Monday, May 06, 2013

Warna PRU13 Kali Ini



Kunampak hijau. Gelombang biru. Kulihat kuning. Merah dijiwa. Hitam dirai. Putih berseri. Pelbagai dentingan jari mengusik dan pelbagai ragam dijamah.

Keputusan yang luar biasa. Luar daripada kebiasaan. Sehingga pagi tadi masih menunggu kemenangan setempat. Tambahan peti undi. Eyh, peti undi yang tertinggal saat-saat akhir. Gaya terpadam 'api'. Keterdesakan penyokong di kawasan membuang. Eyh, membuang undi. Macam-macam spekulasi.

Jangan dituduh menuduh. Allah mengetahui. Kita hanya memerhati. Kalau benar spekulasi itu, pasti orang yang beramanah sudah berlaku keadilan dan kejujuran. Wallahua'alam.

Saya pernah membayangkan andai Pakatan Rakyat menang. Pasti haru seluruh Malaysia. Kali pertama dalam sejarah, PR menjadi kerajaan. Teruja. Namun kini mandat dipertahan. Rakyat masih meletakkan amanah itu kepada Barisan Nasional untuk tampuk pemerintahan 5 tahun ini.

Ragam

Sesak. Bingung. Harus ke mana kali? Saya sempat beratur di kaunter hadapan Dewan SK Temiang. Mengambil nombor giliran. Silap. Melihat ssaluran mana. Barangkali lupa sebelum ini penyemakan saluran. Sesak. Masih berkempen.


'Saya rasa, kali ini kita tukar!'

'Kita tukar. Sekejap je maa.'

'Baju kau tu ada hijau dan putih. Tanggalkan..'

'Eyh, Kak Yan ye?'

Senior bertemu junior. Kakak bertemu adik. Atok bertemu cucu. Kekasih lama? Di sini tempat berkumpulnya orang-orang kampung. Lama tidak bersua, kini bersua. Lama tidak pulang ke kampung, kita bertemu kembali. Sudah rindu terubat di hati.

Membaca novel. Gelak sendiri. Kurang peduli dengan sekeliling. Harus bagaimana kali aku? Mahu buang masa atau terus membina masa?

Masanya sudah tiba. Saat beberapa orang lagi dihadapan untuk melangkah masuk ke bilik itu, hati berdegup. Kencang. Bukan kerana abang polis hencem di hadapan. Ah, ini penentuannya. AlFatihah dan basmalah. Macam nak menghadapi peperiksaan besar lagaknya.

Nama disebut.

Nombor IC dihitung.

Dua kertas.

Pangkahan pertama dan pengkahan kedua. Aku tersenyum.

Peti undi dihadapan. Satu demi satu aku hitung kemasukan undian aku. Wah, aku mengundi! Ehem. Saya teruja.

5 tahun lagi apa yang kita perlukan?

Semangat anak muda! Pemuda yang bertanggungjawab dalam memilih kerajaan untuk generasi akan datang.

Ayuh, jangan geserkan dengan perbezaan. Pertemukan dengan persamaan. Jangan asyik merungut. Barangkali kerana dosa yang menimbun. Pesanan khas untuk diri sendiri.



Kenyataan

BN meneruskan mandatnya. PR masih bermujahadah dengan amanah. Bak kata tokoh PAS, kita bukan kalah, tetapi belum menang. Alhamdulillah dan rakyat semuanya mengharap agar kerajaan dapat berbakti kepada rakyat sepenuh hati dan seikhlasnya. Mengharap dapat mengurangkan beban rakyat terutamanya keperluan harian rakyat.

Walaupun PR tidak menang secara keseluruhannya, namun jangan dilupa tanggungjawab pada kawasan yang dimenangi. Tanggungjawab tetap tanggungjawab.

Saya paling mengharap agar Islam terus tumbuh subur dalam politik Malaysia.

Dakwah dan tarbiyah ayuh berkembang maju!!!

No comments: