Memuliakan Guru / Guru yang Ikhlas
Sebagai seorang pendidik, guru ialah insan yang mulia dan berjasa kerana merekalah yang bertanggungjawab mendidik manusia bagi melahirkan generasi Muslim yang beriman dan beramal soleh serta sanggup melaksanakan tugas terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara. Guru dalam sejarah hidupnya sentiasa menghargai kejayaan anak didiknya serta sanggup bekorban dan melakukan apa sahaja untuk manfaat dan kesejahteraan orang lain. Firman Allah s.w.t. di dalam Al-Quran:
يرفع الله الذين ءامنوا منكم والذين أوتوا العلم درجت
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (daripada kalangan kamu) beberapa darjat” (Surah Al-Mujaadalah ayat 11)
Peranan guru adalah luas. Guru adalah pendidik, pembimbing dan pendorong. Dia juga penyampai ilmu, penggerak dan penasihat. Ini bermaksud, guru atau pendidik mempunyai tugas dan tanggungjawab yang mencabar. Kepentingan peranan guru itu memang tidak dapat dinafikan kerana boleh dikatakan setiap ahli masyarakat pada zaman ini melalui pendidikan yang diberikan oleh guru.
Islam meletakkan martabat guru yang melaksanakan tugas tarbiyah di tempat yang sungguh mulia, seluruh masa yang digunakan dikira sebagai ibadah, setiap langkah dari rumah ke sekolah dan pulang ke rumah dari sekolah akan mendapat satu pahala dan dihapuskan satu dosa, menyampaikan ilmu secara hikmah dan ikhlas semata-mata kerana Allah merupakan jihad yang paling tinggi pada pandangan Islam seperti mana yang dituntut dalam syariat Islam.
Firman Allah s.w.t. maksudnya : “Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik”
(Surah al-Nahl ayat 125)
Dalam Islam terdapat 4 martabat guru atau pendidik iaitu:
1- Mudarris : yang bermaksud guru yang hanya mengajar mata pelajaran kemahiran mereka sahaja.
2- Mu’allim : yang bermaksud guru yang tidak hanya mengajar mata pelajaran mereka tetapi turut menyampaikan ilmu-ilmu lain.
3- Mursyid : yang bermaksud guru yang menyampaikan ilmu dan menunjukkan jalan yang benar.
4- Murabbi : yang bermaksud guru yang mendidik, memelihara, mengasuh, mentarbiyyah anak didiknya menjadi manusia yang berilmu, bertaqwa dan beramal soleh.
Sebagai seorang guru yang beriman dan bertaqwa, keempat-empat ciri di atas hendaklah difahami dan dihayati di dalam kehidupannya sebagai pendidik terutamanya ciri keempat iaitu mendidik, memelihara, mengasuh, mentarbiyyah anak didiknya menjadi manusia berilmu, bertaqwa dan beramal soleh. Jika tugas ini dapat direalisasikan dalam pendidikannya maka kedudukannya sungguh mulia dan akan duduk berdekatan dengan Nabi s.a.w pada hari akhirat nanti.
Peranan guru dalam mendidik masyarakat amatlah besar dan luas. Antaranya ialah:
1- Menyampai aqidah dan keimanan yang tulin untuk menghidupkan hati dan menghubungkan manusia dengan Allah, meyakinkan pertemuan dengan Allah, mengharapkan rahmatNya dan takutkan siksaanNya.
2- Menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran meliputi fardhu ain dan fardhu kifayah yang menjadi asas ubudiyah (pengabdian diri kepada Allah), hubungan harmoni sesama manusia dan alam.
3- Membentuk akhlak atau peribadi mulia supaya menjadi contoh teladan kepada orang lain.
Sehubungan dengan itu, marilah kita sama-sama menghayati nasihat Luqman Al-Hakim sebagaimana yang digambarkan oleh Al-Quran:
يبنى أقم الصلوة وأمر بالمعروف وانه عن المنكر واصبر على ماأصابك إن ذلك من عزم الأمور
Maksudnya: “Wahai anakku! Dirikanlah Solat (sembahyang), dan suruhlah berbuat baik serta cegahlah kemungkaran dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpa kamu, sesungguhnya yang demikian itu adalah daripada perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya”.
(Surah Luqman : Ayat 17)
Sabda Rasulullah Sollallahu `alaihi wasallam:
كلكم راع وكلكم مسؤل عن رعيته
Maksudnya: “Setiap kamu adalah penjaga (pemimpin) dan setiap kamu ditanya berkaitan dengan tanggungjawab kamu”. (Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Untuk mengelakkan gejala sosial daripada merebak dan terus melanda masyarakat kita, maka adalah menjadi tugas dan tanggungjawab guru di sekolah menanamkan asas aqidah Islam dan keimanan kepada Allah s.w.t. Bentuklah jiwa para pelajar supaya berakhlak dengan akhlak Islam dan takut kepada azab Allah s.w.t jika melakukan maksiat dan kemungkaran.
Semua guru sama ada guru agama atau guru akademik perlu memainkan peranan yang berat ini dan jangan jemu-jemu menasihati, mendidik, membentuk dan mengasuh jiwa para pelajar dengan nasihat yang baik. Guru pula perlulah membawa sahsiah Islam dan akan menjadi contoh dan ikutan para pelajarnya.
Kasihanilah anak-anak didik kita ini dengan tutur kata yang lemah lembut kerana fitrah manusia suka kepada kelembutan. Anggaplah mereka semua seperti anak kita sendiri dekatilah mereka yang bermasaalah dengan penuh kasih sayang seperti seorang ibu yang mengasihi anak-anaknya.
Selain daripada guru-guru yang mengajar di sekolah, ibu bapa juga perlulah mengambil tanggungjawab bersama guru untuk memikul tugas yang besar dan berat ini dan meneruskan pendidikan dirumah pula. Pihak sekolah pula perlu memperbanyak aktiviti-aktiviti kokurikulum yang menjurus kepada insan beriman dan bertaqwa iaitu dengan menganjurkan kem motivasi, smart solat, khemah Ibadah, qiyamulail, kelas hafazan, tazkirah, kuliah agama dan kumpulan usrah pada waktu cuti atau hujung minggu.
Lebihkan aktiviti berbentuk agama daripada aktiviti-aktiviti lain kerana waktu mata pelajaran agama Islam yang diajarkan terlalu sedikit untuk menampung keperluan ilmu dan tarbiyah kepada para pelajar.
PIBG sekolah juga boleh menggembleng tenaga bersama ibu bapa dan guru merangka program yang bermanfaat. Apabila aktiviti ini dapat dilaksanakan bermakna kita telah sama-sama menyokong serta memartabatkan profesyen keguruan, sekali gus melaksanakan konsep amar ma’ruf dan nahi munkar.
Sebahagian catatan daripada pihak iMuslim
.......
Kenangan di sekolah dahulu menjadikan saya lebih kuat. Murobbi pada fahaman saya seorang yang mendidik jiwa walaupun hanya dia duduk sebentar bersama makan dengan pelajarnya dan menyampaikan nasihat yang baik. Saya masih teringat kisah dahulu, seorang cikgu juga murobbi saya, tak jemu atau tak penat pun nak kejutkan kami bangun Qiamullail. Waktu SPM, siapa je lah yang ada. Cikgu Baha yang setia bersama-sama kami membangun jiwa dekat dengan Allah.
Kelakar juga. Siap bawa rotan nak kejut kami. Semua orang cuak kalau cikgu Baha datang. Ye lah, dengar suara dia terus terbangun terkejut cari-cari tudung. Gedegang pintu bilik kami dengan rotan. Satu asrama boleh bangun. Haha. Lepas ada orang menyahut suara cikgu di luar, mesti cikgu cakap, " Kejut kawan-kawan kamu yang lain ye...". Laju je cikgu beredar :)
Kenangan sekolah.
Hari Guru 2013. Gaya paling bertuah Cikgu Azrin. Yang mana satu Cikgu Azrin? =.= Tak sangka cikgu 'sporting' habis! Hehe.
Pendekar itu sifatnya melindungi. Murobbi melindungi kami daripada api neraka.
SELAMAT HARI MUROBBI aka cikgu!

No comments:
Post a Comment