Hari ini 27 April. 5 Mei 2013.
Hari penentu kerajaan Malaysia. Hebahan sudah tersebar ke seluruh dunia hatta Mesir sekalipun. Pucuk pimpinan dunia yang sangat mengenali Malaysia pasti medoakan yang terbaik buat Islam dan rakyat seluruhnya. Moga kali ini kita lebih bersifat matang dan tegar dalam menjadikan diri bijak berfikir dan teguh akan akar keimanan di hati.
Bukan sebarangan calon.
Kawasan saya, bukan sebarangan calon. Cukup berwibawa. Penuhi permintaan keperluan rakyat. Apa sahaja. Katakanlah. Tapi cukuplah saya katakan, kita bukan Tuhan yang mampu penuhi setiap permintaan. Kita bukan Tuhan yang mempunyai kuasa 'Kun Fayakun'.
Cakaplah apa sahaja. Namun, ingatlah kita ini bukan Tuhan. Jadi, janganlah janji bukan-bukan. Allah kata, Allah tidak suka orang yang tidak mengotakan janji.
Semenjak hari-hari saya kemudiannya, saya cuba untuk berhati-hati dalam berjanji. Ramai orang di sekeliling saya mengajar saya erti 'amanah'.
Sahabat sepengajian saya pernah bercakap, " Aku tak berani janji pukul berapa aku sampai..." Ayat itu mengajar saya berhati-hati dalam berjanji. Seorang sahabat saya yang lainnya, "Kalau kita dah berjanji, penuhilah. Kalau datang lambat, tak ke kita dah ambil masa orang itu.."
Masih terngiang-ngiang ayat itu.
Ramai panjang lebar mengetengahkan isu PRU13. Hangat. Heboh. Namun bersederhanalah dalam mengutarakan manifesto masing-masing. Kita sebagai pemerhati, nilailah sebaik mungkin. Jangan nilai luaran semata-mata. Nilai dengan istikharah kepada Allah. Letakkan iman ketika menilai.
Istikharah.
Istikharah untuk memilih pemimpin yang paling baik.
Jalan terbaik buat mukminin dan mukminat. Bukan semberono kita pangkah mengundi.
Kepada sahabat yang belum berkemampuan, kita jumpa 5 tahun akan datang lagi untuk merasai kebersamaan mengundi. \oo/

No comments:
Post a Comment