Friday, April 29, 2011

Jaulah ke Selandar

Pertemuan singkat itu amat bererti dalam hidup. Satu perjalanan ditempuh ketika menaiki dan melalui ranjau di rantauan Melaka. Hanya pakcik bas yang baik hati sudi menumpangkan kami anak perantau di negeri orang sehingga menjejakkan kaki di bumi bertuah ini, SBPI Selandar. 2 sahabat bertemu kerana perjuangan. Menemui para pendidik yang dirindui. Menemui para adik yang disayangi.

Berbekalkan kecetekan ilmu ini, membantu adik-adik.

Tabahlah wahai sayang.

Dunia luar itu luas. Bukan seperti bi'ah di dalam sekolah lagi yang kau akan temui. Dunia luar itu bahaya. Bukan seperti bi'ah di dalam sekolah lagi yang kau akan temui.

Makanya, didiklah hatimu sebaik-baiknya didalam bi'ah yang kau temui sekarang ini, agar hatimu cekal di luar sana. Didiklah sifat ketegasanmu di sini agar kau mampu menepis segala ranjau yang mendatangimu akan datang. Didiklah hatimu dengan kelembutan agar kau akan jalani hidup dengan kesenangan ALLAH.

Adik-adik. Aku kagum dengan semangat juangmu. Peperiksaan menanti keesokan namun kau sudi menghadirkan diri bertemu dengan kami. Juangmu itu berbekalkan api semangat yag tidak akan sirna sedikitpun. Moga Allah redhaa denganmu wahai adik.

Jangan bimbang wahai teman. ALLAH ada bersama dengan kita.

Jangan gentar wahai sahabat. ALLAH itu pasti menolong hambaNYA yang bersungguh bekerja keranaNYA.

Jangan lemah wahai adik. ALLAH menyukai mukmin yang kuat...

Peringatan demi peringatan menjengah dalam ingatan hati. Namun sedarkah aku,,,juga dalam dilema. BERUBAHLAH....BERHIJRAHLAH, moga Allah membantumu...

6 comments:

Ayin said...

Allah..tabahnye kakak sekalian. :)
tunggu aku balik,,
kite pergi same lagi sekali? ^^

Unknown said...

boleh sangat wahai cik liyana. mari kita menziarahi mereka lagi...

semua cikgu mengenangkan kamu... terutamanya cikgu zul. hu88

SHARINA FARHANA BT NOR SA'ARI said...

sory xdpt join sekali haritu..ad agenda lain..kalu nk g lagi..jgn serik pelawa ye..

Abu Zarim Mohamad said...

jom g,,,hari tu ada g ngan syafiq gak,,sblum ana fly,,,alhamdulillah

Unknown said...

insyALLAH sharina. akan dipelawa kalau ke selandar lagi.

Unknown said...

alhamdulillah, abu zarim.
mesti byk bercerita dgn cikgu yg lain.