Monday, November 29, 2010

dapat pergi oversea!!!

bismillah. jangan jealous kepada para pembaca. saat yang menyeronokkan bila dapat tahu nak pergi oversea. maaf x sempat nak bercerita tentang ini kepada kawan2. jangan risau. saya titipkan di blog ini.

"Tidakkah mereka perhatikan, bagaimana Allah memulai ciptaan kemudian mengulanginya? Sesungguhnya yang demikian itu mudah saja bagi Allah. Katakanlah:'Berjalanlah di muka bumi dan perhatikanlah, bagaimana Allah memulai ciptaan, kemudian Ia mengulangi penciptaan itu sekali lagi. Sesungguhnya Tuhan Berkuasa atas segala sesuatu." (QS. 29:19-20)

"Berjalanlah kamu di atas muka bumi, kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang yang mendustakan itu." (Al An'am: 11)

alhamdulillah. yeay dapat pergi oversea. saya mula mengemas barang2 keperluan. barang2 yang tidak penting tidak perlu. mengambil masa yang singkat untuk mengemas. segala barang sudah siap. adik2 sibuk sahaja nak ikut. ikut je lah. because the planning had done by my mom. saya pun ikut je lah.

at first i thought that we want to have holiday in penang only. the main destination was penang i thought. but it's actually LANGKAWI Island. we had spent a day only to go to langkawi from muar. wow!! alhamdulillah. pengajarannya >>> jangan selalu singgah terlalu lama di R&R atau teralu banyak berhenti. alamatnya langkawi ~mali~ esoknya je la en.

apa2 pun kalau kamu semua mahu singgah langkawi, ambillah feri dari kuala kedah atau kuala perlis. kalau dari penang, it's too risk. it's bout 2 1/2 hours. lagi satu sistem penyimpanan kereta di situ pun agak bahaya.kalau dari kuala kedah, it's took bout 1 1/2 hours. sempat tidur punye~ kalau dari kuala perlis it's took bout 45 min or an hour. lagi jauh perjalanan, lagi mahal...

musim sekarang memang hujan. start 7pm mesti dah hujan (pakcik van,2010). so, kalau nak jalan2 hari siang. okeh. jangan risau pasal hujan. yang penting kita timba ilmu dan pengalaman. kalau sampai langkawi kita boleh sewa kereta sendiri atau sewa van ada pemandunya sendiri. depends kepada kamu semua la en.

lagenda Mahsuri

banyak timba ilmu tentang mahsuri. rumahnya comel je. dapat duduk sebentar di dalam rumahnya. kisahnya sangat menyayat hati. mahsuri seorang 'primadona' di kampung itu. sangat menawan. cantik. sopan. lemah lembut. bak kata orang, cair kalau ternampak dia. Mahsuri dikahwinkan dengan seorang pemuda dan pahlawan tempatan iaitu Wan Derus, salah seorang anak kepada wakil Sultan di Langkawi, Wah Yahya (atau dengan gelaran Datuk Pekerma Jaya) dan Wan Mahura. hati pemuda yang lain sudah hancur bila dapat tahu mahsuri sudah dipinang. *tula sape suruh tak masuk awal2*<


kerana khianat dia dibunuh. *ayat copy paste untuk seterusnya* Mahsuri hamil ketika Wan Derus keluar dari Langkawi (tidak diketahui tujuannya tetapi sumber menyatakan beliau berperang dengan tentera Siam di Kuala Kedah). Sepeninggalan beliau, Mahsuri dikhabarkan tinggal bersama ibu bapanya. Ketika waktu tersebut, Deramang, seorang penyair kembara (sesetengah sumber mengatakan beliau peniaga) singgah di Langkawi. Kebolehannya menambat hati penduduk Langkawi lalu dengan ehsan ibu bapa Mahsuri, Deramang tinggal di rumahnya untuk mengajarkan syair dan dendang.

Kepandaian Deramang dalam bersyair menaikkan nama Mahsuri sebagai tuan rumah dan menimbulkan kecemburuan Wan Mahura, ibu mertuanya sebagai isteri pembesar pulau Langkawi. Kelahiran anak Mahsuri, Wan Hakim, mencetuskan fitnah apabila Wan Mahura menuduh Mahsuri bermukah (melakukan hubungan sulit) dengan Deramang.

Atas sebab itu, Mahsuri dan Deramang ditahan dan dijatuhkan hukuman bunuh oleh bapa mertuanya sendiri setelah termakan hasutan isterinya. Tanpa menunggu Wan Derus pulang, Mahsuri dan Deramang di bawa ke Padang Matsirat, pusat Langkawi ketika itu, untuk dijatuhkan hukuman. Mahsuri diikat di sebuah batang pokok dan ditikam dengan tombak. Menurut lagenda, tombak yang digunakan tidak dapat menembusi tubuh Mahsuri. Akibat terseksa,Mahsuri mendedahkan bahawa dia hanya dapat ditikam dengan tombak sakti (terdapat pihak yang menyatakan bahawa senjata itu adalah keris) yang terdapat di alang rumahnya.

kata keramat Mahsuri

Kata-kata terakhir Mahsuri amatlah masyhur apabila ia seringkali diulang dalam mana-mana persembahan. Ayat-ayat terakhir Mahsuri adalah berupa sumpahan untuk tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi kerana beliau mangsa fitnah dan mengutuk pulau Langkawi untuk tidak tenteram dan permai ibarat padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan.

Walaupun dipujuk dan dirayu ibu bapa Mahsuri, hukuman tetap dijalankan dan Mahsuri dibunuh tanpa dosa yang dituduh. Menurut lagenda, Mahsuri mengalirkan darah berwarna putih hanya kerana kata-katanya yang tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi. Deramang turut dibunuh kemudiannya walaupun bertindak ganas. Mahsuri dikebumikan oleh ibu bapanya bersebelahan dengan harta tebusan yang ingin digunakan untuk menebusnya. Mahsuri dikatakan meninggal pada tahun 1819 Masihi bersamaan 1235 Hijrah.

Sumpahan Mahsuri

Seminggu selepas Mahsuri dibunuh, Wan Derus pulang setelah Kedah gagal menewaskan Siam. Selepas mengetahui akan hakikat tentang isterinya, dia kecewa lalu membawa anaknya, Wan Hakim keluar dari Siam. Sejurus itu, tentera Siam menyerang pulau tersebut. Langkawi hancur dan hangus.

Datuk Pekerma Jaya melarikan diri bersama bersama orang kuatnya, Panglima Hitam. Malangnya, Datuk Pekerma Jaya ditangkap oleh tentera Siam di Sungai Langkanah dan diseksa serta dibunuh dengan kejam. Begitu juga dengan Wan Mahura yang dirogol dan disiksa tentera Siam. Anak mereka, Wan Muhamad Ali bergegas pulang dari Pulau Pinang untuk membalas dendam. Kejayaannya mendorong sultan melantiknya sebagai pengganti ayahnya. Walau bagaimanapun, pulau Langkawi tidak pernah makmur kerana kegiatan lanun dan jenayah yang teruk.



makam mahsuri by silbiabigail.

Makam Mahsuri


Penutup Sumpahan

Sebelum 1980-an, Langkawi memang tidak makmur hinggakan orang mengatakan yang kerbau lebih banyak berbanding manusia di sana. Ketika Tunku Abdul Rahman masih menjadi pegawai daerah, Tunku sentiasa melawat Langkawi tetapi tiada siapa yang tahu di mana tempat pengkebumian Mahsuri. Maka, Tunku mencari sehingga menemui sebuah kubur yang tersembunyi lalu dibinakan sebuah makam, yang dikenali sebagai Makam Mahsuri.

Menjelang 1980-an, Langkawi menjadi lebih makmur (satu daripadanya disebabkan kedatangan pekerja untuk membina makam Mahsuri). Ada yang menyatakan kemakmuran itu disebabkan lahirnya keturunan ketujuh Mahsuri (ada yang mengatakan kelapan) menamatkan segala sumpahan Mahsuri ke atas pulau Langkawi. Keturunan ketujuh Mahsuri iaitu Sirintra Yayee atau Nong May atau nama Melayunya, Wan Aishah binti Wan Nawawi menetap di pulau Phuket, Thailand ketika pertama kali dijejaki.

Kebetulan pula ketika itu, Langkawi menjadi pusat pelancongan dan jualan bebas cukai lalu menarik lebih ramai pengunjung ke pulau itu. Ketika itu juga pusat pertunjukan antarabangsa seperti LIMA ada di Langkawi.


*menarik betul bila kita membaca kisah sejarah yang pernah berlaku dahulu. wallahua'lam sama ada cerita benar atau sekadar dongengan. cerita di atas ada beberapa versi. versi di atas sama seperti diceritakan oleh cik muzium.

*mood nak balik rumah~

6 comments:

Fahmi Bahrudin said...

Langkawi..best..

Unknown said...

terima kasih~
kongsi juga percutiannya~

Unknown said...

awat tak habaq awai2 nak p sana..isk8
padan la aritu ang tanya soklan camtu..keh8..
laen kali kalo nak sedap lagi ang tanya "brapa duet?"
baru teringat aritu dngaq mak ak ckap..kui9

Unknown said...

ooo..begitukah~
"mak cik,brapa duit?"

amir nazri said...

bgus!promote kedah!

Unknown said...

sejarah yg sepaptutnya menjadi ibrah kepada semua~