Monday, January 14, 2013

Perasaan apabila bertemu orang yang kita suka

Pertama sekali mestilah gembira.

Boleh terbayang-bayang zaman kegembiraan bila bersama dahulu.

Boleh juga terbayang dosa dahulu.

Perasaan nak jumpa banyak kali.

Kalau anda ada simptom seperti di atas, sah memang anda jatuh 'dalam' cinta. Hai, kalau buka topik ni terus laju teringat awek atau pak we dulu kan. Ok. Itu salah :)

Ukhuwah Islamiyyah.

Apabila diri ini dicintai, begitulah perasaan orang yang mencintai. Cuma empat perkara ini kadang-kadang sudah cukup membuatkan diri ini dihempap sebilion bunga mawar di hati. Ohoi..!

Bila diri ini disayangi, orang itu pasti mahu bercerita panjang tentang kisah hidupnya sebab dia mahu orang yang dia sayang tahu al-kisah al-bab hidupnya.

Ketika diri ini dipercayai, pasti bertalu-talu perasaan bertandang. Rasa rindu, rasa sayang, rasa apa lagi ye..rasa benci dan rasa tak suka.

Eyh, kenapa berkata demikian?

Sebab memang sunnatullah begitu. Kejap rasa rindu. Kejap rasa benci. Sebab kita ini manusia. Sememangnya ada perasaan begitu. Allah uji hubungan kita dengan sahabat supaya kita belajar bagaimana erti rasa bersyukur dan mengendalikan situasi-situasi yang sebegitu rupa.

Allah nak kita belajar.

Daripada kesilapan yang kita lakukan.

Berfikir betul atau salah dan kemudian perbaiki.

Terkadang membuat keputusan dalam keadaan emosi. Emosi itu juga Allah uji bila kita berhadapan dengan kawan-kawan. Hidup adalah komunikasi. Komunikasi kita dengan Tuhan. Komunikasi kita dengan makhluk ciptaanNYA.

Allah suka orang yang perbaiki diri.

Kerana selangkah kita mendekati Allah, berlari Allah mendapatkan kita.

Percayalah selagi kita berasa serba salah dan berat dengan sesuatu, positiflah dengan Allah.

Selagi masa ada nyawa, perbaikilah hidup ini ke arah mendekati Allah.



Kalau kita bertemu dengan orang yang kita suka, katakan padanya,

"UHIBBUKUM FILLAH!!"

Pesanan Ilham,
Memang begitu perasaaan saya ketika saya bersahabat dengan semua. Apatah lagi yang hidup bersama saya selama ini. Uhibbukum fillah ;)

No comments: