Showing posts with label fikiranku.... Show all posts
Showing posts with label fikiranku.... Show all posts

Monday, January 14, 2013

Perasaan apabila bertemu orang yang kita suka

Pertama sekali mestilah gembira.

Boleh terbayang-bayang zaman kegembiraan bila bersama dahulu.

Boleh juga terbayang dosa dahulu.

Perasaan nak jumpa banyak kali.

Kalau anda ada simptom seperti di atas, sah memang anda jatuh 'dalam' cinta. Hai, kalau buka topik ni terus laju teringat awek atau pak we dulu kan. Ok. Itu salah :)

Ukhuwah Islamiyyah.

Apabila diri ini dicintai, begitulah perasaan orang yang mencintai. Cuma empat perkara ini kadang-kadang sudah cukup membuatkan diri ini dihempap sebilion bunga mawar di hati. Ohoi..!

Bila diri ini disayangi, orang itu pasti mahu bercerita panjang tentang kisah hidupnya sebab dia mahu orang yang dia sayang tahu al-kisah al-bab hidupnya.

Ketika diri ini dipercayai, pasti bertalu-talu perasaan bertandang. Rasa rindu, rasa sayang, rasa apa lagi ye..rasa benci dan rasa tak suka.

Eyh, kenapa berkata demikian?

Sebab memang sunnatullah begitu. Kejap rasa rindu. Kejap rasa benci. Sebab kita ini manusia. Sememangnya ada perasaan begitu. Allah uji hubungan kita dengan sahabat supaya kita belajar bagaimana erti rasa bersyukur dan mengendalikan situasi-situasi yang sebegitu rupa.

Allah nak kita belajar.

Daripada kesilapan yang kita lakukan.

Berfikir betul atau salah dan kemudian perbaiki.

Terkadang membuat keputusan dalam keadaan emosi. Emosi itu juga Allah uji bila kita berhadapan dengan kawan-kawan. Hidup adalah komunikasi. Komunikasi kita dengan Tuhan. Komunikasi kita dengan makhluk ciptaanNYA.

Allah suka orang yang perbaiki diri.

Kerana selangkah kita mendekati Allah, berlari Allah mendapatkan kita.

Percayalah selagi kita berasa serba salah dan berat dengan sesuatu, positiflah dengan Allah.

Selagi masa ada nyawa, perbaikilah hidup ini ke arah mendekati Allah.



Kalau kita bertemu dengan orang yang kita suka, katakan padanya,

"UHIBBUKUM FILLAH!!"

Pesanan Ilham,
Memang begitu perasaaan saya ketika saya bersahabat dengan semua. Apatah lagi yang hidup bersama saya selama ini. Uhibbukum fillah ;)

Sunday, January 13, 2013

Surat kepada sahabat yang...

Kehidupan sebagai seorang muslim.

Kita hari-hari makan. Kita hari-hari minum. Kita hari-hari membuang 'sisa toksik'. Apa yang akan terjadi andai sahaja kita perit tekak? Andai sahaja nak muntah? Andai sahaja kita sembelit? Siapa yang berkuasa menentukan kita sihat dan sakit? Yang menentukan destinasi hidup kita?

Allah taala tentunya. Tuhan kita!!!


Awak bersyukur kalau awak tak sembelit? Awak bersyukur tak awak boleh makan dengan kenyang? Awak bersyukur tak awak boleh hidup dengan udara dan jantung yang sihat? Bersyukurlah awak. Nikmat itu Allah yang beri. Bukan dengan magika dia datang sendiri. Tidak. Tetapi Allah yang menentukan.

Andai sahaja kita ditarik nyawa saat ini, amalan apakah yang akan kita persembahkan kepada Allah?


Awak nak tahu tak, kita perlu sangat bersyukur kepada Allah. Sebab Allah kita terpilih untuk menjadi manusia di dunia daripada berjuta-juta sperma yang bersaing dengan kita. Bukan suka-suka Allah cipta kita di dunia. Ada tanggungjawab yang akan disoal kelak. Apakah telah selesai tugasan kita itu?

Tugasan sekarang.

Hamba Allah.
Khalifah.

Saya tahu mesti awak bosan dengan tajuk ini. Tapi saya nak tulis juga sebab setiap kali saya tulis, ini akan mengingat diri saya kembali. Sebab saya selalu lupa dua tugas utama saya ini.

Awak, untuk menjadi hamba Allah yang soleh dan solehah apatah lagi calon Syurga Allah memang payah. Tak semua kita suka buat dan minat, baik untuk kita. Tak semua kita tak suka dan benci, buruk bagi kita.

Sama seperti solat.

Awak nak lari daripada Allah? Bagaimana awak nak lari daripada Allah? Semua tanah, semua ciptaan Allah, adalah milik Allah termasuk bangunan setinggi langit, gua sekelam malam, hutan seluas angkasa dan duit sebanyak emas, milik Allah.

Kita miskin.

Kita ini miskin dan tak punya apa-apa di dunia. Miskin hina dina. Awak tak nak solat lagi? Awak tak nak solat lagi? Awak tak nak solat lagi? Cuba awak explain kenapa awak buat begitu. Saya tak faham dan memerlukan rasional daripada awak untuk perkara itu.

Saya tak pandai berhikmah. Maafkan saya seandainya ini soalan yang sangat kejam bagi awak. Tapi awak nak tahu saya menangis bila awak kata awak nak lari daripada solat.

Awak, jangan kejam dengan Tuhan.

Awak, jangan kejam dengan saya.

Saya takut suatu hari nanti awak cari saya di akhirat. Tuhan suruh awak cari saya. Lalu menyoal.

"Kenapa kau tidak mengajak aku solat? Kenapa kau membiarkan aku dalam kesesatan?"

Saya tak nak. Saya takut dengan itu. Saya cuba sedaya upaya apa yang saya ada untuk membantu. Tapi awak please buka sedikit ruang di hati awak untuk merasakan diri bertuhankan Allah.

ALLAH knows you well.

Saya harap suatu hari nanti awak berubah.

Berubah kepada Allah.

Keikhlasan untuk berubah itu subhnallah sangat tinggi nilainya di sisi Allah.

Awak...

Saya nak awak solat...

::Sahabatmu::

Tuesday, September 06, 2011

sedekah lidahmu

bual bicara berjam-jam
di suatu sudut di gudang buku
ungkapan daripada lidah
terus mencatit malaikat rakib dan atid
lidah berbicara
jangan disia-sia
manfaatkanlah setiap kata
kerana kata-kata menjadi motivasi
kata-kata menjadi inspirasi
kata-kata menjadi hati

wajah itu cerminan hati
wajah yang manis pantulan hati
senyum bicara penenang hati
saat dilanda badai duri
aku menerima kata-kata itu
mengesani dalam hati walau setitis

aku khilaf dalam bicara
apatah lagi menasihati
aku khilaf dalam menyusun kata
apatah lagi manis bicara
aku berdepan krisis hati
lidah terbelit mengguris  hati
maaf kupinta pendengar setiaku
akan kuatur sedayaku
patah bicara ketika mengayun lidah

sedekah lidahmu
menjadi amalmu
peneman mu kelak
di alam akhirat

nukilan berkarat lagi 6 september 2011

Sunday, June 26, 2011

"Kenapa aku perlu kawen dengan dia?"

Cinta selepas kahwin.

Apa beza cinta sebelum kahwin dan selepas kahwin?

"miang ah kau nak bercerita tentang kahwin?"

Saya bercerita untuk kamu berdasarkan pendapat dan pengalaman orang lain. Saya ingin berkongsi agar cerita ini tidak luput begitu sahaja.

Kenapa ramai yang mengatakan cinta sebelum kahwin itu indah? Mungkin ada yang beranggapan hidup dan kahwin atas dasar cinta kan bahagia kerana masing-masing sudah mengenali hati budi dan perasaan sayang itu sudah melekat di hati. TETAPI cinta dan sayang itu telah disemai semenjak sebelum pernikahan berlaku...nak dijadikan cerita selepas bernikah, peristiwa bercinta itu menjadi kurang hot pula. Apa yang berlaku sebenarnya. Tentu korang dah dapat agak kenapa? Atau mungkin masih tertanya-tanya? Saya kaji dan kaji lebih mendalam rupa-rupanya peristiwa hot bercinta itu telah terjadi sebelum pernikahan lagi. Jadi apa yang perlu diberikan selepas pernikahan?

Bagaimana nanti zuriat yang bakal kita lahirkan? Kita mahukan mereka taat kepada kita. Hormat. Sayang. Tetapi mereka berhak dilahirkan dalam suasana cinta yang sempurna di mana mak pak dia tidak berzina terlebih dahulu sebelum bernikah. ZINA??? Bukanlah zina secara zahir semata. Apa yang perlu dititikberatkan ialah zina hati, zina tangan, zina mulut (kata-kata).

Saya terdiam.

Saya tertanya-tanya. Kenapa aku perlu bernikah dengan dia? Dia yang saya maksudkan, dia yang saya tidak kenali, dia yang tidak pernah bertemu dengan saya, dia yang sentiasa mencintai saya walau tidak mengenali saya siapa, dia yang saya cintai tanpa saya tahu siapa dia? Sukar bukan untuk bernikah dengan dia yang tidak dikenali. Bukankah ALLAH telah berfirman,

“Dialah yang menciptakan kalian dari satu orang, kemudian darinya Dia menciptakan istrinya,
agar menjadi cocok dan tenteram kepadanya” (Al-A’raf 189)

Dia yang menciptakan ketenteraman antara kamu dengan menghadirkan seorang wanita yang bergelar isteri. Kehadiran isteri sebetulnya menghadirkan ketenteraman buat sang suami.

Suka saya berkongsi hadis ini,

“Wahai para pemuda, siapa saja diantara kalian yang
telah mampu untuk kawin, maka hendaklah dia menikah.
Karena dengan menikah itu lebih dapat menundukkan
pandangan dan lebih menjaga kemaluan. Dan barang siapa
yang belum mampu, maka hendaklah dia berpuasa, karena
sesungguhnya puasa itu bisa menjadi perisai baginya”(HR. Bukhori-Muslim)

Rasulullah berkata sesiapa sahaja yang sudah mampu, bernikahlah. Tidak pernah saya jumpa ayat yang mengatakan ,"bercintalah kamu sebelum kamu menikah agar hati kamu tenteram."

Yok kita lihat satu hadis lagi,

“Janganlah kalian mendekati zina, karena zina itu
perbuatan keji dan suatu jalan yang buruk”
(Al-Isra:32)

Jalan manakah yang kita pilih?

Ayuh kita lihat lagi kenapa saya sendiri memilih untuk begitu. Begitu itu maksudnya hot bercinta selepas nikah. (errrrrrr...)

Allah menciptakan manusia itu bertujuan untuk beribadah kepada ALLAH dan menjadi khalifahNYA. Maksudnya apa? Allah ingin di hati kita semua and every single of you hanya ALLAH yang utama. Hanya ALLAH cinta hati kita dan tiada yang lain. Pernah seorang ukhti ini berkongsi, kalau betullah ALLAH itu cinta hati kita, kita bangun-bangun terus teringat pada ALLAH. Terus nak contact ALLAH. Sebab rindu sangat....So, kita prepare nak contact Allah, ambil wudu dan terus kita laksanakan solat. Lepas tuh tak sabar nak tengok sms apa yang ALLAH bagi selepas ini, sebab Allah sentiasa bagi sms kat kita...lepas baca sms (alQuran alKarim) hati pun berbunga-bunga. Kadang-kadang ALLAH contact kita secara diam-dia. comel jer. Cuma kita jer yang tidak sedar DIA sedang contact kita. Percayalah bila orang dah angau dia sanggup buat apa sahaja demi yang dicintai. Bila suruh buat ini, dia terus buat. Bila dilarang buat, dia memang tak buat. Ye la dah mabuk bercinta...begitu juga ALLAH...!!!

Jadi Allah tidak mahu kita menduakan cinta Allah.

Itu point utama yang saya nak sentuh.

Yakinlah,

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang
keji, dan laki-laki yang keji adalah buat
wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang
baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki
yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”
(An-Nur 26)

Allah tidak mahu kita menduakan cintaNYA. Jadi, alright lah kan kalau saya bernikah dengan "si dia" yang benar-benar saya tidak tahu juga walaupun dia tak tahu saya mencintai dia dan dia pun tak tahu saya mencintainya.

sweet banget.
mengimpikan sebuah baitul muslim yang sederhana.

untuk si dia :))
aku doakan moga kau bahagia denganNYA
pilihlah ALLAH, jangan pilih aku.


Friday, June 24, 2011

Menghargai Kehidupan

Saya melihat dia dari jauh. Saya melihat dia dari dekat. Saya tenung matanya. Saya berkawan dengan dia. Saya bersahabat dengan dia. Saya mengikat janji dengan dia. Mengikat janji bahawa inilah jalan dakwah yang kita akan tempuhi bersama. Saya hairan dengan dia. Dia itu pernah ada masalah atau tak? Kerana wajahnya sentiasa tenang. Tiada wajah berkerut apatah lagi wajah masam.

Sahabat ini pernah menyampaikan kepada saya bahawa jangan berfikir semua masalah itu masalah. Masalah itulah ujian daripada ALLAH yang mana menguji kita agar lebih kuat dan lebih bersabar. Ujian inilah yang dikatakan sebagai guru kehidupan. Di hujung jalan nanti menanti kematian. Itu kepastian. Sesuatu ketetapan yang tidak mampu diubah oleh manusia melainkan ALLAH.

Berbalik kepada persoalan ujian sebentar tadi. Ada yang hilang tempat pergantungan. Ada yang lapar. Ada yang kekurangan fizikal. Ada bercerai berai. Ada yang bergaduh. Ada yang keluarganya retak malah ada yang sudah berderai. Ada yang anak-anak yang nakal. Ada yang tekanan tempat belajar. Tekanan di tempat kerja. Pelbagai ragam musykilah tak tersenarai. Namun rempah ratus hidup itulah mengajar erti bersyukur dan bersabar. Bagaimana mungkin kita belajar syukur dan sabar tnapa melalui ujian-ujian sebegitu rupa.

Anggapan saya salah sama sekali kepada seorang sahabat saya yang lain. Sikapnya biasa-biasa sahaja. Namun bacaan alQuran subhanallah begitu indah...Hati saya rendahkan. Mendengar sayup-sayup dari kamarnya. :)) benarlah kata pepatah don't judge its book by its cover.

Ali : Weyh, kau pergi mana?
Azzam : Aku nak keluar.
Ali : Aku tanya kau mahu pergi mana bha?
Azzam : Aku ada meeting dengan geng aku.

Sedang berkemas, menhayun beg ke dadanya. Azzam melangkah ke depan pintu sambil menagmbil sepasang snicker berwarna coklat gelap.

Ali : Confirm ke jadi?
Azzam : Tentulah sudah confirm. Baru jap tadi kawan aku call.
Ali : Mana tahu tak jadi...

Ali menyambung telahan Subjek Mikrobiologinya yang terhenti beberapa minit yang lalu.

Azzam : Ye ke? Aku pergi dululah....Assalamualaikum.

10 minit berlalu...Seringan phone Ali berbunyi.

Azzam : Salam. Kau kata tadi nak pergi makan kan. Jom.
Ali: Aik??? (gelak..!)
Azzam : (malu88...!) Err, jomlah turun.

Pesan untuk Ali, bersabarlah dengan budak ini. Qadha' Qadar Allah itu ada di tangannya. Jangan sekali-kali kata CONFIRM kerana kita tidak tahu masa depan bakal berlaku.

MAKANYA, kita hendaklah berkatalah insyALLAH. Bersyukur ada kawan macam Ali. Baru sedar Azzam, manusia ini kadang-kadang perlu diingatkan. YA, kita manusia biasa. Seringkali terlupa dan perlu mengingatkan...Kita ini saling membutuhkan!!!

*Apa yang kau tahu tentang kehidupan ini?



Tuesday, June 14, 2011

Diri Mewah

Jangan biasakan diri dengan kemewahan.

Itu antara pesanan umi saya kepada saya secara tidak langsung. Terima kasih umi...Umi banyak mengajar saya tentang kehidupan ini.

Kenapa ada pesanan sedemikian? Kalau diri dah biasa senang, bila susah merengek-rengek. Pernah jer satu waktu ketika itu, saya rasa keluarga sayalah yang paling susah kat dalam dunia ini (pemikiran budak-budak). Jam menunjukkan 3pm. Langsung tiada makanan untuk dimakan. Yang ada hanyalah nasi dan ikan bilis. Ikan bilis itupun saya goreng apa yang ada sahaja. Ketika makan itulah, saya terfikir bagaimana susahnya keluarga yang miskin dan hari-harinya berlaukkan ikan bilis.

Kalau kawan-kawan yang di luar sana, mesti ada yang lagi susah daripada saya. Maafkan saya. Semuanya datang daripada Allah dan hanya kepadaNYA kita kembali.

Benar, ada kalanya kita merasa kitalah paling senang dalam dunia. Makan hari-hari berlaukkan ayam. McD. Burger rm11. Pergh...KFC beringgit-ringgit walau dengan seketul ayam. Apa lagi erk? Pizza sekeping berbelas ringgit. Beg dompet berpuluh ringgit. iPad...segala benda kemewahan hari ini, tak terkira banyak yang sudah kita belanja. Banyaknya kita sudah belanja. apakah itu benar-benar keperluan atau kehendak semata-mata? (tanya diri kau balik,,,muhasabah88...)

Tetapi bila mengenangkan ada yang hanya berlaukkan ikan bilis setiap hari, selera memang sukar timbul. Saudaraku, timbalah ilmu Allah sebanyakNYA moga kau mendapat keuntungan akhirat. Pesan sahabat, kejarlah akhirat, dunia akan mengikutimu. JANGAN MALAS!!! JANGAN SOMBONG!!!

Kisah di negara Jepun," NEGARA kami tiada orang MISKIN!!!! orang MISKIN itu ORANG yang SOMBONG..."

Suramnya hati bila jauh dengan ALLAH. Bila harta benda sudah melekat di muka, di mana kita mahu meletakkan wajah kehambaan kita kelak.

Pesanan kakak, buatlah buku kewangan. Buat perkiraan. Bukan untuk sekarang, tetapi perkiraan ini penting juga pada masa depan. Apabila mengurus diri bila sudah bekerja dan mengurus keluarga bila berkeluarga. Belanja ikut kepentingan dan keperluan. Sabarlah wahai iman.

Allah, kau yang memegang hati ini.

Monday, May 23, 2011

sakaratul maut

sakaratul maut

saat al intiqaq

saat diberikan peluang

melihat kedudukan kita di akhirat

yang mana satu

menjadi kediaman kita

tips ringankan sakaratulamaut?

tiada melainkan pilihan hidup kita

ke arah ketaqwaan atau kebinasaan

ukhrawi segala atau duniawi semata

ALLAH segala atau manusia semata

oooOOoo ALLAH!!!

Friday, April 29, 2011

Jaulah ke Selandar

Pertemuan singkat itu amat bererti dalam hidup. Satu perjalanan ditempuh ketika menaiki dan melalui ranjau di rantauan Melaka. Hanya pakcik bas yang baik hati sudi menumpangkan kami anak perantau di negeri orang sehingga menjejakkan kaki di bumi bertuah ini, SBPI Selandar. 2 sahabat bertemu kerana perjuangan. Menemui para pendidik yang dirindui. Menemui para adik yang disayangi.

Berbekalkan kecetekan ilmu ini, membantu adik-adik.

Tabahlah wahai sayang.

Dunia luar itu luas. Bukan seperti bi'ah di dalam sekolah lagi yang kau akan temui. Dunia luar itu bahaya. Bukan seperti bi'ah di dalam sekolah lagi yang kau akan temui.

Makanya, didiklah hatimu sebaik-baiknya didalam bi'ah yang kau temui sekarang ini, agar hatimu cekal di luar sana. Didiklah sifat ketegasanmu di sini agar kau mampu menepis segala ranjau yang mendatangimu akan datang. Didiklah hatimu dengan kelembutan agar kau akan jalani hidup dengan kesenangan ALLAH.

Adik-adik. Aku kagum dengan semangat juangmu. Peperiksaan menanti keesokan namun kau sudi menghadirkan diri bertemu dengan kami. Juangmu itu berbekalkan api semangat yag tidak akan sirna sedikitpun. Moga Allah redhaa denganmu wahai adik.

Jangan bimbang wahai teman. ALLAH ada bersama dengan kita.

Jangan gentar wahai sahabat. ALLAH itu pasti menolong hambaNYA yang bersungguh bekerja keranaNYA.

Jangan lemah wahai adik. ALLAH menyukai mukmin yang kuat...

Peringatan demi peringatan menjengah dalam ingatan hati. Namun sedarkah aku,,,juga dalam dilema. BERUBAHLAH....BERHIJRAHLAH, moga Allah membantumu...

Wednesday, April 20, 2011

Nak jadi Mak Orang bukan senang.

Tajuk entri kali ini membuatkan saya tertanya-tanya.
Tertanya tentang masa depan dan akan datang.

Seriously i said, bukan senang nak jadi mak orang.
nak beranak pun kena mujahadah + sabar.

Memang seriouly, kalau nak jadi mak kena ada mujahadah yang sangat besar.
Kalau nak kata pengorbanan, dah berzaman isu tuh.
Memang benar nak jadi mak kena banyak berkorban.
Berkorban masa layan anak-anak. Jaga rumah.
Jaga ayah kepada anak-anaknya lagi.

_________

enjin kereta dimatikan. ibu melangkah keluar dari kereta sambil membawa beg sekolah (ibu adalah cikgu ye) dan membawa juga bungkusan2 plastik makanan yang baru sahaja dibeli tadi. penat ibu. "UMI DAH BALIK!!!" ceria jer muka ibu. jenguk kat tingkap, tengok anak-anak bergelimpangan depan tv. "ye" acuh tak acuh aje. *macam nak kene bakor ajer*

tiada siapa yang menyambut ibu di depan pintu. dalam hati ibu siapa yang tahu. anak-anak seolah-olah tidak menghargai kehadiran ibu.

________

"Umi dah makan?"
"Dah."
Dalam hati ibu siapa yang tahu. Kadang2 tipu sunat jer tuh. ye la. Nasi cukup2 untuk anak-anak dia makan.Beras pun tinggal sikit. Takkan tak nak bagi anak makan. Pengorbanan yang tidak mungkin aku tanggung setenang ibu. Umi...

________

"Anak-anak meh makan!"
Senyap sahaja di depan tv. Cis. 2 3 kali panggil baru menyahut seruan ibu. Cis. Seolah-olah tak hargai ibu masak apa di dapur. Dalam hati ibu, siapa yang tahu.

_______

Tika malam menjelang. Kau bersujud. Meluahkan isi hatimu. Tidak terputus walau setiap kali solat mendoakan anak-anaknya. Walaupun solat sunat. Kau begitu bahagia mendoakan kami, walau kami tidak semulia kau.

Rindu umi...

Wednesday, March 02, 2011

terintai di balik tirai

budak itu terintai-intai
ke mana semua manusia
tertanya-tanya
mengapa semua mendiamkan diri
terfikir-fikir
buat apakah mereka

budak itu terintai-intai
diri berseorangan
budak itu termangu-mangu
hati yang kesepian

p/s serabut.

Monday, February 28, 2011

Istimewa Hari Ini

Alhamdulillah. Ini post yang ke-100.ALYAA WISHES A GOOD DAY

Perjalanan 2 tahun blog ini sudah pun berlalu. Usiamu sudah 2 tahun wahai cik ilham.

Semakin lama kita berada di dunia realiti, semakin banyak tanggungjawab. Semakin banyak amanah yang perlu dipikul. Semakin faham akan setiap amanah yang sedang dipikul. Jadi tindakan pantulan perlu selari dengan matlamat.

Apa matlamat hidup kita ye?

Apa tujuan kita hidup?

2 soalan yang berlainan dengan jawapan yang berbeza. Matlamat kita adalah ALLAH. Kenapa matlamat kita ALLAH? Kerana dariNYA kita datang kepadaNYA kita kembali. Jadi apa bekalan yang kita bawa nanti kepadaNYA? Berbalik kepada persoalan yang kedua. Tujuan hidup kita adalah menjadi HAMBA kepada ALLAH semata dan menjadi KHALIFAH di atas dunia ini.
Dosa bertimbun.ALYAA IS GIVING UP Bila mahu bertaubat?

Tetapi masyarakat di sekeliling memerlukan pendukung agama yang mantap. Mereka dahagakan tarbiyah islamiyah. Mereka memerlukan biah soleh wa solehah.

Aku masih di sini. Tidak bergerak. Bagaimana aku layak menjadi penghuniMU di syurga kelak? Hanya melihat mereka bergelandangan.

Perjalanan yang ditempuh untuk melayakkan diri menjadi penghuni syurgaMU, subhanaALLAH, peritnya ya ALLAH!

Aku mahu menjadi seperti Tha'labah, ya ALLAH!ALYAA FEELS HOPE

Aku tahu pahitnya mujahadah ini kerana manisnya syurgaMU.

Bantulah kami, ya ALLAH!

"Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keuntungan yang besar"

(41:35)

Wednesday, February 23, 2011

Missing something.

Semakin hampir. Semakin menggelabah.

Hari semakin hampir. Owh TIDAK!!!ALYAA IS DESPERATE

Hari-hari saya berpeluh. Dok berfikir. Terus berfikir. Dush88!!! Away please~

Cuti. 3 1/2 bulan. Planning terlalu banyak sebelum cuti.

::Nak buat novel la. Tapi tak cukup ilmu lagi.
::Nak hafal. Target tak sampai.
::Nak tunang. Tapi tak dak calon. <---tak boleh belah!
::Nak membaca buku sebanyaknya. Hmm.
::Nak perbaiki ilmu memasak. Jarang balik rumah. Penghabisnya, si dia yang jadi lecturer for subject cooking segala bila kami duduk bersama.

Masa.

Menyesali ke?

Hadoi!

Manusia-manusia. Kenapalah kamu suka membuang waktu?




Demi Masa

Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Yang beriman dan beramal soleh
Ah...

Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Nasihat kepada kebenaran dan kesabaran
Ah...

( korus 1 )
Gunakan kesempatan yang masih diberi
Moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan disiakan
Kerna ia takkan kembali

Ingat lima perkara, sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati

Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Yang beriman dan beramal soleh
Ah...

Peringatan demi peringatan.
Entah pasti atau tidak apa yang kita lakukan selama ini diterima ALLAH.

pesan pak ostat:
::kalau kita sudah yakin kita masuk syurga,
- solat rawatib kita tinggalkan,
- solat fardhu ditangguhkan,
- tengking kawan-kawan
- begaduh dengan adik,
- mengumpat,
- asyik bicara hal dunia kerana yakin syurga itu milik kita akhirnya.

pak ostat kata lagi,
:: kalau kita tidak yakin lagi, tentu kita buat sebaliknya.

Saya sedih.ALYAA IS SAD

muhasabah sebentar.ALYAA IS WAITING

Saya semakin tidak serius. Saya cuma catat catit apa yang penting. Penting buat pengajaran hidup saya. Pengajaran demi pengajaran. Ibrah demi ibrah. Maafkan saya andai tulisan sebelum ini banyak mengusik jiwa kamu. Saya cuma nak berkongsi. Berkongsi hidup dengan kamu. Life is not mine. But Allah is holding my life. Not only my life. Your life too, my dear.

Missing something ALYAA IS MISSING.

Tiada Akal

"Hey, kamu! Kenapa kamu suka menjilat lantai. Tak kira lantai mana kamu jilat. Adakah lantai itu sedap? Kamu tidak tahu ke, lantai itu mengandungi kuman dan bakteria?"

"Aku punya sukalah nak jilat lantai ke hape."

"Adeyh. Saya tidak fahamlah awak ini jenis apa."

"Aku kan kucing. Macam mana ko boleh tak faham aku?"

Adeyh88. Itulah perbualan saya dengan si kucing saya yang saya namakan Kucheng. Adik saya pula namakan dia Kuch. Tetapi umi namakan dia Toletol. TO-LAIR-TOL. Nak sebut macam tuh. Agak kelakar ye di situ.

Di mana saya kesunyian, dia peneman.

Di mana saya suka membebel, dialah yang mendengar.

Kucheng. Hobi terbaru dia ialah jilat lantai. Nak kata meniru aksi dalam TV, tidak pula pernah saya lihat aksi sedemikian.

Pernah satu hari saya bertanya pada adik saya. Michiko. *nickname dia*

"Eyh, ain cuba tengok Kucheng tu buat apa? Dia pi cari makanan kat tayar. Ape kehe?"



Ketika membuang masa di halaman rumah dengan mencabut rumput bersama adik. *antara aktiviti cuti sekolah bersama adik*

Kucheng pi hidu tayar tu buat apa? Bukan ada makanan. Siap kes jilat-menjilat di situ.

"Eyh, akak nih. Takkan akak tak tahu. Kucheng mana ada akal! Dia kan binatang."

Dush88. Terkena den.

Akal budak kecil pun, SubhanALLAH!

Kucing Tiada Akal

Kucing memang tiada akal. Tapi dia mempunyai perasaan. Perasaan ingin tahu seperti hobi menjilat lantai. Perasaan ingin berdua-duaan seperti geram kemudia bergaduh dan contoh yang lain ialah mengawan. Perasaan sayang seperti menggesek badan di kaki orang. *haish* Nak memanja la tuh!

Bab mengawan nih, tak moh komen panjang. Sumbang mahram pun terjadi apabila si 'son' mengejar si 'mom' untuk mengawan. Hang memang tak betoi!

Binatang memang tak kira mak dia ka, adik dia ka, kakak dia ke, mak cik dia ka, semua dia ti*ai! Apa nak jadi pada hangpa yang manusia ! Hangpa tak tau ka, DOSA BESAQ bila hangpa sumbang mahram. Keji lebih daripada binatang. Depa tak dak akal. Hangpa yang ada akal, apa cerita?

Tu komen apa yang berlaku di dunia realiti di sana. Kita yang masih terjaga ini, jaga diri seeloknya. Akhlak yang terbaik adalah akhlak al-Quran. Siapa yang memiliki akhlak sedemikian? RAsulullah s.a.w.
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::: :::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Rasulullah SAW bersabda, "Khairunnas anfa’uhum linnas", "Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (HR. Bukhari dan Muslim)

:)
tak pasti nak membebel tentang apa.
lagi sekali.
:)

Thursday, February 17, 2011

Saya Kurang Gemar

"Wah, comelnya blog ini. Comel!" Tangan mula ligat 'scroll' sehingga ke bawah. Mata ligat berputar-putar. Hati mula membaca. Dush88!! Macam s****h.

"Blog ini sangat warna warni!!" Exasperated when i scrolled one blog. But look m***y.

Saya kurang gemar membaca coretan kisah peribadi sang romen tertulis dan tercoret di laman blog atau fb. Terutamanya pecintaan yang nampaknya setia. Maaf, saya kurang gemar nak ambil tahu tentang itu.

Kawan,sahabat, saya sayang awak. Awak, jangan marah saya ye. Kalau awak nak tegur saya yang mulut laser ni, please emel me. Atau kita jumpa depan muka ke muka. Atau wajah ke wajah. Saya sayang awak. Awak... saya nak peluk awak boleh? Boleh saya beri senyuman pada awak begini selamanya --> 8)

Lagi-lagi kalau ada sesetengah perkataan m******t digunakan. Perkataan-perkataan itu hendaklah dielakkan. Bungkus perkataan-perkatan yang negatif itu dengan suratkhabar lalu anda masuk dalam plastik. Ikat elok-elok lalu anda membuangnya di tempat yang sepatutnya. Jangan buang sepah-sepah ye. Kebersihan hendaklah dijaga. Pencemaran TIDAK sama sekali.

*Adakah saya mencemarkan alam maya ini dengan itu? 8| Muhasabah*

.....

Atas tu cuma teguran. Mungkin saya bercakap seorang diri kot. Ni pendapat saya. Jangan saman saya. Mungkin mata dan hati saya kurang gemar, jadi saya menukilkan di laman maya ini.

Saya pernah TERbaca di satu blog. BRO HAMZAH.

Tips-tips berblog agar menjadi amal soleh.

Mari saya simpulkan. Mungkin entri yang lepas saya copy paste BO_oLaT. Kamu pun mungkin tidak berkesempatan untuk membaca.

"Saya selalu diingatkan, bahawa apa yang kita kongsikan, tuliskan, persembahkan dan catat di dalam blog akan dirakam, direkod, dinilai dan akan diadili dihadapan Allah SWT kelak. Yang baik atau yang buruk, yang bermanfaat atau sebaliknya – semuanya akan memberi kesan kepada akhirat saya."
Bro Hamzah


(1) Niat dan cetusan hati
“ Wahai diri, untuk tujuan apakah aku berblog ini?”
Indahnya Islam, soal niat yang kecil ini menjadi perkara utama dan asas dalam beramal.

Motto hidup saya tidak akan pernah berubah buat selama-lamanya iaitu : “ Syara sentiasa dihadapan, Allah is number One!”
Bro Hamzah

(2) Konsep dan Tema blog kita
Inilah sebenarnya kekuatan blog seseorang.

Konsep dan tema yang diketengahkan. Ada orang, tema blognya ialah perkongsian dan catatan kehidupan sehariannya. Ada pula, menjadikan blognya medan untuknya membuat analisis isu-isu semasa, malah ada juga tempat ia berkongsi resipi-resipi masakan. Terpulanglah kepada kita. Yang penting, kita selesa, tenang dan suka akan konsep serta tema yang kita bawakan itu.

(3) Rekabentuk, susunatur dan antaramuka Blog
Bagi saya, blog yang baik adalah blog yang sedap mata memandang. Simple, kemas, pemilihan warna yang baik, tulisan yang mudah dibaca, mesra pengguna dan wujudnya interaktif antara pemilik blog dan pembacanya. BRO HAMZAH.

(4) Penggunaan bahasa , intipati dan prinsip asas
Elakan penggunaan bahasa pendek atau ringkasan yang sukar difahami. Kekadang, bahasa-bahasa sebegini akan menjemukan dan membosankan sesiapa sahaja untuk membacanya. Latihlah diri untuk menggunakan perkataan yang penuh ejaannya dan bahasa yang betul. Saya yakin, kita akan berpuas hati dengan perkongsian dan tulisan yang kita gunakan dalam blog nanti.

Di samping itu, kita nukilkanlah ia dengan bahasa jiwa dan bahasa hati.
Bak kata orang, tulisan yang ditulis dari hati akan jatuh menyimbah ke hati jua. ^^
Bro Hamzah wrote.

"Intipati dan pengisian blog harus menjadikan Al-Quran dan As Sunnah sebagai rujukan utama. Ini adalah soal prinsip, pegangan dan maruah kita sebagai seorang muslim mukmin. Tidak dapat tidak. Ajakan kepada kebaikan, kebenaran dan kesolehah harus mendominasi seluruh artikel-artikel, video-video, kata-kata hikmah dan apa jua yang kita letakkan di blog kita."

(5) Sentiasa konsisten dan istiqamah

Jika matlamat, objektif dan tujuan kita jelas, maka tunggu apa lagi? Kitalah yang akan berusaha mencari masa dan waktu untuk memberikan usaha yang terbaik. Semuanya kembali kepada kita. Dalam soal ini, cadangan teman-teman saya kepada saya dalam soal mengemas kini blog ialah :

Pertama, Ikhlaskan hati untuk mengemaskini kerana Allah SWT

Kedua, rancang dan susunlah waktu pemberian Allah SWT. 24 jam itu hargailah dengan bersungguh-sungguh

Ketiga, Disiplin, disiplin dan disiplin. Saya banyak belajar tentang ini melalui penulisan di blog. Semoga Allah permudahkan urusan saya.


....
AnaSakinah kata, yup. i always agree and definitely agree. I am trying to push myself to be the best blog teller. With the cover of ISLAM. Giving out a positive post and action.

ya ALLAH, tuntunilah hati kami hanya keranaMU!
Saya yang masih butuh teguran!!!
NAH,adik-adik!!!
NAH!!!
saya suka ustaz ZAMRI MANTOP!!!

*Anony---> ok ta entry ini? Berbaur emosi ke?

Umi juga Remaja

"weyh, jom gi jejalan petang nih" beriya-iya dia ajak saya bersiar-siar. menghilangkan bosan mungkin.

"malas ah. penat kaki aje." acuh tak acuh membalas.

"tak remaja la ko ni!" tergelak kami mendengar. ceyh.

Sejak akhir-akhir ini, banyak perkataan baru keluar daripada budaya remaja. *Bukan sejak akhir-akhir ini, memang daripada zaman purba dulu* Memang sah-sah terkeluar bulat-bulat 0_o daripada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Remaja-remaja. *geleng-geleng sikit. sakit tengkuk geleng kuat-kuat*

Perkataan pertama saya belajar daripada budaya remaja itu sendiri apabila jauh daripada keluarga dan duduk di luar negeri *padahal melaka je kot* ialah 'men-cha-pub'. Anda nak tahu 'menchapub' itu apa?

"Ko ni suka menchapub erk? Tak kira masa dan tempat"

"Nak buat macam mana. Inilah aku. You know me!!!" *cis*

'Menchapub' itu ialah mencari publisiti. Terkenang zaman muda-muda dulu. Pelbagai persatuan saya ikut bersama. Saya memang suka aktiviti kepimpinan. Suka bagi pendapat sampai semua orang gelakkan saya. Tapi itu dulu. Namun kepimpinan itu bukanlah aktiviti 'menchapub' ye! Kena teruskan sehinggalah saat akhir roh dikandung badan.

Sedangkan Rasullullah juga seorang pemimpin sehingga wafat. Mengingati kita. Pimpinan baginda yang ingin ditinggalkan. Ada banyak peristiwa yang menunjukkan kepimpinan baginda. Baginda pernah berdiri di atas bukit, memberi khutbah dan menyeru masyarakat musyrikin Makkah kembali kepada fitrah ISLAM pada awal kedatangan ISLAM. Pernah bediri di tengah-tengah masyarakat yang begitu anti-ISLAM di Thaif sehingga banginda dicederakan. SUBHANALLAH!!! Keberanian baginda kalau nak dibandingkan dengan keberanian kita itu bagaimana?

Adakah sekadar 'menchapub' semata atau benar-benar kerana ALLAH!
ya ALLAH. aku berdosa ya ALLAH!!! T.T

Umi juga Remaja

"Saje nak kantoikan umi?"
Saya tersengih.

"Dia ingat pandai gila nak kantoikan umi."
Semangat umi cerita!

Umi juga ikut gaya remaja sekarang ini. Umi kata, kalau umi tidak sekepala dengan mereka, mahu telinga mereka di lutut tu. Ngeh88. Umi saya cikgu disiplin. Siaplah kalau budak-budak degil, pemalas, nakal, jahat, penipu...umi boleh uruskan. Umi dah biasa dah dengan golongan sedemikian ye! Jadi, tiada masalah kalau umi pun gunakan perkataan yang saya 'bold'kan .

Fuyyo! Sempoi ah umi!

Semua itu ada batasan. Kan88. Pandai-pandailah kita semua nak gunakan perkataan itu. Berkatalah dengan sebaik-baik perkataan.

Allah suka kepada orang-orang yang melakukan kebaikan.
::ALLAHu yuhibbul muhsinin::

p/s NAH adik-adik!!!

NAH!!!

saya suka Atok dalam rancangan Adik dan alQuran.

Tuesday, February 15, 2011

saLing MenCintai

Alangkah indahnya percintaan itu kan?

Cinta yang lahir daripada hati yang ikhlas. Cinta kepada seseorang yang bernama....

tentulah KEKASIH!

Kenapa kekasih? Siapa itu kekasih? Kekasih itu ialah orang yang kita kasih plus sayang. Siapa kekasih kita itu? Cuba lihat hadis di bawah.


Siapa saudara kita, wahai sahabat? Mak bapak. Mok Pok cik. Adik beradik kita. Kawan-kawan. Sesiapa sahaja yang kita jumpa, itu saudara kita. Mereka saudara seISLAM kita. Mereka juga saudara seKETURUNAN kita. Maka sebenarnya kita semua adalah saudara.

Kenapa Allah kata tidak berimanlah kamu, kalau kamu tidak mencintai saudara sendiri? Bohonglah kalau ada manusia yang sepak terajang anak orang itu dianggap baik. Kata-kata kesat kepada orang lain. Tunjuk tak puas hati kepada satu dunia!

pernah saya berjalan-jalan di kawasan KL. biasalah. kami GURLS! kaki shopping! tapi tujuan utama kami bukan bershopping semata. kami mahu jaulah kami ini ada ibrah. pada hari itu. kami berjalan-jalan menuju ke bank. kami kehabisan wang kerana gara-gara bershopping. kami terserempak dengan seorang mak cik. sibuk memanggil dan mempromosi buku-buku jualannya.

"nak, beli nak. ini ada buku-buku bagus..."

kami hanya tersenyum. ah. saya serba salah. lalu kaki menjejak kaki ke dalam bank yang penuh dengan bau duit!!! ngeh88.

"weyh, jom."

ngeh88. bergeronjeng dengan mak cik tu.

PUM pam PUM pam dengan mak cik itu. honestly i said, i love her for the first time i met her. so sweet mak cik!!! akhirnya kami bersalam. erat sungguh genggamannya!

"mak cik doakan anak-anak bertemu jodoh dengan orang yang soleh. baik agamanya..."

*dalam hati sudah menangis plus sedu sedan*

subhanallah. mak cik yang baik. terima kasih atas doanya. moga mak cik juga dimurahkan rezeki oleh ALLAH! saya tertanya-tanya. di mana anak-anak? tidak simpatikah kamu dengan mereka yang masih mencari rezeki di jalanan. owh, mak cik. i love u laa, mak cik!

Siapa nak masuk syurga????

Siapa88? *amek ko, tanya 88 kali*

ALLAH kata syarat nak masuk syurga mesti beriman. Syurga itu indah bukan? Saya mahu masuk syurga! JANNATULLAH!!! ALLAH kata hanya yang terpilih sahaja dapat masuk. agak-agak kita antara yang terpilih ke?

Jadi, kesimpulannya, siapa yang mencintai saudaranya, maka dia beriman. dia beriman, dia melepasi antara salah satu syarat masuk syurga!

p/s kalau nak masuk syurga kena mati dulu!

Thursday, January 27, 2011

dia juga punya HATI

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

assalamualaikum wbt.alhamdulillah. menemukan kita sekali lagi di pencak maya. bukan untuk saya menyampaikan sia-sia. tapi saya harap kita dapat ambil iktibar dan pengajaran daripada apa yang saya sampaikan. ambil yang baik, tinggalkan yang keruh.

benar. sudah beberpa orang mengatakan saya EGO. huh, jenuh saya fikir. rupa-rupanya saya yang tiada hati. hati saya kurang sihat. maafkan saya kerana terlalu menyibukkan benda yang tidak penting daripada menyambut kasih sayang mu teman.
asyik-asyik pasal hati. tak habis-habis daripada dulu. kenapa dengan hati?
sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud..

"sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging.apabila daging itu baik,maka baiklah seluruh anggota.dan apabila daging itu rosak,maka rosaklah seluruh anggota.ketahuilah,itulah hati."

kita kena jaga hati kita sebaik-baiknya. jangan tinggalkan dia. dia tidak akan tenang kerana kau melupakan dia. dia juga mempunyai tuntutan. tuntutan yang bagaimana? isilah hatimu dengan zikrullah bersama ayat-ayat ALLAH. tempatkannya di tempat yang mulia sebagaimana kamu menjaga harta yang paling berharga. hiasilah dengan bermulanya bersangka baik dan berakhir dengan menjadi muslim yang berlapang dada.

ISI UTAMA

sebenarnya nak bercerita satu kisah. pengalaman di KL sentral. hati saya tersentuh. ketika saya berjalan2 dengan seorang teman, saya terpandang pada 2 tubuh. ketika kami melintas jalan saya asyik memerhatikannya. kemudian salah seorang daripadanya apabila tiba di seberang jalan, dia berlalu begitu sahaja. mereka yang saya maksudkan ialah seorang buta dan seorang warga afrika mungkin *yang kamu gelar mereka sebagai negro*. hatiya mulia. membantu orang buta itu melintas jalan. memegang lengannya penuh hemat. saya teruja siapakah gerangannya? tapi itulah manusia. berlumba-lumba mahu mengetahui siapkah yang menjadi hero itu. hatinya juga mulia. namun adakah hati kita semulia mereka untuk membantu orang yang memerlukan?

selalu kita dengar tentang perkara negatif tentang mereka yang berkulit gelap. kes itu kes ini. namun jangan terus pum pam kata dia jahat. asal jumpa sebangsa dia, terus chop dia jahat. tidak. mana-mana bangsa akan ada baik dan jahatnya. kalau tidak mengapa ALLAH cipta SYURGA dan NERAKA? kalau tiada jahat, orang yang baik tidak akan bermujahadah kepada lebih baik. kalau tiada neraka, tiadala orang yang akan berusaa untuk menghindarinya.

saya dan awak sama.
cuma yang berbeza iman kita.
siapa awak siapa saya tidak penting.
asalkan kita ini dipandang ALLAH.

saya nak jadi budak baik!!!

saya tinggalkan nota kaki ya di sini.
marilah bersama menjaga hati dengan mengamalkan 5 perkara :

1.membaca al-Quran dan menghayati maknanya
2.mendirikan solat malam(qiamullail)
3.berkumpul bersama-sama orang yang soleh
4.perbanyakkan berpuasa
5.perbanyakkan berzikir

Thursday, December 02, 2010

kita Hamba ALLAH


kAu dan Aku sAmA

hidup manusia. macam2 kerenah kalau kita betul2 peka dengan sekeliling kita. ada yang baik. ada yang jahat. ada yang positif. ada yang negatif. tidak banyak yang berlaku. perkara sama yang berlaku setiap hari. makan. tidur. cuci mata. mandi. tengok tv. bosan. *err,apa yang saya merepek ni*

ok. berbalik tujuan menulis.

berjalanlah kamu di atas muka bumi ALLAH agar kamu mendapat pengajran dan pelajaran. banyak kes2 terbongkar dan dibongkar pihak media untuk tatapan umum.erutamanya maslah sosial yang didedahkan selalu oleh media cetak termasuklah perkahwinan yang hancur , akhlak masyarakat yang kurrang menyenangkan... youtube pula tidak habis2 dengan video2 porno. begaduh. bertumbuk. bukan setakat lelaki. perempuan pula tu. di mana letaknya malumu wahai wanita?

masalah ummat ini bukan menjadi tanggungjawab para imam. atau ketua kampung. atau mak bapak. tetapi menjadi tanggungjawab semua untuk tangani. SEMUA. harap faham. SEMUA. andai ada sahaja kawan2 mengadu tentang masalahnya, janganlah pula kamu mengabaikannya. sekecil2 masalah kawan2 itu juga masalah ummat. kan88?

ramai para pejuang dan penegak agama berjuang habis-habisan untuk menangani masalah ini. NGO2 ramai turun padang menganjurkan pelbagai program untuk menarik golongan muda supaya tertarik dengan keindahan ajaran Islam. supaya gejala2 umpama virus apademik ini tidak tersebar meluas lagi. supaya perangai buruk kamu2 semua tidak menjadi barah atau kanser. *hu88* peringatan untuk diri.
ramai juga yang berpendapat masalah ini berpunca daripada tidak menjaga aurat. rata2 sebahagian kawan2 saya setuju dan mungkin juga kamu juga setuju. saya terdengar daripada kata2 imam muda (IM) Asyraf, aurat ini bukan setakat luaran malah suara dan cara jalan pun aurat. adakah suara itu surat. TIDAK!!! suara yang dilenggok-lenggokkan itu sebenarnya aurat. cara jalan yang sengaja dilenggok-lenggokkan juga aurat. SUARA perlu tegas. CARA JALAN juga perlu kelihatan tegas. ok semua?

kini ramai yang mempromosikan tutup aurat. tapi kebanyakannya saya jumpa tutup aurat dari segi luaran. ya,saya x nafikan. ramai lelaki2 di luar sana mengimpikan zaujah atau bini atau isteri memakai pakaian dengan sempurnanya. tudung labuh. jaga pandangan. kata2 yang baik. tidak bergaul dengan lelaki ajnabi. ya, saya x nafikan. semua impikan wanita yang sempurna.

tapi sebagai seorang perempuan dan da'ie, saya katakan bukan mudah untuk membentuk peribadi muslim sebegitu. bukan dengan sekelip mata mengubah penampilan yang begitu menjaga aurat dengan sempurna sebegitu walaupun sebahagian daripada mereka tergolong dalam golongan tarbiyah. harap faham, ye.

*kalau kau jadi muslimah dan dai'e, kau akan faham jua.*

tarbiyah itu panjang prosesnya. perlukan mujahadah. ujian yang datang bertimpa2. tika diri ingin berubah, nafsu datang merayu-rayu. tika diri ingin berhijrah, syaitan datang mencucuk-cucuk. kefahaman keluarga pula banyak mempengaruhi kehidupan seorang wanita itu. penampilan ibunya. penampilan kakaknya. penampilan adiknya. ya, kita perlu bermujahadah. LAWAN SEMUA ITU. LAWAN DENGAN AZAM YANG TEKAD!!!

"Allah Ta'ala akan sentiasa menguji antum pada titik terlemah antum.
Orang yang lemah dalam masalah harta, namun kuat dalam masalah pangkat dan wanita, tidak diuji dengan wanita dan pangkat. Orang yang sentiasa mudah tersinggung dan pemarah, akan diuji oleh Allah dengan dipertemukan dengan orang-orang yang sentiasa membuatnya tersinggung dan marah.

Seseorang yang sentiasa berlambat-lambat dalam dakwah kerana alasan ‘isteri, mertua, tetamu' akan sentiasa dihadapkan dengan alasan-alasan itu, ‘mertua datang, tetamu datang silih berganti,' yang akan terus menundanya untuk bersegera menghadiri program dakwah, sampailah dia boleh mengutamakan agenda dakwah dalam kehidupannya"
(K.H. Rahmat Abdullah,Episode Cinta Sang Murabbi)

ada di antara kawan2 saya, saya perhatikan ada yang berubah perlahan2 dari segi batas pergaulan. dari segi batiniah. dari segi akhlak. dari segi sahsiah. lembut. bersahaja. matang. namun belum sempurna lagi secara zahirnya. namun jujur saya katakan saya jatuh hati padanya. sangat sempurna bagi saya. relevan dalam membuat keputusan. membantu kawan2 sedaya upaya. sesulit mana pun dia, dia sanggup membantu. pengalaman yang mematangkan usia. saya sayang awak. awak mengingatkan saya kepada SYURGA. =)

kepada kaum adam, jangan terlalu mengharapkan kepada kesempurnaan lahiriah. hati belum tentu lagi baik.

kepada kaum hawa, saya sayang awak. walau belum sempurna zahirnya, tidak mengapa. berubahlah perlahan2. moga2 perubahan itu akan membawa awak kepada perubahan lahiriah dengan keyakinan yang tinggi. kepada 'awak', terima kasih kerana menyedarkan saya. kepada kaum hawa yang sudah dilitupi kain kerudung yg molek dan sempurna, pastikan penjagaan rapi juga kepada kebersihan dan penjagaan yang kemas kepada akhlak. *peringatan untuk ko juge ye* *baik!!!*

jadi, don't judge the book by it's cover ye. peringatan untuk diri. . tegurlah kawan2 yang menginginkan kebaikan.