Showing posts with label baitulmuslim. Show all posts
Showing posts with label baitulmuslim. Show all posts

Sunday, September 11, 2011

Kejayaan Pertama dengan Baby

Assalamualaikum wbt. Hari minggu yang menyesakkan hidupku dengan kebaikan. Sudah lama tidak berceloteh. Konon-konon  mhu mendiamkan diri sehingga tahun depan. (ceyh, bajet la ko ni)

I'm not the popular blogger like my friends did. I just shared what i'm feel and what I had learned. So, entri kali ini cuma nak berceloteh tentang kejayaan pertama. Selalu berangan-angan nak tidurkan si kecil di atas pangkuan. Tetapi masalahnya, semua anak-anak kecil terlalu aktif.

"Acik Sakinah, acik Sakinah..." hmm.

"Uweeekkk!" ni lagi sorang.

"Ayah!!!!" sambil bersujud dan berjurai air mata. Manalah mama dia nih. Asyik panggil ayah jer. 

Duh. Tak cukup tangan nak jaga. Alhamdulillah ramai akhawat ada membantu jadi baby sitter. Paling tak sangka, kali pertama kene panggil mak cik dengan anak-anak akhawat. (terima je la ko da tua! kih8) 

Keep learning to keep leading...takkan lupa ayat nih. I keep leaning to become ummi for one day. Ini penting dalam tarbiyatul akhawat. Keep learning to lead your family one day. Walaupun kita ini akhawat or to-be-wife one day, we need to learn become a leader and be a leader together with your to-be-husb... . Hidup pernikahan ini bukan untuk memberi perintah dan diperintaf semata-mata tetapi sesutau yang sama-sama perlu komunikasikan dan sharing together.(melalut dah nih...)

::malulah kholah sakinah...::
model: Wafa'
"bangga tak Wafa jadi model blog kholah sakinah nih?"

For a long time since standard three, I did'nt make the baby sleep over on my hand. Tetapi hari ini kejayaan yang tidak boleh dilupakan. Mula-mula si kecil yang bernama Qist nih meragam la konon. (nak manje la tuh...) Dia ni suka orang dokong dia. Last-last, tiba di tangan saya. Dah tengah hari ni...(berkata dalam hati...) mesti dia penat. Cubalah tidurkan dia...(projek bermula..) Bawa dia jalan-jalan seluruh kawasan tuh. Qist sangat sibuk ye dengan memerhatikan orang lain. Orang yang mendokong dia ni sibuk berjalan ke hulu ke hilir. Last-last tuh bawa dia pergi tengok pokok. Kepala dia dah bersandar kat bahu dah. Senyap je dia... Baringkan dia. Tidur dah rupenyer... Begituler ceriter nyer. So, I'm happy sebab dapat tidurkan dia. ^^ ehem. Nasib baik si Qist ni tak banyak meragam. So, ummi dia sibuk ambil kesempatan memotong kuku-kuku si kecil. Memang tak sempat nak potong kuku dia nih bla..bla... Banyak kami bualkan. 

So, kesimpulannya, make the baby selesa dengan kita. Bak kata akhawat, kalau nak tahu baby selesa dengan kita, kita kene ada feel SELESA dengan dia. Baru dia tenang. Lagi satu pesanan, kalau nak ajar baby bercakap, jangan ajar dia banyak bahasa, nanti lambat dia nak bertutur. Ajar bahasa ibunda dia dulu... ^^ 

Sunday, June 26, 2011

"Kenapa aku perlu kawen dengan dia?"

Cinta selepas kahwin.

Apa beza cinta sebelum kahwin dan selepas kahwin?

"miang ah kau nak bercerita tentang kahwin?"

Saya bercerita untuk kamu berdasarkan pendapat dan pengalaman orang lain. Saya ingin berkongsi agar cerita ini tidak luput begitu sahaja.

Kenapa ramai yang mengatakan cinta sebelum kahwin itu indah? Mungkin ada yang beranggapan hidup dan kahwin atas dasar cinta kan bahagia kerana masing-masing sudah mengenali hati budi dan perasaan sayang itu sudah melekat di hati. TETAPI cinta dan sayang itu telah disemai semenjak sebelum pernikahan berlaku...nak dijadikan cerita selepas bernikah, peristiwa bercinta itu menjadi kurang hot pula. Apa yang berlaku sebenarnya. Tentu korang dah dapat agak kenapa? Atau mungkin masih tertanya-tanya? Saya kaji dan kaji lebih mendalam rupa-rupanya peristiwa hot bercinta itu telah terjadi sebelum pernikahan lagi. Jadi apa yang perlu diberikan selepas pernikahan?

Bagaimana nanti zuriat yang bakal kita lahirkan? Kita mahukan mereka taat kepada kita. Hormat. Sayang. Tetapi mereka berhak dilahirkan dalam suasana cinta yang sempurna di mana mak pak dia tidak berzina terlebih dahulu sebelum bernikah. ZINA??? Bukanlah zina secara zahir semata. Apa yang perlu dititikberatkan ialah zina hati, zina tangan, zina mulut (kata-kata).

Saya terdiam.

Saya tertanya-tanya. Kenapa aku perlu bernikah dengan dia? Dia yang saya maksudkan, dia yang saya tidak kenali, dia yang tidak pernah bertemu dengan saya, dia yang sentiasa mencintai saya walau tidak mengenali saya siapa, dia yang saya cintai tanpa saya tahu siapa dia? Sukar bukan untuk bernikah dengan dia yang tidak dikenali. Bukankah ALLAH telah berfirman,

“Dialah yang menciptakan kalian dari satu orang, kemudian darinya Dia menciptakan istrinya,
agar menjadi cocok dan tenteram kepadanya” (Al-A’raf 189)

Dia yang menciptakan ketenteraman antara kamu dengan menghadirkan seorang wanita yang bergelar isteri. Kehadiran isteri sebetulnya menghadirkan ketenteraman buat sang suami.

Suka saya berkongsi hadis ini,

“Wahai para pemuda, siapa saja diantara kalian yang
telah mampu untuk kawin, maka hendaklah dia menikah.
Karena dengan menikah itu lebih dapat menundukkan
pandangan dan lebih menjaga kemaluan. Dan barang siapa
yang belum mampu, maka hendaklah dia berpuasa, karena
sesungguhnya puasa itu bisa menjadi perisai baginya”(HR. Bukhori-Muslim)

Rasulullah berkata sesiapa sahaja yang sudah mampu, bernikahlah. Tidak pernah saya jumpa ayat yang mengatakan ,"bercintalah kamu sebelum kamu menikah agar hati kamu tenteram."

Yok kita lihat satu hadis lagi,

“Janganlah kalian mendekati zina, karena zina itu
perbuatan keji dan suatu jalan yang buruk”
(Al-Isra:32)

Jalan manakah yang kita pilih?

Ayuh kita lihat lagi kenapa saya sendiri memilih untuk begitu. Begitu itu maksudnya hot bercinta selepas nikah. (errrrrrr...)

Allah menciptakan manusia itu bertujuan untuk beribadah kepada ALLAH dan menjadi khalifahNYA. Maksudnya apa? Allah ingin di hati kita semua and every single of you hanya ALLAH yang utama. Hanya ALLAH cinta hati kita dan tiada yang lain. Pernah seorang ukhti ini berkongsi, kalau betullah ALLAH itu cinta hati kita, kita bangun-bangun terus teringat pada ALLAH. Terus nak contact ALLAH. Sebab rindu sangat....So, kita prepare nak contact Allah, ambil wudu dan terus kita laksanakan solat. Lepas tuh tak sabar nak tengok sms apa yang ALLAH bagi selepas ini, sebab Allah sentiasa bagi sms kat kita...lepas baca sms (alQuran alKarim) hati pun berbunga-bunga. Kadang-kadang ALLAH contact kita secara diam-dia. comel jer. Cuma kita jer yang tidak sedar DIA sedang contact kita. Percayalah bila orang dah angau dia sanggup buat apa sahaja demi yang dicintai. Bila suruh buat ini, dia terus buat. Bila dilarang buat, dia memang tak buat. Ye la dah mabuk bercinta...begitu juga ALLAH...!!!

Jadi Allah tidak mahu kita menduakan cinta Allah.

Itu point utama yang saya nak sentuh.

Yakinlah,

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang
keji, dan laki-laki yang keji adalah buat
wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang
baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki
yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”
(An-Nur 26)

Allah tidak mahu kita menduakan cintaNYA. Jadi, alright lah kan kalau saya bernikah dengan "si dia" yang benar-benar saya tidak tahu juga walaupun dia tak tahu saya mencintai dia dan dia pun tak tahu saya mencintainya.

sweet banget.
mengimpikan sebuah baitul muslim yang sederhana.

untuk si dia :))
aku doakan moga kau bahagia denganNYA
pilihlah ALLAH, jangan pilih aku.


Sunday, June 05, 2011

بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير



Alhamdulillah. Semuanya selamat. Sweet.
Dalam kesederhanaan kau memilihnya.
Dalam diam kau memilihnya.
Kekurangan kau menerimanya.
Menampung segala kekurangan yang dia miliki.
Memperbaiki dan memahami.
Kau dan dia bersatu dalam rahmatNya.
Seawal usia yang muda kau yakin melangkah.
Menjaga hati untuk dia sahaja.
Menjaga ikhtilat.
Menjaga pandangan masyarakat tentang dakwah.
Menjaga syiar suci yang telah dijanjikan Allah.
Menjaga hati agar bersih dari dosa
dan
akhirnya memilih untuk bernikah.

Tersenyum melihat kebahagiaan mereka.
Aku berdoa



:))

Friday, April 01, 2011

penat dengan cinta itu





Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ.Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang.


Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan
sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati.


Aku juga tidak mahu menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewa
kan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.

Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain,
aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku karena itulah yang dituntut oleh Allah.Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang
baik?



Tidak kunafikan sebagai remaja, memerlukan kesabaran dalam mendidik keimanan sehingga disebut nabi dalam satu senarai orang kenamaan akhirat adalah remaja yang terselamat dan menyelamatkan diri daripada zina. aku juga memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu.


Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerim
a hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.


Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa

Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.


Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku.Di mana saja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.


Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu.

Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.


Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah.



Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu kerana kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu.


Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.


Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi.Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu.


Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.


Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.
Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu karena dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku karena-Nya.


Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.
wallahua'lam.



~aku doakan moga kau di sana baik-baik dijaga ALLAH~
~imanmu dan taqwamu bersedia untuk membimbingku~
~penat dengan cinta yang tidak syar'ie~
~aku bersedia bila kau bersedia~
~TUNJUKKAN KAMI JALAN YANG BENAR!!!~

credit to cik afifahdaim