assalamualaikum. hey engkau. subhanallah. sudah lama kita tidak bertemu.
kami berpelukan. erat. sungguh erat. aura persahabatan semakin dirasai.
wsalam wbt. wahai teman. sudah lama saya ingin berjumpa dengan kamu.di mana kamu selama ini?
aku beginilah. masih berpakaian compang-camping. comot-momot. tapi lihat engkau sudah berubah jauh sama sekali dengan aku. apakah rahsia kau?
saya berpakaian kemas, semakin bersopan santun, hormat-menghormati, sayang menyayngi kerana ada sesuatu yang mungkin saya rasa hanya saya yang miliki.
dia tercengang. apalah ayat seterusnya yang dia akan katakan? sudah berkahwin kah? ade boyfriend ke? hebat betul dia ni...
saya ada Allah di hati yang selalu menyayangi saya.
hatinya terasa tenang tatkala ayat itu meluncur daripada perbicaraan mulut temannya itu. hatinya bagai dipanah cinta syurga. setitik demi setitik berguguran kerana kekhilafan dirinya yang sudah lama menjauhkan diri dengan ALLAH.
*ahh, manusia itu pelupa. lupa yang dia berpijak di bumi tuhannya. lupa yang dirinya juga bertuan. lupa akan nikmat yang dia kecapi itu milik tuhannya. siapa tuhanmu? ALLAH!!!!
No comments:
Post a Comment