hari-hari membuang 'sisa toksik'. Apa yang akan terjadi andai sahaja kita perit tekak? Andai sahaja nak muntah? Andai sahaja kita sembelit? Siapa yang berkuasa menentukan kita sihat dan sakit? Yang menentukan destinasi hidup kita?
Allah taala tentunya. Tuhan kita!!!
Awak bersyukur kalau awak tak sembelit? Awak bersyukur tak awak boleh makan dengan kenyang? Awak bersyukur tak awak boleh hidup dengan udara dan jantung yang sihat? Bersyukurlah awak. Nikmat itu Allah yang beri. Bukan dengan magika dia datang sendiri. Tidak. Tetapi Allah yang menentukan.
Andai sahaja kita ditarik nyawa saat ini, amalan apakah yang akan kita persembahkan kepada Allah?
Awak nak tahu tak, kita perlu sangat bersyukur kepada Allah. Sebab Allah kita terpilih untuk menjadi manusia di dunia daripada berjuta-juta sperma yang bersaing dengan kita. Bukan suka-suka Allah cipta kita di dunia. Ada tanggungjawab yang akan disoal kelak. Apakah telah selesai tugasan kita itu?
Tugasan sekarang.
Hamba Allah.
Khalifah.
Saya tahu mesti awak bosan dengan tajuk ini. Tapi saya nak tulis juga sebab setiap kali saya tulis, ini akan mengingat diri saya kembali. Sebab saya selalu lupa dua tugas utama saya ini.
Awak, untuk menjadi hamba Allah yang soleh dan solehah apatah lagi calon Syurga Allah memang payah. Tak semua kita suka buat dan minat, baik untuk kita. Tak semua kita tak suka dan benci, buruk bagi kita.
Sama seperti solat.
Awak nak lari daripada Allah? Bagaimana awak nak lari daripada Allah? Semua tanah, semua ciptaan Allah, adalah milik Allah termasuk bangunan setinggi langit, gua sekelam malam, hutan seluas angkasa dan duit sebanyak emas, milik Allah.
Kita miskin.
Kita ini miskin dan tak punya apa-apa di dunia. Miskin hina dina. Awak tak nak solat lagi? Awak tak nak solat lagi? Awak tak nak solat lagi? Cuba awak explain kenapa awak buat begitu. Saya tak faham dan memerlukan rasional daripada awak untuk perkara itu.
Saya tak pandai berhikmah. Maafkan saya seandainya ini soalan yang sangat kejam bagi awak. Tapi awak nak tahu saya menangis bila awak kata awak nak lari daripada solat.
Awak, jangan kejam dengan Tuhan.
Awak, jangan kejam dengan saya.
Saya takut suatu hari nanti awak cari saya di akhirat. Tuhan suruh awak cari saya. Lalu menyoal.
"Kenapa kau tidak mengajak aku solat? Kenapa kau membiarkan aku dalam kesesatan?"
Saya tak nak. Saya takut dengan itu. Saya cuba sedaya upaya apa yang saya ada untuk membantu. Tapi awak please buka sedikit ruang di hati awak untuk merasakan diri bertuhankan Allah.
ALLAH knows you well.
Saya harap suatu hari nanti awak berubah.
Berubah kepada Allah.
Keikhlasan untuk berubah itu subhnallah sangat tinggi nilainya di sisi Allah.
Awak...
Saya nak awak solat...
::Sahabatmu::


meh saya mah bercerita satu kisah yang menarik bagi saya. saya rindu sungai. saya rasa saya dan sungai tidak boleh dipisahkan. masa camping sahaja dapat main sungai. balik kampung? balik kampung jangan cerita la. memang la sangat dan selalu tak dapat mandi sungai. sungai jadi longkang ada la. dok selera mandi sungai depan rumah. tepi jalan lak tuh. so, sungai menjadi kebanggaan aku untuk termenung dan muhasabah.


