::abseiling sebentar::
indah. tempat itu indah. bagai tempat puteri bersiram. cantik. batu-bata sungai yang licin terbentuk seolah-olah menyambut kedatangan kami dengan senang hati. wah,subahanallah.
saya bertafakuh sebentar di atas batu. sambil bermenungkan air terjun. ye
, air terjun SG Pisang. keseronokan di dunia takkan sama dengan keseronokan di akhirat kelak. berpada-padalah mencari kebahagiaan di dunia. bataskanlah diri dan hati dengan keseronokan dunia. ingatkan diri yang kita ada tujuan lebih utama. menuju ALLAH.
kemudian saya membawa diri saya sebagai seorang daie. saya perlu bertenang dalam keadaan apa keadaan sekalipun. tugasan berat atau ringan, kembalikan sahaja kepada ALLAH. ALLAH sahaja yang memberi kekuatan itu. seperkara lagi, malu dan segan itu perkara yang lain. saya membaca daripada satu artikel ini mengatakan bahawa,
~Orang yang beriman takkan segan - segan bila buat kebaikan.. tapi sangat malu untuk melakukan keburukan~
::subahanallah::
No comments:
Post a Comment