Thursday, February 17, 2011

aku TERpandang

wahh. hari ini sungguh penat. semalam, semalaman asyik berjalan. sana sini menggunakan nikmat kaki. alhamdulillah. ALLAH masih bagi kesempatan dan kenikmatan untuk saya menghadiri majlis yang bermanfaat kepada kita semua. ada kaki untuk bergerak. ada tangan untuk makan. yang paling penting ada akal untuk berfikir.

hari itu, asyik berjalan untuk ke destinasi indah bak taman syurga itu, saya terserempak dan terpandang seorang lelaki tua. duduk di tepi laluan pejalan kaki menuju ke LRT. di atas ribanya ada sesuatu. berwarna biru. di dalamnya ada banyak tisu. *saya tidak kira pula ada berapa. that's not my own business* dalam genggaman tangan kanannya ada sebatang tongkat. tongkatnya berwarna putih. tentu anda tahu dia siapa. dia duduk diam. dia tidak ke mana. hanya di situ sepanjang hari. jika ada manusia yang baik hati, ada laa rezeki untuk dia pada hari itu.

apakah mungkin aku akan begitu suatu hari nanti?

atau

siapakah aku untuk memperlekehkan dia?

atau

akukah manusia yang baik hati itu?

persoalan yang sangat signifikan kepada kita. apakah mungkin kita akan begitu suatu hari nanti? tiada memiliki apa-apa untuk memberi. malah lebih suka meminta-minta dan mengharap semata-mata pemberian orang lain. owh, pak cik mak cik. bagaimanakah kehidupanmu yang sebenar? mengapakah kamu sebegini? sejak muda dahulukah kamu begini?

lain orang lain cerita. ada sahaja manusia yang tidak suka berusaha. berpura-pura buta. berpura-pura sakit. berpura-pura memakai tongkat. walhal, masih sihat walafiat. syukurmu letak di mana wahai saudaraku? adakah kita tergolong dalam orang yang berpura-pura? berpura-pura sakit, walhal kita sihat. berpura-pura rajin keluar, walhal kita malas mencari rezeki.

ahhhhh! dush! satu hentaman melekat di wajahku. adakah aku tergolong dalam golongan itu? teringat kisah study dulu-dulu. rajin keluar awal. masuk kuliah. ZzzzZZZzz. penyakit apakah itu? tetapi bersangka baiklah dengan ALLAH. ada hikmah dengan semua kejadian itu!

back to the square one. tetapi siapakah saya untuk memperlekehkan dia. mungkin dia lebih hebat darjat di sisi ALLAH daripada saya. saya bukan sesiapa. saya tiada hak MENGHUKUM orang lain. padahal kita semua sama di sisi ALLAH. HAMBA ALLAH!!! kesimpulan. bersangka baiklah kalian dengan apa sahaja penemuan kamu. So, anda bagaimana?

"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu menggunjing atau memfitnah sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang diantara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang" HUJURAT : 12

ni kata-kata ALLAH. ALLAH tujukan ayat ini kepada orang-orang yang beriman. jadi, ALLAH mahu mendidik orang-orang yang beriman dengan turunnya ayat ini. ALLAH tanya kepada kita, nak makan daging saudara sendiri? anda cuba bayangkan, anda bunuh sahabat baik anda dengan cara kejam. kemudian anda siat-siat kulit dia. anda potong-potong daging dia. melapah. kemudian anda makan begitu sahaja. ya ALLAH! aku kejam, ya ALLAH!

bila kita jumpa dengan orang selekeh, berbaik sangkalah. mungkin dia terjatuh tadi. bajunya kotor. bila kita jumpa dengan orang yang berkepit antara lelaki dengan perempuan, berbaik sangkalah mungkin mereka sudah berkahwin. bila kita terjumpa dengan seorang kanak-kanak kecil berani melangkah perjalanan dengan LRT, berbaik sangkalah dengan mungkin mak bapak tidak sempat untuk ambil mereka pulang dari sekolah.

jadi, mahukah kita menjadi orang yang bertaqwa? sila scroll kembali ayat hujurat tadi! selepas kita dapat menjauhi prasangka itu nyah selama-lamanya dari hidup kita, kita ini FREE FITNAH!!! langkah seterusnya, kita menuju kepada arah TAQWA!!!

siapalah kita di sisi pencipta akal dan perasaan manusia itu.
mintalah padanya agar kita dijauhkan daripada prasangka.
DIA yang menjaga kita saat kita menjaga DIA!!!


p/s "NAH adik-adik!!!"

"NAH!!!"

*gara-gara Adik-Adik dan alQuran di tv9

5 comments:

Unknown said...

saye suke ini post. :)

Unknown said...

NAH ADIK-ADIK!!!

NAH!!!

i like it too.

. said...

lagi satu hal kan... kdg tu bukanlah berprasangka buruk...
just, kita ni je yg suka letak expectation yg tinggi kat org2 lain... bila org lain takboleh buat sumting yg kita rasa mereka patut buat, kita pandang rendah merendah! dan memandang tinggi diri kita! isk isk isk....

kita sama di hadapanNya, tiada berbeza semua manusia, nilai kita di hadapanNya, hanyalah taqwa setulus jiwa... (faliq)

saya takut nak mengaku saya ni orang beriman, takut nak mengaku saya hamba Allah.. sedang hati masih lagi cinta dunia... masih tidak benar2 hamba... :(

insyaAllah.. harap teman2 semua dapat bimbing saya dalam membina kehambaan kepada Allah....

. said...

ops... pandang rendah mereka* typo disitu. malu :">

Unknown said...

takpe.

hati.

wahan.

hmm.

muhasabah.

perbaiki.

rendah hati.

capai taqwa.

^^