Friday, December 04, 2009

Ketika Cinta Bertasbih ^_^

Salam Alaik to all readers.
Semoga dalam rahmat ALLAH selalu berada dengan kita semua. Cuti ini aku menghabiskan lagi satu bacaan novel yang sungguh istimewa drp sentuhan Habiburrahman El Shirazy. Saya bukanlah org profesional yg boleh komen hasil garapan beliau. Namun saya hanya memberi ulasan drp perspektif peribadi saya.

Pada mula saya mebaca, saya terus tertarik dengan kandungan novel ini. Novel mengajak kita semua menghayati keindahan n kekuasaan ALLAH yg menciptakan makhluknya sesempurna yg mungkin lalu menjadikan kita terfikir sebentar ttg penciptaan kita n makhluk yg lain. MMG SERONOK kalau korang baca sekali...!!!

Novel ini ingin memberitahu dan mendidik kita dengan daya juang jihad yg benar. x kira kita berada di mana. Contohnya sikap kita suka menolong orang lain dpt ditonjolakan melalui watak Azzam yg menolong 2 mahasiswi yang kecopetan( kene ragut ). Azzam seseorang yg tidak kisah akan pengorbanan wang ringgit demi jalan kebenaran yg dilaluinya. FI SABILILLAH. Ketegasan Azzam yg ditonjolkan dlm novel ini amat mengagumi saya. Ketika dia bertungkus-lumus berjihad mencari wang untuk keluarga di indonesia dan belajar menuntut ilmu, dia langsung dikagumi oleh teman2 serumah yg sifatnya langsung kurang gemar bercakap mengenai hal perempuan. Korang nak tahu lebih lanjut siapa pemuda bernama Azzam ini, bacalah Novel KCB 1 dan 2.

Diirngi pula ketegasan dan keteguhan pendirian Anna yg ditonjolkan dlm novel ini mampu memukau siapa sahaja yg membaca novel ini. Ilmu yg dibawa ke mana sahaja itu diamalkan sepanjang masa. Anna dalam novel pertama ini kurang menonjol...naa kalau nak tengok peribadi secara jelasnya ttg Anna koreklah novel yg kedua.

Bagi saya, secara peribadinya, saya menangis bila saya melihat filem KCB1. Menangis memain je tu. Saya cukup tersentuh bila Azzam bertakbir mengucapkan rasa syukur kpd ALLAH selepas dia lulus peperiksaan di AL-Azhar. Lagi2 bila Anna menyatakan syarat2 ketika pernikahan akan dilangsungkan kepada seseorang pemuda itu. keteguhan peribadinya amat dikagumi saya. MasyaALLAH...Siapakah pemuda itu? Sila tontoni filem itu...dan nantikan Filem KCB 2 di Malaysia.
Syukran Jazilan Kathiran

Thursday, November 26, 2009

CELL PHONE vs QURAN

Cell phone vs. Quran

Ever wonder what would happen if we treated our Quran like we treat
our cell phone?

What if we carried it around in our purses or pockets?

What if we flipped through it several time a day?

What if we turned back to go get it if we forgot it?

What if we used it to receive messages from the text?

What if we treated it like we couldn't live without it?

What if we gave it to kids as gifts?

What if we used it when we traveled?

What if we used it in case of emergency?

This is something to make you go....hmm... where is my Quran?
Oh, and one more thing.

Unlike our cell phone, we don't have to worry about our Quran being disconnected
Makes you stop and think 'where are my priorities? And no dropped calls!

Sunday, November 15, 2009

Hukum Meletakkan gambar sendiri di PROFILE (fr,FB)

salam... perkongsian yg sgt bermanfaat.. .
keep on sharing ya ukhti=)...---
In ex_sbpis@yahoogroups.com,
zunaizah hilmi wrote:
in d name of Allah...
sedikit perkongsian
kuhadiahkan buat sahabat2ku
tegakkan trbiyah, lentur dirimu dimana masih bengkok,
kapada muslimat2 bakal pencetus, membina generasi salahuddin alayubi...

MUKADDIMAH
Dulu2 saya ada ditanya oleh bekas pelajar saya ada bertanya tentang muslimah yang menayangkan pelbagai gambar didalam blog dan freindster. Saya jawab hukumnya harus selagi mana ia menutup aurat. Namun dari sudut adab yang tinggi bagi seorang muslimah tidak selayaknya sebagai muslimah yang mempunyai sifat malu yang tinggi untuk dia sewenang-wenangnya mendedahkan diri dan mukanya kepada khalayak ramai tanpa tujuan yang dibenarkan. Sebentar tadi saya baca buku "makarimul akhlak Fil Islam" yang tentang kisah seorang wanita yang malu mendedahkan mukanya di mahkamah perbicaraan Islam. Oleh itu saya ingin menulis tentang malunya seorang wanita.

MALUNYA WANITA DALAM QURAN
Didalam al-Quran disebut kisah dua anak Nabi Syuaib as dengan Nabi Musa as. Firman Allah swt:> "Salah seorang anak perempuan Nabi Syuaib as berjalan untuk menemui Nabi Musa dengan penuh rasa malu" (25 : al-Qasas)>
Dalam tafsir Sofwatut Tafasir menyatakan anak perempuan Nabi Syuaib as datang sambil menutup mukanya dengan pakaiannya.>
Anak Nabi Syuaib as ini datang berjumpa dengan Nabi Musa atas arahan ayahnya yang sudah uzur.> Pengajaran: Wanita yang mempunyai urusan dengan lelaki hendaklah berjumpa dengan penuh rasa malu dan adab yang tinggi.

MALUNYA WANITA DALAM SUNNAH
ßÇä Õáì Çááå Úáíå æÓáã ÃÔÏ ÍíÇÁ ãä ÇáÚÐÑÇÁ Ýí ÎÏÑåÇ
"Nabi saw tersangat malu lebih dari malunya anak dara yang berada disebalik tirainya." (Hr Ahmad -sahih)>
Dalam hadis menunjukkan kepada malunya seorang wanita terutama anak dara. Ia sepatutnya tidak mempamirkan diri kepada yang bukan mahramnya tanpa keperluan.

KISAH MALUNYA SEORANG WANITA
Seorang isteri telah mengemukakan aduan kepada qadi Mu'tadid Ali ar-Rayy tentang 500 dinar (wang mas) kahwin yang belum dibayar oleh suaminya. Wanita tadi membawa beberapa orang saksi yang menyokong dakwaannya. Si suami tidak mengakui dakwaan si isteri. Qadi pun menyuruh saksi-saksi untuk mengemukakan penyaksian mereka untuk menyokong dakwaan si isteri. Para saksi berkata: "Wanita ini hendaklah memperlihatkan wajahnya supaya kami dapat pastikan dia lah wanita yang kami maksudkan."> Si Qadi menerima permintaan para saksi dan menganggapnya itu hak saksi2. Wanita menolak untuk menunjukkan mukanya kerana malu. Si Qadi menyuruh wanita tadi untuk memperlihatkan wajahnya untuk meneruskan dakwaan tadi. Tiba2 si suami yang bersimpati dengan isterinya segera berkata: "Tidak usah tunjukkan muka mu. Aku mengakui dakwaan mu itu." Si isteri terkesan dengan sikap suaminya lalu berkata:> "Aku menjadikan Allah sebagai saksi dan juga kamu semua bahawa aku halalkan semua mas kahwinku dunia dan akhirat."
Pengajaran: Walaupun ditempat yang sepatutnya wanita tadi membuka purdahnya untuk mendapatkan haknya tetapi oleh kerana itu sifat malu yang tinggi menyebabkan dia sanggup mengorbankan 500 dinar (wang emas).

KESIMPULAN
Oleh itu, walaupun wanita diharuskan meletakkan gambarnya diruang yang dilihat oleh bukan mahramnya selagi menutup aurat tetapi sebagai muslimah yang kuat pegangannya dengan Islam dan sifat malunya yang tinggi hendaklah menjaga dari mendedahkan gambarnya tanpa sebab dan tujuan seperti diletakkan gambarnya di blog dan friendster. Terutama yang mempunyai paras rupa yang cantik amatlah dituntut untuk mengelakkan perkara ini. Ini kerana Islam melarang wanita melakukan perkara yang boleh mencairkan hati lelaki dan menimbulkan fitnah.
Firman Allah swt:æáÇ íÖÑÈä ÈÃÑÌáåä áíÚáã ãÇ íÎÝíä ãä ÒíäÊåä>
"Janganlah para wanita itu menghentak kakinya dengan tujuan supaya orang lelaki mendengar bunyi gelang kakinya sehingga menarik perhatian orang lelaki." (Sebahgian ayat 30 : an-Nur)>
Peringatan: Hendaklah sifat malu ini tidak memilih jenis bangsa dan tempat. Jangan di luar negara (mesir contohnya) mempunyai malu yang tinggi tetapi tidak dimalaysia. Hendaklah sifat malu itu kerana Allah bukannya kerana manusia. Sentiasa mengawasi kita dimana sahaja kita berada.

MALUNYA WANITA TIDAK MENEGAH IA UNTUK KELUAR MENUNTUT ILMU AGAMA
> Walaupun Islam menyanjung sifat malu pada wanita tetapi hendaklah sifat malu itu tidak menegah dari dia keluar menuntut ilmu. Kita lihat kesungguhan para wanita di zaman Nabi saw. Abu Sai'id al-Khudri berkata:> "Seorang wanita berjumpa Rasulullah saw dan berkata "Wahai Rasulullah, orang2 lelaki beruntung kerana selalu mendapat tazkirah darimu. Kami minta satu hari untuk kamu khususkan kepada kami bagi menyampaikan ilmu yang telah engkau ajarkan." Lalu Nabi saw menjawab:> ÇÌÊãÚä íæã ßÐÇ æßÐÇ> "Berhimpun pada hari sekian-sekian. "> Kami pun berhimpun pada hari yang telah ditetapkan Nabi dan Nabi saw mengajar mereka apa yang telah ajarkan pada Nabi saw." (Hr Bukhari dan Muslim - sahih)> >

Pengajaran: > Oleh itu ditempat yang diperlukan , wanita hendaklah berani ke hadapan. Kita lihat zaman Nabi dan para sahabat bagaimana berani Nusaibah ra berjihad menentang musuh, Rafidah al-Aslami merawat orang lelaki yang cedera dalam peperangan, Asma' bintu Abu bakar yang menghantar makanan pada Nabi dan ayahnya dalam peristiwa hijrah, Khaulah yang menegur Khalifah umar di khalayak ramai dan lain-lain. Jangan menggunakan alasan malu untuk menjauhkan dari kerja-kerja menegakkan Islam. Kerja-kerja ini adalah melibatkan lelaki dan perempuan seperti yang dinyatakan dalam ayat 71 surah at-Taubah. > >
..
Rujukan: Safwatut Tafasir oleh Sobuni, Makarimul Akhlak Fil Islam dan Riadus salihin oleh Imam Nawawi.> http://akhisalman.blogspot.com/

Thursday, November 05, 2009

BILA HATI TERASA SESUATU ^_^

salam alaik to all readers~

Bila hati dekat dengan Tuhan, hati jadi senang. Bila hati mengingati TUHAN hati kan menjadi tenang. Bila kita terasa diabaikan Tuhan, sakitnya tiada siapa pun yang tahu. Hanya antara kita ALLAH sahaja yang tahu dan hanya kita sahaja yang terasa betapa beratnya bila hati ini berjauhan denganNYA. Bila buat dosa, kita asyik salahkan diri sendiri. Buat apa2 pun semua tidak kena ( hang buat apa pun seghba tak kena ). Sibuk kata diri sendiri...(bodoh, bengap!).

Padahal Allah hanya menguji sedikit sahaja, tidaklah seberat sebagaimana sakitnya Saidina Abu Bakar R.A. menanggung ketika digigit dengan kala jengking sambil memangku Rasulullah S.A.W. yang sedang lena. Sedikit pun Saidina Abu Bakar berganjak dan tidak melenting dengan ujian itu. Tidak pula ujian yang kita hadapi itu seberat Rasulullah S.A.W berjuang di Taif dengan menegakkan syiar Islam diserang bertubi dengan batu2 terhadap baginda. MasyaALLAH betapa ALLAH amat menyayangi kita semua. Ingatlah, ALLAH tidak akan membebani seseorang itu dengan luar kemampuannya.

Kemudian bila datangnya ujian itu, mulalah mengadu-domba kepada teman2 rapat. Hati mula menjadi2 gelisah. Mengapakah semua ini yang terjadi kepada kita? Siapakah kita hanya hidup semata-mata mahu memperoleh kesenangan? Layakkah kita diberi kesenangan dan meminta2 pertolongan kepada ALLAH sedangkan kita sendiri tidak mencukupkan apa yang ALLAH perlu daripada kita? Jangan bersedih wahai kawan2. Janganlah berasa sedih dan berasa lemah, sesungguhnya ALLAH itu ada bersama dengan kita.

Sedih itu hanya layak untuk orang2 yang berasa lemah sahaja. Tutupilah kesedihan itu dengan mengingati Tuhan. Sedih dan tawa itu hanya milik ALLAH dan segala kesudahan terletak pada ALLAH. Jangan bicarakan perkara yang lepas, kawan2. Sungguh tiada guna pun andai peristiwa semalam itu mengundang rasa marah dan sedih. Bicarakanlah perkara2 yang mendatangkan manfaat agar kita bertaqwa. Jangan bicarakan perkara sia2 kerana itu mengundang masalah dan dosa. Kembalilah kepada ALLAH dengan hati yang redha dan diredhaiNYA juga. Kembalilah kepada ALLAH, kerana apa? Kerana ALLAH ITU SEBAIK2 PENOLONG.

Yakinlah kepada ALLAH andai kita berasa lemah.
Kuatkanlah diri sekuat para mujahidin dan mujahidat di jalanNYA andai berasa hilang arah.
Bersungguhlah andai kita berasa lemah.
YAKINLAH DENGAN JANJI2 ALLAH...

Saturday, October 24, 2009

NUKILAN dari seorang hamba~

tika aku kesedihan
dia meniup nikmat kegembiraan
tika aku keseorangan
dia datang meneman
tika aku kekecewaan
dia membawa harapan

tika aku kelukaan
dia mengubatkan
tika aku menangis
dia mengusap ketenangan
tika aku terleka
dia mengingatkan
tika aku lemah
dia menguatkan

dia memberi dengan hati yang ikhlas
tulus dari seorang berjiwa lapang
dia berkongsi dengan kegirangan
menarik bersama2 di atas tali kebenaran

membuatkan hati aku tertanya2
jauhkah darjatku dengan dia?
kerdilkah aku dibandingkan dengan dia?
mampukah aku menjadi hambaMU yang terhebat di sisi?

kekuatan yang menzahirkan
untuk terus bernafas
menegakkan ad-dinul ISLAM
di atas bumiMU
peringatan yang menggagahkan
diri ini untuk terus membangun
di saat memberi jua...

Wednesday, October 14, 2009

tatkala kita terleka~

salamun alaikum to all readers~

Tatkala kita terleka Allah menurunkan ujian kepada kita...perasankah anda? Sibuk mana pun kita tetapkan diri dengan mengingati ALLAH. Setiap perbuatan dan setiap kita luahkan biarlah kerana ALLAH. Usahlah leka dengan permainan duniawi kerana,

"Dan kehidupan dunia ini,hanyalah permainan
dan senda gurau. Sedangkan negeri akhirat itu,
sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa"
~surah al-An'am : 32~

Jadi, mengapa kita perlu kenang saat2 manis dan pahit dahulu...tidakkah terasa membazir masa dengan benda2 yang tidak berfaedah? Ana mengatakan boleh jika peristiwa semalam atau kelmarin atau dulu2 kala atau zaman2 muda2 dulu kita ceritakan sebagai pengajaran. Tidak perlu bersedih atas peristiwa semalam. Jadikannya sebagai perangsang hari yang mendatang kerana, La tahzan, innALLAHa ma'ana.

I S L A M


Kita kembali kepada topik asal ya ikhwah wa akhawati. Kisah ini diambil dan dipetik dari seorang murabbi yang menceritakan daripada seorang ustaz.

Solat itu merupakan tiang agama. Bagaimana yang dikatakan tiang agama? Yok,kita lihat ayat seterusnya. Yok, kita keluarkan jari jemari yang telah ALLAH ciptakan sebaik2nya. Kita kira ada berapa jari di kanan dan ada berapa jari di kiri? 5 di kanan dan 5 di kiri. Apakah maksud lima itu? cuba kita kira huruf Islam...ada 5 kesemuanya. MasyaALLAH inilah rahsia ALLAH antara yang terdapat dalam diri kita. Kita ibarat memegang agama ISLAM di tangan kanan dan memegang agama ISLAM di tangan kiri. YA ALLAH betapa beratnya tanggungjawab ini...

I.S.L.A.M ada 5 huruf semuanya. I-isyak, S-subuh, L-Luho(zaman dahulu sebut zuhur sbg luho), A-asar, dan M-maghrib. Andai kita tertinggal salah satu solat ini...Islamkah kita? andai kita tinggalkan Subuh...jadinya ILAM...Islamkah kita, ihkwah wa akhawati? Beristighfarlah dan sama2 kita doakan kebaikan kita di dunia dan akhirat~

"Wahai orang2 yang beriman! Masuklah ke dalam Islam
secara keseluruhannya dan janganlah kamu ikuti langkah2 syaitan
sungguh, ia musuh nyata bagimu."
~surah al-Baqarah : 208~

Thursday, September 10, 2009

berfikir SEJENAK (termenung SEBENTAR)


assalamualaikum, salam RAMADHAN KAREEM to all readers!!!

sedikit perkongsian daripada aku,
semalam salah seorang teman aku untuk berfikir,
dan hari ini aku pula yang mengajak korang untuk berfikir,
apa pandangan korang terhadap alam sekitar?
maybe it's not important to you but it is a must to us to know~
apa pula kaitannya dengan ISLAM?

mesti korang terdiam sebentar...berfikir...
berkaitan dengan ISLAM?
ceritanya mula begini...ALLAH sudah menghamparkan hamparan dunia ini seluas-luasnya untuk kita, meletakkan manusia sebagai ABDILLAH wa KHALIFAH di muka bumi ini,
sebagai KHALIFAH?
sudah banyak ayat ALLAH berfirman..."tidakkah kamu berfikir?"
itu pun kalau korang perasan,
cuba kita melayang sebentar ke dunia luar...(keluar tingkap rumah korang pun cukup) sudah berapa banyak kes tanah runtuh?
global warming,the most controversial issue?
jerebu?

apa puncanya yang korang dapat tangkap?
punca daripada alam sendiri?
terjadi dengan sendirinya?
yap it's true if you are said it's ALLAH did...
but if you think again and again and agian and again...
it's human false too, manusia yang melakukan dan menyebabkan kejadian2 tidak sepatutnya berlaku...
analoginya seperti kita nak tanam sayur2an di taman kebun kita,
kita tanam dan tanam dan.....tetapi kita tidak meletakkan baja,
kita tahu untuk menanam tetapi tidak tahu membela sayur2an intuk terus membesar,
akhirnya mati...

maknanya we should know and take care of our earth,
ALLAH sudah ciptakan HUTAN PAYA BAKAU,
the largest caption that distribute O2 the most,
but what we have did? we decided to deforestrating just only for palm oil,for biofuel crops?
we should think before doing anything...

kadang2 kita kurang berfikir...kenapa?
ANTARANYA,
banyak hiburan dan godaan dunia ini didedahkan kepada kita-first
sahabat2 kurang mengajak kita berfikir-second
JADI, PENYELESAIAN???

fikir2kanlah dan jika ada sebarang komen...silakan!!!
syukran kathiran wa illaliqa

Monday, September 07, 2009

sALAm RamadhaN~

assalamualaikum~

kepada para readers sorry sebab lama sudah tidak update~
kepada rakan2 aq ucapkan selamat fly pergi dan balik~
teruskan perjuanganmu di sana~
kita akan sama2 bermujahadah dalam berjuang mencari
REDHA~NYA
moga2 perjalanan kita akan dipermudahkan~
tidak akan kita sia-siakan dengan perkara2 lagha~
kesempatan demi kesempatan harus kita rebut~
masa dan detik terus berlalu~
hargailah sebaik mungkin, kerana apa?
masa tidak akan menunggu orang2 yang mufassirin~

berusahalah selagi kudrat masih ada~
jangan cuba berputus asa~
ALLAH bersama2 dengan AS_SOBIRUUN~
berilah kepercayaan kepada dirimu,
nescaya orang lain turut percaya akan kamu~
sungguh2lah kawan2~
ALLAH bersama2 mujahidin~

moga2 jalan kita dipermudahkan

Friday, July 03, 2009

Wednesday, July 01, 2009

APA CER NI???

salam alaik to all readers!!!
rini agak sedih, baru dapat tahu tentang kematian abang kawan saya,
moga2 dipermudahkan ALLAH baginya...al-fatihah!
Mati kita,manusia siapa yang tahu selain ALLAH,
tiba2 dapat tahu ada kanser paru2 thap 4, masyaALLAH,
hanya Tuhan yang tahu segalanya, tiada apa yang boleh dilakukan lagi,
melainkan berharap padaNya agar dipermudahkan jalannya...

HAH, pada hari ini, saya..sayalah ya..saya ingin mengulas tentang filem terbaru!
Filem terbaru? Transformer ke? ceh.. dak eh...cerita paling terbaru saya tengok,
Syukur 21!! Hua2 filem sudah lama diterbitkan, tapi baru sekarang saya nak tengok,
apa2 pon memang tiba2 rasa nak tengok pulak...excited menjadi2, xtw la...
mmg rugi bagi sesiapa tidak melihat, menonton, menengok, me..me..me apa lagi,
best giler...
KEHIDUPAN YANG BERKISAR TENTANG ABAD 21,
KEHIDUPAN YANG TENANG TANPA JENAYAH DAN HIDUP DALAM SUASANA ISLAMIK,
PENGASAS RAUHDAH, RAIHAN, TELAH MELULUSKAN SATU PROJEK UNTUK JABATAN KAJI CUACA YANG KONONNYA BOLEH MENGAWAL CUACA DI KAWASAN RAUDHAH DARI KAMAL, SEORANG ANAK MELAYU YANG TELAH BERHIJRAH DAN MENETAP DI USA SELAMA 30 TAHUN TANPA PULANG KE TANAH AIR DAN SELAMA ITULAH JUGA DIA TIDAK MENJENGUK IBUNYA.
NAMUN, ADA PEGAWAI ATASAN DI RAUDHAH MENDENGKI DAN TELAH MEMBUAT SESUATU PADA SISTEM YANG TELAH DILANCARKAN...
apa yang telah terjadi???
RIBUT, TAUFAN, HUJAN, BADAI TELAH MELANDA RAUDHAH,
PEGAWAI TERSEBUT DAN KONCO2 NYA TELAH TERGAMAM,
NIAT YANG BAIK UNTUK MEMBANTU RAUDHAH TELAH MUSNAH,
PEGAWAI TERSEBUT(lupa namanya) TERPAKSA MENGALAH,
DALAM KELAM KABUT ITU JUGA KAMAL TELAH RUNDING DENGAN MEREKA DAN AKHIRNYA SISTEM RAUDHAH TELAH PULIH,,,
ngeh2best tak cerita ni...kalau saya cerita x best sangat...kene tengOk gak cerita tu...
FILEM 3G PERTAMA DI MALAYSIA...CAYALAH!!!

KAN BEST KALAU MALAYSIA SEBEGITU...TENANG DALAM KEHIDUPAN ISLAM!!! SUME ORANG PAKAI JUBAH...TUDUNG...HORMAT ORG LAIN WALAU BEZA AGAMA...HAFAL AL-QURAN...BERFIKIR...SALING MENASIHATI...WAH...!!! ALANGKAH INDAHNYA ISLAM JIKA MUSLIM DAN MUSLIMAT DI DUNIA MEMAHAMI ISLAM YANG SEBENARNYA!!!

OK
BERIKAN KOMEN ANDA...DARI SAYA UNTUK SEMUA...
ILHAMKU DAN ILHAMMU!!

Saturday, June 27, 2009

dialog....best giler..yok join!!!

SALAM ALAIK TO ALL READERS, FRIENDS, SISTERS N BROTHERS N.....
ADA SESUATU MENARIK YANG INGIN ALYAA KONGSI DI SINI...

A: kak nk cite kt akak somethin' leh
B: blh3
A: bru A thu bile da dok luar ni
A: mcm2 leh jdi
A: agk sukr dok kt luar
A: kdg2 kite memerlukn sokongan tuk jdi kuat
A: bukn kdg2, mmg kene pon an?
A: mne2 A pi ade je x kene ngn mte A
A: x yah g jauh2
A: dlm kolej A sndiri pon
A: cam peluk2 tu jdi kebiasaan
A: A y nmpk ni x tw nak wt cm ne
A: dorg da senior
A: bg akak kan
A: cmnne?
B: pergaulan bebas eh..
B: tu baru dlm kolej..yg peluk2..
B: cmne nk hadapi..
B: first,mmg kita xleh nk b'hdpn ngan bnd tu srg2
B: nnt kita hanya akan makin lemah sbb salahkan diri kita xmampu wt ap2
B: sbb tu banyak persatuan Islam yg ada kt mana2 kampus akan cuba sedaya upaya utk concore mpp
B: supaya dapat kawal suasana kampus
B: awk kena terlibat sama dgn drg
B: at least ada sumbangan walaupun sikit
B: x semestinya kita yg kena jadi ketua
B: sekadar tolong pemimpin pelajar tu pun dah memadai
B: Allah saw takkan tengok pada hasil, tapi pada usaha
B: dan bukan juga pada bilangan usaha tetapi pada keikhlasan kita
B: tu je la yg akak dpt bg pun
B: sbb setakat tu je pangalaman akak
B: tp bg kes2 yg awk kenal org yg terlibat
B: gunakan personal approach
B: bukan terus tegur
B: tapi bina hubungan sampai drg rasa kagum dengan ajaran Islam
B: dan org yg m'amalkannya
A: tul la pe y akak bitw sume tu
A: pbm sendiri pon try nak conquer orientasi
A: kitorg wt step by step
B: bgs la cm2
B: tapi bile awk da msk S college, awk kena tumpukan p'islahan kt situ plak..

AGAK MENARIK DILOG YANG DIBENTANGKAN DI ATAS,,,
HOPEFULLY KORANG DAPAT SESUATU DARIPADA DIALOG DI ATAS,,,
SEBAGAI MANUSIA KITA BANYAK KEKURANGAN,,,
BAK KATA SALAH SEORANG SAHABAT SAYA DI KOLEJ,
NAKKAN DUNIA, KITA MEMERLUKAN ILMU,
NAKKAN AKHIRAT, KITA MEMERLUKAN ILMU,
KALAU KITA NAKKAN PADA KEDUA-DUANYA,
KITA MEMERLUKAN ILMU...
JADI USAHALAH...JADILAH YANG TERBAIK...!!!

Friday, June 05, 2009

Boleh saya tengok my baby?

Renungkanlah...

"Nurse,boleh saya tengok bayi saya?"

ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dengan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyuman meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu,diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuannya.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal,sesuatu yang cukup menggembirakan si ibu.

Masa terus berlalu...Pulang dari sekolah suatu tengahari,anak yang tiada cuping telinga itu kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan.

"Mereka kata saya cacat," katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan muncul sebagai pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga,si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk.

Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. Ayah kanak-kanak itu tidak mahu anaknya terus merasa rendah diri dengan keadaan diri yang cacat.

"Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma," kata pakar bedah.

Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban. Setahun berlalu...

"Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan," kata si ayah.

Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang. Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajarannya. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

"Sebelum berangkat ke luar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali.

"Tak mungkin," balas si ayah.

"Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan.Tunggulah,masanya akan tiba."

"Bila?" tanya si anak.

"Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk.

Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya. Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya,perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku. Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

"Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke telinga anaknya.

"Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat,dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya...tanyalah pada sesiapa pun kenalannya."

P/s:Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati.
Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui.
Selagi ibu kita ada di dunia ini, ciumlah dia, ciumlah tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah SYURGA DI BAWAH KAKI IBU, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya masih ada,curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya, 'I LOVE U MOM'.

Tuesday, May 26, 2009

dakwah DI padang BOLA...gimana?











Daripada: anjeruby rubiah_ismail04@yahoo.com.my
Subjek: [ali_sidqi] anda berani? "dakwah" fear factor.
Kepada: ali_sidqi@yahoogroups.com
Tarikh: Sabtu, 16 Mei, 2009, 10:14 PM


Melihat trailer "Bohsia"...saya rasa sedih...Syamsul Yusoff kata, filem ini ialah utk nasihat para penonton, kejelekan menjadi bohsia. Tapi saya tidak nampak ape nasihatnya krn filem ini penuh dgn unsur2 "panas" drp unsur nasihat. Bagi saya, ia lebih kpd unsur komersial di mana ingin mengaut untung drp golongan2 mat rempit n minah bohsia ini...Pasti golongan ini akan menonton filem ini...Apa nak jadi, lepas satu...satu..Saya kagum dgn pengarah2 filem yg mampu menerbitkan filem2 berunsur dakwah dan tarbiyyah. Syamsul Yusoff mampu menasihati menonton mengenai gejala bohsia n bohjan jika dia tahu caranya!



Muhammad Abu Tariikah Jika sy menulis namanya sebegini, tentu tiada sesiapa mengenalinya.Nama glamournya Aboutreika, figure yg terkenal dalam dunia bola sepak arab yang berjersi 22.Kerjaya dakwah di medan padang bola:

1) Menyingkap jersinya ketika menjaringkan gol pertama pasukan Mesir di perlawanan antara Mesir dan Sudan pd Januari 2008. Mendedahkan kemeja-T di sebalik jersi 22 yg tertera "Symphatize With Gaza".

2)Sebaik berjaya menjaringkan gol dlm perlawanan ACN 2006, beliau telah mendedahkan kemeja-T dgn mesej "We Sacrifice Ourselves for You Prophet Muhammad" berikutan lukisan karikatur menghina Rasulullah dlm terbitan media Denmark.

3)Sentiasa bersujud sebaik sahaja berjaya menjaringkan gol. Mufti Congo melaporkan identiti bersujud Aboutreika telah berjaya menarik ramai masyarakat Congo memeluk Islam.



Aboutreika...pd gerakan dakwah Islam, beliau pencetus inspirasi. Pada umat Islam, beliau adalah tokoh. Pada rakyat Palestin, beliau adalah pejuang. Semoga Allah memberkati amalan beliau.SIAPA SANGGUP MENGAMBIL RISIKO SPT BELIAU, DEMI MENEGAKKAN KEBENARAN DAN MENYAMPAIKAN KEINDAHAN ISLAM SERTA MENYERU MANUSIA MENTAATI ALLAH DAN RASUL???


~Anjeruby~http://tintasalsabila.blogspot.com/~nurseruby~

Monday, May 25, 2009

ayuh, SAHABAT2 !!!

SALAM ALAIK TO ALL REDAERS!!

JUST WANT TO GIVE YOU SOME KNOWLEGDE...READ N READ...

Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Bertafakur sesaat adalah lebih baik daripada beribadat setahun.”


(Riwayat ad-Dailani)

Huraian:

i).Di mana setiap aspek ibadat bersesuaian dengan kekuatan dan keupayaan yang ada pada seseorang.

ii) Ibadat bukan hanya himpunan amal seperti sembahyang, puasa, haji, doa dan sumpamanya tetapi apa jua perkara yang dilakukan dengan niat atau tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah.


iii) Ibadat terbahagi kepada 4 aspek iaitu:

a) ibadat akal-ia dicapai dengan cara berfikir, merenung, mengkaji sesuatu makhluk Allah serta memerhatikan keindahan dan keagungan ciptaan Allah S.W.T.

b) Ibadat jiwa- ia dilakukan dengan adanya sifat khusyuk, tawakkal, redha terhadap qadha dan qadar, bersyukur, ikhlas, cinta, belas kasihan, al-khauf (takut) dan raja’ (mengharap). Tanpa sifat-sifat ini maka sesuatu ibadat itu dikatakan ibadat yang mati dan tidak diterima oleh Allah S.W.T.

c) Ibadat badan – iaitu segala amalan anggota tubuh termasuklah segala gerak-geri seperti mata, telinga, mulut, hidung, kaki, tangan dan sebagainya. Termasuk juga segala perkataan dan perbuatan.

d) Ibadat harta- iaitu dengan cara mengeluarkan zakat, mengerjakan haji, memberi nafkah dan mengorbankan harta fi sabilillah, bersedekah, dan menyediakan kemudahan untuk orang ramai (wakaf).

Saturday, May 16, 2009

"HadiAH bUAt IbU...."


Untukmu Ibu


dihantar oleh: nurpalestina

Editor: ar-ruhul JADEED


“Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?”, marah ibu. Along hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun. “Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah?”, leter ibu lagi. Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu. “Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!” Jerkah ibu. Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar. Si ibu semakin bengang. “ Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakitkan, sekarang nah, rasakan!” Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah Along menjerit kesakitan. “Sakit bu…sakit….maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi….Bu, jangan pukul bu…sakit bu…” Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi. “Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?” Balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu. “Bu…ampunkan Along bu…bukan Along yang mulakan…bukan Along….bu, sakit bu..!!”, rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih.



Along memaut kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya. Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari. Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya. Malam itu, Along berjaga sepanjang malam. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya.



Tapi kali ini marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya. Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah. Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang. Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini. Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya. Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi. Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya. Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini. Along merebahkan badannya. Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap. Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya.



Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di wajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu. Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat keputusan yang corot dalam SPM. Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap juga. Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu. Itupun acuh tidak acuh sahaja.



Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ. Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu. Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu. Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka.

“ Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?” tanya Atih kehairanan.

Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu. Sementara Along disebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang telinganya.

“Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?”

“ Eh jangan, nanti dulu. Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye!”, si ibu bersuara lembut. Along menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan.

‘anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya…’ bisik hati kecil Along.

“Kak Ngah dengan Alang nak balik ke ibu?”, soalnya lagi masih belum berganjak dari dapur.

Si ibu mengangguk sambil tersenyum. Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan.

“Oooo patutlah ibu masak lauk banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik, ibu tak masak macam ni pun?”.

Along terkejut mendengar soalan Atih. Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya. “Along kan hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali ja!”, terang si ibu.

“Tapi, ibu tak penah masak lauk macam ni dekat Along pun..”, soal Atih lagi.


Dahinya sedikit berkerut dek kehairanan. Along mula terasa sebak. Dia mengakui kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya.

“Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas.” , arah ibu. Dia tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan. Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along. Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya. Apa yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya.



Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah. Matanya terpaku pada sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung bermanik.


‘Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni….’ Dia bermonolog sendiri.

Along melangkah masuk ke dalam kedai itu. Sedang dia membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia segera menoleh. Rupa-rupanya itu Fariz, sahabatnya.

“La…kau ke, apa kau buat kat sini?”, tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan Fariz. “Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa kat sini?”, soalnya pula.

“Aku tak de buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok baju ni. Aku ingat nak kasi mak aku!”, jelas Along jujur.

“waa…bagus la kau ni Azam. Kalau kau nak beli aku bagi less 50%. Macammana?”

Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu.

“Betul ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!”, Along meminta kepastian.

“Untuk kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!”, balas Fariz meyakinkannya.

“Tapi aku kena beli minggu depan la. Aku tak cukup duit sekarang ni.”

Cerita Along agak keseganan. Fariz hanya menepuk mahunya sambil tersenyum.

“Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit.” Kata Fariz .

Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi.

“Dekat kau ada berapa ringgit sekarang ni?”, soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu. Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu.

“Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak pe lah, aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!”, pesan Along bersungguh-sungguh.


Fariz hanya mengangguk senyum.
Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh. Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah. Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi. Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja. Tanpa berlengah dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah ayahnya.

“Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?”, soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya daripada menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan.

“Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pulak, bila lapar nak balik rumah!”, leter ibu lagi.

Along hanya diam. Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka selamber seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati.


“Along ni teruk tau. Suka buat ibu susah hati. Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua tu.” Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM.

Along mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil jalan untuk membisu sahaja.


“Along! Kalau tak suka belajar, berhenti je la. Buat je kerja lain yang berfaedah daripada menghabiskan duit ibu", sampuk Alang, adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh.

Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar. Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu. Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya. Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru. Hatinya pula jadi tidak keruan memikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab, pasti ibu akan semakin membencinya. Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu bermula esok.



Seperti yang dinekadkan, pagi itu selesai solat subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa beg sekolah berisi pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu. Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari justeru dia terpaksa berbohong agar ibu tidak bimbang dengan tindakannya itu. Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar untuk mencari pekerjaan.



Nasib menyebelahinya, tengah hari itu, dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal dengan upah lima belas ringgit sehari, dia sudah rasa bersyukur dan gembira. Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membeli jubah untuk ibu. Hari ini hari ke empat Along keluar daripada rumah. Si ibu sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga berasa agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh setiap kali terpandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain. Seperti selalu, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya. Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma.


“Azam, kalau aku tanya kau jangan marah k!”, soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu.

“Macam serius jer bunyinya Abang Joe?” Along kehairanan.

“Sebenarnya, kau lari dari rumah kan?” Along tersedak mendengar soalan itu.

Nasi yang disuap ke dalam mulut tersembur keluar. Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan. Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air.

“Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?” Tanya Abang Joe lagi cuba menduga. Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak. Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih.

“Azam, kau ada cita-cita tak…ataupun impian ker…?” Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi.

“Ada” jawab Along pendek

“Kau nak jadi apa besar nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku…atau….”

Along menggeleng-gelengkan kepala. “semua tak…Cuma satu je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya.”

Jawab Along disusuli ketawanya. Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab soalannya itu.

“Ala, gurau ja la Abang Joe. Sebenarnya….saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan…saya….saya nak jadi anak yang soleh!”.

Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas didengari telinga Abang Joe. Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya. Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah. Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing. Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir. Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi.

“Abang Joe, hari ni, saya nak balik rumah ...terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari ni”, ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel.

Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk. Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga. Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak.

“Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu, saya hadiahkan untuk Abang Joe.” Kata Along lagi.

“Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?”, soal Abang Joe.

Dia risau kalau-kalau Along menyalah anggap tentang soalannya tadi. Along hanya senyum memandangnya.

“Tak apa, saya bagi kat Abang Joe. Abang Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju.”

Balasnya dengan tenang. Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan pergi jauh.



Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana, tanpa berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut.

“ Hey Azam, mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari rumah ke?”, soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu.

Along hanya tersengeh menampakkan giginya. “Zam, mak kau marah kau lagi ke? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk si Malik tu?”

“Tak pe lah, perkara dah berlalu….lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni", terang Along dengan tenang.

“Kau jadi mangsa. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah", kata Fariz lagi.

“Tak apa lah Riz, aku tak nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah.”

“Zam..kau ni…..”

“Aku ok, lagipun aku sayang dekat ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat kisah lama tu.” Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu.

“Aku nak beli jubah ni Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, k!”, pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu.

“No problem…tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?” , soal Fariz ingin tahu.

“Aku kerja kat bengkel Abang Joe. Jadi pembantu dia", terang Along.

“Abang Joe mana ni?”

“Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!”, jelas Along dengan panjang lebar.

Fariz mengangguk .

“Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?”

“Hari ni la…” balas Along.

“Ooo hari lahir ibu kau hari ni ek?”

“Bukan, minggu depan…”

“Habis?. Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?”, soal Fariz lagi.

“Aku rasa hari ni je yang yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi.”



Jawabnya sambil mengukir senyum. Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu. Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu. Motosikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II. Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang cuba mengelak daripada melanggar seekor kucing hilang kawalan dan terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak. Akibat perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar yang dipakai mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya, Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu dan dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu. Dia menahan kesakitan dan berharap agar Allah memberinya kekuatan. Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu. Darah semakin membuak-buak keluar dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat. Dalam keparahan itu, Along melihat kelibat orang–orang yang sangat dikenalinya sedang berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul seorang wanita.



Dia tahu, wanita itu adalah ibunya. Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat itu. Along gembira. Itu kucupan daripada ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih digenggamannya itu.


“Ha..hadiah….untuk….ibu………” ucapnya sambil berusaha mengukir senyuman.

Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintainya. Si ibu begitu sebak dan sedih. Si anak dipeluknya sambil dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi. Pandangan Along semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya. Selesai upacara pengebumian, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah, Alang dan Atih. Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca.


‘Buat ibu yang sangat dikasihi, ampunkanlah salah silap along selama ini. Andai along melukakan hati ibu, along pinta sejuta kemaafan. Terimalah maaf along bu..Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu, Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu… dan terimalah hadiah ini…..UNTUKMU IBU!’ Kad itu dilipat dan dicium.


Air mata yang bermanik mula berjurai membasahi pipi. Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan. Sedang melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus mendekati wanita tua itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya selama ini.

“Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami. Dia sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan … dia jugak cakap, ibunya seorang perempuan gila…” cerita Fariz dengan nada sebak.

Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik.

“Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz?” Soalnya dengan sedu sedan. “Sebab…..dia tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa dulu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang…walaupun dia disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula....” Terang Fariz lagi.


Dia berasa puas kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu. Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Terasa seluruh anggota badannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap derhaka.

Monday, May 11, 2009

JaLaN2...pErGi KL...

MAMPUKAH KU ???????

Sejak akhir2 ini, asyik ulang-alik ke SELANGOR/KL, nenek sakit agak tenat...


9 Mei 2009,Sabtu


Ayah ku asyik risau mencari dan mencari jalan...maklumlah, manalah kita biasa ngan KL ni(walaupun dah banyak kali pergi,takut tersesat). Di dalam kereta,hua3,adeq badeq ku sentiasa mengunyah, x mengunyah, tido!!! (sudah kenyang mahu tidur pulak) Ku pula asyik dan asyik memerhati ALAM...ku sentiasa tertanya-tanya,

bagaimana manusia boleh membina bangunan setinggi itu,

bagaimana manusia boleh menarah bukit setinggi itu,

bagaimana manusia boleh hidupkan rangkaian TV,radio,telefon,

ITULAH KEBESARAN ALLAH TAALA,

KEJADIAN MANUSIA YANG SEMPURNA DENGAN AKAL...


Sesampai ku dan famili di HOSPITAL TAWAKAL,

abang umi(pak sedare ku) sudah terpacak di hadapan hospital itu,

bawa kami ke wad ICU,

ramai sedare-mare berkumpul di wad itu(lebih kurang 20 org termasuk bdk2 kecik)

ku sebak di hati melihat nenek ku seolah-olah menahan kesakitan,

nenek bernafas gune mulut seakan-akan tercungap-cungap,

YA ALLAH, PERMUDAHKANLAH URUSAN HAMBAMU INI DENGANMU !!!

ku berfikir sejenak, bila pula giliran kita?, sudah hampirkah?,

ku ambil Yaa SiiN (selepas satu jam kemudian, selepas borak2 ngan sedare hu2),

ku tersentuh tatkala kakak sedare(sepupu ku) bace ngan bersungguh2,

ku berfikir lagi, mampukah ku seperti dia(memakai purdah)?

YA ALLAH, BERIKAN AKU KEKUATAN !!!



CEPLOS...pon sudah abes, baru mule gerak nak pi umah sedare(tumpang),

pada mulanya,

ku menolak untuk ke rumahnya(pak sedare) sbb terlalu panas rumahnya,

ku mula mencari alasan supaya x nak tidur di situ,

ku fikir ada hikmahnya, umi pula tiada di sisi setia menemani nenek ku di hospital,

tengok tv,makan,borak2,

naik bilik tidur, acik(org rumah pak sedare ku) offer tidur kt biliknya sekali,

(wow, bio betul?,ade air-cond tu, ku ambil peluang secukupnya,he2)

malam tu pulun ngan adeq badeq ku + asyraf (adeq sedare,sepupu) internet...



10 Mei 2009,ahad


ku mula kan hari ngan mcm biasa, bila ku terpandang AL-QURAN,

ku teringatkan niatku untuk khatam sebelum masuk universiti,

CHAIYOK !!!

adeq sedare ku kate ade projek kejap(asyraf,10),

ku intai di biliknya, dia sedang mengaji&hafaz ,

mampukah ku capai seperti dia capai (hafaz juz 1-5 & juz 29-30)?,

....sarapan,tengok tv,pi jalan2 di padang ngan basikal,

ku pusing dan pusing satu Taman Bukit Rahman Putra (macam larat je?),

ku bawa syahmin,7, naek basikal,bonceng2...asyraf pula bawa buku latihan BI,

sesekali ku tolong semak latihan dia( yang konon rajin=ku),

balik2 umah, relax2 kejap, bawah kipas(yg telah membakar lemak2 simpanan),

acik pula suruh pegi kedai beli barang2 ngan asyraf,

ku yang suke jalan2 terus setuju, naek basikal,


DI KEDAI 1,

bile nak bayo, owner: ade 10 sen x?

asyraf : kira halal la...ala..bole laa

owner : tak pe la...nanti cakap dengan mak...

asyraf : bila mak datang sini? nanti lupalaa..susah nanti

owner : nanti bila2 datang

bla3..bla2...

asyraf : NANTI KALAU X SEMPAT, DA MATI KE?

owner : ok la..halallah...


ku fikir khalifah kecil ini mampu berdakwah walau baru setahun jagung,

asyraf to ku : macam tu la kalau nak tackle orang...


ku insafi...ku sejenak terfikir...sempurnakah ku???






Thursday, May 07, 2009

BUTA mata TIDAK bererti BUTA hati...

Buta Mata Tidak Bererti Buta Hati
http://www.iluvislam.com/
dihantar oleh : jihaNawawi Dusuki
editor : kasihsayang

"Marhaban biman 'atabani rabbi," demikian ucapan Nabi Muhammad s.a.w. setiap kali baginda bertemu orang itu.Ucapan demikian khusus kepadanya sahaja dan tidak baginda lakukan demikian pada para sahabat.

Ucapan "selamat datang untuk orang yang olehnya aku mendapat teguran ALLAH," terjadi satu peristiwa yang berlaku ketika Nabi masih berada di Mekah dan dakwah Islam baginda menerima gangguan terus-menerus. Nabi Muhammad s.a.w. sedang melakukan dakwah kepada beberapa tokoh-tokoh Quraisy agar mereka memeluk Islam di antaranya adalah Abu Jahal dan Atabah bin Rabi`ah; pemuka golongan Musyrik.

Tiba-tiba datang seorang buta bernama Ibnu Ummi Maktum. Ia mendekati orang ramai yang berada di situ lalu berkata kepada Nabi: "Ajarkan padaku ,ya Rasulullah apa yang diajarkan Allah kepada engkau."

Nabi tidak mengindahkannya. Rupanya baginda lebih mengharapkan tokoh-tokoh Quraisy itu dahulu sehingga tidak memberi perhatian kepada si buta tersebut. Kerana jika mereka masuk Islam, tentu ramai yang lain akan mengikutnya,demikian yang terfikirkan oleh Nabi ketika itu.Sikap baginda itu tidak dibenarkan Allah. Allah s.a.w. dengan segera menegur kepada Nabi dengan menurunkan ayat dan menghendaki Nabi merubah sikap baginda.

"(Muhammad) bermuka masam dan berpaling. Kerana orang buta datang kepadanya. Barangkali, siapa tahu, beliau ingin membersihkan jiwanya. Atau ingin mendapat pelajaran bermanfaat (untuk dirinya). Adapun orang yang merasa dirinya kaya itu, engkau datang menghadapinya.Tidak ada (celaan) pada engkau bila beliau tidak membersihkan jiwanya. Orang yang datang pada engkau dengan kesanggupan usahanya,sedang beliau takut pada Allah, maka engkau tidak mempedulikannya. Sekali-kali tidak(begitu hendaknya)! Sesungguhnya (ajaran-ajaran Allah) itu adalah suatu peringatan."

Demikian ayat teguran Allah kepada Nabi yang di sebut dalam al-Quran, surah Abasa. Ayat ini telah menyedarkan Nabi dan baginda bertemu akan si buta itu dan Nabi s.a.w. ucapkan "marhaban biman atabani rabbi".Padanya juga baginda ajarkan agama Islam seperti para sahabat yang lainnya.

Pada suatu hari Jibrail datang mengunjungi Rasulullah s.a.w. ,sedangkan Ibnu Ummi Maktum berada dekat baginda. "Sejak bila engkau tidak melihat," demikian ditanyakan padanya. "Sejak saya masih kecil," jawabnya. Lalu disampaikan kepadanya Hadits Qudsy.

"Bila Aku (ALLAH) ambil apa yang dimuliakan dari hamba-KU,gantinya nanti ialah Syurga (kalau beliau sabar)."

Di waktu lain pula ketika baginda hendak ke medan perang, Ibnu Ummi Maktum diangkat baginda sebagai Gabenor Tentera Madinah.Semasa dalam pimpinannya itu, ketika solat Jumaat beliau sendiri yang membaca khutbah. Demikianlah beliau mendapat penghargaan dan Allah sudah menghargainya. Namun demikian Ibnu Ummi Maktum sedar akan dirinya dan beliau tidak lupa daratan atau menyombong diri. Sewaktu beliau berkhutbah jumaat, beliau tidak mahu menaiki mimbar yang selalu dipakai Nabi. Cukup dgn beliau berdiri di samping mimbar itu. Tetapi kerjanya sebagai muazzin adalah yang paling disukainya.Nabi mempunyai muazzin yang lain iaitu Bilal. Kerana itu, Baginda telah memberi ketentuan waktu masing-masing.

"Bilal azan di waktu malam,maka makan dan minumlah kamu(untuk puasa) sehingga tiba giliran Ibnu Ummi Maktum (azan subuh)," perintah Nabi kepada kedua mereka.

Teguran Allah kepada Nabi sewajarnya menjadi peringatan kita bahawa orang cacat,miskin, atau orang kecil sekalipun jangan diabaikan kerana mungkin mereka juga kuat beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan mereka sedia berkorban pada agama Islam. Sesungguhnya kejadian ini dijadikan teladan yang baik hendaknya bagi kita umat Nabi Muhammad s.a.w.

* Sumber: Buku "Kisah Ringkas Kehidupan Rasulullah s.a.w." karangan Nawawi Dusuki.

Tuesday, May 05, 2009

TAG FROM NANA and CEE-POT and AIR-SAH~~~~






the rules...
1. Copy award di atas untuk diletakkan di blog anda.
2. Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini.
3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.
4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan describe tentang mereka
5. Jangan lupa melawat blog kawan anda dan meninggalkan komen yang menyatakan mereka telah di tag.






5 fakta menarik tentang pemberi award ni......NANA~~~
-suke wat lawak yg giler2 (hua3)
-cool girl and relax woman (ki3) woman tu...jgn maen2
-suke menyanyi ala2 bolywood (ye ke?)
-suke belek2 nset...ho3 i like ur nset -basketballerz yg hebat and macho beb

5FAKTA MENARIK TENTANG PEMBERI AWARD INI.....CIPUT~~~
-suke ngigau..(dulu laa, skun' ni klo x b'ubah,x tau laa)
-bile dye x de masalah,org yg b'masalah akn cri dye smpai dpt...ho3
-suke angkat,usik2,maen2, ngan alat komunikasi t'kini(nset ler tu)...
-suke wat muke pelik2...(yoko)
-suke minx utang org...(rmai x bayo pin yg dye jual...hua3)

5 FAKTA MENARI TENTANG PEMBERI AWARD...ESAH...~~~
-katil selalu bersepah (sbb frenz selalu lepaq2 di c2)
-blushin' face (ho3)
-bile ade mslh...org awam selalu mencari dye (pakar motivasi ni)
-suke bce buku kuat2...suke sgt biology...suke bce di atas katil busuk dye...
-diam2 ubi berisi..wow~~

10 facts/hobi diri sendiri~~
-suke buang mse ngan internet yg boring
-suke tengok CEPLOS
-menjelajah dapo ketika keboringan (tau makan jerk)
-kelemahan ketika memasak : GARAM!!!
-suke baca cerpen and tulisan HABIBURRAHMAN EL-SHIRAZY
-minat lagu2 kategori pop etnik dan kreatif...ho3 berkalang dusta,kumahu
-minat lagu siti nurhaliza yg dulu2 nye...
-suke invisible dalam YM...ho3 HALIMUNAN
-ciput jual pin,nana usahawan stokin, aq pulak usahanita KISMIS yg paling maju!!!
-bile jahit somethin',mesti lepas 3 hari t'bukak balik (ha3)



10 penerima award n describe~~
1.CT Hanisah~selamber girl...
2.Abdullah Azzam~belajar leklok cam abgmu di middle east tu...CHAIYOK!!!
3.NHidayah J~excited girl...gelabah girl(ho3)

4.HanisHarleeza~ suke ketawa like teletubbies(COMEL giler)
5.WMNajib~suke study sorang2 kt foyer...
6.Nurasyikin~i like ur cool character...
7.MDanial~tq a lot...tyme ko ajarkan aq fizik...
8.SheikhF~ suke berbakti pada mozac-ian
9.ABG Ainuddin~saya suke bile abg bace surah al-a'ala...
10.ABG danny arief~ suke research...n explore (xplore ape erk?)



TAHNIAH KEPADA SEMUA PENERIMA AWARD GRAMMY...(HO3)



ANDA AKAN MENERIMA SEPOTONG ...(resia)



so, selamat BERAMAL...!!!

Friday, April 17, 2009

wahai PARA REMAJA...wahai UMAT MUHAMMAD...

Sedikit tazkirah bersama pada hari ini sebagai muhasabah diri kepada para remaja....

"Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"

Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...'"

10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."


Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.
Ameen.....

*petikan dari sahabat ana daripada friendster

Monday, April 13, 2009

JIKA aku JATUH hati......



saya amat suka puisi ini,
jadi hayatilah kawan2,
kpd yg sedang bercinta,muhasabahlah!!!

Thursday, April 09, 2009

kisah doktor n mat rempit di jalanan...

Sebagai seorang doktor yang tugasnya menyelamatkan nyawa manusia,tentulah saya merasa bangga dengan profesion saya ini. Sememangnya inilah cita-cita sebenar saya selama ini. Etika dan sikap profesionalisme sering saya amalkan. Apatah lagi saya juga seorang pensyarah di Pusat Pengajian Perubatan di salah sebuah universiti terkemuka. Saya sering menanamkan dan menekankan aspek insaniah dalam diri bakal-bakal doctor yang merupakan pelajar saya.

Suatu hari yang ditakdirkan Allah, saya di ajar tentang suatu nilai yang saya terlupa oleh seorang mat rempit. Saya menoleh jam loceng saya. "Ah….baru 3am dan saya baru terlena hanya 2jam sahaja." Tapi,apakan daya kerana tugas,saya terus mencuci muka dan terus menggapai kunci kereta saya. Inilah rutin seorang doltor yang kita kenali sebagai `on call`.Setelah memecut kenderaan saya,akhirnya saya tiba di bilik kecemasan.

Ada satu kes kemalangan. Seorang penunggang cedera parah dan pemboncengnya meninggal dunia di tempat kejadian."Tolong doktor..Tolong selamatkan kawan saya," rayu seorang lelaki muda berseluar jean yang koyak dibahagian lututnya. Inilah trend pakaian mat rempit. Setelah 4 jam dibilik pembedahan,mangsa berjaya diselamatkan dan kaki kanannya terpaksa dipotong.

Entah mengapa hari itu,terlintas bisikan syaitan dalam hati saya yang menyatakan`you deserve to get it`. Astaghfirualallahal azim, sebagai seorang doktor,saya tidak harus meletakkan prejudis saya sebagai prioriti dalam merawat pesakit. Melihat pesakit saya dari sudut siapa dia sebenarnya adalah salah. Hal ini kerana, dalam merawat dan meyelamatkan pesakit,nyawa setiap manusia begitu bernilai walaupun pada pandangan kita atau sesiapa,dia bukanlah apa-apa.

Keesokan harinya,saya pulang dari hospital agak lewat malam. Kepenatan benar-benar menyebabkan saya tidak sabar untuk tiba di rumah."Ah….lampu merah pula!!" Maka saya terus menekan pedal brek dan menunggu giliran sambil mata saya tertumpu pada suatu peristiwa yang menarik.

Saya melihat seorang lelaki yang koyak jeannya dilutut menunggang dengan laju melanggar lampu merah tanpa rasa bersalah. Dalam hati saya berdetik "sah mat rempit lagi. Tak ada kerja lain ke selain menyusahkan orang lain." Tiba-tiba saya melihat pemuda itu berhenti,menongkat motornya dan berjalan kedepan.Saya benar-benar malu pada diri saya sendiri melihat pemuda itu mengambil bangkai kucing yang saya kira baru saja dilanggar petang tadi,mengalihkannya ke tepi jalan agar tidak dipijak hina oleh kenderaan lain.

"Allahuakbar."Saya benar-benar tersedak dengan bisikan hati kecil sendiri. Saya rasakan diri ini sangant mulia apabila menyelamatkan nyawa manusia,tapi tidak terlintas dan tidak sanggup membela bangkai binatang itu padahal ia juga suatu nyawa yang harus dihargai dan dimuliakan. Sedangkan dia seorang mat rempit yang mungkin tidak menghargai nyawanya sendiri boleh meletakkan nilai harga nyawa seekor binatang pada aras yang tinggi.

Sesungguhnya Tuhan sedang mengajar saya sesuatu.Sesungguhnya saya telah belajar sesuatu dari seorang mat rempit. Kemuliaan seseorang itu bukan terletak pada berapa besar dan tingginya jasa dan sumbangan pada sesuatu tetapi dinilai dari berapa besar seseorang itu mengerti makna kewujudan sesuatu dan menghargai.

Ini bukan kisah yang memberi pengajaran bahawa kita juga boleh menjadi mulia walaupun seorang mat rempit,lantas menanam cita-cita untuk menjadi kaki rempit. Namun cerita ini membawa pengajaran bahawa kita tidak boleh terlalu berbangga dengan diri sendiri dan membiarkan prejudis membezakan diri kita dengan golongan lain.


Sikap prejudis akan mengurangkan etika dan meruntuhkan sikap profesinalisme yang ada dalam diri kita..

ana ambil dr blog sahabat ana~
salam ukhuwah min ana~

Saturday, April 04, 2009

Thursday, April 02, 2009

IZINKAN ABANG NIKAH SATU LAGI...

BY: kasihsayang

"Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi," Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah.TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk?Dia menghela nafas panjang.Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum. Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan.

Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin. Pengabisannya dia kembali kepada suaminya.Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah.

Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah."Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah." Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak- anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya." Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?" pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan. Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak.

Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.

"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abang," terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.

"Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis.

"Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin.
"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abang dah lama hidup dengannya. Abang faham," Qistina mengalih pandangannya.

Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina. Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik.

Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca Al-Quran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan.

Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.

Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya. "Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama Abang."Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.Kepada: Asraf Mukmin, Suami yang tersayang...Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.---------------------------------------------------------------

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu. Abang yang dikasihi, genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tak sanggup Abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abang...

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tahu selera Abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abang...

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abang untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan Abang...Abang yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Aliyah.

Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.Abang yang dicintai, di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika munajat Abang di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina.

Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di Sawarak. Menunggu Abang... Aliyah sayangkan Abg...Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah... Aliyah sayangkan Abg.Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abangg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abang, roti canai.. air tangan Aliyah.Salam sayang, Aliyah Najihah binti Mohd Hazery.--------------------------------------------------------

Sejurus dia membuka pintu kamarnya,terpacak Aliyah di depan muka pintu dengan hidangan di tangannya. Lantas dia mengucup dahi isteri yang sempurna itu. Itulah dia isteri sebaik-baik untuknya. Itulah teman sayap perjuangan dunia akhiratnya. Dialah yang benar-benar SEJATI...

Monday, March 30, 2009

AWAK SUDI JADI ISTERI KEDUA SAYA ??



"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tegas dan yakin.
Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.
"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat.





Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.
"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… Fatimah mula sebak. "Tak. Maksud saya…""Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fatimah dengan kasar.
"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya.


Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fatimah' di sebalik Fatimah yang dia kenal selama ini.Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

"Ada hikmah," bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.Hujung minggu berjalan seperti biasa.




Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama.




Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik denganFatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.

Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnyasibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya.Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri. Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah.




Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak?


Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut.Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tanpa segan silu.
"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.
"Er, betul ke ni?" tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.
Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.
"Kenapa saya?" tanya Fikri ingin tahu.
"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.
"Baiklah," jawab Fikri tersenyum.
Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini.


Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawaNusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.
"Ye sayang?" jawab Fikri sambil memandu.
"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,"luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya
Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.
"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.


Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.
"Kita dah sampai," Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya. Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.


"Itu isteri pertama abang," Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut
"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.
"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.
"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.
Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.
"PERJUANGAN, " jawab Fikri.

SEDARLAH SEMUA… KALIAN AKAN DIMADUKAN!JIKA DIRIMU BAKAL SEORANG ISTERI…

TERIMALAH KENYATAAN BAHAWA ANDA AKAN DIMADUKAN, BAHKAN ANDA BUKAN ISTERI PERTAMA YANG BAKAL DIKAHWINI TETAPI ANDA ADALAH BAKAL ISTERI KEDUA!!!

KERANA ISTERI PERTAMA BAGI SUAMIMU IALAH PERJUANGAN ISLAM!!!PERKAHWINAN INI TELAH LAMA DILANGSUNGKAN… KEHADIRAN DIRIMU ADALAH UNTUK BERSAMA BERGANDING BAHU MEMPERJUANG KAN ISLAM BUKAN MENJADI BATU PENGHALANG PERJUANGAN SUAMIMU…

JANGANLAH JADIKAN DIRIMU SEBAGAI PUNCA SERTA MERENDAHKAN HARGA DIRI MU DENGAN TERJADINYA PERCERAIAN SUAMIMU DENGAN ISTERINYA YANG PERTAMA IAITU PERJUANGAN ISLAM!JIKA DIRIMU BAKAL SEORANG SUAMI…

TERIMALAH BAHAWA ANDA BUKANLAH SUAMI YANG PERTAMA YANG BAKAL DINIKAHINYA ATAU INSAN YANG PERTAMA YANG DICINTAI DAN DISAYANGI OLEH BAKAL ISTERIMU!!!

BAHKAN DIRIMU ADALAH INSAN YANG KEDUA YANG DICINTAINYA….KERANA SUAMI YANG PERTAMA BAGINYA IALAH PERJUANGAN ISLAM DAN MEMARTABATKANNYA…DIA MENCINTAIMU KERANA DIRIMU MENCINTAI ISLAM DAN MEMPERJUANGKAN ISLAM. JIKA DIRIMU TIDAK SEDEMIKIAN…

SEKELUMIT CINTA PUN TIDAK AKAN LAHIR DALAM SANUBARI ISTERIMU…BANTULAH ISTERIMU DAN KUATKANLAH DIA UNTUK TERUSKAN PERJUANGAN !! TAKBIR ! ALLAHUAKBAR!

p/s:article ni ana amek dr blog shbt..mg sma2 ambil manfaatnya^_^