Thursday, June 03, 2010

Fikiran Mujahidah 2


Kisah Anggun Mulia tidak berakhir di situ sahaja. Mengapa? Cerita kehidupannya masih panjang. Masih memerlukan daya kekuatan yang luar biasa untuk menempuhinya. Anggun Mulia akhirnya terlelap bersama sendu tawa bersama abinya.

"Abi,aku merinduimu juga"

Lalalalalalala, ringtone mobile phone berbunyi dengan alunan Maher Zain, He'll always Be There. Dia ala2 mamai seketika. Owh,umi.

"Asslamkum,umi. Haah, umi, mulia ada sempadan Johor ni. Dalam 1-2 Jam sampai la ni. Sabar,ya umi."

Dia merasakan umi sudah tertunggu-tunggu kedatangannya. Umi, bersabarlah mengahadapi ujian ini walaupun ketiadaan abi. Abi pasti menunggu kita di syurga. Ya, Syurga Allah. Dia yakin benar akan janji ALLAH terhadap hamba2Nya yang berjihad di jalanNya. Abi sudah lama meniggalkan keluarga Anggun Mulia. Hampir 5 tahun lamanya. Abi sudah lama menyeludup ke Ghaza, Palestin. Sebagai seorang doktor yang berkobarkan semangat jihad, semangat junduALLAH, abi bersama sekumpulan sukarelawan Malaysia bersepakat untuk ke Palestin. Abi tidak tahan dengan serangan2 yang bertubi2 ke atas saudara2nya di sana. Atas nama ALLAH, dia berjuang mempertahankan hak2 Islam.

"Ayang, abi akan bertolak ke sana dalam seminggu lagi. Ayang, ingat pesanan abi selama ini. Perbincangan yang membawa keputusan ini. Perbincangan yang diharapkan membawa kemaslahatan keluarga kita. Ayang setuju dan rela dengan perjuangan abi ke sana. Ayang doakan abi sepanjang abi ke sana,"kata Hassan kepada qurratulain, Amnah.

"Umi, faham perjuangan abi. InsALLAH doakan umi juga di sini. Umi akan bertanggungjawab sepenuhnya andai abi..." lantas Hassan memeluk qurratulainnya, zaujah fiddunya wal akhirah. Amnah tenggelam dalam sedu malamnya. Amnah bersyukur dapat berbakti pada zauj yang mempunyai semangat jihad yang tinggi.

Dalam satu bilik yang lain pula, Anggun Mulia tenang apabila abi memberitahu bahawa dia akan bejihad di Palestin. Abangnya, Aminnaim sudah pun menemui janji ALLAH. Setahun sudah akhi meninggalkan mereka. Dia memandang ke langit ilahi. Malam penuh barakah. Dia tidak terkejut andai abi mahu mengikuti jejak akhi. Sudah 3 tahun akhi tidak pulang ke Malaysia kerana menuntut ilmu di Jordan dalam ilmu perubatan. Akhirnya hasrat untuk membantu saudaranya di Palestin kini mengorbankan nyawanya dek kerana kerakusan Yahudi Laknatullah...

"Akhi, aku merindui para syuhada'. Aku merindui kata2mu dahulu. Aku merindui orang2 yang soleh. Aku merindui suara alunan kalamullah seorang mujahid."

Anggun Mulia lena dibuai indah bersama akhi yang membawanya ke sebuah taman yang saat indah. Indahnya mimpi malam itu.

Kepalanya tersengguk, owh aku bermimpi rupanya. Aku tersenyum bermimpikan kenangan lalu. Saat2 indah bersama akhi dan abi. Alhamdulillah sampai JB. Yeah, JB ku, aku juga merinduimu. whoaaa!! Umi, mana dikau, ratu hatiku, pujaan hatiku, permaisuriku, buah hatiku...panjangnya penat menaip. hu88

"UMI, Mulia dah sampai!!" Jerit dalam hatinya. Riangnya tidak terkata apabila memeluk tubuh seerat simpulan kasihMU, uminya.

Umi pula tidak jemu2 berjuang sebagai salah seorang aktivis Aman Pelstin di sekitar Johor. Umi bagaikan Siti Nurhaliza, dijemput ke sana ke sini menyampaikan ceramah. Wah, umi sepertyi artis sudah. Namun umi tetap besederhana. Jilbab labuhnya itu membuatkan dia juga mahu sepertinya. Umi tidak pernah mengeluh. Anggun Mulia menatap mata umi. Sungguh seorang mujahidah yang tenang. Walaupun kelihatan tua daripada usianya, umi tetap cergas. Keramahan umi tidak pernah lekang sehingga tiba di rumah. Pelbagai hadis dan kalamullah yang disampaikan kepada Anggun Mulia. Isu2 negara seperti pembangunan rakyat, kerajaan, pekerja swasta, semua ditimbulakan. Ingin membuka mata seorang mujahidah kecil agaknya. Anggun Mulia turut serta dalam perbincangan itu. Otaknya ligat berfikir dan terus berhujah bersama umi. Petang itu dia bahagia. Sebahagia puteri kahwin dengan anak raja. Eh, merepeklah kau. Maksudnya yang sebenar, sebahagia ALLAH kurniakan perasaan bahagia kepada orang2 yang beriman dan bertaqwa.

"Ya Allah, jika kami tidak terpilih untuk berjuang di medan perang dan gadaian jiwa, berilah kami peluang untuk bersusah-payah di medan ilmu agar menjadi saham penting di hari perhitungan. Usah dibiarkan kami terus lalai dalam dakapan palsu duniawi"(fedtri yahya,2010)


[Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepada kamu sehinggalh kamu mengikuti agama mereka.
al-Baqarah 110]

“Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.”
[Al-Israa' 17: 7]

“Dan telah Kami nyatakan kepada Bani Israil di dalam Kitab itu: “Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau”
[al-Israa' 17: 4]

Janji ALLAH...
“Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat keras serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (untuk menyerang dan mengusir kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang benar-benar berlaku”
[al-Israa' 17: 5]

*abes sudah
*jadikan iktibar
*be the best of ummah!!!

~ASAR~

Wednesday, June 02, 2010

Fikiran Mujahidah

Anggun Mulia, indah pada nama. kalau dalam bahasa arabnya, Jamilatul Izzah.Oleh kerana, ibunya suka menonton kisah2 pejuang melayu, dia meletakkan satu2nya anak perempuan dengan nama itu.Secantik rupa, setegas tutur kata. Kehidupannya seperti orang biasa namun sebaik sahabat yang pernah dijumpai di kampusnya. Seperti insan lain, dia menamatkan kertas imtihannya pada hari itu dengan ucapan alhamdulillah. Dia teruskan melangkah untuk bersedia dengan perjuangan seterusnya. Pulang ke rumah!! Perjuangan yang harus dia mengotakan janji pada uminya.Hampir2 sahaja dia mengeluh kerana dia tidak berkesempatan untuk mengemaskan barangnya sebelum imtihannya tamat. Petang itu dia menyegerakan pergerakannya setelah tiba di bilik.

Banyaknya barang aku. Kalau ada adik aku nih...ha, senang hidup. Sian kat adik selalu kena buli dengan aku. Umi kata, kalau ada aku di rumah, suara dek su(adik bongsu) mesti jerit sana jerit sini. Kalau tiada aku di rumah, sunyi sahaja. Adik2... bersyukurlah dapat kakak kau macam ni. Fuhh...

Dia meninggalkan kampusnya dengan,"bismillahitawakkaltu ala ALLAH". Setiap kali kakinya melangkah, pasti otaknya ligat berfikir. Anak yang cergas barangkali. Ketika dalam perjalanan menuju ke pondok bas, dia terpandang pada beberapa lelaki berkulit gelap, ala2 african. Mungkin mereka Islam, menuju ke masjid agaknya. Dia bersangka baik dengan apa yang dia temui. PUP!!! Alamak, terlupa cucuk duit.

Haih! Singgit sahaja aku ada. Macam mana nak beli tiket???
Anggun Mulia, bersabar ya. ALLAH suruh kau berusaha. Nak bagi pahala lebih. Kau nak tak???
Uhh...mestilah nak. Hu99

Dia bermonolog di dalam hati. Angin panas menderu dirinya. Anggun Mulia membetulkan baju labuhnya yang ditiup angin. Dia tidak berasa selesa bila angin terlalu kuat menerpa dirinya. Namun, dia percaya ada hikmahnya. Sedangkan pada zaman Rasulullah juga dahulu hidup dengan suasana yang lebih dahsyat, lebih panas daripada yang dirasai di sini. Anggun beristighfar. Segala puji bagi ALLAH, ALLAH permudahkan perjalanannya. Berdekatan dengan pondok bas itu, ada bank. Yes!!! Ooopps...alhamdulillah.

Perjalanannya pada petang itu masih panjang. Menggunakan qudrat yang masih ada, tenaga jiwa pemuda, eh, pemudi dia mengangkat barang2nya ke hulu ke hilir. Rasa macam nak patah bahu. Biasalah, bila masa untuk balik ke kampung halaman, baginya inilah salah satu ujian sabar buat dirinya. Apakan daya, kekuatan itu milik ALLAH, dia hanya mampu berdoa untuk diberi kekuatan itu tanpa mengeluh sehingga tiba di baitun nanti.

Sampai di bukit jalil,,,Panas terik. Nak turun dari bas, waduhh kok ramei yang serbu.
"balik mana, dek?"
"balik mana, bang?"
"balik mana, kak?"
Aku terasa macam artis pula. Merasa la juga better than never.
"Balik JB!!"
"meh adek"

Aku nak cari surau, dia pergi tariknya aku. Tak delah tarik tangan, tarik guna mulut. Dah dia ajak tak kan aku buat bodoh. Berperi la sikit. Eh, x abes ayat,,,berperikemanusiaan. hormat orang lain,anggun mulia.

SURAU...solat qasar+jama'. Alhamdulillah lega di hatinya dapat selesaikan solatnya. Daripada tadi suara kat sebelah surau memanggil2.."kuih2!!!".
Dia bersyukur kerana suara itu tidak menganggu solatnya tadi. Makcik2 kat dalam surau ni menyampuk2...

"bising, kuih2!!"

"alahai,makcik. dia pun mencari makan. makcik pun jgnlah mengata2 dalam surau"

Hampir sahaja dia menegur makcik2 dengan ayat2 atas ini. Tapi dia masih belum punya kekuatan itu. Dia masih mencari2 kekurangan dirinya.

Rezeki datang bergolek di tengah terik. Anggun mulia ketika kakinya melangkah keluar, dia terpandang ada makanan yang byk. Dia baru sahaja teringatkan dia tidak menjamah pun untuk 'lunch'. PAP!! Dia terpandang burger. Wah!! Banyaknya. Memang kegemarannya, pantang kalau ternampak burger. Pada mulanya makcik itu berkata,
"rm2.50 dek."
Anggun pun menghulurkan rm3. Dek kerana muka ala2 suci,
"x pe dek. rm2 pun cukup. adek budak sekolah lagi."

Dia hanya mampu mengucap alhamdulillah. Riak wajahnya kelihatan tenang ketika melangkah pergi dari gerai itu. Di dalam hatinya melonjak gembira. Tetapi dia tidak lupa mengucap akad jual beli. "saya beli""saya jual". Sudah cukup syaratnya!!!

Jam menunjukkan jam 3.30petang. Seorang wanita datang menuju Anggun Mulia.Rambutnya gerbang ditiup angin.

"Ish, kata pukul 3.30. Datang awal la. Janji kena tepati!!!" sambil memandang Anggun Mulia sedang senyum padanya.

Terdiam kakak itu dek kerana senyuman yang dilemparkan Anggun Mulia.

"Yang ko nak marah2 apa hal."

Mahu sahaja dia cakap sebegitu pada kakak itu. Tapi dia tahu mesti ada hikmahnya. Kalau marah2 pun tiada gunanya. Nama pun manusia. Dikurniakan pelbagai perasaan. Itulah uniknya manusia. Hanya yang bijak sahaja dapat mengatasi emosi itu. Bila janji Tuhan itu diyakini, dia tidak ragui lagi. Akhirnya dia pulang ke rumah dengan mudahnya...

Anggun Mulia menatap mushaf AlQuran yang berada dalam gengamannya. Dia membaca. Dia mentadabbur. Hati semakin kuat rindunya pada umi dan adik2. Hatinya dirudung mendung. Mendung yang tidak mungkin hilang hanya selepas mengingati ALLAH. ALLAH, penenang jiwa. Air matanya menitis, suaranya terketar2 ketika membaca al-Quran. Dia teringatkan saudara2nya yang kini sedang berjuang untuk Palestin. Seramai 16 syahid dalam konvoi kemanusiaan itu. Dia tertunduk apabila berita itu sampai padanya.

"ayuh teman, kita berada dalam barisan tarbiyyah..moga nanti, akan lahir generasi seterusnya seperti barisan pertama didikan Rasulullah..kecil jumlahnya, tapi berkualiti sepenuhnya"(syafiyyah,2010)


"kerana mereka berjuang untuk saudara kita"(fahmi,2010)


"Hari ini ada sahaja yang berjuang di meja-meja peperiksaan, ada yang di demonstrasi jalanan, ada yang masih di melawan di perairan, apa pun.. perjuangan kita adalah kerana Rabbul 'Alamin dan niat setiap dari kita yang akan menjadi penilaian dalam amalan. Allahuma unsurna fil imtihan, wa unsur ikhwanuna fil ghazzah wa unsur 'alaihim" (ammar,2010)


"antara kemahuan aktivis Malaysia: Kami ke sana untuk berjihad, kami rela ditawan Israel untuk berapa lama pun, asalkan tujuan asal untuk hantar bantuan ke Gaza dapat direalisasikan. Bukannya dihantar pulang. Pulang bererti 'kalah'.."(fedtri,2010)

"khaibar2 ya yahud.. jaisyu muhammad saufa ya'ud!!!"(fahmi,2010)

"BISMILLAHIRAHMANIRAHIM Ya Allah sebagaimana Kau pernah menghantar burung² ababil untuk menghancurkan tentera bergajah Musrikin. Maka kami memohon padamu ya Allah, turunkanlah bantuan-Mu kali ini kepada org² Islam di Palestin,hancurkanlah rejim zionis sedahsyat-dahsyatnya.."(afifah,2010)


"LaknatuLLah
yahudi israel!...mAy ALLAH wIlL bE Save
PALESTiNE...lET we aLWAYS
pRAy fOR
pALESTINe..AAMIiN" (syamsunur,2010)

Kami semua bermohon kepadaMU ya ALLAH. Semoga engkau permudahkan perjuangan mereka.
Anggun Mulia menitiskan air matanya. Tidak tertahan. Kami semua bersuara. Agar doa dimakbulkan, agar satu dunia membuka mata dan melihat Palestin.

*Cerpen pendek karya x seberapa kerana spontan menulis
*semoga menjadi iktibar. Tidak sedikit,banyak.
*rekaan semata2

ASAR,2010

Tuesday, June 01, 2010

ALHAMDULILLAH


alhamdulillah,saya masih dilimpahi nikmat yg sangat2 banyak dan begitu juga anda ada masa sekarang.nikmat yang tidak terkira itulah sepatutnya dan semestinya kita perlu mensyukurinya. apatah lagi kita adalah hanya makhluk yang diciptakan ALLAH daripada mani yang hina. mensyukurinya tidak cukup saya katakan dengan mengucap "alhamdulillah". kita wajib melaksanakan perintahnya dan antaranya menunaikan solat 5 waktu 5 kali sehari dan berpuasa pada bulan Ramadhan. betul tak, akhawat wa ikhwah? tidak lupa dan terpenting juga, kita wajib meninggalkan yang telah dilarang. antaranya ialah berzina dan minum arak. kenapa saya bengkitkan kembali yang saya rasa budak setahun jagung pun tahu. manusia makhluk yang lemah. mudah lupa dan perlu diingatkanberkali-kali.


kenapa?

ALLAHberfirman kepada kita:

"Allah memperingatkan kamu agar (jangan) kembali mengulangi seperti itu selama-lamanya,jika kamu orang beriman. Dan Allah menjelaskan ayat2 kepada kamu, dan ALLAH maha mengetahui, mahabijaksana." (24:17-18)


kadang2 kita membuat dosa, kita tidak sedar2. bila check2 hati kita, masalah besar sedang melanda, kerana apa? kerana kita membiarkan ruhani kita kelaparan dan kebuluran tanpa mengenyangkan dengan makanan ruhani iaitu al-Quran dengan peringatan2 dan zikrullah. bak kata ukhti, bila perut mula berbunyi2 dan bernyanyi dengan diiring keroncong jawa(ada ke?)kita cepat mengenyangkan dengan makanan yg sedap2 belaka. tetapi bila jiwa dan ruhani pulaa kekosongan dan kelaparan tidak pula kita cepat2 check apa masalahnya dan selesaikan secepat mungkin. lama2 hati kita sudah parah dan mengambil masa untuk merawatnya. (lebih kurang ukhti tu cakap, saya edit dan tambah2 untuk sedapkan ayat).


"katakanlah, 'Tuhanku menyuruhku berlaku adil. hadapkanlah wajahmu (kepada ALLAH) pada setiap salat dan sembahlah Dia dengan mengikhlaskan ibadah semata2 hanya kepadNya. kamu akan dikembalikan kepadaNya sebagaimana kamu diciptakan semula."(7:29)


setakat di sini catatan ada hari ini.

salam drp ASAR