Wednesday, April 17, 2013

Saya rindu TPMC 2009

Technology Park Malaysia College.

Baru beberapa tahun ditubuhkan. Ramai dihantar ke US untuk sambung belajar. Merenung panjang kembali. Mengimbas saat suka duka di sana.

Bangunan kiri, bangunan akademik. Bangunan kanan, hostel untuk perempuan sahaja.

Pertama, saya tak sangka dapat lantikan tak rasmi ketua aspuri (asrama puteri) ketika tempoh orientasi dahulu kala. Kami tinggal jauh dari TPMC. Kami tinggal di Jalan Tun Sambanthan. Naik bas setiap pagi dan pulang setiap petang. Kejap lambat. Kejap cepat. Semuanya bergantung keizinan Allah untuk bas itu hadir.

Kedua, lantikan tak rasmi dan main-main sbg setiausaha persatuan Islam di sana. Selalu sangat bermain-main ketika meeting. Maklumlah perangai budak kecil. Tetapi akan ada seorang sosok kuat yang mempengaruhi kami. Dia AJK Surau jer. Tapi setiap kali meeting dia akan ingatkan adab-adab musyawarah. Adab pengikut dengan ketua. Semuanyalah. Abang kami lah katakan.

Last konklusi setiap perkara, mesti Mr Presiden tanya saya, ada salin tak. Eyh eyh eyh, buat kelam kabut. Nampak sangat malas menulis :P



Ketiga, nak buat usrah. Time saya ada yang tak sampai sebulan itu, kami yang ambil inisiatif untuk membuat usrah sendiri. Medium untuk peningkatan Islam. Perjalanan program dan meeting kami selalu dibantu oleh seorang pegawai TPMC, graduan UIA. Tak ingat Mr. ape.

Bila cakap tentang usrah ini, saya kembali semula ke TPMC untuk ziarah selepas setahun. Kebetulan mereka ada usrah. Saya join. Usrah besar yang menggabungkan antara muslim dan muslimat. Best! Mereka ada gelaran masing-masing. Fatimah azZahra, Asma Abu Bakr, Salahuddin alAyyubi.. Terasa teruja bila ada gelaran masing-masing. Huhuk.

Berdentam dentum jiwa ini dibasuh. Sungguh ikhlasnya mereka yang memberi. Nangis sikit-sikit.

Ikhlasnya jiwa nak menghidupkan fikrah Islam di bumi TPMC. Dulunya bumi itu kontang. Hanya Cina dan India. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Namun bila ada abang dan kakak yang menjaga saya, saya merasakan bumi ini akan subur dengan Islam.

Kepayahan itulah yang akan menghasilkan buah yang manis.

Kejayaan itu bermula dengan langkah pertama.

Ingat lagi time dalam kelas dan dalam waktu minggu recruitment. Sebelum kelas bermula, saya berdiri da umumkan dan kecohkan sesiapa nak daftar persatuan Islam TPMC. Huluran kertas bermula. Yeah! Then, seorang mamat juga berdiri, sesiapa nak join Music Club. Pergh. Kontra. Kontra. Kontra...

Rindunya sahabat lama. Semua dah fly ke USA. Dah nak habis dah pun belajar di sana. Selamat pulang kembali! Dulu kat TPMC saya suka merayap ke bilik-bilik. Konon-konon nak tanya soalan. At last, jadi tukang kebas biskut orang je. Hehs. Bila masuk makmal, main-main. Siap makan dan minum dalam lab. Perhatian ye! Dalam lab tak boleh makan dan minum. Banyak bakteria boleh masuk perut lalu sakit.

Penutup: Saya pernah hilang 3 hari 2 malam di asrama

Sebab pergi kem tak beritau parents. Nak call, tak dak line. Memang kecoh satu asrama diri ini tak dak kat asrama. Ahad malam tuh, warden datang. Cuak kebabom. Call la parents dan dan time tuh jugak.

Ok fine.

Saja nak touching di sini malam hari...


No comments: