9/10/10
assalamualaikum pembuka bicara. alhamdulillah hari ini hari yang sangat memberikan makna dalam hidup saya. saya bersyukur kerana terpilih dalam majlis2 yang saya hadiri hari ini. hari ini juga menemukan saya dengan orang2 yang saya sangat rindu. indahnya pertemuan itu kerana ALLAH. orang2 yang saya kagumi dalam perjuangan islam. srikandi dakwah. srikandi2 itulah yang bisa menyentuh lembut hati ini dan bisa mengembalikan diri yang sedang futur. agenda pertama
hari ini, hari yang kedua saya mendengar lagu ini. saya sangat suka. shoutul harokah-gelombang keadilan.
Kan melangkah kaki dengan pasti
Menerobos segala onak duri
Generasi baru yang telah dinanti
Tak takut dicaci tak gentar mati
Bagai gelombang terus menerjang
Tuk tumbangkan segala kezhaliman
Dengan tulus ikhlas untuk keadilan
Hingga pertiwi gapai sejahtera
Takkan surut walau selangkah
Takkan henti walau sejenak
Cita kami hidup mulia
Atau syahid mendapat syurga
Menerobos segala onak duri
Generasi baru yang telah dinanti
Tak takut dicaci tak gentar mati
Bagai gelombang terus menerjang
Tuk tumbangkan segala kezhaliman
Dengan tulus ikhlas untuk keadilan
Hingga pertiwi gapai sejahtera
Takkan surut walau selangkah
Takkan henti walau sejenak
Cita kami hidup mulia
Atau syahid mendapat syurga
shoutul harokah sangat bersemangat mengobarkan semangat para da'ie. menyebarkan aura gelombang harapan ummat berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah. menyalurkan kesejahteraan utk menjadi sibghatullah (celupan ALLAH). indahnya saat itu kerana ALLAH.
kadang2 kita sendiri ragu2, antara dua manakah pilihan kita? ke majlis ilmu atau membuat assignments yang melambak setinggi gunung. apabila pesanan demi pesanan singgah fikiran, semuanya kembali kepada ALLAH. kadang2 boleh sahaja kita hadiri majlis hari raya atau majlis sambutan apa2 sahaja yang bercampur antara yang bukan muhrim tetapi majlis ilmu yang hanya dihadiri antara kita2 sahaja tidak pula menghadirkan diri menyahut seruan ALLAH. manusia hanya memberi alasan. semua itu satu pembohongan apabila alasan itu sebenarnya dusta belaka. ahhhhh, manusia! selagi bergelar manusia ada sahaja dosa yang mengekori. manusia itu tidak sempurna dan tidak lari dengan kesilapan. jadi, sebagai manusia yang SEDAR, sememangnya kita perlu mengelakkan melakukan dosa apabila kita tahu perbuatan itu berdosa.
agenda kedua
pengangkutan kami alhamdulillah semua berjalan lancar. sangat best bila bersama2 dgn kawan2 ke satu majlis yang boleh mengajak kita lebih dekati ALLAH. kadang2 bila sudah berada dalam majlis ilmu, niat 'ter'lari2. entah melayang ke mana.
niat sangat penting dalam penilaian ibadah dan segala amal perbuatan kita. kata ukhti, niat ada 3 fasa. fasa sebelum, semasa dan selepas. jadi sebetulnya kita perlu meluruskan niat yang bengkang-bengkok sebelum menghadiri satu2 majlis. kadang2 kita terlepas pandang niat kita semasa majlis itu sedang berjalan. jadi, ok2 kan niat kita sepanjang kita berada dalam majlis itu. fasa terakhir, fasa selepas. fasa selepas amat penting kerana ia dapat menentukan penilaian dalam jangka masa yang panjang.
contoh situasi, jannah ingin menghadiri majlis ilmu yang dihadiri oleh rakan2 yang sudah lama tidak bertemu. jannah ingin menghadiri majlis itu karana ingin bertemu dengan mereka sudah lama jauh di mata atau nak dapat hadiah semata2. niat perlu perbetulkan sedikit, biarlah majlis itu jadi wadah kita untuk mendekati ALLAH dengan lebih dekat lagi. hasilnya biarlah ALLAH yang tentukan sama ada dapat mempertemukan kembali manusia yang sudah lama tidak bertemu atau mendapat hadiah atau apa2 sahaja yang kita tidak terniatkan kerana hasilnya. semasa itu pula, kadang2 agak tertekan. perlu mujahadah yang tinggi. bila majlis itu dihadiri juga bukan muhrim niat kita sudah tunggang terbalik. kembalikan kepada niat asal. selepas pula, niat perlu dijaga sehingga bila2 dan jangan jadi pula riak atau berbangga2 dengan kehadiran kita ke majlis itu. mana tau terlepas mengata di hati, kenapa la dia tak mahu datang. nasib baik aku hadir majlis orang baik2 ni. nanti semua org kata aku ni baik. JAUHKAN!!! kembalikan kepada niat asal.
sirah muzikal banyak memberi kesan kepada jiwa2 yang gersang dengan tangisan kerana ALLAH. gersang dengan tangisan kerinduan. gersang dengan tangisan ummat. kita kembali berfikir, mampukah kita mengembalikan ummat yang sedang tenat kepada al-Quran dan as-Sunnah? sebanyak manakah usaha kita? jangan kamu gentar wahai pejuang. jangan kamu meaharapkan hasilnya. harapkan usaha yang dilakukan itu mendapat keredhaan ALLAH semata2 dan pentingkanlah pandangan ALLAH daripada pandangan manusia.
manusia tidak terlepas daripada futur. molek benar tergolek sana-sini. tapi jangan lupa hati manusia itu terletak antara 2 jari ar-Rahman. mudah dibolak-balikkan. jadi jangan risau dengan ujian itu. kembalilah kepada ALLAH. ALLAH bersama orang2 yang sabar dan org2 mukmin yang lebih kuat. jadi, jangan mudah berputus asa. kalau macam nampak kawan x ok2, mungkin ada perkara yang sedang membelenggu fikirannya. jangan judge kawan tersebut kepada, 'mungkin dia x suka aku kot'. so, jagalah hati2 kalian. sirami dengan al-Quran. basahi dengan az-Dzikr. =)
kata2 akhir...hadiah buat sang pencinta,,,
imam al-Qurtubi menerusi satu kisah yang diriwayatkan oleh Abu Nu'aim dalam kitabnya al-hilyat menyatakan, ketika nabi ibrahim didatangi izrail untuk mencabut nywanya, berkata ibrahim : wahai izrail, pernahkah seorang kekasih mencabut nyawa kekasihnya sendiri? Lalu izrail memberikan pernyataan ibrahim kepada ALLAH. maka ALLAH memerintahkan izrail menyampaikan jawapannya kepada ibrahim sebagaimana firmanNYA yang bermaksud, ' wahai ibrahim, apakah kamu pernah melihat seorang kekasih yang gembira untuk bertemu dengan kekasihnya sendiri?' apabila ibrahim mendengar jawapan ALLAH menerusi izrail ini, berkata dia: wahai izrail, cabutlah naywaku saat ini juga.
inilah kesempurnaan mahabbah hamba terhadap Rab-nya yang terhasil apabila sifat kehambaan itu dihayati dan diterjemahkan dalam kehidupan yang singkat.
No comments:
Post a Comment