keluarga hebat datangnya daripada generasi al-Quran. sangat dirahmati ALLAH. saya sayang mereka.
saat mereka diuji ketabahan hidup, if i am in their shoes, i think i can't face it. ALLAH loves you all. ujian apakah yang cik ilham maksudkan? ALLAH sayang mereka dan ALLAH beri ujian tersebut kepada mereka kerana ALLAH tahu mereka mampu hadapi. muk
a mereka bahagia. bahagia menghadapi hidup walau tanpa ayah dan ibu di sisi. kepada siapa lagi mereka mahu bergantung harap selain ALLAH.
mereka diuji dengan ujian besar
saat rakan baik saya mahu menghadapi spm pada tahun 2007, tahun itu menjadi saksi ketabahan mereka adik beradik. pada akhir tahun 2006 atau awal tahun 2007, umi mereka meninggal dunia kerana barah. sakit umi mereka sudah lama dan hanya menunggu masa. mereka adik beradik bergilir-gilir menjaga ibu. mereka bertugas sepenuh waktu menjaga ibu mereka yang sakit. memandikan. menyuapkan makanan. anak yang sol
eh dan solehah. saya bahagia melihat mereka. saat umi mereka meninggal dunia, saya nampak jelas air muka mereka tanpa sedikit pun dicalit kemuraman dan kesedihan. ya, mereka bersedia dan mereka redha.redha dengan ketentuan ALLAH. saya yg
. saat2 akhir itu, mereka anak beranak memandikan sendiri jenazah uminya bersama ibu saudara mereka.
"umi,terima kasih umi."
sekali lagi ujian itu melanda
mereka menjalankan rutin2 harian mereka seprti dulu tanpa umi di sisi. tabahlah sayang! mereka tidak jemu mendoakan kebaikan umi dan abah mereka. rentetan peristiwa itu, mereka sekali lagi diuji dengan ujian yang sama. saat si anak mengejutkan abah mereka untuk solat subuh, dipegang tangannya sejuk. wajah abah tenang.
::sekadar gambar hiasan::
"abah. abah. abah bangun abah. solat subuh."
tiada reaksi. tangan sejuk. bibir pucat. dia tertunduk di sisi abah.
"abah,terima kasih abah"
diuji kehilangan kedua ibu bapa dalam masa yang singkat. itulah janji ALLAH. jika benar zauj dan zaujah itu jodoh dan pertemuan itu kerana ALLAH, ALLAH tidak akan memisahkan mereka. saat itu sekali lagi saya terkejut. saya tidak dapat menghadiri majlis tersebut kerana jauh di melaka. innalilllaiwainnalillahiraji'un. han
ya ALLAH yang mengetahui apa yang ada di sebalik hatimu.
hati kamu emaskah kamu?
saya bermuhasabah kembali. mereka memang layak digelar keluarga sempurna dan bahagia. ba
hagia menghadapi apa jua keadaan. redha dengan segala ketentuanNYA. saya masih ingat kenangan manis bersama kamu,kawan. tenangnya muka kamu saat hadapi ujian sebegitu. kini, segalanya seperti biasa. cuma yang berubah tanggungjawab masing2. satu2nya anak lelaki dalam keluarga itu menjadi ketua keluarga walaupun dia adalah anak yang keempat.
ingat, saudara lelaki lebih berhak menjadi imam dan wali kepada semua saudara perempuannya. saat itu salah seorang adiknya berwajah muram. menjadi pendiam. termenung. siapa yang tahu wahai adik. tiada ibu, tiada ayah. si abang memujuk adiknya. dibelai dengan kata2 semangat. si kakak2 juga saling memberi sokongan kepada adik2nya. si abang membuat keputusan supaya tinggal di asrama sekolah agar ketenangan itu berpihak kepada adiknya suatu hari.
hati emaskah kamu wahai saudara?
kejayaan itu milik kamu
kakak kedua dan ketiga kawan baik saya. mereka agak rapat dengan saya. saya sayang mereka. mereka anak2 soleh dan solehah. saya mahu menjadi setabah mereka. kakak sulung kini berada di uiam mengambil medical and surgery course. bakal doktor. dia bertekad. kini kakak yang kedua juga mengambil course yang sama tapi berada di mesir. cuti semester pasti dia pulang menjengah adik2nya. dia rindu. kini kakak yang ketiga merangkap juga kawan baik adik saya membuat persediaan untuk ke luar negeri. kamu hebat. si abang kini berjuang menghadapi spm. semoga berjaya kamu. adik2 masing memasang azam mengikuti jejak langkah kakak dan abangnya yang cemerlang. sabarlah sayang. berazamlah sesungguhnya.
saya tidak tahu kekuatan manakah mereka ada? tabahnya mereka. suka duka dikongsi bersama. saya belum bersedia mengahadapi semua itu. ibu2 saudara dan bapa2 saudara juga termasuk sepupu sepapat dan atuk2 juga nenek2 mereka juga membantu mereka. saat adik paling bongsu menghadapi masalah kesihatan, mereka hadapi bersama. inilah kurniaan ALLAH. alangkah bahagianya mereka.
::sayangi dan berbaktilah kepada mereka sebelum mereka dijemput ALLAH::
::bahagiakanlah mereka::
2 comments:
siape ek? teringin nak kenal. kagum.
nnt saya kenalkan~
yan~
thnks ziarah
Post a Comment