Tuesday, May 17, 2011

Sambung kisah Semalam






Semalam telah lama meninggalkan kita. Kenangan yang hanya tersimpan dalam ingatan. Ibrah yang diambil buat pengajaran.

Seronok membaca blog kawan-kawan. Semakin matang dalam kehidupan. Ingin menjadi lebih baik daripada semalam. Ingin memperbaiki diri sebelum melangkah ke langkah seterusnya. Harapan yang diiringi dengan usaha insyALLAH.

Tapi yang paling penting didahulukan dengan tawakal kepada Allah.

kisah Adik-adik Rumah Limpahan Kasih

Pengenalan pertama dengan seorang adik bernama Syafiqah. Comel. Berborak tika kali pertama duduk dalam bas bersama. Kisah perjalanan seorang adik berasal dari perak. Teman baiknya Siti. dok sibuk bercerita campur tidur, akhirnya sampai. Jalan yang berliku untuk masuk ke MUJAHADAH TRAINING CENTRE sangat liku. Seorang pengiring mereka yang sedang 'pregnant' bagaikan menahan sakit. Tapi muka dibuat-buat relax. Tabahnya kamu. Perjuanganmu moga-moga dibalas sebaik-baiknya oleh ALLAH kelak.a

Teringat kisah Asma' Abu Bakar di mana beliau sedang sarat mengandung sanggup berjalan jauh demi menghantar makanan kepada ayahandanya, Abu Bakar as Siddiq dan insan tercinta Rasulullah saw sewaktu peristiwa hijrah dahulu.

Makan. Solat. Layan adik-adik. Ice breaking. Games.

Saya tidak bersama mereka. Saya mahu bersama mereka. Namun tugas di dapur lebih memerlukan khidmat. Di dapur saya banyak belajar. Banyak yang saya perlu saya pelajari lagi. Lebih-lebih lagi tugas memasak. Hu88. Jenuh88. Yang paling kelakar tuh bila lepat pisang tu memang 'sedap'. keh88. Siap mereka yang makan tuh, dok perli2 orang dapur. Adeyh.

Saya banyak tugas di bahagian kebersihan. Periuk belanga. Macam kenduri kawen
pun ade gak. keh88. Main air je la keje ko ye...

Sila lihat-liha pic. Panjang jika na bercerita. okeh..........
::adik-adik yang menang. hebaat r korang!!! Fasi kalah. boo..eke88.

No comments: