Thursday, December 06, 2012

Aku sayang adik

Adik,
di sana aku menanti
masa berlalu pergi
wajahmu sungguh ceria
bagai bahagia bertandang di hati
aku menyentuh pipi
dia tenang sekali
Kita berpegang tangan
Minum air susu
Makan di situ
Bergayutan jari jemari kita

Dia cerita dia
Aku mendengar
Dia cerita hidup
Aku terhisab jua
Dia cerita iman
Aku terbangkit jiwa

Aku sayang adik
Adik, jangan putus asa
Kerana Allah itu Maha Tahu

Adik, teruskan ketegasanmu
Kerana Allah akan beri hadiah berharga
Suatu hari nanti

Adik, bilamana identitimu adalah Islam
Di mana-mana orang akan pandang
Teguhlah dengan pendirianmu
Kerana nanti Allah lihat
Lalu
Segera akan meminangmu dengan Syurga

06122012

No comments: