Tuesday, May 21, 2013

Limau Manis

Sahabat, terima kasih sahabat. Menjadi sahabat aku selama ini. Kerana dengan kuasa Allah lah yang telah mempertemukan kita semua. Seandainya aku tidak ketemu kau selepas ini dan aku amat rindu pada kau, aku berharap kita dapat lepaskan rindu di Syurga nanti. Ingat tau, kita jumpa di Syurga nanti. Syurga yang Allah ciptakan untuk orang yang saling berkasih sayang kerana Allah.

Sahabat, terima kasih kerana selalu tegur aku yang selalu buat silap. Tegurlah selalu walaupun aku rasa tak selesa, ketidakselesaan itu sebenanrnya ada teguran daripada Allah juga. Kau lantakkan sahaja perasaan aku. Sebab Allah itu Tuhan kita. Sepatutnya aku lebih malu di hadapanNYA kerana ketidaksenonohan aku di hadapan ajnabi.



Sahabat, kau lantang dalam bersuara. Kau mengajar aku melantangkan hak diri. Bercakap. Agar hak kau diadili seadilnya. Bukan berdiam diri dan merasa lemah. Kau mengajar aku menjadi lebih kuat. Merasakan diri ini lebih kuat daripada hari semalam dan semalam lagi. Kau mengajar aku adil dengan orang lain. Adil dalam perjanjian. Orang yang memegang janji kan orang mukmin?

Sahabat, terima kasih mengajar aku menjadi sahabat bukan kerana ingin balasan. Ikhlas. Walau sesiapa sahaja. Sahabat, kebersamaan denganmu merasakan akulah sahabatmu selamanya. Keikhlasan itu hanya Allah mengetahui. Keikhlasanmu tidak boleh aku dapati dalam diri ini. Bagaimanakah lagi diri ini? Teruskan bersahabat dengan ikhlas agar aku bisa mengecapi titip tutur kata malah amal mu yang menynagkan sahabat yang lain. Teruskan usaha mengajarkan diri ini menjadi sahabat yang sempurna.

Sahabat, dulu kau selalu kata, kalau masalah kita fikir masalah, memang kepala kita pun bermasalah. Kalau kita fikir, itu kenikmatan dan masalah itu takkan ada apa-apa pada diri kita. Ah, kau mengajar aku untuk menyenangkan kerja aku yang berat. Perjuangan kita masih belum berakhirkan? Perjuangan kita masih jauh terkehadapan. Terima kasih kerana selalu mengingatkan aku tentang penghargaan. Penghargaan sebuah persahabatan. Aku selalu melihat kau keluar bersama sahabat yang lain dan selalu menemani sahabat yang lain makan bersama. Kau mengajar aku bagaimana menjadi sahabat yang baik. Teruskan menjadi sahabat yang menginspirasikan kepada sahabat yang lain.

Panjangkan celoteh saya malam ini.

Saya tujukan seorang demi seorang yang saya sayang.

Mungkin tidak mereka baca.

Cukuplah Allah yang Maha Mengetahui kebaikan mereka.

Petik jari keluar api. Sidai baju kering kemudian. Mencari ilmu ke sana sini. Didik diri akhlak kepujian.

Hidayah kalau tidak dicari manakan sampai. Ilmu kalau tak dicari manakan ada di dalam dada. Limau kala tidak dimakan manakan tahu masam manisnya kan? Kalau semua berkongsi pengorbanan, pasti ukhuwahnya sampai ke syurga. InsyALLAH kan sahabat?

Tujukan khas buat diri sendiri. Yeay!

No comments: