Friday, April 15, 2011

Saya Seorang Scientist + Web Designer

Tak sah kalau sehari-hari kita tidak sibuk dengan assignment atau segala kuiz online atau lab reports yang tiada pernah hentinya. Setiap minggu lab reports. *sila ambil perhatian. lab reportS. not lab report.* Saya rasa kehidupan pelajar SAINS yang paling hectic. Ini baru sahaja menjejak langkah tahun pertama di universiti. Belum lagi menyambung tahun kedua dan tahun ketiga. *tak sabar menunggumu wahai tahun tiga*

Ok. Bak kata kawan saya.

"Cuba anti perhatikan cara berjalan pelajar engine dan pelajar science. Berbeza bukan. Kalau pelajar science, langkahnya lebih lebar dan lebih pantas dan kalau nak dibandingkan pelajar engine, langkahnya RELAX"

Saya dan beberapa observers yang lain membuat kesimpulan bahawa otak budak Science memang lain dengan otak budak Engine. OK memang sudah merepek ni. Tukar MODE!!!

ALLAH yang MAHA TAHU

"Aku ada masalah nih. Takpe, cerita pada ALLAH"

Suka prinsip kawan saya yang seorang ini. Belajar mengadu pada ALLAH. Belajar hanya ALLAH yang layak mendengar cerita-cerita kehidupan kita. Belajar meletakkan ALLAH itu yang pertama-tama dalam hati. Tiada yang lain.

Masa yang tiada cukupnya. Kadang-kadang kita melaui fasa itu. Sangat sibuk. Banyak perkara yang mendatang sehingga tidak tahu yang mana satukah yang penting. Hanya ALLAH yang mengetahui segalanya.

Letakkan sahaja diri dalam situasi di bawah.
"Allah yang memegang masa itu. Letakkan sahaja Allah yang pertama. Moga Allah permudahkan urusan yang lain"

-sekian-

2 comments:

. said...

Allah segala-galanya. Subhanallah, yg menciptakan kita, dpd air mani yg hina kepada manusia yg punya rupa. Menciptakan kita dpd tiada kepada ada.

Unknown said...

subhanallah.
kita yang tiada apa2.