Thursday, May 26, 2011

Memberi kefahaman bukan memberi perintah

Haish. Lenguh badan belum habis lagi. Nampak sangat lembik. Kena tambah stamina lagi nih. Kayuh basikal, 5 minit sampai Monash. amacam?!! terrar ta? Ta de nyer dibuat orang. Naik kereta boleh la kot 5 minit. Itu pun lebih 5 minit. Cari parking plus nak kunci kereta plus nak berjalan daripada parking yang jauh. Ok. Ini sudah bleber namanya...

BACK TO THE POINT!!!

Kita bukan robot. Kita adalah manusia yang mempunyai hati dan perasaan(ayat drama ~.~). Memberi perintah kepada sesuatu tidak akan melekat di hati tentang pengajaran di sebalik perintah melainkan memberi kefahaman terlebih dahulu. Kefahaman yang mendalam sesuatu perkara terutama dalam bab akidah, ibadah dan akhlak...akan melahirkan generasi yang mempunyai kesedaran akan kepentingan sesuatu itu.

"Hang, bak sini duit. Keluarkanlah untuk derma kat mesjid. Kata nak dapat pahala???!!!"

Semua tahu derma, akan dapat pahala kan? Tapi, dengan kata-kata perintah sahaja tidak akan melekat di hati tentang ibrah di sebalik derma atau sadaqah atau infaq. Melainkan kita beritahu dan fahami tentang ganjaran yang Allah janjikan kepada para penderma yang ikhlas beserta sikap berlapang dada dengan harta yang kita ada.

Sikap ini Imam Hassan alBanna terapkan dalam usrah beliau. Beliau sangat memerhatikan kelakuan anak-anak beliau. Beliau memberi kefahaman bukan memberi perintah. Salah seorang anak beliau terlalu suka membaca komik sehinggakan Imam Hassan al banna yang baru sahaja tiba di rumah pada tengah malam atas urusan dakwah, terlihat si anak kecil belum lagi tidur dan masih bersama dengan komiknya. Namun, si ayah tidak berkata,

"Bangun sekarang dan masuk tidur...!!!"sambil merampas komik dan menghempas ke lantai lalu telinga si anak di tarik ke atas supaya bergerak naik untuk tidur (adegan melampau nih...)

Imam Hassan alBanna hanya membiarkan anaknya itu dengan komiknya. Lalu, Imam membelikan buku-buku berupa tokoh-tokoh para sahabat yang sangat dikagumi dan digeruni musuh. Kisah-kisah perjuangan yang bermula sejak kanak-kanak. Kisah-kisah motivasi yang meyakinkan si anak untuk menatap lagi buku-buku seperti itu. Akhirnya tinggallah komik itu sebagai kenangan.

Saya tersenyum. Kagum.

Kita pula bagaimana?

No comments: