Tuesday, November 30, 2010

imej ISLAM di mata Sukan Asia







Atlet wanita Iran mewakili 25% dari jumlah 373 keseluruhan atlet Iran yang dihantar ke Sukan Asia di Guangzhou baru-baru ini. Dan mereka menyumbang 25% pingat yang dikutip Iran. Atlet wanita Iran mengutip pingat dalam acara wushu, menembak, taekwondo, kabaddi, karate, dan mendayung.

Iran menyerlah dengan 59 pingat (20 emas, 14 perak dan 25 gangsa) di Guangzhou, China, ia adalah pencapaian terbaik Iran sejak 1974 iaitu Sukan Asia di Tehran. Empat tahun lalu di Doha, Iran hanya beroleh 12 pingat emas dan menduduki tempat keenam. Kali ini, mereka di tempat keempat.









2 comments:

Fahmi Bahrudin said...

macam pernah dilihat 'post' ini.

Unknown said...

mana2 pun ada~
semuanya kerana kebaikan ummat~