Islam suruh kita jadi kaya bukan sebab nak bermegah, bukan sebab nak kahwin dekat Hotel Palace of Golden Horses, bukan sebab nak ada rumah 30 bilik, kereta 13 buah, tapi sebab nak suruh kita mampu bayar zakat, sebab nak suruh kita menolong orang lain, supaya kita tidak meminta-minta,supaya kita tidak berhutang keliling pingggang, mengharap belas ihsan dari orang.
sumber ILUVISLAM
cuba baca kata-kata di atas.
saya bertanya kepada kalian. mahu jadi kaya?
saya mahu jadi kaya. saya tidak pernah berjumpa sesiapa yang mahu jadi miskin. semua orang mengimpikan hidup senang. alhamdulillah, syukur jika kita berada dalam golongan kaya.
saya suka melihat gaya seorang kaya. kekayaan yang digunakan utnuk berjihad dijalan ALLAH. saya pernah beberapa kali hadiri program di rumah akhawat yang benar-benar menjadikan rumah tersebut di jalan ALLAH. saya juga teringin.
SURAH 2 AL BAQARAH AYAT 265 :
Dan perumpaman orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keridhaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak didataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis pun memandai. Dan Allah Maha melihat apa yang kamu perbuat.
Dan perumpaman orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keridhaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak didataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis pun memandai. Dan Allah Maha melihat apa yang kamu perbuat.
ALLAH melipat gandakan kebaikan kepada sesiapa yang membelanjakan hartanya di jalan ALLAH.
tapi kalau kita miskin, apa yang kita boleh beri?
kalau kita tidak kaya harta, kaya jiwa sangat dirahmati ALLAH. sebagaimana ALLAH memuliakan orang-orang yang bertaqwa kepada ALLAH. kita lihat bagaimana kehidupan Rasulullah. baginda tidak kaya harta namun beginda kaya jiwa. sifat ihsan yang lahir dalam dirinya hasil didikan ALLAH dan juga berdasarkan proses yang hebat daripada Rukun Islam dan Rukun Iman.
orang kata pengalaman mengajar kita erti kehidupan. kesakitan itu mengajar kita erti sihat. tua itu mengajar kita erti muda. kesempitan itu mengajar kita erti kelapangan. saya, awak, kamu, engko, kita perlu 'check-check' balik diri kita. bagaimana sifat ihsan kita. akhlak yang mulia lahir daripada keyakinan yang kuat terhadap RUKUN IMAN dan dizahirkan melalui RUMUN ISLAM.
kalau kita baik dengan orang, orang akan baik dengan kita.
kalau kita dengki dengan orang, berganda-gandalah engko akan didengki.
=)
last but not least, LOVE U ALL.
*saya main tulis je nih*
cuma nak kongsi kata-kata atas sekali tuh.
5 comments:
bestnya quote di ats. saya sangat suka. semangat88!!!!
salam...
actually benda nie sgt brkaitan dengan cita-cita kita...bila ditanya apa cita2 anda dan kenapa memilihnya...ramai akan menjawab pekerjaan yang hebat2 dan memberi alasan kerana akan dihormati umum serta gaji yang bnyk semata2...kebanykn mereka gagal mencapainya kerna niat yang salah..betolkan niat bhawa kita mahu berjaya atau menjadi kaya agar mmpu mbayar zakat,brsedekah serta berjuang untuk islam 2 sendri..insyaAllah...Allah kan mmpermudahkan segalanya untk kita mncapai cita2 tersebut..
betul-betul.
hebat kepada sesiapa yang niat kerana ALLAH.
saya lagi plus memang tabik kepad sesiapa yang kaya dan raya berjihad dengan hartanya kemudian dia hidup sederhana. seperti abu bakar asSiddiq. =)
kita kene lah usaha sungguh2.
kaya jiwa plus kaya harta.
ngeh88.
insyaAllah. :D
besar tanggungjawab orang2 yg kaya ni....
nanti akan disoal di akhirat.
jom kita... jadi berjaya dan kaya....
berjaya dan kaya dunia akhirat....
kaya harta dan jiwa.
kaya dengan rahmatNya....
kaya untuk Allah. kaya untuk Islam :D
kaya dengan rahmatNya
i like tht.
doalah moga kebaikan itu berpihak pade kita.
Post a Comment