Monday, December 03, 2012

Lazuardi.

Tiada siapa tahu rahsia Tuhan
Usahanya juga membawaku ke jalan tarbiyyah.

Ketenangan
Bila ikhlas menjelma
Indah terukir lingkaran senyuman
Kurasa degupan hati
Dup dap memandang wajahmu

Dalam persalinan lazuardi
Kau melangkah dengan indah
Langit yang mendung
Lazuardi cerah tiba-tiba
Aku terkesima

Memandang jari jemarimu
Kerana dakwah
Kelihatanmu lebih anggun berbanding biasa-biasa
Langkahmu indah
Kerana dakwah
Lazuardi itu tenang
Tenang dalam dakapanmu ukhti

Senyummu kelegaanku
Tika masam mencoret wajahku
Aku berusaha berhias di hadapanmu
Kerana kamu saudaraku
Lazuradi hatiku

Coretan khas buat ukhti yang saya pernah saya temu ketika tingkatan 3
Program 3R 'Remaja Raikan Ramadhan'
Di Masjid alAzim Melaka

Terima kasih kakak. Walau itu kali terakhir kita jumpa dan kali pertama kita temu, moga kebaikanmu akan aku saksikan di hadapan Allah kelak.
Dan lagi satu,
Nasihat kakak yang satu itu saya masih pegang insyALLAH.

No comments: